Selasa, 20 Disember 2011

Menjawap Tohmahan Ketua Bahagian Tak Buat Kerja!


Sebenarnya tajul_admin tidak mahu menulis berkenaan tajuk diatas,namun kerana mahu menyampaikan perkara yang benar supaya rakyat khususnya di Parlimen Merbok iaitu kawasan Parlimen yang berada dibawah pentadbiran Penyelaras Parlimen YBhg. Dato' Hj. Tajul Urus Hj. Mat Zain tahu akan kedudukan sebenar bahawa tuduhan tidak buat kerja atau tidak turun padang amat meleset sama sekali, jauh berbeza dengan situasi sebenar.

Menjelang PRU13, sudah mula terdengar cakap-cakap belakang yang cuba merendah-rendahkan jerih payah serta usaha berterusan beliau berkhidmat kepada rakyat. Mungkin tidak cukup baik apa yang telah dilakukan olah YBhg. Dato' Hj. Tajul Urus untuk rakyat di Parlimen Merbok ini,manusia biasa yang hanya mempunyai 24jam sehari yang pada pandangan mata tajul_admin telah hanya menghabiskan masa beliau untuk bersama rakyat,bekerja menyelesaikan pelbagai masalah,hanya sedikit masa yang tinggal untuk diri sendiri dan keluarga.Jika ada masa pun YBhg.Dato' akan berada di pejabat UMNO bahagian untuk menyelesaikan masalah rakyat yang dihantar terus ke pejabat.Masyarakat umum tidak mengetahui bahawa kadangkala YBhg. Dato' mengambil kesempatan semasa di dalam perjalanan dari satu lokasi ke lokasi yang lain untuk melelapkan mata kerana keletihan.Mana tidaknya, beliau keluar rumah seawal jam 8 pagi dan pulang lewat malam atau awal pagi.

Cerita-cerita tidak turun padang ini sebenar sengaja dibawa oleh orang-orang tertentu bersama pengikut mereka yang mungkin dengki dengan segala usaha YBhg. Dato' Hj. Tajul Urus Hj. Mat Zain yang berjaya melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada beliau dengan cemerlang sehingga melayakkan Parlimen Merbok mendapat anugerah Juara Rakyat pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu.

tajul_admin tidak mahu meletak kesalahan kepada mana-mana pihak walaupun tahu apa yang berlaku dan siapa yang terlibat juga tahu latar belakang mereka.Biarlah mereka sendiri sedar dan mengakui kebenaran di depan mata.

Jika ada lagi yang masih ingin percaya Ketua Bahagian tak nampak muka, sudi-sudikanlah meninjau ke 'facebook' beliau untuk melihat segala aktiviti beliau bersama rakyat yang di kemas kini hampir setiap hari kerana beliau bekerja setiap hari tanpa cuti kecuali jika beliau berada di luar kawasan.Kebiasaannya YBhg. Dato' akan ke Kuala Lumpur 4-5 hari sekali untuk membawa segala pengaduan rakyat ke peringkat atas.Itu pun tak lama,cuma sehari dan beliau akan kembali bertugas keesokan harinya..

Klik pada gambar..

Facebook

Fan Page





Tiada ulasan: