Khamis, 22 Disember 2011

Program Kacau Bubur Asyura Kampung Bujang.




Program Kacau Bubur Asyura,  anjuran JKKKP Kampung Bujang telah berlangsung dengan jayanya dimana ia melibatkan seluruh penduduk kampung tersebut.
Program bermula 8.30 pagi itu turut disertai YBhg. Dato’ Hj. Tajul Urus Hj. Mat Zain yang telah merasmikan program itu. Beliau berharap dengan adanya aktiviti gotong-royong seperti ini mudah-mudahan dapat mewujudkan kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan penduduk setempat dan dapat mengekalkan perpaduan yang sedia ada dan akan mengukuh dimasa-masa akan yang datang.
Sebanyak lapan kawah bubur asyura telah berjaya disiapkan dimana ia telah diagihkan kepada seluruh penduduk Kampung Bujang.


Selain kacau bubur asyura, program itu turut disertai POS Malaysia yang mempromosikan produk Insurans 1 Malaysia . Pos Insurans 1 Malaysia merupakan satu Pelan Insurans Kemalangan Peribadi yang menyediakan perlindungan apabila berlaku kematian, ketidakupayaan kekal, dimasukkan ke hospital atau kehilangan dokumen penting akibat kemalangan  atau kejadian ragut.
Pos Insurans 1 Malaysia boleh didapati di semua cawangan Pos Malaysia di seluruh negara dengan premium serendah RM11 setahun.
Turut dibawakan perhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh Be Good Farmasi Sdn. Bhd.




Tiada ulasan: