Ahad, 2 Jun 2013
Kedah Laksana Pelan Transformasi Negeri Ransang Ekonomi - Mukhriz
LANGKAWI: Kedah menyasar meningkatkan ekonominya dengan melaksanakan pelan transformasi negeri yang membolehkan lebih ramai pelabur domestik dan asing meneroka sektor baru di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir, berkata kerajaan negeri merancang untuk memiliki hab kuasa ekonominya sendiri yang akan menjana aktiviti inovasi tempatan yang mendapat permintaan tinggi di peringkat global.
"Sektor pelancongan merupakan penyumbang kedua tertinggi kepada pendapatan negara kasar (PNK) Kedah dan kami akan melihat apa yang boleh kami lakukan untuk meningkatkan sektor berkenaan," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan memorandum persefahaman antara Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pekan Artisan Sdn Bhd.
Beliau berkata, Kedah mempunyai banyak daya tarikan untuk meningkatkan ekonominya, terutamanya pulau tersohor, Langkawi, yang boleh menarik pelabur dalam dan luar negara.
Mukhriz berkata, Langkawi, penyumbang potensi kepada PNK Kedah, boleh menarik lebih tiga juta pelancong setiap tahun, dengan PNK berkaitan pelancongan diunjur mencecah RM3.8 bilion menjelang 2015.
"Buat permulaan, kami berusaha untuk menarik pelaburan bernilai kira-kira RM5 bilion, di samping mewujudkan sekurang-kurangnya 4,200 peluang pekerjaan baru bagi penduduk tempatan dan meningkatkan kedatangan pelancong," katanya.
Beliau berkata, tahun lalu, dengan kira-kira tiga juta kedatangan pelancong direkodkan di Langkawi, perolehan pendapatan ialah sekitar RM2.6 bilion.
Menurut Mukhriz, Langkawi mendapat faedah daripada pelaburan domestik dan asing sejak pelaksanaan Pelan Tindakan Pelancongan Langkawi (2011-2015).
Pada Disember 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak melancarkan pelan tindakan berkenaan untuk menjadikan Langkawi sebagai satu daripada 10 destinasi pulau utama dunia.
-BERNAMA
Jumaat, 24 Mei 2013
Insiden Lampu Padam Semasa Pengiraan Undi Sudah Dilakonkan Sebelum PRU-13 ,Akhirnya Terbongkar
KUALA LUMPUR -
Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar
dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa
pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu adalah fitnah
dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata,
kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.
“Mereka sudah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya
lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya
berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.
“Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR
sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu
padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR,” katanya kepada
Bernama ketika ditemui baru-baru ini.
Beliau berkata, bukti paling nyata apabila gambar tersebut
menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat
pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di
tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.
“Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti
yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul… mereka sudah terlupa,
hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang.
“Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga
bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak
ikut SOP SPR,” katanya.
Wan Ahmad berkata, sehingga kini tiada sebarang laporan
polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia
ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas.
“Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat
laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika
lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi
tidak.
“Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya apabila
mendapat ‘tweet’ mengatakan lampu padam oleh ‘cybertrooper’ yang tidak bertanggungjawab,
kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai
Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tidak ada apa-apa,”
katanya.
Dalam pada itu, mengenai dakwaan sebuah akhbar pembangkang
bahawa 24 petugas SPR di Besut, Terengganu telah dikurung bagi memangkah kertas
undi, Wan Ahmad berkata beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat
dakwaan berkenaan.
Beliau berkata, namun kesemua mereka dipercayai masuk ke
satu bilik itu untuk memangkah kertas undi masing-masing memandangkan kesemua
mereka mengundi secara pos kerana bertugas pada PRU13.
“Salah seorang daripada mereka didapati telah membuat
laporan polis… itu keputusan yang bagus dan betul agar polis dapat membuka
kertas siasatan.
“Namun dipercayai mereka mendapat sampul surat yang berisi
kertas undi untuk mengundi cara pos dan itu hak mereka untuk pangkah di
mana-mana lokasi termasuk di dalam bilik yang dikatakan itu.. namun apa yang
sebenarnya berlaku kita tidak tahu,” katanya.
Katanya, masyarakat tidak harus membuat andaian dan rumusan
sendiri dengan hanya membaca melalui media pembangkang sedangkan semua yang
dilaporkan berkaitan SPR adalah buruk dan berbaur fitnah.
Sementara itu, Wan Ahmad berkata cadangan pembangkang agar
Tribunal Rakyat ditubuhkan adalah amat berbahaya kerana ia membelakangkan
perlembagaan dan undang-undang negara.
“Siapa yang akan mewakili Tribunal Rakyat itu? Orang-orang
mereka, pemimpin NGO yang selama ini yang menentang sistem dan dasar pilihan
raya? Mereka yang menyemai budaya tidak baik dan tidak sopan pada anak muda?,”
katanya. – Bernama
Rektor KUIN Letak Jawatan Disaat Kakitangan Memerlukannya.
Ketika kakitangan KUIN mendesak Rektor KUIN si Jamil letak
jawatan, Jamil telah mengunakan kuasanya mengeluarkan surat tunjuk sebab gara
gara kumpulan ini mendedahkan kelahapannya mentadbir KUIN dalam media media
utama sehingga isu ini berjaya menarik minat seluruh rakyat Malaysia.
Selepas Kedah berjaya ditawan semula oleh BN, Menteri Besar
Datuk Paduka Mukhriz mengarahkan Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya
Kedah iaitu Datuk Tajul Urus berkerjasama dengan Jamil Rektor untuk mencari
jalan penyelesaian dan permasalahan yang dihadapi oleh KUIN dan kakitangannya.
Jamil Osman telah dilantik sebagai Rektor KUIN oleh Azizan
ketika Pas menerajui kerajaan negeri bertindak melepaskan jawatan secara
mengejut pada beberapa hari yang lalu.
Datuk Tajul Urus melahirkan rasa kecewa dengan tindakkan
Jamil yang tidak profesional.. Walaupun berbeza fahaman politik, Jamil perlu
memikirkan masalah berbangkit dalam pentadbirannya di KUIN, bukannya melepaskan
jawatan secara mengejut..
Ekoran itu, banyak spekulasi boleh ditimbulkan rakyat,
dimana beliau selaku peneraju KUIN dilihat lepas tangan selepas menghancurkan
KUIN..
Isu penyelewengan adalah isu pokok dibangkitkan dimana pihak
pengurusan gagal melakukan caruman kepada pihak ketiga walaupun pemotongan gaji
dicatat pada slip gaji mereka dan beberapa pekara melibatkan pengurusan
kewangan. Kedua berhubung dengan kelayakan pensyarah dan ketiga kemudahan
asrama serta surau yang perlu ditambah baik..
Sekarang ini Kerajaan negeri dan Kuin terpaksa membayar
pinjaman bank sebanyak RM46 juta setahun bagi pembinaan kampus induk di Kuala
Ketil yang mana Kampus induk itu tidak mempunyai kemudahan asrama dan Masjid
walaupun pada kos awalan yang dipinjam ianya meliputi segalanya..
Jumlah bayaran balik pinjaman RM46 juta itu belum termasuk
kos pengurusan yang dianggarkan mencecah RM18 juta setahun..Jika dicampur kedua
dua jumlah itu, Kerajaan negeri terpaksa memperuntukkan sebanyak RM64juta
setahun dan jika dibahagikan dengan jumlah pelajar seramai 6000 orang dan 200
kakitangan, kerajaan negeri terpaksa belanja sebanyak RM 10,322 bagi setiap
seorang..
Benar apa yang Menteri Besar katakan, jumlah hutang sebanyak
RM46 juta itu lebih berfaedah jika dibuat rumah mampu milik untuk rakyat..
Memandangkan segala projek penebangan BALAK diberhentikan, Kerajaan negeri
sekarang ini sedang berusaha untuk mencari jalan alternatif lain bagi menjana
pendapatan TANPA perlu bergantung kepada pengondolan hutan secara besar besaran
seperti apa yang diamalkan oleh kerajaan Pas sebelum ini..
Kami yakin dengan pengalaman Datuk Paduka Mukhriz Mahathir
sebagai mantan Timbalan Menteri sebelum ini mampu membawa perubahan yang
terbaik buat rakyat Kedah..
Tindakan Rektor Kuin letak jawatan serta-merta dikesali.
BALING 23 Mei - Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,
Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah, Datuk Tajul Urus Md. Zin hari ini meluahkan
rasa kesal atas tindakan Rektor Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Datuk Dr.
Jamil Osman yang meletak jawatan secara mendadak.
Katanya sekali pun kerajaan negeri kini diterajui Barisan
Nasional (BN), Jamil sepatutnya lebih profesional dan mengetepikan perbezaan
politik demi menangani masalah yang dihadapi Kuin.
"Pagi tadi saya berkesempatan melawat ke Kampus
Mergong, Alor Setar dan bertemu dengan kesatuan pelajar. Ada dua rungutan utama
iaitu berhubung kelayakan pensyarah dan juga kemudahan asrama serta surau yang
perlu ditambah baik, manakala sebelah petang saya berkunjung ke kampus di Kuala
Ketil di sini.
"Ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan dengan
rektor, tetapi saya dimaklumkan tadi bahawa rektor sudah menghantar surat
peletakan jawatan pada 20 haribulan lalu. Saya juga agak kecewa, sepatutnya
rektor juga ada bersama hari ini," katanya ketika ditemui media selepas melawat
kampus Kuin di Kuala Ketil.
Menurut Tajul Urus, beliau dimaklumkan oleh pihak
pentadbiran Kuin peletakan jawatan Jamil berkuat kuasa pada hari beliau
menghantar surat iaitu Isnin lepas.
Tajul Urus dipertanggungjawabkan Menteri Besar, Datuk
Mukhriz Tun Dr. Mahathir untuk melihat masalah yang dihadapi Kuin serta
mengemukakan penyelesaian yang menjamin kebajikan pelajar dan warga kerja Kuin.
Antara masalah berkenaan ialah dakwaan warga kerja Kuin
bahawa pihak pengurusan menyeleweng kerana gagal melakukan caruman kepada pihak
ketiga walaupun pemotongan gaji dicatat pada slip gaji mereka.
Kerajaan negeri dan Kuin juga terpaksa membayar pinjaman
bank sebanyak RM46 juta setahun bagi pembinaan kampus induk di Kuala Ketil.
Kampus induk itu juga tidak mempunyai kemudahan asrama yang
menyukarkan kehidupan pelajar yang terpaksa berpindah-randah.
BN Kedah mewarisi masalah itu yang timbul ketika Kedah
diterajui Pas sejak 2008 hingga Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei lalu.
Mengulas pelantikan rektor baharu, Tajul Urus berkata,
seorang pentadbir akan ditempatkan di situ sementara menunggu pelantikan baharu
oleh Lembaga Pengarah Kuin.
Mengenai hasil lawatannya hari ini, beliau berkata, ada
beberapa perkara yang dibangkitkan termasuk mengenai kursus yang ditawarkan dan
bilangan pelajar.
"Kita akan minta laporan menyeluruh daripada Kuin dan
akan berjumpa dan berbincang dengan Menteri Besar untuk buat cadangan dan
keputusan. Apa yang penting, kita mahu Kuin sama seperti kolej-kolej swasta
terkemuka yang lain," katanya.
Beliau tidak menolak akan berlaku rombakan terhadap program
yang ditawarkan Kuin jika tindakan itu memberi manfaat kepada Kuin.
Kuin kini mempunyai 6,000 pelajar dengan 1,500 daripadanya
belajar di kampus Kuala Ketil yang mula dibuka awal tahun ini, manakala
selebihnya masih berada di kampus lama di Mergong. - BERNAMA
Rabu, 22 Mei 2013
Anwar Gelabah Dokumen ‘Siapa Dalang Pencerobohan Lahad Datu’ Sudah Siap
Anwar semakin pening kepala apabila Menteri Dalam Negeri,
Datuk Seri Zahid Hamidi berkata semua dokumen dan maklumat terperinci
yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk
mengambil tindakan terhadap individu terbabit.
Pepatah Melayu ada menyatakan ‘Siapa makan cili, dia yang
rasa pedas’. Pepatah ini sangat bertepatan dengan Anwar kerana beliau sudah
dapat merasakan dirinya akan sekali lagi dihumban ke dalam penjara walaupun
Zahid hanya memberitahu tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam
insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan
untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah.
Apa yang lebih menarik, maklumat terperinci itu bukan sahaja
datang dari pihak polis, malah pihak tentera juga terlibat dalam mengumpulkan
segala bukti-bukti yang ada. Berdasarkan laporan tersebut, polis dan
tentera akan meneliti dari segi
undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah. Polis, tentera dan peguam negara
akan duduk bermesyuarat untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan
selanjutnya.
Rakyat Malaysia nampaknya sudah tidak sabar lagi untuk
mengetahui siapakah dua orang dari semenanjung dan seorang dari Sabah yang
telah menjadi pengkhianat kepada negara. Bukan sahaja rakyat, tetapi pemimpin
pembangkang iaitu bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee semalam turut
mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden
pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.
Memandang pilihan raya umum telah berakhir dengan jayanya,
adalah amat tepat dan masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut
kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan
politik.
Selepas dibebaskan dari penjara, Anwar sepatutnya menjadi
seorang Muslim yang baik dan berguna untuk masyarakat Islam di negara ini dan berhenti daripada
menjadi seorang pengkhianat yang melampaui batas.
Anwar sepatutnya bermuhasabah diri dengan apa yang telah
beliau lakukan selama ini dan bukannya menjadi pengkhianat bertindak menghasut
rakyat serta menyalahkan pihak lain di atas kejahilan diri sendiri. Anwar harus
kembali ke pangkal jalan, bermuhasabah diri dan memperbaiki diri untuk menjadi
seorang Muslim yang baik dan bermanfaat kepada ummah.
Anwar perlu sedar, sudah ramai rakan-rakannya yang ikhlas
dalam perjuangan, yang dulunya sanggup berkorban apa saja untuk beliau, kini
seorang demi seorang telah meninggalkan beliau. Apakah rakan-rakan yang
meninggalkan Anwar itu salah semuanya dan Anwar saja yang betul?
Sudah tentu ada sebab musabab yang menyebabkan mereka
meninggalkan perjuangan Anwar walaupun sudah ada yang berpuluh tahun bersama
dengan beliau. Anwar perlu sedar hakikat ini dan rakyat juga perlu melihat
perkara ini dengan fikiran yang terbuka dan belajar menerima hakikat.
Sabtu, 18 Mei 2013
Segera Selesai Masalah KUIN - Tajul Urus
KUALA NERANG - Kerajaan negeri meletakkan keutamaan untuk
menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dalam masa
terdekat.
EXCO Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul
Urus Mat Zain, berkata ia termasuk isu penempatan pelajar di kampus Kuala
Ketil, Sejak institusi pendidikan itu diuruskan oleh kerajaan PAS Kedah sebelum
ini.
“Kita sedar sejak lima tahun berada dibawah pentadbiran PAS,
banyak masalah melanda KUIN yang tidak dapat diselesaikan dengan baik sehingga menjejaskan imej kolej universiti itu sendiri.
“Justeru, apabila diberi amanah memegang portfolio
pendidikan, saya melihat isu KUIN harus diberi keutamaan dalam menyelesaikan
masalah pendidikan di negeri ini kerana tidak mahu masalah itu terus
menjejaskannya,” katanya.
Sejak diambil alih oleh kerajaan PAS kedah pada 2008, KUIN
dilanda pelbagai isu antaranya melibatkan kebajikan pelajar dan kakitangan
termasuk isu penggunaan bangunan kuliah di kampus Kuala Ketil sebagai tempat
penginapan sementara pelajar.
Pada masa sama, Tajul Urus yang juga Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Tanjung Dawai berkata, beliau tidak mahu KUIN terus menjadi bahan
politik sebaliknya mahu institusi itu ditadbir dengan cekap bagi memastikan ia
menjadikan pusat pendidikan yang disegani.
“kita akan menyelesaikan semua masalah membabitkan KUIN
kerana tidak mahu pelajar menjadi mangsa di atas semua kemelut yang melanda
KUIN sebelum ini.
Terdahulu, Tajul Urus pulang ke kampungnya di Kampung Baru
di sini untuk menemui ibunya, Munah Kasa, 87, bagi mendapatkan restu
menjalankan tugas dan amanah.
Oleh Maria Uffa Zulkafeli
Jumaat, 17 Mei 2013
Mukhriz Minta Semua Pihak Ketepi Fahaman Politik Majukan Kedah.
JERLUN - Rakyat Kedah diseru supaya melupakan sengketa yang
mungkin tercetus semasa tempoh kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) untuk
sama-sama membangunkan negeri.
Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir meminta mereka
agar mengetepikan fahaman politik masing-masing bagi berbuat demikian.
“Pelbagai polemik dan pecah belah dalam masyarakat telah
berlaku sebelum ini kerana politik telah menjadi perkara harian yang sering
dibincangkan sama ada di kalangan rakyat mahupun di media massa.
"Saya pohon supaya letak tepi buat sementara isu
politik supaya kita dapat bersama-sama pulihkan keadaan dan waktu ini kita
gunakan untuk pupuk perpaduan tak kira apa juga fahaman politik.
"Kini masanya untuk hulurkan tangan persaudaraan untuk
kita bersatu. Negara membangun apabila rakyat majmuk pelbagai kaum bersatu dan
kerajaan akan dapat jalankan tugas dengan penuh amanah tanpa perlu bimbang
apa-apa,” katanya ketika berucap pada majlis kesyukuran sempena kemenangan
Barisan Nasional pada PRU-13, di sini hari ini.
Mukhriz berkata, untuk membawa Kedah ke tahap yang sama
dengan negeri maju yang lain memerlukan kerjasama semua pihak bagi memudahkan
projek pembangunan di negeri ini dilaksanakan.
Beliau menambah, Kedah sudah agak lama tercicir dari arus
pembangunan negara, justeru banyak perkara perlu dilakukan bagi mencapai
matlamat untuk menjadi sebuah negeri yang maju seiring dengan hasrat kerajaan
pusat.
“Saya mohon rakan-rakan daripada parti pembangkang bersama
bangunkan negeri ini, kita lakukan yang terbaik dan kerjasama semua pihak amat
diperlukan.
"Mungkin ada yang akan berfikir bahawa perkara ini
adalah mustahil, Kedah takkan maju, takkan mampu majukan Kedah, tapi percayalah
tidak ada yang mustahil selagi kita fikirkan inilah masanya untuk melakar masa
depan yang lebih cerah,” katanya. - Bernama
Anwar Si Munafik Sukar Terima Ketentuan Illahi.
Sudah dua minggu PRU-13 berlalu dan dalam tempoh ini semua
Kerajaan Negeri sudah selesai upacara angkat sumpah MB dan KM masing-masing,
namun sepanjang dua minggu ini jugalah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim masih
meroyan sakan menghasut rakyat supaya menolak keputusan PRU-13.
Dalam jelajah propagandanya yang terbaru di Johor, Anwar
turut menggunakan alasan undi popular 51% gabungan tidak berdaftar itu sebagai
asas utama dalam penegasannya untuk tidak bersara dari dunia politik.
Kenyataan itu adalah reaksi Anwar bagi menjawab desakan
pelbagai pihak mengenai janjinya untuk menjadi pensyarah sekiranya gagal dalam
PRU-13. Gempak yang dilakukan dulu kini memakan diri, mahu tak mahu kenalah ada
alasan untuk mengalih perhatian khalayak.
Hakikatnya Anwar lupa untuk menjelaskan soal undi popular
untuknya tidak wujud pun kerana PKR yang diketuainya hanya memperolehi 20%
sahaja berbanding BN yang mendapat 49% daripada keseluruhan undi popular.
Anwar juga tidak menyatakan hakikatnya sebahagian besar undi
popular PR datangnya dari 5 buah negeri sahaja iaitu Selangor, Pulau Pinang,
Wilayah Persekutuan, Perak dan Kelantan, sedangkan BN pula menguasai majoriti
undi popular di 9 negeri yang lain.
Satu persatu negeri dijelajahnya semata-mata untuk
menyebarkan propagandanya memburukkan SPR sambil menuduh BN melakukan penipuan,
tapi di ketika yang sama boleh pula Anwar berbangga dengan undi popular yang
diperolehi gabungan rapuh parti pembangkang yang dikenali sebagai PR.
Kini Ketua Umum PKR itu sedang dalam keadaan tersepit, bukan
sahaja kerana gagal menunaikan janji tapi juga kerana sukar menerima ketentuan
Illahi yang menetapkan BN kekal mendapat sokongan dan terus berjaya memerintah
negara ini.
Rabu, 15 Mei 2013
Terkini...!!! Senarai Penuh Barisan Kabinet Malaysia 2013 - 2018!
PERDANA MENTERI:
YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
TIMBALAN PERDANA MENTERI:
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
JABATAN PERDANA MENTERI:
MENTERI:
(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA
5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)
TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(2) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)
MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN
TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN
MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)
MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN
(UMNO) (MEMANGKU)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)
MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN
(UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)
MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
(UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU
JAAFAR (PBB)
MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN
(UMNO)
(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L
P.PANCHANATHAN (MIC)
MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID
SHIRLIN (UMNO)
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)
MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD.
HANIPAH (SENATOR) (UMNO)
MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI (UMNO)
MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB
(UMNO)
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)
MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN
TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE
(UMNO)
MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)
MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA(UMNO)
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
(UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L
JAGANATHAN (SENATOR)
MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON (UMNO)
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID
(UMNO)
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
(UMNO)
MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ
(UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM
(PRS)
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD
DIAH (UMNO)
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN
(UMNO)
senarai Ahli - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
1. YAB Datuk Paduka Haji Mukhriz Mahathir (Menteri Besar
Kedah) :: Portfolio ~ Pengerusi J/K Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri,
Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Kewangan
& Syarikat Milik Kerajaan Negeri.
2. YB. Dato' Dr. Ku Abd. Rahman bin Ku Ismail (Ahli Majlis)
:: Portfolio ~ Pengerusi J/K Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri,
Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi.
3. YB. Datuk Suraya Yaacob (Ahli Majlis) :: Portfolio ~
Pengerusi J/K Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas
Tani, Pembangunan Usahawan.
4. YB. Dato' Dato' Haji Tajul Urus (Ahli Majlis) ::
Portfolio ~ Pengerusi J/K Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya.
5. YB. Haji Badrol Hisham bin Hashim (Ahli Majlis) ::
Portfolio ~ Pengerusi J/K Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan
Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan.
6. YB. Haji Mohd Rawi bin Abd. Hamid (Ahli Majlis) ::
Portfolio ~ Pengerusi J/K Agama, Hal Ehwal Masyarakat India & Siam, Sumber
Tenaga Manusia, Pelancongan.
7. YB. Datuk Mohd Tajudin Abdullah (Ahli Majlis) ::
Portfolio ~ Pengerusi J/K Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian
Kemiskinan.
8. YB. Aminuddin Bin Omar (Ahli Majlis) :: Portfolio ~
Pengerusi J/K Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Badan-Badan
Bukan Kerajaan.
9. YB. Norsabrina Mohd Noor SaBrina AziZan (Ahli Majlis) ::
Portfolio ~ Pengerusi J/K Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan
Teknologi Tinggi.
Tahniah buat semua... BN Menang Rakyat Senang...
8 Exco baharu Kedah angkat sumpah jawatan
ALOR SETAR 15 Mei - Lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Barisan Nasional (BN) Kedah hari ini mengangkat sumpah jawatan dan menerima
tauliah pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu.
Upacara mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah
Exco itu berlangsung di hadapan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang
dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di
sini pukul 10 pagi.
Mereka ialah ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman
Ku Ismail, Datuk Suraya Yaacob (Sungai Tiang), Datuk Tajul Urus Mat Zain
(Tanjung Dawai) Badrol Hisham Hashim (Kuala Nerang).
Turut mengangkat sumpah ialah ADUN Ayer Hangat, Mohd. Rawi
Abdul Hamid, Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah (Belantek), Aminuddin Omar (Jitra)
dan Datin Noor Sabrina Mohd. Noor (Bandar Baharu).
Kesemua lapan ADUN tersebut belum pernah dilantik ke jawatan
itu dengan empat daripada mereka adalah wakil rakyat penggal pertama.
Yang turut menyaksikan istiadat tersebut ialah Menteri
Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir yang mengangkat sumpah sebagai Menteri
Besar Kedah ke-10 pada 6 Mei lalu.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, BN memperoleh sebanyak 21
daripada 36 kerusi DUN sekali gus mendapat majoriti mudah bagi membolehkan
memerintah negeri ini. - UTUSAN
Senarai Menteri Kabinet Baru 2013 ( Tidak Rasmi)
Perdana Menteri (Menteri Kewangan)
Datuk Seri Najib Tun Razak
Timb. Perdana Menteri (Menteri Pertahanan)
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Datuk Seri Idris Jala
Datuk Ahmad Maslan
Menteri Kewangan
Datuk Seri Mustapa Mohamed
Menteri Pelajaran
Datuk Seri Idris Jusoh
Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishamuddin
Menteri Pengangkutan
Datuk Seri Liow Tiong Lai
Menteri Pelancongan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Luar
Datuk Seri Anifah Aman
Menteri Kerja Raya
Datuk Seri G Palanivel
Menteri Kesihatan
Datuk Wee Ka Siong
Menteri Belia Dan Sukan
Dato Ahmad Shabery Cheek
Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri S Subramaniam
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Seri Noh Omar
Menteri Perdagangan Dan Industri
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Shafie Afdal
Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi
Datuk Fadillah Yusof
Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
Datuk Douglas Unggah Embas
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
Datuk Seri Mahazir Khalid
Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi
Datuk Joseph Salang Gandum
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Datuk Seri Ong Ka Chuan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
Datuk Noriah Kasnon
Menteri Penerangan Dan Komunikasi
Khairy Jamaluddin
Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Johari Abdul Ghani Ghani
Sumber: KLPOST
Isnin, 13 Mei 2013
Akujanji BN Kedah - Pembangkang Sebar Sms Palsu.
Tidak dapat menerima kekalahan PAS di Kedah, pelbagai fitnah kini giat disebarkan dipercayai bertujuan menghuru-harakn pentadbiran BN di Kedah.
Di pejabat UMNO Bahagian Merbok, semalam, beberapa orang yang menerima sms dari pihak tidak diketahui datang untuk menuntut beberapa perkara pelik yang tidak pernah dijanjikan BN sebelum Pilihanraya Umum ke - 13 lalu.
Antaranya berkenaan Akujanji BN Kedah yang kononnya akan memberi bantuan barangan RM100 bagi setiap kelahiran bayi.
Selain itu ada juga yang datang untuk mendaftar bagi mendapatkan seekor lembu yang kononnya juga didakwa sebagai Akujanji BN Kedah.
Ketua UMNO Bahagian Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain berkata, BN Kedah tidak pernah menjanjikan perkara seperti itu kepada rakyat negeri Kedah.
Beliau yang juga ADUN Tanjung Dawai berkata, sebaliknya Akujanji BN Kedah lebih menjurus kepada perkara teras termasuk hal ehwal agama, transformasi ekonomi, sosial, belia, sukan, pendidikan serta pembangunan modal insan.
Ia menggariskan lebih 100 perkara yang akan diusahakan oleh BN Kedah antaranya,
- Menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara Ulul Albab
- Menaik taraf semua pusat tahfiz
- Membangunkan 'Bandar Raya Getah' Kota Putra di Padang
Terap yang akan menawarkan 13,000 peluang pekerjaan
- Membangunkan Alor Setar menjadi bandar raya metropolis
- Membangunkan Jerlun sebagai pusat industri minyak dan gas
- Melonjakkan kembali Taman Teknologi Tinggi Kulim sebagai
ikon industri berteknologi tinggi negara
- Melupuskan bayaran lesen penjaja dan peniaga kecil
- Menaik taraf jeti di Kuala Kedah dan Langkawi untuk
keselesaan para pelancong
- Menyediakan pelbagai insentif kepada pemaju bagi
memudahkan rakyat memiliki rumah
- Memperhebatkan pembinaan rumah untuk dimiliki
- Meningkat dan membaik pulih sistem perparitan bagi
mengatasi masalah banjir kilat
- Menebus kembali kegemilangan bola sepak Kedah menerusi
pembangunan semua peringkat
- Melonjakkan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebagai
institusi pengajian tinggi negeri Kedah yang ulung melalui pengkhususan jurusan
kepakaran Kuin
- Memastikan kebajikan warga Kuin seperti kemudahan tempat
tinggal, gaji dan sebagainya setanding dengan institusi pengajian setaraf
seperti mana yang layak mereka nikmati.
Siapa Exco Kerajaan Negeri Kedah?
ALOR SETAR – Seramai lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Kedah dijadual mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
(Exco) yang baharu di Istana Anak Bukit di sini Rabu ini.
Upacara mengangkat sumpah dijadual berlangsung di hadapan
Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah
pada pukul 10 pagi.
Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir pagi semalam
mengadakan pertemuan dengan ADUN Barisan Nasional (BN) di Wisma Darul Aman di
sini.
Pertemuan tertutup itu antara lain dipercayai mempunyai
kaitan dengan pemilihan barisan Exco Kerajaan Negeri.
Spekulasi ADUN yang bakal mengisi senarai Exco mula menjadi
bualan setelah Mukhriz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-10 pada
6 Mei lalu.
ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail
yang berpengalaman dalam sektor korporat termasuk pernah memegang jawatan
Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) dan merupakan Pengerusi
Majlis Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) negeri dijangka mengisi portfolio
industri.
ADUN Ayer Hangat, Mohd. Rawi Abdul Hamid yang boleh bertutur
dan menulis dalam bahasa Arab serta Siam selain fasih berbahasa Melayu dan
Inggeris pula dijangka memegang portfolio pelancongan dan agama.
Sementara ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob yang
memasuki penggal ketiga perkhidmatan pula disebut-sebut bakal memegang
portfolio berkaitan wanita dan keluarga.
Wakil rakyat lain yang turut dijangka ialah ADUN Belantek,
Datuk Mohd. Tajudin Abdullah dikatakan akan memegang portfolio luar bandar
manakala ADUN Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain dalam portfolio
pendidikan.
Muka baharu yang turut mendapat kepercayaan Mukhriz ialah
ADUN Kuala Nerang, Badrol Hisham Hashim untuk memegang portfolio perumahan dan
kerajaan tempatan serta ADUN Jitra, Amiruddin Omar bagi portfolio belia dan
sukan.
Turut mendapat tempat dalam Exco Kerajaan Negeri Kedah ialah
ADUN Bandar Baharu, Datin
Noor Sabrina Mohd. Noor yang merupakan ahli biologi dengan
memegang portfolio teknologi maklumat.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu, BN
memperoleh 21 daripada 36 kerusi DUN sekali gus mendapat majoriti mudah bagi
membolehkannya memerintah negeri ini.
Lazimnya kerajaan negeri sebelum ini melantik 10 Exco untuk
memegang pelbagai portfolio, namun dipercayai kerajaan negeri pada kali ini
akan melantik lapan orang sahaja untuk ke jawatan berkenaan.
Ia berikutan pendirian MCA untuk tidak meletakkan wakil
rakyat parti itu dalam kerajaan negeri ekoran prestasi buruk pada PRU-13 selain
tiada calon MIC Kedah yang menang.
Menteri Besar bagaimanapun boleh mewujudkan satu jawatan
khas setaraf Exco masing-masing untuk mewakili kaum Cina, India dan Siam. -
KOSMO
Ahad, 12 Mei 2013
UMNO bukan parti rasis - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO
bukan parti rasis kerana ia sentiasa memberi keadilan kepada rakyat tanpa
mengira kaum di negara ini.
Najib yang juga Presiden UMNO berkata, sejak ditubuhkan 67
tahun lepas, UMNO menganggap bukan Melayu sebagai rakan kongsi dan akan tetap
mempertahankan dasar yang sederhana, adil dan saksama kepada semua bangsa.
"Inilah formula terbaik UMNO (keadilan kepada semua),
bukan formula keterlaluan untuk memancing undi tetapi pada akhirnya memusnahkan
negara Malaysia yang tercinta.
"Kita tidak akan benarkan politik sedemikian...
opportunistic politics (politik oportunis)...kita tak akan benarkan kerana
akhirnya akan menghancurkan segala-galanya yang telah dibina UMNO dan Barisan
Nasional (BN)," katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun UMNO
ke-67 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi.
Najib berkata, jika bukan kerana isu perkauman yang
dimainkan pakatan pembangkang, beliau percaya BN mampu memperoleh majoriti yang
lebih besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang berakhir Ahad lepas.
Pada PRU13, BN memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen
dengan UMNO kekal sebagai tonggak gabungan itu apabila menyumbangkan 88 kerusi.
Perdana Menteri berkata, pencapaian UMNO pada pilihan raya
umum kali ini adalah lebih baik berbanding 2008 meskipun diasak dan diserang
pelbagai tohmahan serta fitnah daripada pembangkang.
"Tapi, pada akhirnya rakyat Malaysia telah membuat
keputusan bahawa mereka ingin kepada kestabilan, kesinambungan dan ingin
melihat agenda pembangunan dan transformasi yang dibawa BN diteruskan,"
katanya.
Pada pilihan raya umum 2008, UMNO memenangi 79 kerusi
Parlimen. - BERNAMA
Sabtu, 27 April 2013
3 Dalang Pencerobohan Lahad Datu Dalam Pakatan Haram Di Kenal Pasti.
ALOR SETAR: Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti tiga
pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan
bersenjata di Lahad Datu, Sabah.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata
segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada
Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
"Apa yang boleh saya katakan, dua daripada pemimpin
pembangkang itu daripada Semenanjung dan seorang lagi daripada Sabah.
"Maklumat kini sudah terkumpul dan semua butir-butir itu akan diserahkan
sepenuhnya di Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,"
katanya ketika sidang media selepas Majlis Lawatan Kerja Menteri
Pertahanan di Kolej Tentera Udara, Kepala Batas di sini, Jumaat.
Ahmad Zahid bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemimpin
pembangkang tersebut. Beliau berkata pihaknya tidak mahu dianggap oleh
sesetengah pihak tertentu sebagai permainan politik maka segala tindakan akan
dilakukan sejurus selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.
"Sesuatu tindakan perundangan hanya boleh dilakukan
apabila keterangan dirakamkan, direkodkan, kami dah ada semua itu. "Bila
akan diserahkan...tunggu selepas pilihan raya dan tindakan juga akan diambil
lepas pilihan raya, kita tidak mahu mereka kata kita bermain politik, jadi kita
serah kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengelakkan dicopkan sandiwara politik
Umno," katanya. -BERNAMA
Isu Hudud: Pakatan Berbeza Haluan, Namun Masih Menafikan.
Seperti biasa, apabila menjelang pilihan raya, Pas akan memainkan semula isu sensasi mereka iaitu HUDUD. Isu hudud isu wajib Pas waktu pilihan raya. Habis pilihan raya semua senyap. Sepanjang kempen pilihan raya ini mereka akan menjaja cerita Umno tolak hudud. Tetapi Umno sebenarnya menolak hudud yang diperjuangkan oleh Pas dan tidak pernah sesekali menolak hukum syariah itu.
Hukum hudud yang dibawa PAS tidak seimbang dan cenderung
untuk berlaku tidak adil kepada masyarakat Islam di negara ini. Di bawah hudud
PAS, orang Islam yang mencuri akan dipotong tangan tetapi kalau yang bukan
Islam hanya akan dipenjarakan sahaja. Di mana keadilannya?
Kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Haron Din tentang
rancangan Pakatan melaksanakan hukum hudud sekiranya berjaya ke Putrajaya telah
menimbulkan pelbagai reaksi dari rakyat. Karpal Singh terus membidas kenyataan
Haron Din dengan berkata bahawa agenda PAS itu akan menimbulkan huru-hara dan
konflik.
Karpal dengan lantang menempelak PAS berkata, keputusan DAP
yang sebelum ini untuk menggunakan logo PAS tidak bermakna mereka bersetuju
untuk menerima hudud. Pengenalan hukum hudud PAS di negara ini akan menyebabkan
sistem perundangan kita terbahagi kepada dua dan ini sangat sukar untuk
dilaksanakan di dalam negara yang berbilang kaum.
Ianya sekali gus akan mencetuskan konflik dan huru-hara
apatah lagi jiaka ianya melibatkan kes orang Islam dan bukan Islam tetapi
dibicarakan dalam dua sistem yang berbeza. Bukan sahaja rakan pakatan dari DAP,
malah PKR juga turut menolak undang-undang hudud PAS dari terus dilaksanakan.
Tan Sri Khalid Ibrahim turut membidas kenyataan Haron Din
dengan berkata bahawa hudud tidak sesuai dilaksanakan di sebuah negara
berbilang bangsa & agama seperti Malaysia.
Tindakan Khalid yang berkata persetujuan seluruh rakyat
Malaysia diperlukan untuk melaksanakan hudud PAS membayangkan hudud PAS tidak
mungkin akan dilaksanakan walaupun mereka memenangi pilihan raya.
Pertelagahan sesama sendiri dalam Pakatan Rakyat nampaknya
semakin ketara menjelang hari pembuangan undi. PM Najib menjelaskan bahawa
perbezaan pendapat, dan dominasi PAS dalam isu hudud, jelas menunjukkan
kurangnya kredibiliti dalam kalangan pemimpin-pemimpin PR.
Selasa, 23 April 2013
Majoriti Melayu sokong BN.
KUALA LUMPUR : Satu kajian yang dijalankan Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati majoriti masyarakat Melayu memilih untuk menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Kajian yang dijalankan sekumpulan penyelidik UKM bagi tempoh
antara Disember 2012 dan Mac lalu menyaksikan trend sokongan tersebut mencecah
sehingga 68 peratus.
Pensyarah Geo-Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali
berkata, antara faktor sokongan itu ialah kewibawaan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak melaksanakan program transformasi.
?Kajian itu dibuat dalam kalangan 4,500 responden wanita di
seluruh negara yang mana sebanyak 68 peratus mereka menyatakan kesediaan mengundi
BN dan menyokong kerajaan sedia ada.
?Lazimnya, kecenderungan sama ditunjukkan suami responden
terbabit serta anak-anak mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari
ini.
Menurut Mohd. Fuad, kajian berkenaan belum lagi mengambil
kira faktor selepas manifesto dan calon BN bagi PRU-13 diumumkan yang mana
momentum sokongan itu dijangka terus meningkat.
?Kita akan meneruskan kajian dalam tempoh berkempen ini dan
perlu diingatkan sekitar 18 hingga 23 peratus pengundi adalah pengundi atas
pagar yang baru pertama kali mengundi,” katanya.
Menurutnya, trend sokongan masyarakat Melayu kepada BN itu
kerana mereka meyakini parti tersebut mampu memelihara status quo dalam
perjuangan agama, bangsa dan negara di samping mengekalkan perpaduan masyarakat
Malaysia yang berbilang kaum.
?Orang Melayu tidak suka melihat pakatan antara Pas, DAP dan
Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana banyak perkara telah tersasar terutama
berkaitan kepentingan agama Islam serta isu kalimah Allah.
?Lagipun, pakatan pembangkang sangat longgar dalam
perjuangannya terhadap agama, bangsa dan negara, oleh itu, orang Melayu
beranggapan lebih baik mengekalkan kerajaan sedia ada,” katanya.
Sementara itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal
Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed
Mustafa Ishak berkata, sokongan masyarakat Melayu terhadap BN didorong kejayaan
agenda transformasi kerajaan selain kegagalan pembangkang menunaikan janji di
negeri dikuasai mereka.
?Dahulu pembangkang lantang mengkritik tetapi selepas
menjadi kerajaan, baru masyarakat nampak keupayaan sebenar mereka,” katanya.
Menurut beliau, kemerosotan sokongan terhadap pakatan
pembangkang itu juga disebabkan Pas, PKR dan DAP dibelenggu banyak masalah
dalaman.
- Utusan
Sabtu, 20 April 2013
Parlimen Merbok - Tiada Pencalonan Ditolak.
Sungai Petani - Pengurus yang di lantik Suruhanjaya Pilihan Raya bagi kawasan Merbok, Tuan Haji Ahmad Faisol B Haji Md Nor yang juga merangkap Pegawai Daerah Kuala Muda, hari ini telah membuat pengumuman di Sekolah Menengah Teknik (1) Sungai Petani bagi keputusan Penamaan Calon PRU 13 untuk kerusi Parlimen Merbok (P014) , DUN Bukit Selambau (N25) dan DUN Tanjung Dawai (N26).
Menurut Tuan Haji Ahmad Faisol. Pada PRU13 ini, tiada kertas penamaan calon yang di tolak oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya bagi kawasan Merbok.
Bagi kerusi Parlimen Merbok (P014) pihak SPR mengesahkan pertandingan melibatkan dua penjuru iaitu diantara Prof Dr Ismail Daud (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok) yang mewakili BN akan bertemu dengan Nur Azrina Surip @Nurin Aina Abdullah (Ketua Wanita PKR Cabang Sungai Petani) yang mewakili PKR.
Bagi kerusi DUN Tanjung Dawai (N26) pihak SPR mengesahkan petandingan melibatkan dua penjuru iaitu diantara Dato' Tajul Urus (Ketua UMNO Bahagian Merbok) yang mewakili BN akan bertemu dengan Ahmad Fakhrudin Fakhrurazi (Timbalan YDP PAS Merbok).
Manakala bagi kerusi DUN Bukit Selambau (N25) pihak SPR mengesahkan pertandingan melibatkan lima penjuru iaitu diantara M L Maran ( Penyelaras BN DUN Bukit Selambau) yang mewakili BN,Dr Krisnamurthy yang mewakli PKR, Kamal Nasser Thow Beek yang mewakili KITA, Syed Omar Syed Mohammad yang mewakili Bebas dengan menggunakan lambang bunga dan T.Murangaran yang mewakili Bebas dengan menggunakan lambang kunci.
Jumaat, 19 April 2013
Di Mana Logiknya Hujah Aziz Bari Tentang Hak Melayu Dalam Perlembagaan Malaysia?
Aziz Bari, iaitu seorang ‘pakar perlembagaan mengikut
piawaian Pakatan Rakyat’, baru-baru ini dipetik oleh Harakahdaily sebagai
menegaskan bahawa kedudukan Melayu adalah selamat, berkat dari kebijaksanaan
UMNO-BN menggubal perlembagaan negara.
Oleh itu, menurutnya sekiranya PR menang dengan majoriti 2/3
iaitu 148 kerusi sekali pun, kedudukan Melayu di dalam perlembagaan tidak boleh
ditukar kerana majoriti yang dimenangi PR hanyalah di Dewan Rakyat tetapi di
Dewan Negara majoritinya masih senator lantikan UMNO/BN, selain terdapat
keperluan kepada perkenan Majlis Raja-raja untuk melakukan sebarang perubahan
dalam perlembagaan.
Atas dasar itulah maka kedudukan Melayu dikatakan selamat
walaupun PR memerintah.
Terdapat 70 orang senator di Malaysia. 26 dari mereka dipilih oleh Dewan Undangan
Negeri iaitu 2 dari setiap negeri dalam Persekutuan, manakala 44 lagi dilantik
oleh Yang DiPertuan Agong di mana empat darinya akan mewakili Wilayah-wilayah.
Pertamanya, apakah jaminan yang kesemua ahli Dewan Negara akan
membela Melayu? Keduanya, apakah jaminan
kesemua Melayu di Dewan Undangan Negeri akan mempertahankan hak-hak Melayu di
dalam perlembagaan jika sebahagian besar mereka adalah dari Pakatan Rakyat? Ketiganya, walaupun 44 senator dilantik oleh
Yang DiPertuan Agong, namun terdapat satu klausa yang menambah kenyataan bahawa
lantikan itu adalah ‘atas nasihat Perdana Menteri’.
Justeru, jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, apakah
jaminan yang beliau akan menasihatkan Yang DiPertuan Agong untuk mempertahankan
keududukan Melayu?
Perlu diingatkan, bahawa hanya baru-baru ini sahaja, iaitu
beberapa hari lepas, di dalam wawancara dengan Financial Times, Anwar sekali
lagi mengulang kenyataan bahawa ‘masalah paling utama di Malaysia ialah Hak-Hak
Melayu kerana ia membawa kepada masalah perkauman dan korupsi’.
Sudah tentulah kenyataan tersebut bersifat terlalu umum,
subjektif dan boleh diperdebatkan.
Namun, isu di sini bukan soal perkauman atau korupsi tetapi berkenaan
hak-hak Melayu.
Dari apa yang diperkatakan Anwar, jelaslah bahwa beliau
berniat untuk menghapuskan hak-hak Melayu sama sekali. Dengan DAP berada di belakangnya, atau lebih
tepat di atas Anwar, maka apakah jaminan yang perlembagaan yang ada mampu
dipertahankan?
DAP langsung tidak pernah berdolak dalih akan penentangan
mereka terhadap hak-hak Melayu di dalam perlembagaan. Umum sedia maklum bahawa kewujudan DAP adalah
atas dasar perjuangan menghapuskan hak-hak Melayu, termasuk Institusi
Raja-raja. DAP pastinya akan mempunyai
lebih kuasa dan cara untuk mencapai matlamat mereka sekiranya PR berada di
takhta.
Oleh itu, yang mungkin akan membela Melayu jika PR
benar-benar menang dalam pilihanraya kali ini, hanyalah PAS dan UMNO. Dengan UMNO sebagai pembangkang, maka suara
UMNO tentulah agak terhad apatah lagi dengan sikap PR yang gemar ‘menutup’
suara penentang-penentang mereka.
Lebih malang lagi, PAS juga telah dicerobohi oleh
orang-orang Anwar dan DAP sehingga ke peringkat kepimpinan tertinggi. Di tambah lagi dengan ‘kekaburan’ para pemimpin
Ulama di dalam parti itu yang meletakkan kebencian terhadap UMNO sebagai
matlamat utama sehingga menghina sebarang usaha untuk membela bangsa Melayu,
maka apakah jaminan yang mereka akan turut membela kedudukan Melayu di dalam
perlembagaan?
Dari situ, kita tidak faham bagaimana Aziz Bari boleh
menyatakan bahawa kedudukan Melayu akan lebih kuat jika PR memerintah sedangkan
di Pulau Pinang dan Selangor, kita melihat sendiri bagaimana Melayu dan Islam
diremehkan, malah diketepikan terus, apabila saja berpeluang. Pun begitu, walaupun tidak menguasai
Kelantan, namun DAP tetap mampu menguasai beribu ekar tanah Kelantan.
Justeru, di mana logiknya hujah Aziz Bari?
Khamis, 18 April 2013
BN Tidak pinggir Merbok.
Merbok yang dulunya meliputi kawasan ladang getah, kini
berubah wajah menjadi bandar serba moden menerusi pelbagai projek yang
dirancang oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Walaupun kawasan parlimen itu sudah bertukar tangan kepada
pembangkang selepas pilihanraya umum ke-12 (PRU-12) lima tahun lalu, kerajaan
BN tidak pernah meminggirkan kawasan berkenaan.
Malah pembangunan yang wujud di kawasan itu tidak pernah
terhenti, dan menjadi antara kawasan paling pesat membangun di Kedah.
Pembangunan yang wujud di kawasan berkenaan membabitkan
pusat pertumbuhan baru, termasuk Bandar Laguna Merbok, Bandar Lagenda Heights,
Bandar Amanjaya, Semeling, bedong dan pekan Merbok sendiri.
Penyelaras Parlimen Merbok, Dato’ Hj.Tajul Urus Mat zain
berkata, Kerajaan BN dan pihak swasta juga berjaya membangunkan Universiti
Teknologi Mara (UiTM) kampus Kedah di Merbok, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
serta Universitu Institut Perubatan dan Sains Asia (AIMS).
Tajul Urus juga berkata, Merbok juga mempunyai potensi besar
dalam pelancongan dengan produk utama hutan paya bakau di Sungai Merbok,
penemuan sejarah penempatan purba di Muzium Arkeologi Sungai batu selain kesan
sejarah di Lembah Bujang yang boleh dimajukan.
Katanya kerajaan BN turut bercadang menyediakan sebuah
restoran makan laut di Sungai Batu bagi menjadi tarikan pelancong ke situ
sekali gus membuka lebih banyak peluang pendapatan dan pekerjaan kepada masyarakat
setempat.
Malah kerajaan juga meluluskan peruntukan bagi membina 300
ratus unit rumah menerusi projek perumahan nelayan moden di Tanjung dawai
dengan majlis pecah tanah kawasan itu dijangka disempurnakan olehPerdana
Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi.
“Menerusi pmbinaan
rumah nelayan moden itu, ia melengkapkan satu pakej pelancongan di sini apabila
pelancongan yang menaiki bot di jeti Sungai Semeling akan menyusuri Sungai
Merbok kemudian singgah di restoran makanan laut di Sungai batu sebelum
meneruskan perjalanan menaiki bot bagi melihat perumahan nelayan moden di
Tanjung Dawai,” katanya.
Tajul Urus berkata pada masa sama, projek pelbagai
kementerian juga berjalan lancar dalam usaha kerajan BN mahu memastikan
kemudahan prasarana kepada rakyat di kawasan itu disediakan.
Katanya, ia termasuk pembinaan empat buah masjid baru dengan
peruntukan lebih RM7 juta iaitu masing-masing Masjid Taman Peruda, Msajid Kampung
Sungkop, Masjid batu Belacan dan Masjid laguna Merbok.
“Selain Masjid, projek lain dilakukan termasuk membaik
pulih, menaik taraf dan membina rumah ibadat termasuk 10 surau baru yang dibina
sepanjang tempoh lima tahun ini.
“Kerajaan persekutuan juga meluluskan peruntukan RM77 juta
bagi membina jalan dua hala dengan kemudahan empat lorong bagi menghubungkan
Sungai petani ke Kuala Ketil yang kini berada dalam peringkat awal pembinaan,”
katanya.
Beliau berkata sepanjang tempoh lima tahun ini kerajaan
persekutuan terus menjalankan tanggungjawab yang terbaik kepada rakyat walaupun
sepanjang tempoh itu juga Parlimen erbok termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN)
Bukit Selambau dan Tanjung dawai di kuasai pembangkang.
Katanya pembangunan yang di bawa oleh kerajaan BN di kawasan
itu mencakupi semua aspek dan diharapkan
rakyat dapat memberi mandat kepada BN untuk menawan semula negeri ini.
Sumber - Berita Harian
Sabtu, 13 April 2013
Manifesto BN.
Manifesto akujanji Barisan Nasional (BN) ternyata menerima sambutan hangat pelbagai lapisan masyarakat dan juga pelbagai bangsa.
Rakyat Malaysia mula menyedari hanya dengan pemerintahan BN
mereka akan berupaya menikmati taraf hidup dan kebahagian yang lebih selesa,
bukan sahaja masyarakat biasa, tetapi juga bagi mereka yang terlibat dalam
perniagaan.
Kemampanan ekonomi negara juga menjadikan banyak
penganalisis ekonomi meramalkan manifesto akan memacu ekonomi Malaysia ke arah
yang lebih baik sekaligus mendorong kepada status Malaysia negara maju
berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Buktinya, pelbagai pihak, termasuk media cetak, elektronik,
termasuk laman-laman sosial membicarakan manifesto BN, terutamnay berkenaan
Bantuan Rakyat 1 malaysia (BR1M), dan sejuta rumah mampu milik dalam tempoh
lima tahun BN memerintah.
Berbanding 150,000 unit rumah dalam janji manifesto Pakatan
Rakyat, ternyata BN jauh mengatasi mereka dari aspek perancangan dan
pelaksanaan manifesto.
Berbeza dengan manifesto bukan janji PR, mereka hanya
menumpu kepada persoalan menurunkan segala macam benda tanpa memikirkan impak
ekonomi makro terhadap negara.
BN sebaliknya selain membantu kos sara hidup rakyat dengan
bantuan-bantuan one-off, mereka juga memikirkan kaedah terbaik untuk terus
membantu rakyat tanpa merisikokan ekonomi negara.
Dengan iklim ekonomi dunia yang perlahan dan kelembapan
ekonomi di Eropah, pemikiran di luar kotak amat diperlukan bagi memastikan
Malaysia terus mempunyai pertumbuhan ekonomi yang mapan.
Ternyata, transformasi Datuk Seri Najib Razak sejak beberapa
tahun ini menunjukkan kejayaan apabila ekonomi negara terus berkembang sebanyak
5 peratus, malah negara luar turut terkejut degan perkembangan yang menurut
mereka “di luar jangkaan”.
Perkara itu bagaimanapun tidak diuatarakan pembangkang,
sebaliknya lebih mempolitikkan isu manifesto seolah-olah manifesto mereka
adalah yang terbaik, sedangkan tanpa manifesto pun, BN sebenarnya telah berjaya
menjadikan ekonomi Malaysia lebih berdaya saing dan mapan.
BR1M ternyata memberikan impak ekonomi yang memberangsangkan
apabila meningkatkan permintaan sekaligus mewujudkan proses jual beli yang
rancak dalam ekonomi sehingga memungkinkan kitaran ekonomi domestik negara
bergerak. Ini memberikan kesan besar, terutamanya peluang pekerjaan dan ‘supply
and demand’ dalam konsep ekonomi.
Manifesto yang dilancarkan BN baru-baru ini juga dijangkakan
akan memacu ekonomi negara ke arah yang lebih baik sekaligus menjadikan kuasa
beli rakyat meningkat dan bakal mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik.
Jelas terpampang di media massa bahawa pakar ekonomi
meyakini manifesto BN melebihi manifesto pembangkang.
Tanpa perancangan ekonomi dan hala tuju ekonomi yang kukuh,
manifesto PR dilihat umpama sampah yang tidak mempunyai hasil sebaliknya akan
menyebabkan negara muflis.
Jelas kelihatan betapa BN memikirkan setiap aspek kehidupan
sehingga membolehkan manifesto itu dirangka dengan sebegitu baik tanpa
meminggirkan mana-mana pihak.
Daripada aspek kos kehidupan, perumahan, pendidikan, warga
emas, pengangkutan dan sebagainya, termasuk kehijauan alam, BN tidak langsung
mengabaikan mana-mana aspek.
Sebaliknya mengambil pendekatan rakyat didahulukan bagi
membolehkan pencapaian negara melonjak ke paras yang lebih baik.
Langgan:
Catatan (Atom)