Jumaat, 31 Ogos 2012

Najib berjanji terus kekalkan kestabilan, kemakmuran negara.


KUALA LUMPUR 31 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, kerajaan akan terus berusaha mengekalkan kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara untuk generasi muda selaras dengan slogan Janji Ditepati."
"Bila janji dibuat, kita tepati, Kita janji kestabilan, kita janji kemakmuran," kata Perdana Menteri semasa mengucapkan terima kasih kepada para peserta selepas sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang bertemakan 55 tahun Merdeka Janji Ditepati" di Dataran Merdeka di sini, hari ini. - BERNAMA

Sambutan Merdeka Parlimen Merbok Meriah.

Sambutan Kemerdekan bagi Parlimen Merbok telah diadakan serentak di dua tempat iaitu padang pejabat perkhidmatan JKKP Sg Lalang serta di Dewan JKKP Kampung Bujang malam tadi yang dianjurkan oleh JKKP setempat yang turut dihadiri Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain bersama isteri, Datin Noor Adawiyah Morad.
Kira-kira 3000 penduduk turut bersama meraikan sambutan berkenaan. Pelbagai aktiviti telah turut dijalankan seperti membuat pulut bendera Malaysia, pertandingan Kuiz, pertandingan pakaian bertema kemerdekaan dan sebagainya bagi memeriahkan sambutan.
Dato' Hj. Tajul Urus berkata, keadaan negara yang aman, stabil dan makmur dibawah kerajaan Barisan Nasional yang 'menepati janji' membolehkan apa saja perayaan disambut dengan selesa.

Kerana itu katanya, setiap rakyat harus berjanji untuk menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran negara ini.

Pertunjukan bunga api turut diadakan tepat jam 12 tengah malam tadi.

 

Sabtu, 18 Ogos 2012

Tangan Dihulur Maaf Dipinta, Salam Aidilfitri.


Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Walillah hilham.
Saya, Dato' Hj. Tajul Urus Hj. Mat Zain bersama seluruh ahli keluarga, mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H kepada seluruh umat Islam khususnya di Parlimen Merbok.
Alhamdullillah, syukur kita semua kehadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, sekali lagi kita dapat meraikan syawal ini dalam keadaan negara yang aman dan sejahtera. Semoga kemakmuran ini akan berkekalan hendaknya.Marilah kita bersama mengambil kesempatan kedatangan syawal ini untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan kemesraan yang terjalin diantara kita.
Andai jemari tak sempat berjabat,  jika raga tak bisa bersua,  bila ada kata berbekas luka, semoga pintu maaf masih terbuka.
Kami sekeluarga dengan rasa rendah hati serta penuh keinsafan menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf zahir dan batin.
Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Sekian.

Rabu, 15 Ogos 2012

Menjelang Aidilfitri, Pelatih Pusat Pemulihan Tidak Dilupakan.


MERBOK - Seramai 26 orang pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Merbok (PDKM) gembira menerima sumbangan kuih dan duit raya sempena Syawal ini.
Sumbangan tersebut disampaikan Datin Noor Adawiyah Morad,  isteri kepada Penyelaras Parlimen Merbok, Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain dalam kunjungan mereka ke pusat komuniti itu hari ini.
Bercakap pada sidang media selepas itu, Dato' Hj. Tajul Urus berkata, sumbangan ini diberikan sebagai memenuhi tanggungjawab pihaknya dalam membantu golongan yang memerlukan.
Ia juga sebagai tanda keprihatinan beliau terhadap golongan kurang bernasib baik dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Beliau juga turut menyampaikan elaun sara hidup kepada para pelatih tersebut.

Janji Ditepati - RM400,000 Untuk Persatuan Pasukan Keselamatan, Kolej Tentera.


Kerajaan Persekutuan menyalurkan sumbangan berjumlah RM400,000 kepada lima persatuan pasukan keselamatan serta Kolej Tentera Udara di Kepala Batas, Kedah.
Cek sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah bersama Penyelaras Parlimen Merbok yang juga Ketua UMNO Bahagian Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain di majlis berbuka puasa bersama anggota tentera di Markas 6 Briged, Sungai Petani.
Penerima sumbangan  berkenaan adalah Persatuan Bekas Tentera Malaysia Cawangan Kedah (RM100,000, Persatuan Bekas Pegawai Penjara (RM100,000), Kolej Tentera Udara Kepala Batas (RM50,000), Persatuan Keluarga Polis Kedah (RM50,000), Persatuan Isteri dan Anak Kakitangan Penjara Kedah (RM50,000) dan Bakat 6 Briged (RM50,000).
Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain menjelaskan, penyerahan sumbangan tersebut merupakan janji Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa kunjungan beliau ke Kedah pada 19 Jun lalu.
“Pada hari ini kita telah menyampaikan cek sumbangan berkenaan bagi pihak kerajaan persekutuan,
Penyerahan cek ini juga adalah selaras dengan iltizam kita iaitu 'janji ditepati', malahan janji itu ditepati dengan cepat,” katanya kepada media selepas majlis penyerahan cek berkenaan."
Hampir 1,000 anggota tentera menghadiri majlis tersebut.
Tajul turut memberikan 'duit raya' kepada anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Bekas Perajurit, Kulim.

Selasa, 14 Ogos 2012

1800 Orang Terima Sumbangan Hari Raya.


MERBOK - 1800 orang terdiri dari ibu tunggal, golongan kurang berkemampuan, warga emas, pesakit kronik dan orang kelainan upaya dari setiap kampung di kawasan Merbok menerima bantuan kewangan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta bantuan dari penyelaras parlimen merbok sempena Ramadan dan sambutan Aidilfitri.
Sumbangan barangan keperluan harian, pakaian serta kewangan disampaikan oleh Penyelaras Parlimen Merbok, Dato’ Hj. Tajul urus Mat Zain di perkarangan masjid Merbok, semalam.

Tajul Urus berkata sumbangan daripada kerajaan BN yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah selaras dengan keprihatinan beliau terhadap golongan kurang bernasib baik dalam menjalani ibadah puasa Ramadan serta membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Sumbangan itu juga diberikan sebagai tanggungjawab pihaknya dalam membantu golongan yang memerlukan.
"Walaupun kawasan ini di bawah pihak pembangkang, namun itu bukan menjadi penghalang kepada kami untuk meneruskan usaha murni ini, " katanya.
Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua projek ihsan perdana Yayasan 1MDB, Erant Fatiehah Othman dan Penyelaras projek Yayasan 1MDB, Muhammad Firdaus B Abdullah.
Menurut Erant Fatiehah, bantuan kewangan 1MDB telah diberi kepada 105 Parlimen yang dipilih oleh Perdana Menteri manakala sebanyak 9 Parlimen di Kedah termasuk Parlimen Merbok, Sungai Petani, Langkawi, Padang Serai, Alor Setar dan Padang Serai telah menerima bantuan kewangan tersebut.

Isnin, 13 Ogos 2012

Nelayan Digesa Sertai Skim Insurans.



TANJUNG DAWAI - Para nelayan diseru supaya mengambil inisiatif yang diberi oleh kerajaan pusat dengan menyertai skim insurans nelayan yang memberikan  perlindungan sehingga  RM50,000 dan RM100,000.
Penyelaras Parlimen Merbok, Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain berkata, perlindungan insurans oleh MAA Takaful Berhad itu akan memberi kebaikan kepada nelayan yang sentiasa terdedah dengan risiko terutama ketika keluar menangkap ikan di laut.
 “Jika terbabit dengan kemalangan di laut mereka akan menerima pampasan RM100,000 dan jika di darat RM50,000, " katanya kepada pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup nelayan di pekarangan LKIM Tanjung Dawai.

Beliau berkata dengan premium hanya RM100 setahun, jumlah itu dilihat tidak membebankan jika dibanding dengan faedah yang diterima.
Selain kematian, peserta yang terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan kecacatan anggota serta memerlukan rawatan di hospital juga akan menerima pampasan.
“Para nelayan akan dilindungi sebanyak RM50,000 jika mengalami kecacatan kekal akibat kemalangan, bayaran sebanyak RM100 sehari sekiranya dimasukkan ke hospital untuk rawatan, elaun ambulans RM500 dan bayaran khairat kematian sebanyak RM2,000, " jelasnya.
Di majlis tersebut juga, Tajul  turut menyerahkan cek pampasan bernilai RM52,000 kepada Rabeah Ahmad, 62, balu seorang nelayan yang meninggal dunia akibat kemalangan.
Sementara itu, pengarah LKIM Negeri Kedah, Mohamad Noor Had pula berkata, sejak dilancarkan 14 Mei lalu, seramai 4,500 nelayan di negeri ini yang berdaftar sebagai ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dilindungi insurans ini.
Beliau turut berharap semua nelayan akan mendaftar serta menyertai skim insurans tersebut.

“Hanya nelayan berumur 18 hingga 70 tahun saja layak dilindungi insurans ini dengan bayaran premium RM100 setahun. Jika berlaku kejadian tidak diingini bermula saat nelayan keluar dari rumah untuk ke laut, di tengah lautan dan di darat ketika menjalankan tugas, mereka dilindungi insurans ini,” katanya.

Pemuda UMNO rai anak yatim berbuka puasa di Kelab Cinta Sayang.


Seramai 240 anak yatim diraikan dalam satu majlis berbuka puasa anjuran Pergerakan Pemuda (PPU) UMNO Merbok di Dewan Rajawali 2, Kelab Cinta Sayang, semalam.

Menurut ketuanya ,shaiful hazizy Zainal Abidin, program berkenaan diadakan khusus bagi meraikan anak yatim yang tidak tinggal di rumah-rumah anak yatim kerana kebiasaannya penghuni di rumah anak yatim telah mendapat sumbangan dari pelbagai pihak apatah lagi di bulan Ramadan.
Justeru pihaknya mengambil inisiatif lain dengan mengadakan majlis khusus untuk anak yatim yang masih tinggal bersama keluarga.
“Walaupun kita boleh buat kerja mudah dengan menghubungi rumah anak yatim untuk mengadakan program, tetapi kita tidak buat begitu kerana kita menyedari masih ada anak yatim yang tinggal dengan ibu atau bapa atau penjaga mereka di kampung dan kita tidak lupa kepada mereka ini”, katanya.
Turut hadir naib ketua UMNO bahagian Merbok, Abdul Rahman Ahmad, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Merbok, Dato' Zubir Sh. Saad, Timbalan Ketua Pemuda, Annuar Ahmad serta ketua-ketua pemuda seluruh Perlimen Merbok.
Dalam majlis itu anak-anak yatim terlibat turut menerima sumbangan 'duit raya'.
Shaiful Hazizy menyampaikan sumbangan 'duit raya' kepada anak yatim.



Ahad, 12 Ogos 2012

Simpan wang melalui PTPTN.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukan sahaja menyediakan pinjaman kepada pelajar untuk ke IPTA/IPTS, malah memupuk sikap menabung melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
Ahli Lembaga Pengarah PTPTN, Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain berkata, kebanyakan orang menganggap bahawa PTPTN hanya memberi pinjaman kepada pelajar, oleh itu PTPTN telah mengambil inisiatif melalui hebahan media untuk memaklum kepada orang ramai bahawa mereka sebenarnya boleh menyimpan wang melalui SSPN.
SSPN adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi, katanya kepada media selepas menyampaikan cek pinjaman PTPTN kepada 600 orang pelajar di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Layar di sini semalam.
Tajul yang juga merupakan Penyelaras parlimen Merbok berkata, Selain menjanjikan pulangan dividen tahunan, SSPN turut menyediakan insentif kewangan khas dalam bentuk Geran Sepadan (Matching Grant) khusus kepada pendeposit yang berpendapatan rendah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.
Di samping itu katanya, manfaat perlindungan takaful dan bayaran khairat kematian disediakan secara percuma kepada semua pendeposit yang layak tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Isnin, 6 Ogos 2012

RM100,000 untuk golongan memerlukan sempena Ramadan & Aidilfitri.

SUNGAI PETANI - Peruntukan sebanyak RM100,000 disediakan khusus bagi membantu golongan fakir miskin, orang kelainan upaya (OKU) serta ibu tunggal dalam usaha meringan beban mereka sempena bulan Ramadan serta persiapan menyambut Aidilfitri.

Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain berkata, bantuan tersebut merupakan program yang dijalan setiap tahun pada bulan Ramadan bagi membantu golongan yang memerlukan.

"Sumbangan barangan keperluan harian serta wang tunai itu akan disampaikan secara berkumpulan atau secara terus kepada golongan berkenaan yang telah dikenal pasti oleh pemimpin masyarakat atau oleh penduduk setempat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan kepada fakir miskin di Taman Ria Jaya di sini, semalam.


Ahad, 5 Ogos 2012

Aktiviti Ramadan.


Berkunjung ke bazar Ramadan, berbuka puasa bersama penduduk  dan bacaan tahlil merupakan sebahagian aktiviti harian penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain sempena bulan Ramadan ini untuk sentiasa mendekati serta menyelami kehidupan rakyat.

Tajul Urus berkata, semua aktiviti tersebut merupakan aktiviti turun padang sempena bulan Ramadan.
Beliau bercakap kepada media selepas berkunjung ke bazar Ramadan di Taman Sri Tanjung, Sungai Layar semalam.


Jumaat, 3 Ogos 2012

Rahmat Ramadan - Mangsa kebakaran terima bantuan.

SUNGAI PETANI – Penyelaras Parlimen Merbok Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain hari ini menyampaikan cek bantuan bernilai RM20,000 kepada sebuah keluarga mangsa kebakaran sempena bulan Ramadan bagi membantu meringankan beban mereka.
Adnan Mohamad, 60,  bersama isteri Zainab Md Isa, 57, serta 3 ahli keluarga dari kampung Kuala Sedim, dekat sini hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 9.15 pagi, 12 February lalu.
Tajul berkata, Selain bantuan tersebut, pihaknya telah turut menyalurkan  bantuan barangan keperluan harian kepada mangsa selama seminggu selepas kebakaran itu.
"Diharap dengan bantuan ini, dapat meringankan bebanan yang dihadapi mereka apatah lagi sempena Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang", katanya.







*tajul_admin - "Tahniah Dato', baru semalam pulang dari menunaikan umrah, hari ini sudah mula bekerja"..