Ahad, 27 November 2011

Program Khatan Perdana.


YBhg. Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain hari ini  merasmikan program Khatan Perdana Pemuda UMNO Malaysia bertempat di Kompleks Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sungai Petani.

Program anjuran Seketariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Pemuda UMNO merbok serta pejabat penyelaras Parlimen Merbok itu melibatkan seramai 140 orang peserta dan dilakukan secara percuma oleh para doktor serta sukarelawan SHEB.


SHEB merupakan sebuah NGO dibawah naungan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang mana ia dipengerusikan oleh Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang, Tengku AzmanTengku Zainol Abidin yang juga adalah Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Menurut Tengku Azman, sejak ditubuhkan pada 2009, program berkhatan seperti ini dilakukan setiap hujung tahun(cuti sekolah) manakala untuk tahun ini (2011) SHEB menyasarkan seramai 3000 orang akan menyertai program ini di seluruh negara.Turut terlibat beberapa orang sukarelawan dari kolej-kolej perubatan sekitar Merbok dan Alor setar.

Sementara itu di Kampung Hilir,Merbok turut diadakan majlis berkhatan beramai-ramai anjuran JKKKP, Biro Tatanegara (BTN), Rukun Tetangga serta Rela dengan kerjasama Penyelaras Parlimen Merbok dan Klinik Kesihatan Merbok.




Berbeza dengan program berkhatan di JKM, disini mereka mengunakan perhidmatan 'Tok Mudim' dimana seramai 29 orang peserta telah dikhatankan pada majlis itu.
Ybhg. Dato' yang membuat lawatan selepas itu turut memberikan sumbangan kepada kanak-kanak yang terlibat.




Jumaat, 25 November 2011

Jangan Buat Silap Lagi - TPM.



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Kedah tidak mengulangi kesilapan sekali lagi dengan memilih calon bukan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang sekiranya mahu melihat lebih banyak pembangunan berlaku di negeri ini.


Beliau berkata demikian selepas majlis sarapan pagi bersama orang ramai di Pekan Sungai Lalang Lama,Sungai Petani.

Beliau juga berharap rakyat dapat membuat pertimbangan sebaik-baiknya untuk memilih parti yang akan memerintah Kedah kelak.


Sementara itu beberapa pihak juga turut mengambil kesempatan atas kehadiran Tan Sri Muhyiddin ke sini untuk menyerahkan pelbagai permohonan.

"Mereka telah menyampaikan kepada saya beberapa permohonan,Sekolah Cina, Kuil, Dewan Masyarakat India, Masjid, Ini semua 1Malaysia, semuanya kita akan beri pertimbangan yang sebaik-baiknya dan akan saya beritahu kepada Dato' Tajul Urus nanti" ujarnya.



Beliau berkata perkara yang paling penting ialah BN ingin membantu rakyat supaya mereka hidup dalam keadaan yang lebih senang.

"Dan tentu yang lebih baik ialah rakyat tahu bahawa yang mampu untuk membantu mereka ialah parti dan kerajaan Barisan Nasional.Kalau tidak tuan-tuan tak datang sini minta tolong.Patut minta tolong pada menteri besar (Azizan Razak),ada 2 pilihan,satu minta tolong pada BN,kedua minta tolong pada menteri besar".

"Saya tak tahu kenapa tuan-tuan datang jumpa saya, mungkin kerana yakin BN boleh bantu,Yang mustahak di Kedah ini kita mahu pembangunan dan kemajuan, bukan setakat berpolitik sahaja.
Saya harap bila pilihanraya sampai jangan kita buat silap lagi" katanya.



Khamis, 24 November 2011

Sekolah Agama Dapat Bantuan RM6 juta



Sebanyak 55 sekolah agama di Kedah hari ini menerima bantuan RM6.36 juta daripada kerajaan Pusat sebagai pengiktirafan serta tanda bahawa kepentingan sekolah agama terus dibela.

Sebanyak RM3.19 daripada peruntukan berkenaan diagihkan kepada 34 Sekolah Agama Rakyat (SAR), RM2.38 kepada 17 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan RM800,000 kepada empat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).


Bantuan untuk membolehkan sekolah-sekolah berkenaan meningkatkan kemudahan infrastruktur dan alat bantuan pembelajaran itu disampaikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, pada perjumpaan khas warga pendidik bersama beliau di Universiti Teknologi Mara di Merbok dekat sini hari ini.


Dalam ucapannya beliau berkata, untuk pemberian sumbangan seumpama itu kerajaan Pusat tidak pernah mengambil kira fahaman politik sesuatu pihak kerana dalam membangunkan agama semua adalah sama.


Muhyiddin berkata, dengan bantuan yang diberikan ia akan membolehkan sekolah aliran agama memantapkan serta mengukuhkan usaha mendidik anak bangsa khususnya dalam pendidikan Islam. – Bernama

Rabu, 23 November 2011

Bersama Pak Ngah.


Hamid Mat Isa atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah dikalangan penduduk kampung Pokok Machang, Bukit Selambau merupakan antara pejuang negara yang turut bersama-sama menentang komunis suatu ketika dahulu.

Pak Ngah yang kini berusia 80 tahun, berasal dari Sidam dan berpindah ke kampung ini sejak masih kecil bersama orang tuanya.Pada waktu itu kampung ini masih dalam 'rimba' dan menjadi 'sarang' komunis.

Sewaktu pertemuan dengan Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain baru-baru ini, beliau juga menceritakan tentang betapa susah kehidupan pada zaman mudanya ketika komunis bermaharajalela selepas kekalahan tentera Jepun.

Apa yang lebih dikesalkan, ada orang melayu sendiri yang menjadi talibarut komunis untuk kepentingan diri.

Pak Ngah yang  menyertai pasukan "Home Guard' pada usia 15 tahun, amat mengharapkan agar generasi muda hari ini memahami serta menghargai pengorbanan orang terdahulu.

"Jangan mudah termakan hasutan pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu menggadaikan nasib bangsa tanpa memikirkan akibatnya, jangan jadi pengkhianat" ujarnya.


Sabtu, 19 November 2011

Majlis Berkhatan Beramai-Ramai.




YBhg. Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain hari ini merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sungai Petani.

Program anjuran bersama Ahli Lembaga Pelawat HSAH,Badan Penerapan Nilai Islam-HSAH, Faber Medi-Serve-HSAH itu merupakan satu program yang dianjurkan pada setiap tahun sejak lebih 10 tahun lalu.

Dilakukan secara percuma, antara lain bertujuan memenuhi tanggungjawab dalam memberikan rawatan terbaik serta percuma kepada masyarakat.

Menurut pakar perunding pembedahan HSAH, Dr.Rashide Yaakob, berkhatan baik dari segi kesihatan dan bukan untuk tujuan agama sahaja.

Beliau berkata, ia bukan hanya diamalkan dalam agama islam,bahkan penganut agama lain juga melakukannya.

"2 tahun lepas ada kaum india yang menyertai program ini,tapi nampaknya tahun ini tak ada" katanya.




YBhg. Dato' dalam ucapannya juga turut menyokong kenyataan Dr. Rashide mengenai kebaikan berkhatan.
Beliau yang tidak mahu mengulas panjang berkenaan hal itu kerana menurutnya Dr. Rashide telah pun menjelaskan  tentang perkara tersebut kemudian dibawa melawat kanak-kanak yang sedang menjalani proses berkhatan sambil diberi penerangan oleh Dr. Rashide.

Beliau juga turut menghulurkan sumbangan kepada kanak-kanak terbabit.


"Siapa yang menangis kuat tu saya bagi banyak, kalau yang menangis siki-sikit tu saya bagi satu sajalah" katanya bergurau.

YBhg. Dato' menenangkan seorang peserta yang menangis agak kuat.
Diiringi Dr. Rashide semasa memberikan sumbangan untuk peserta.


Difahamkan jumlah keseluruhan yang mendaftar pada tahun ini adalah seramai 200 orang namun di sebabkan faktor masa dan tempat hanya 90 orang yang menyertai majlis perasmian hari ini manakala selebihnya akan dilakukan esok.

Sementara itu Majlis Berkhatan Perdana Penyelaras Parlimen Merbok turut akan diadakan pada 27 November ini bertempat di Kompleks Penyayang,Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sungai Petani,Kedah.

Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Merbok En. Mustapa Abdul Hamid ketika dihubungi media menyatakan, majlis itu yang dianjurkan bersama oleh Seketariat Hal Ehwal Bandar Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Pemuda UMNO Bahagian Merbok serta Penyelaras Parlimen Merbok juga akan bekerjasama dengan pihak HSAH.

"Sambutan yang kita terima sangat mengalakkan dimana penyertaan kita hadkan kepada 150 orang dan jumlah itu telah pun dipenuhi" katanya.




Rabu, 16 November 2011

Pemimpin Yang Mudah Didekati..

Sebaik melepasi pintu pagar SJK(T) Sungai Tukang,Sungai Petani,selepas merasmikan bilik komputer sekolah serta menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang,kenderaan YBhg Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain telah ditahan oleh seorang  'Pak Cik' yang menunggu di luar sekolah tersebut.

Pak Cik tu kemudian menghampiri Dato' yang kemudian membuka tingkap.Lepas tu dia menunjukkan satu surat kepada Dato',surat apa tak tau la pulak?

                                     

Dato" kemudian turun dari kenderaan membaca dan kemudian tandatangan pada surat tersebut.





Mesej yang  tajul_admin  nak sampaikan, tak susah sebenarnya kalau nak berurusan dengan Dato' Hj. Tajul Urus ni.Kat mana - mana pun boleh,tak payah malu-malu.

Kata Dato' "rakyat didahulukan",


Jangan baring tengah jalan dah la!!

Selasa, 15 November 2011

Majlis Pelancaran Pemberian Bantuan Khas.


                              
YBhg. Dato' Hj.Tajul Urus Mat Zain hari ini berada di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan bagi melancarkan pemberian bantuan khas RM 100 kepada pelajar peringkat Kuala Muda/Yan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika membentangkan Bejat 2012 mengumumkan bahawa kerajaan akan memberikan bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah bagi meringankan beban ibu bapa. 

Bantuan itu akan disalurkan kepada pelajar tahun satu hingga tahun lima dan dari tingkatan satu hingga empat bagi sesi persekolahan 2011.
Bagi pelajar tahun satu dan tingkatan satu sesi persekolahan 2012, pembayaran akan dibuat pada Januari tahun depan.

Wang bantuan tersebut akan disalurkan melalui guru kelas dan akan diberikan kepada semua pelajar tanpa mengira status pendapatan keluarga.

Majlis itu turut dihadiri 170 orang pengetua serta guru besar sekolah dari daerah Kuala Muda/Yan.


Ahad, 13 November 2011

Saya Mahu Selesaikan Perkara Ini - Dato' Tajul.



SJK(T) Ladang Tupah yang telah wujud sejak 30 tahun lalu kini menghadapi masalah apabila tapak sekolah tersebut diambil alih oleh sebuah  syarikat pemaju perumahan.



Difahamkan keseluruhan tanah yang kini dijual kepada pemaju sebelumnya mempunyai 3 geran berasingan(tiga pemilik).Pihak pemaju pula dikatakan mahu menjual tapak berkenaan  kepada sesiapa yang berminat tetapi tidak akan memberi secara percuma kepada mana- mana pihak termasuk sekolah tersebut.


Bagi menyelesaikan masalah itu, YBhg.Dato' telah meminta pihak sekolah membuat rundingan serta mendapatkan surat persetujuan dari pihak pemaju berkenaan urusan jualbeli tersebut.

"PIBG buat surat, Kemudian minta pemaju buat surat, hantar ke pejabat saya dalam 1-2 hari ini,nanti saya jumpa Tan Sri(Muhyiddin Yassin) saya mahu selesaikan perkara ini" katanya  dengan diiringi tepukan guru serta waris pelajar.

YBhg. Dato Hj.Tajul Urus berkata demikian ketika membuat lawatan ke sekolah tersebut hari ini.

Tidak Diabaikan..



Pn.K.Sarijini, guru besar SJK(T) Ladang Batu memohon perhatian dari YBhg. Dato' Hj.Tajul Urus Mat zain untuk membaik pulih pusat sumber sekolah .Menurut Pn.Sarajini , pusat sumber memerlukan komputer, kipas serta lain-lain kemudahan asas berkaitan.

Beliau membuat permohonan tersebut ketika lawatan YBhg. Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain ke sekolah itu hari ini sempena hari anugerah cemerlang sekolah itu.

Pn.Sarajini juga berkata,  bilik pusat sumber sekolah ini juga adalah sebuah bilik yang menempatkan bilik guru dan pusat sumber dalam 1 kawasan tanpa penghadang.Justeru pihaknya berharap YBhg. Dato dapat membina penghadang (Partition) untuk mengasingkan keduanya.

Untuk  itu YBhg. Dato' Hj. tajul Urus Mat Zain telah meminta pihak sekolah membuat surat permohonan rasmi  dan dihantar ke pejabat beliau secepat mungkin untuk tindakan lanjut.

Bercakap kepada media, Dato. Hj. Tajul Urus berkata perkara tersebut perlu diselesaikan bagi memastikan prestasi dan tumpuan pelajar serta guru tidak terganggu oleh perkara yang remeh.

SJK(T) Ladang Batu mempunyai 36 orang murid dengan 11 orang guru bagi sesi 2011.




Merbok Bakal Jadi Hab Pendidikan.




Merbok bakal jadi ‘hab pendidikan’, YBhg. Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain berkata demikian ketika berucap merasmikan hari anugerah cemerlang di Sekolah Kebangsaan Semeling,Bedong

Beliau berkata di Merbok  ini  ada UITM, MRSM, AIMST Universiti, Open Universiti, Kolej Insaniah serta Kolej Komuniti.


Beliau juga memberitahu, sebuah  sekolah khusus untuk anak-anak OKU juga telah dibina tetapi belum dirasmikan lagi.

Sekolah tersebut yang merupakan sekolah pendidikan khas yang terulung di Malaysia dibina khusus untuk anak-anak OKU ,dimana anak-anak OKU yang bertaburan di sekolah-sekolah rendah di Kuala Muda ataupun di Kedah akan dikumpulkan untuk belajar di sekolah itu.

"Kemudahan di sekolah  itu juga 'canggih'.Nak naik ke tingkat 1 pakai lif, sekolah rendah yang ada lif untuk pelajar OKU" katanya.

Turut akan dibina di sebelah sekolah itu, yang kini dalam proses menolak tanah adalah sebuah sekolah khas diperingkat menengah yang menelan kos lebih dari RM 50 juta.

“Jadi kalau kita lihat perkembangan di kawasan kita ini, adalah kawasan yang sudah pasti menjadi hab pendidikan di Negeri Kedah ini mahupun di Malaysia”, katanya.


Beliau yang juga bekas seorang guru dan pernah menjadi pegawai pendidikan turut mengesa  ibubapa agar terus memberi perangsang kepada anak-anak untuk  menimba ilmu serta mengambil berat akan program-program yang dianjurkan pihak sekolah demi memastikan matlamat pendidikan yang dirancang akan dapat dicapai.

Peminat Dato' "nanti besar nak jadi macam uncle"
Salah seorang murid Dato' yang kini menjadi guru di sk.Semeling.

Waspada Anasir 'Anti-Establishment' - Sultan Kelantan


Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengingatkan rakyat agar sentiasa berwaspada, berhati-hati serta peka terhadap kemunculan iklim tidak sihat yang dicetuskan oleh anasir-anasir anti-establishment dalam masyarakat.

Baginda bertitah, anasir-anasir terbabit cuba mengubah landskap kehidupan harmoni dan damai dengan menampilkan sikap buat-buat lupa fakta sejarah `kontrak sosial' yang telah dipersetujui bersama dengan mencetuskan isu-isu berkaitan agama Islam, mencabar kewibawaan raja-raja, kedudukan Bahasa Melayu dan banyak lagi sebagai modal untuk meraih kepentingan diri dan kumpulan.

"Beta berseru kepada semua pihak hentikanlah daripada bermain api, sikap provokasi yang boleh mencetuskan gelora keadaan dan suasana yang tidak tenteram dalam masyarakat dan negara," titah Sultan Muhammad pada Majlis Perayaan Ulang Tahun Keputeraan baginda ke-42 di Istana Balai Besar di sini, hari ini. - Utusan

Jumaat, 11 November 2011

Teruskan Kecermerlangan Ini.




YBhg. Dato’Hj. Tajul Urus Mat Zain hari ini dijemput bagi merasmikan Majlis Konvokesyen Tadika Star Delight kali ke-16 .

Tadika Star Delight yang terletak di Taman Bandar Baru PKNK Sungai Petani merupakan antara tadika yang mempunyai reputasi  membanggakan dimana ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke tadika tersebut amat berpuashati serta memberi kepercayaan penuh kepada guru serta pentadbir tadika ini untuk memberi pendidikan pra sekolah terbaik kepada anak-anak mereka.Malahan ada ibubapa yang tinggal jauh dari Taman Bandar Baru juga turut menghantar anak mereka belajar disini.

Dengan 88 orang murid serta 8 orang guru, konvokesyen kali ini bertemakan  ‘Kanak-Kanak Didahulukan  Pendidikan Diutamakan, berlangsung di Dewan SJKC Min Terk,jalan Kuala Ketil Sungai Petani.

Dalam ucapannya YBhg.Dato’ turut mengingatkan tentang kepentingan pendidikan awal di peringkat pra-sekolah.

"Ini perkara yang penting, oleh kerana hari ini cabaran yang paling besar  yang akan dihadapi oleh anak-anak kita adalah cabaran untuk bersaing dengan anak-anak yang lain yang terdedah kepada pendidikan awal disekolah-sekolah tadika yang mana ini sudah tentu menyediakan mereka untuk menjejakkan kaki di sekolah rendah  dalam situsi atau keadaan yang lebih bersedia".

“Mereka didedahkan dengan keadaan sekitar  yang meransang mereka untuk maju. Jadi kerana itulah hari ini sekiranya anak-anak masuk ke sekolah darjah 1 tanpa pengalaman ataupun pendidikan yang kuat daripada tadika, kebimbangan kita anak itu akan tertinggal.Jadi kerana itulah menghantar anak belajar ke tadika ini adalah sesuatu yang mesti dan penting”

Sambil mengucapkan tahniah kepada ibubapa serta pelajar beliau turut mengharapkan agar kejayaan-kejayaan ini tidaklah berhenti di sini tetapi mereka akan meneruskan kecemerlangan dan kejayaan di peringkat sekolah rendah seterusnya di sekolah menengah dan ke universiti.

"Hari ini semua ibu bapa mesti meletakkan matlamat pembelajaran pendidikan anak-anak setidak-tidaknya anak itu mesti masuk ke universiti"  katanya.

Turut hadir ibubapa serta waris pelajar.

Bersama guru-guru Tadika Star Delight.


Selasa, 8 November 2011

Jamuan Deepavali - Berkorban Demi Masyarakat Yang Berjaya,Makmur dan Aman.



 “Deepavali merupakan perayaan dimana kebaikan mengatasi kejahatan,kita sedang menuju kepada sebuah negara yang begitu mencabar,dalam konteks ini saya berpendapat bahawa rakyat malaysia mesti berkorban atas perkara-perkara yang boleh, walaupun baik untuk bangsa itu,agama itu tetapi sekiranya ia boleh merosakkan keharmonian serta perpaduan keseluruhan negara kita,kita mestilah menberikan pengorbanan supaya kita dapat lahir,hidup dalam satu masyarakat yang berjaya,makmur dan aman”

Demikian petikan ucapan YBhg. Dato’ Hj.Tajul Urus Mat Zain dimajlis Jamuan Deepavali Penyelaras Parlimen Merbok yang berlangsung di Dewan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda,sungai Petani pada malam ahad lalu.Beliau berucap dihadapan kira-kira 1000 tetamu pelbagai kaum serta wakil-wakil NGO yang menghadiri jamuan tersebut.

Beliau turut mengingatkan bahawa sekiranya perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini  'pecah',untuk mengembalikan keamanan itu akan mengambil masa yang lama dan kemusnahan yang tidak ada harganya.

“Kerana itulah saya berterima kasih kepada parti-parti komponen yang telah mengatur program untuk menjemput wakil-wakil hadir dalam majlis ini sebagai tanda sokongan dan bersatu kita dibawah bendera Barisan Nasional dan memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abd razak”.

Sebagai pengerusi Barisan Nasional Merbok,saya memerlukan sokongan dan perpaduan dari semua masyarakat khasnya masyarakat India untuk memberi sokongan kepada Barisan Nasional serta kepada YAB Perdana Menteri kita Dato' Najib” katanya.

Turut serta setiausaha BN Negeri Kedah, Dato' Osman Aziz,Penyelaras DUN Bukit Selambau,ML Maran serta pemimpin-pemimpin dari MIC,MCA,PPP dan IPF yang bersama di pentas utama.

Turut diadakan majlis penyerahan cek kepada wakil Kuil Kaliaman,Bedong yang menerima sumbangan cek bernilai RM 50,000 daripada ICU,Jabatan Perdana Menteri disampaikan oleh YBhg. Dato' Osman Aziz.

Seorang pemuzik veteran dari Sungai Lalang,En.Velayutham juga bertuah menerima sumbangan kerusi roda dari YBhg. Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain.Beliau yang mengalami masalah  pada kaki sebelah kiri sebelum ini berjalan menggunakan tongkat.


Selain itu penghargaan juga telah diberikan kepada En.Prabu dari Persatuan Kebajikan Masyarakat India Prihatin Sungai Petani atas jasa dan sumbangan yang dilakukan olehnya terhadap kebajikan masyarakat india.Beliau menerima cenderahati serta kalungan bunga malai dari YBhg.Dato'Hj.Tajul Urus.