JOHOR BAHRU 12 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak akan dihentikan malah pemberian BR1M 2 akan disusuli dengan BR1M 3, BR1M 4, dan seterusnya pada tahun-tahun akan datang.
Menurut Perdana Menteri, pemberian bantuan itu diteruskan
kerana sepertimana 139 produk 1Malaysia yang lain, BR1M adalah pulangan semula
kepada rakyat berkat kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan memboleh
pengagihan dibuat berikutan hasil negara yang bertambah.
"Kita pulangkan kepada rakyat kerana rakyat berhak
untuk menerima kesan pertumbuhan yang kian meningkat. Saya sudah katakan sebagai
kerajaan kita mesti mendahulukan rakyat dengan mewujudkan dasar yang bersifat
inklusif dan adil dan saya mulakan kepimpinan saya dengan menyatakan kita mesti
merasai denyut nadi rakyat.
"Sebab itu kita buat BR1M dan kini BR1M 2 yang banyak memberi faedah. Saya yakin, berdasarkan kepada apa yang telah kita lakukan dalam tempoh empat tahun, the best is yet to come (lebih banyak perkara terbaik akan dibuat)," katanya ketika berucap dalam Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Johor di pekarangan Pasaraya Econsave Senai, dekat sini hari ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan