Memaparkan catatan dengan label Najib Razak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Najib Razak. Papar semua catatan

Isnin, 18 Februari 2013

Kenyataan palsu PM letak jawatan, Pakatan Haram semakin tedesak menyedari sokongan rakyat tehadap kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak semakin meningkat.



Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata sistem penerbitan dalam taliannya yang menyiarkan "kenyataan palsu" berhubung dakwaan peletakan jawatan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah digodam.

Katanya, jabatannya juga telah memadamkan kenyataan berkenaan daripada Sistem e-Akhbar dan Sistem e-Press tersebut.

"Tindakan awal ini adalah bagi mengelakkan sebarang penyebaran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan seterusnya menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

"Satu siasatan dalam mengenai perkara ini sedang dibuat oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

"Satu laporan polis juga akan dibuat mengenai perkara ini dan Jabatan Penerangan Malaysia menyerahkan perkara ini kepada pihak poilis untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook.

Beliau merujuk kepada kenyataan bertajuk 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia' dan 'Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan' yang dimuatkan dalam sistem tersebut sebelum itu.



Selasa, 12 Februari 2013

PM umum BR1M 3, BR1M 4, dan seterusnya..


JOHOR BAHRU 12 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak akan dihentikan malah pemberian BR1M 2 akan disusuli dengan BR1M 3, BR1M 4, dan seterusnya pada tahun-tahun akan datang.

Menurut Perdana Menteri, pemberian bantuan itu diteruskan kerana sepertimana 139 produk 1Malaysia yang lain, BR1M adalah pulangan semula kepada rakyat berkat kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan memboleh pengagihan dibuat berikutan hasil negara yang bertambah.

"Kita pulangkan kepada rakyat kerana rakyat berhak untuk menerima kesan pertumbuhan yang kian meningkat. Saya sudah katakan sebagai kerajaan kita mesti mendahulukan rakyat dengan mewujudkan dasar yang bersifat inklusif dan adil dan saya mulakan kepimpinan saya dengan menyatakan kita mesti merasai denyut nadi rakyat.

"Sebab itu kita buat BR1M dan kini BR1M 2 yang banyak memberi faedah. Saya yakin, berdasarkan kepada apa yang telah kita lakukan dalam tempoh empat tahun, the best is yet to come (lebih banyak perkara terbaik akan dibuat)," katanya ketika berucap dalam Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Johor di pekarangan Pasaraya Econsave Senai, dekat sini hari ini.