Sabtu, 18 Mei 2013

Segera Selesai Masalah KUIN - Tajul Urus



KUALA NERANG - Kerajaan negeri meletakkan keutamaan untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dalam masa terdekat.

EXCO Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain, berkata ia termasuk isu penempatan pelajar di kampus Kuala Ketil, Sejak institusi pendidikan itu diuruskan oleh kerajaan PAS Kedah sebelum ini.

“Kita sedar sejak lima tahun berada dibawah pentadbiran PAS, banyak masalah melanda KUIN yang tidak dapat diselesaikan dengan baik sehingga menjejaskan imej kolej universiti itu sendiri.

“Justeru, apabila diberi amanah memegang portfolio pendidikan, saya melihat isu KUIN harus diberi keutamaan dalam menyelesaikan masalah pendidikan di negeri ini kerana tidak mahu masalah itu terus menjejaskannya,” katanya.

Sejak diambil alih oleh kerajaan PAS kedah pada 2008, KUIN dilanda pelbagai isu antaranya melibatkan kebajikan pelajar dan kakitangan termasuk isu penggunaan bangunan kuliah di kampus Kuala Ketil sebagai tempat penginapan sementara pelajar.

Pada masa sama, Tajul Urus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai berkata, beliau tidak mahu KUIN terus menjadi bahan politik sebaliknya mahu institusi itu ditadbir dengan cekap bagi memastikan ia menjadikan pusat pendidikan yang disegani.

“kita akan menyelesaikan semua masalah membabitkan KUIN kerana tidak mahu pelajar menjadi mangsa di atas semua kemelut yang melanda KUIN sebelum ini.

Terdahulu, Tajul Urus pulang ke kampungnya di Kampung Baru di sini untuk menemui ibunya, Munah Kasa, 87, bagi mendapatkan restu menjalankan tugas dan amanah.


Oleh Maria Uffa Zulkafeli
Dipetik dari Berita Harian




Jumaat, 17 Mei 2013

Mukhriz Minta Semua Pihak Ketepi Fahaman Politik Majukan Kedah.



JERLUN - Rakyat Kedah diseru supaya melupakan sengketa yang mungkin tercetus semasa tempoh kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) untuk sama-sama membangunkan negeri.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir meminta mereka agar mengetepikan fahaman politik masing-masing bagi berbuat demikian.

“Pelbagai polemik dan pecah belah dalam masyarakat telah berlaku sebelum ini kerana politik telah menjadi perkara harian yang sering dibincangkan sama ada di kalangan rakyat mahupun di media massa.

"Saya pohon supaya letak tepi buat sementara isu politik supaya kita dapat bersama-sama pulihkan keadaan dan waktu ini kita gunakan untuk pupuk perpaduan tak kira apa juga fahaman politik.

"Kini masanya untuk hulurkan tangan persaudaraan untuk kita bersatu. Negara membangun apabila rakyat majmuk pelbagai kaum bersatu dan kerajaan akan dapat jalankan tugas dengan penuh amanah tanpa perlu bimbang apa-apa,” katanya ketika berucap pada majlis kesyukuran sempena kemenangan Barisan Nasional pada PRU-13, di sini hari ini.

Mukhriz berkata, untuk membawa Kedah ke tahap yang sama dengan negeri maju yang lain memerlukan kerjasama semua pihak bagi memudahkan projek pembangunan di negeri ini dilaksanakan.

Beliau menambah, Kedah sudah agak lama tercicir dari arus pembangunan negara, justeru banyak perkara perlu dilakukan bagi mencapai matlamat untuk menjadi sebuah negeri yang maju seiring dengan hasrat kerajaan pusat.

“Saya mohon rakan-rakan daripada parti pembangkang bersama bangunkan negeri ini, kita lakukan yang terbaik dan kerjasama semua pihak amat diperlukan.

"Mungkin ada yang akan berfikir bahawa perkara ini adalah mustahil, Kedah takkan maju, takkan mampu majukan Kedah, tapi percayalah tidak ada yang mustahil selagi kita fikirkan inilah masanya untuk melakar masa depan yang lebih cerah,” katanya. - Bernama

Anwar Si Munafik Sukar Terima Ketentuan Illahi.



Sudah dua minggu PRU-13 berlalu dan dalam tempoh ini semua Kerajaan Negeri sudah selesai upacara angkat sumpah MB dan KM masing-masing, namun sepanjang dua minggu ini jugalah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim masih meroyan sakan menghasut rakyat supaya menolak keputusan PRU-13.

Dalam jelajah propagandanya yang terbaru di Johor, Anwar turut menggunakan alasan undi popular 51% gabungan tidak berdaftar itu sebagai asas utama dalam penegasannya untuk tidak bersara dari dunia politik.

Kenyataan itu adalah reaksi Anwar bagi menjawab desakan pelbagai pihak mengenai janjinya untuk menjadi pensyarah sekiranya gagal dalam PRU-13. Gempak yang dilakukan dulu kini memakan diri, mahu tak mahu kenalah ada alasan untuk mengalih perhatian khalayak.

Hakikatnya Anwar lupa untuk menjelaskan soal undi popular untuknya tidak wujud pun kerana PKR yang diketuainya hanya memperolehi 20% sahaja berbanding BN yang mendapat 49% daripada keseluruhan undi popular.

Anwar juga tidak menyatakan hakikatnya sebahagian besar undi popular PR datangnya dari 5 buah negeri sahaja iaitu Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Perak dan Kelantan, sedangkan BN pula menguasai majoriti undi popular di 9 negeri yang lain.

Satu persatu negeri dijelajahnya semata-mata untuk menyebarkan propagandanya memburukkan SPR sambil menuduh BN melakukan penipuan, tapi di ketika yang sama boleh pula Anwar berbangga dengan undi popular yang diperolehi gabungan rapuh parti pembangkang yang dikenali sebagai PR.

Kini Ketua Umum PKR itu sedang dalam keadaan tersepit, bukan sahaja kerana gagal menunaikan janji tapi juga kerana sukar menerima ketentuan Illahi yang menetapkan BN kekal mendapat sokongan dan terus berjaya memerintah negara ini.


Rabu, 15 Mei 2013

Terkini...!!! Senarai Penuh Barisan Kabinet Malaysia 2013 - 2018!



 Berikut adalah BARISAN KABINET KERAJAAN MALAYSIA 2013 - 2018.

PERDANA MENTERI:
YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)

JABATAN PERDANA MENTERI:
MENTERI:
(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(2) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA(UMNO)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)

senarai Ahli - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.



1. YAB Datuk Paduka Haji Mukhriz Mahathir (Menteri Besar Kedah) :: Portfolio ~ Pengerusi J/K Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Kewangan & Syarikat Milik Kerajaan Negeri.

2. YB. Dato' Dr. Ku Abd. Rahman bin Ku Ismail (Ahli Majlis) :: Portfolio ~ Pengerusi J/K Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi.

3. YB. Datuk Suraya Yaacob (Ahli Majlis) :: Portfolio ~ Pengerusi J/K Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan.

4. YB. Dato' Dato' Haji Tajul Urus (Ahli Majlis) :: Portfolio ~ Pengerusi J/K Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya.

5. YB. Haji Badrol Hisham bin Hashim (Ahli Majlis) :: Portfolio ~ Pengerusi J/K Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan.

6. YB. Haji Mohd Rawi bin Abd. Hamid (Ahli Majlis) :: Portfolio ~ Pengerusi J/K Agama, Hal Ehwal Masyarakat India & Siam, Sumber Tenaga Manusia, Pelancongan.

7. YB. Datuk Mohd Tajudin Abdullah (Ahli Majlis) :: Portfolio ~ Pengerusi J/K Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan.

8. YB. Aminuddin Bin Omar (Ahli Majlis) :: Portfolio ~ Pengerusi J/K Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Badan-Badan Bukan Kerajaan.

9. YB. Norsabrina Mohd Noor SaBrina AziZan (Ahli Majlis) :: Portfolio ~ Pengerusi J/K Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi.

Tahniah buat semua... BN Menang Rakyat Senang...

8 Exco baharu Kedah angkat sumpah jawatan




ALOR SETAR 15 Mei - Lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Kedah hari ini mengangkat sumpah jawatan dan menerima tauliah pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu.

Upacara mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah Exco itu berlangsung di hadapan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini pukul 10 pagi.

Mereka ialah ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail, Datuk Suraya Yaacob (Sungai Tiang), Datuk Tajul Urus Mat Zain (Tanjung Dawai) Badrol Hisham Hashim (Kuala Nerang).

Turut mengangkat sumpah ialah ADUN Ayer Hangat, Mohd. Rawi Abdul Hamid, Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah (Belantek), Aminuddin Omar (Jitra) dan Datin Noor Sabrina Mohd. Noor (Bandar Baharu).

Kesemua lapan ADUN tersebut belum pernah dilantik ke jawatan itu dengan empat daripada mereka adalah wakil rakyat penggal pertama.

Yang turut menyaksikan istiadat tersebut ialah Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-10 pada 6 Mei lalu.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, BN memperoleh sebanyak 21 daripada 36 kerusi DUN sekali gus mendapat majoriti mudah bagi membolehkan memerintah negeri ini. - UTUSAN

Senarai Menteri Kabinet Baru 2013 ( Tidak Rasmi)




Perdana Menteri (Menteri Kewangan)
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timb. Perdana Menteri (Menteri Pertahanan)
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Datuk Seri Idris Jala
Datuk Ahmad Maslan

Menteri Kewangan
Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Pelajaran
Datuk Seri Idris Jusoh

Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishamuddin

Menteri Pengangkutan
Datuk Seri Liow Tiong Lai

Menteri Pelancongan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Luar
Datuk Seri Anifah Aman

Menteri Kerja Raya
Datuk Seri G Palanivel

Menteri Kesihatan
Datuk Wee Ka Siong

Menteri Belia Dan Sukan
Dato Ahmad Shabery Cheek

Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri S Subramaniam

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Seri Noh Omar

Menteri Perdagangan Dan Industri
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Shafie Afdal

Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi
Datuk Fadillah Yusof

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
Datuk Douglas Unggah Embas

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
Datuk Peter Chin Fah Kui

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
Datuk Seri Mahazir Khalid

Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi
Datuk Joseph Salang Gandum

Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Datuk Seri Ong Ka Chuan

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
Datuk Noriah Kasnon

Menteri Penerangan Dan Komunikasi
Khairy Jamaluddin

Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Johari Abdul Ghani Ghani

Sumber: KLPOST

Isnin, 13 Mei 2013

Akujanji BN Kedah - Pembangkang Sebar Sms Palsu.


Tidak dapat menerima kekalahan PAS di Kedah, pelbagai fitnah kini giat disebarkan dipercayai bertujuan menghuru-harakn pentadbiran BN di Kedah.

Di pejabat UMNO Bahagian Merbok, semalam, beberapa orang yang menerima sms dari pihak tidak diketahui datang untuk menuntut beberapa perkara pelik yang tidak pernah dijanjikan BN sebelum Pilihanraya Umum ke - 13 lalu.

Antaranya berkenaan Akujanji BN Kedah yang kononnya akan memberi bantuan barangan RM100 bagi setiap kelahiran bayi.

Selain itu ada juga yang datang untuk mendaftar bagi mendapatkan seekor lembu yang kononnya juga didakwa sebagai Akujanji BN Kedah.

Ketua UMNO Bahagian Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain berkata, BN Kedah tidak pernah menjanjikan perkara seperti itu kepada rakyat negeri Kedah.

Beliau yang juga ADUN Tanjung Dawai berkata, sebaliknya Akujanji BN Kedah lebih menjurus kepada perkara teras termasuk hal ehwal agama, transformasi ekonomi, sosial, belia, sukan, pendidikan serta pembangunan modal insan.

Ia menggariskan lebih 100 perkara yang akan diusahakan oleh BN Kedah antaranya, 

- Menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara Ulul Albab

- Menaik taraf semua pusat tahfiz

- Membangunkan 'Bandar Raya Getah' Kota Putra di Padang Terap yang akan menawarkan 13,000 peluang pekerjaan

- Membangunkan Alor Setar menjadi bandar raya metropolis

- Membangunkan Jerlun sebagai pusat industri minyak dan gas

- Melonjakkan kembali Taman Teknologi Tinggi Kulim sebagai ikon industri berteknologi tinggi negara

- Melupuskan bayaran lesen penjaja dan peniaga kecil

- Menaik taraf jeti di Kuala Kedah dan Langkawi untuk keselesaan para pelancong

- Menyediakan pelbagai insentif kepada pemaju bagi memudahkan rakyat memiliki rumah

- Memperhebatkan pembinaan rumah untuk dimiliki

- Meningkat dan membaik pulih sistem perparitan bagi mengatasi masalah banjir kilat

- Menebus kembali kegemilangan bola sepak Kedah menerusi pembangunan semua peringkat

- Melonjakkan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebagai institusi pengajian tinggi negeri Kedah yang ulung melalui pengkhususan jurusan kepakaran Kuin

- Memastikan kebajikan warga Kuin seperti kemudahan tempat tinggal, gaji dan sebagainya setanding dengan institusi pengajian setaraf seperti mana yang layak mereka nikmati.

Siapa Exco Kerajaan Negeri Kedah?

ALOR SETAR – Seramai lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah dijadual mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu di Istana Anak Bukit di sini Rabu ini.

Upacara mengangkat sumpah dijadual berlangsung di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah pada pukul 10 pagi.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir pagi semalam mengadakan pertemuan dengan ADUN Barisan Nasional (BN) di Wisma Darul Aman di sini.

Pertemuan tertutup itu antara lain dipercayai mempunyai kaitan dengan pemilihan barisan Exco Kerajaan Negeri.

Spekulasi ADUN yang bakal mengisi senarai Exco mula menjadi bualan setelah Mukhriz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-10 pada 6 Mei lalu.

ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail yang berpengalaman dalam sektor korporat termasuk pernah memegang jawatan Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) dan merupakan Pengerusi Majlis Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) negeri dijangka mengisi portfolio industri.

ADUN Ayer Hangat, Mohd. Rawi Abdul Hamid yang boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Arab serta Siam selain fasih berbahasa Melayu dan Inggeris pula dijangka memegang portfolio pelancongan dan agama.

Sementara ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob yang memasuki penggal ketiga perkhidmatan pula disebut-sebut bakal memegang portfolio berkaitan wanita dan keluarga.

Wakil rakyat lain yang turut dijangka ialah ADUN Belantek, Datuk Mohd. Tajudin Abdullah dikatakan akan memegang portfolio luar bandar manakala ADUN Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain dalam portfolio pendidikan.

Muka baharu yang turut mendapat kepercayaan Mukhriz ialah ADUN Kuala Nerang, Badrol Hisham Hashim untuk memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan serta ADUN Jitra, Amiruddin Omar bagi portfolio belia dan sukan.

Turut mendapat tempat dalam Exco Kerajaan Negeri Kedah ialah ADUN Bandar Baharu, Datin
Noor Sabrina Mohd. Noor yang merupakan ahli biologi dengan memegang portfolio teknologi maklumat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu, BN memperoleh 21 daripada 36 kerusi DUN sekali gus mendapat majoriti mudah bagi membolehkannya memerintah negeri ini.

Lazimnya kerajaan negeri sebelum ini melantik 10 Exco untuk memegang pelbagai portfolio, namun dipercayai kerajaan negeri pada kali ini akan melantik lapan orang sahaja untuk ke jawatan berkenaan.

Ia berikutan pendirian MCA untuk tidak meletakkan wakil rakyat parti itu dalam kerajaan negeri ekoran prestasi buruk pada PRU-13 selain tiada calon MIC Kedah yang menang.

Menteri Besar bagaimanapun boleh mewujudkan satu jawatan khas setaraf Exco masing-masing untuk mewakili kaum Cina, India dan Siam. - KOSMO

Ahad, 12 Mei 2013

UMNO bukan parti rasis - PM



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO bukan parti rasis kerana ia sentiasa memberi keadilan kepada rakyat tanpa mengira kaum di negara ini.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, sejak ditubuhkan 67 tahun lepas, UMNO menganggap bukan Melayu sebagai rakan kongsi dan akan tetap mempertahankan dasar yang sederhana, adil dan saksama kepada semua bangsa.

"Inilah formula terbaik UMNO (keadilan kepada semua), bukan formula keterlaluan untuk memancing undi tetapi pada akhirnya memusnahkan negara Malaysia yang tercinta.

"Kita tidak akan benarkan politik sedemikian... opportunistic politics (politik oportunis)...kita tak akan benarkan kerana akhirnya akan menghancurkan segala-galanya yang telah dibina UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun UMNO ke-67 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi.
Najib berkata, jika bukan kerana isu perkauman yang dimainkan pakatan pembangkang, beliau percaya BN mampu memperoleh majoriti yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang berakhir Ahad lepas.

Pada PRU13, BN memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen dengan UMNO kekal sebagai tonggak gabungan itu apabila menyumbangkan 88 kerusi.

Perdana Menteri berkata, pencapaian UMNO pada pilihan raya umum kali ini adalah lebih baik berbanding 2008 meskipun diasak dan diserang pelbagai tohmahan serta fitnah daripada pembangkang.

"Tapi, pada akhirnya rakyat Malaysia telah membuat keputusan bahawa mereka ingin kepada kestabilan, kesinambungan dan ingin melihat agenda pembangunan dan transformasi yang dibawa BN diteruskan," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, UMNO memenangi 79 kerusi Parlimen. - BERNAMA

Sabtu, 27 April 2013

3 Dalang Pencerobohan Lahad Datu Dalam Pakatan Haram Di Kenal Pasti.




ALOR SETAR: Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

"Apa yang boleh saya katakan, dua daripada pemimpin pembangkang itu daripada Semenanjung dan seorang lagi daripada Sabah. "Maklumat kini sudah terkumpul dan semua butir-butir itu akan diserahkan sepenuhnya di Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,"

katanya ketika sidang media selepas Majlis Lawatan Kerja Menteri Pertahanan di Kolej Tentera Udara, Kepala Batas di sini, Jumaat.

Ahmad Zahid bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemimpin pembangkang tersebut. Beliau berkata pihaknya tidak mahu dianggap oleh sesetengah pihak tertentu sebagai permainan politik maka segala tindakan akan dilakukan sejurus selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Sesuatu tindakan perundangan hanya boleh dilakukan apabila keterangan dirakamkan, direkodkan, kami dah ada semua itu. "Bila akan diserahkan...tunggu selepas pilihan raya dan tindakan juga akan diambil lepas pilihan raya, kita tidak mahu mereka kata kita bermain politik, jadi kita serah kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengelakkan dicopkan sandiwara politik Umno," katanya. -BERNAMA

Isu Hudud: Pakatan Berbeza Haluan, Namun Masih Menafikan.


Seperti biasa, apabila menjelang pilihan raya, Pas akan memainkan semula isu sensasi mereka iaitu HUDUD. Isu hudud isu wajib Pas waktu pilihan raya. Habis pilihan raya semua senyap. Sepanjang kempen pilihan raya ini mereka akan menjaja cerita Umno tolak hudud. Tetapi Umno sebenarnya menolak hudud yang diperjuangkan oleh Pas dan tidak pernah sesekali menolak hukum syariah itu.

Hukum hudud yang dibawa PAS tidak seimbang dan cenderung untuk berlaku tidak adil kepada masyarakat Islam di negara ini. Di bawah hudud PAS, orang Islam yang mencuri akan dipotong tangan tetapi kalau yang bukan Islam hanya akan dipenjarakan sahaja. Di mana keadilannya?

Kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Haron Din tentang rancangan Pakatan melaksanakan hukum hudud sekiranya berjaya ke Putrajaya telah menimbulkan pelbagai reaksi dari rakyat. Karpal Singh terus membidas kenyataan Haron Din dengan berkata bahawa agenda PAS itu akan menimbulkan huru-hara dan konflik.

Karpal dengan lantang menempelak PAS berkata, keputusan DAP yang sebelum ini untuk menggunakan logo PAS tidak bermakna mereka bersetuju untuk menerima hudud. Pengenalan hukum hudud PAS di negara ini akan menyebabkan sistem perundangan kita terbahagi kepada dua dan ini sangat sukar untuk dilaksanakan di dalam negara yang berbilang kaum.

Ianya sekali gus akan mencetuskan konflik dan huru-hara apatah lagi jiaka ianya melibatkan kes orang Islam dan bukan Islam tetapi dibicarakan dalam dua sistem yang berbeza. Bukan sahaja rakan pakatan dari DAP, malah PKR juga turut menolak undang-undang hudud PAS dari terus dilaksanakan.

Tan Sri Khalid Ibrahim turut membidas kenyataan Haron Din dengan berkata bahawa hudud tidak sesuai dilaksanakan di sebuah negara berbilang bangsa & agama seperti Malaysia.

Tindakan Khalid yang berkata persetujuan seluruh rakyat Malaysia diperlukan untuk melaksanakan hudud PAS membayangkan hudud PAS tidak mungkin akan dilaksanakan walaupun mereka memenangi pilihan raya.

Pertelagahan sesama sendiri dalam Pakatan Rakyat nampaknya semakin ketara menjelang hari pembuangan undi. PM Najib menjelaskan bahawa perbezaan pendapat, dan dominasi PAS dalam isu hudud, jelas menunjukkan kurangnya kredibiliti dalam kalangan pemimpin-pemimpin PR.

Selasa, 23 April 2013

Majoriti Melayu sokong BN.


KUALA LUMPUR : Satu kajian yang dijalankan Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati majoriti masyarakat Melayu memilih untuk menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Kajian yang dijalankan sekumpulan penyelidik UKM bagi tempoh antara Disember 2012 dan Mac lalu menyaksikan trend sokongan tersebut mencecah sehingga 68 peratus.

Pensyarah Geo-Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, antara faktor sokongan itu ialah kewibawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan program transformasi.

?Kajian itu dibuat dalam kalangan 4,500 responden wanita di seluruh negara yang mana sebanyak 68 peratus mereka menyatakan kesediaan mengundi BN dan menyokong kerajaan sedia ada.

?Lazimnya, kecenderungan sama ditunjukkan suami responden terbabit serta anak-anak mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Mohd. Fuad, kajian berkenaan belum lagi mengambil kira faktor selepas manifesto dan calon BN bagi PRU-13 diumumkan yang mana momentum sokongan itu dijangka terus meningkat.

?Kita akan meneruskan kajian dalam tempoh berkempen ini dan perlu diingatkan sekitar 18 hingga 23 peratus pengundi adalah pengundi atas pagar yang baru pertama kali mengundi,” katanya.

Menurutnya, trend sokongan masyarakat Melayu kepada BN itu kerana mereka meyakini parti tersebut mampu memelihara status quo dalam perjuangan agama, bangsa dan negara di samping mengekalkan perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

?Orang Melayu tidak suka melihat pakatan antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana banyak perkara telah tersasar terutama berkaitan kepentingan agama Islam serta isu kalimah Allah.

?Lagipun, pakatan pembangkang sangat longgar dalam perjuangannya terhadap agama, bangsa dan negara, oleh itu, orang Melayu beranggapan lebih baik mengekalkan kerajaan sedia ada,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, sokongan masyarakat Melayu terhadap BN didorong kejayaan agenda transformasi kerajaan selain kegagalan pembangkang menunaikan janji di negeri dikuasai mereka.

?Dahulu pembangkang lantang mengkritik tetapi selepas menjadi kerajaan, baru masyarakat nampak keupayaan sebenar mereka,” katanya.

Menurut beliau, kemerosotan sokongan terhadap pakatan pembangkang itu juga disebabkan Pas, PKR dan DAP dibelenggu banyak masalah dalaman.

- Utusan

Sabtu, 20 April 2013

Parlimen Merbok - Tiada Pencalonan Ditolak.

Sungai Petani - Pengurus yang di lantik Suruhanjaya Pilihan Raya bagi kawasan Merbok, Tuan Haji Ahmad Faisol B Haji Md Nor yang juga merangkap Pegawai Daerah Kuala Muda, hari ini telah membuat pengumuman di Sekolah Menengah Teknik  (1) Sungai Petani bagi keputusan Penamaan Calon PRU 13 untuk kerusi Parlimen Merbok (P014) , DUN Bukit Selambau (N25) dan DUN Tanjung Dawai (N26).

Menurut Tuan Haji Ahmad Faisol. Pada PRU13 ini, tiada kertas penamaan calon yang di tolak oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya bagi kawasan Merbok.

Bagi kerusi Parlimen Merbok (P014) pihak SPR mengesahkan pertandingan melibatkan dua penjuru iaitu diantara Prof Dr Ismail Daud (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok) yang mewakili BN akan bertemu dengan Nur Azrina Surip @Nurin Aina Abdullah (Ketua Wanita PKR Cabang Sungai Petani) yang mewakili PKR.

Bagi kerusi DUN Tanjung Dawai (N26) pihak SPR mengesahkan petandingan melibatkan dua penjuru iaitu diantara Dato' Tajul Urus (Ketua UMNO Bahagian Merbok) yang mewakili BN akan bertemu dengan Ahmad Fakhrudin Fakhrurazi (Timbalan YDP PAS Merbok).

Manakala bagi kerusi DUN Bukit Selambau (N25) pihak SPR mengesahkan pertandingan melibatkan lima penjuru iaitu diantara M L Maran ( Penyelaras BN DUN Bukit Selambau) yang mewakili BN,Dr Krisnamurthy yang mewakli PKR, Kamal Nasser Thow Beek yang mewakili KITA, Syed Omar Syed Mohammad yang mewakili Bebas dengan menggunakan lambang bunga dan T.Murangaran yang mewakili Bebas dengan menggunakan lambang kunci.

Jumaat, 19 April 2013

Di Mana Logiknya Hujah Aziz Bari Tentang Hak Melayu Dalam Perlembagaan Malaysia?



Aziz Bari, iaitu seorang ‘pakar perlembagaan mengikut piawaian Pakatan Rakyat’, baru-baru ini dipetik oleh Harakahdaily sebagai menegaskan bahawa kedudukan Melayu adalah selamat, berkat dari kebijaksanaan UMNO-BN menggubal perlembagaan negara.

Oleh itu, menurutnya sekiranya PR menang dengan majoriti 2/3 iaitu 148 kerusi sekali pun, kedudukan Melayu di dalam perlembagaan tidak boleh ditukar kerana majoriti yang dimenangi PR hanyalah di Dewan Rakyat tetapi di Dewan Negara majoritinya masih senator lantikan UMNO/BN, selain terdapat keperluan kepada perkenan Majlis Raja-raja untuk melakukan sebarang perubahan dalam perlembagaan.

Atas dasar itulah maka kedudukan Melayu dikatakan selamat walaupun PR memerintah.

Terdapat 70 orang senator di Malaysia.  26 dari mereka dipilih oleh Dewan Undangan Negeri iaitu 2 dari setiap negeri dalam Persekutuan, manakala 44 lagi dilantik oleh Yang DiPertuan Agong di mana empat darinya akan mewakili Wilayah-wilayah.

Pertamanya, apakah jaminan yang kesemua ahli Dewan Negara akan membela Melayu?  Keduanya, apakah jaminan kesemua Melayu di Dewan Undangan Negeri akan mempertahankan hak-hak Melayu di dalam perlembagaan jika sebahagian besar mereka adalah dari Pakatan Rakyat?  Ketiganya, walaupun 44 senator dilantik oleh Yang DiPertuan Agong, namun terdapat satu klausa yang menambah kenyataan bahawa lantikan itu adalah ‘atas nasihat Perdana Menteri’.

Justeru, jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, apakah jaminan yang beliau akan menasihatkan Yang DiPertuan Agong untuk mempertahankan keududukan Melayu?

Perlu diingatkan, bahawa hanya baru-baru ini sahaja, iaitu beberapa hari lepas, di dalam wawancara dengan Financial Times, Anwar sekali lagi mengulang kenyataan bahawa ‘masalah paling utama di Malaysia ialah Hak-Hak Melayu kerana ia membawa kepada masalah perkauman dan korupsi’.

Sudah tentulah kenyataan tersebut bersifat terlalu umum, subjektif dan boleh diperdebatkan.  Namun, isu di sini bukan soal perkauman atau korupsi tetapi berkenaan hak-hak Melayu.

Dari apa yang diperkatakan Anwar, jelaslah bahwa beliau berniat untuk menghapuskan hak-hak Melayu sama sekali.  Dengan DAP berada di belakangnya, atau lebih tepat di atas Anwar, maka apakah jaminan yang perlembagaan yang ada mampu dipertahankan?

DAP langsung tidak pernah berdolak dalih akan penentangan mereka terhadap hak-hak Melayu di dalam perlembagaan.  Umum sedia maklum bahawa kewujudan DAP adalah atas dasar perjuangan menghapuskan hak-hak Melayu, termasuk Institusi Raja-raja.   DAP pastinya akan mempunyai lebih kuasa dan cara untuk mencapai matlamat mereka sekiranya PR berada di takhta.

Oleh itu, yang mungkin akan membela Melayu jika PR benar-benar menang dalam pilihanraya kali ini, hanyalah PAS dan UMNO.  Dengan UMNO sebagai pembangkang, maka suara UMNO tentulah agak terhad apatah lagi dengan sikap PR yang gemar ‘menutup’ suara penentang-penentang mereka.

Lebih malang lagi, PAS juga telah dicerobohi oleh orang-orang Anwar dan DAP sehingga ke peringkat kepimpinan tertinggi.  Di tambah lagi dengan ‘kekaburan’ para pemimpin Ulama di dalam parti itu yang meletakkan kebencian terhadap UMNO sebagai matlamat utama sehingga menghina sebarang usaha untuk membela bangsa Melayu, maka apakah jaminan yang mereka akan turut membela kedudukan Melayu di dalam perlembagaan?

Dari situ, kita tidak faham bagaimana Aziz Bari boleh menyatakan bahawa kedudukan Melayu akan lebih kuat jika PR memerintah sedangkan di Pulau Pinang dan Selangor, kita melihat sendiri bagaimana Melayu dan Islam diremehkan, malah diketepikan terus, apabila saja berpeluang.  Pun begitu, walaupun tidak menguasai Kelantan, namun DAP tetap mampu menguasai beribu ekar tanah Kelantan.

Justeru, di mana logiknya hujah Aziz Bari?

Khamis, 18 April 2013

BN Tidak pinggir Merbok.

Merbok yang dulunya meliputi kawasan ladang getah, kini berubah wajah menjadi bandar serba moden menerusi pelbagai projek yang dirancang oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Walaupun kawasan parlimen itu sudah bertukar tangan kepada pembangkang selepas pilihanraya umum ke-12 (PRU-12) lima tahun lalu, kerajaan BN tidak pernah meminggirkan kawasan berkenaan.

Malah pembangunan yang wujud di kawasan itu tidak pernah terhenti, dan menjadi antara kawasan paling pesat membangun di Kedah.

Pembangunan yang wujud di kawasan berkenaan membabitkan pusat pertumbuhan baru, termasuk Bandar Laguna Merbok, Bandar Lagenda Heights, Bandar Amanjaya, Semeling, bedong dan pekan Merbok sendiri.


Penyelaras Parlimen Merbok, Dato’ Hj.Tajul Urus Mat zain berkata, Kerajaan BN dan pihak swasta juga berjaya membangunkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Kedah di Merbok, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) serta Universitu Institut Perubatan dan Sains Asia (AIMS).

Tajul Urus juga berkata, Merbok juga mempunyai potensi besar dalam pelancongan dengan produk utama hutan paya bakau di Sungai Merbok, penemuan sejarah penempatan purba di Muzium Arkeologi Sungai batu selain kesan sejarah di Lembah Bujang yang boleh dimajukan.

Katanya kerajaan BN turut bercadang menyediakan sebuah restoran makan laut di Sungai Batu bagi menjadi tarikan pelancong ke situ sekali gus membuka lebih banyak peluang pendapatan dan pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Malah kerajaan juga meluluskan peruntukan bagi membina 300 ratus unit rumah menerusi projek perumahan nelayan moden di Tanjung dawai dengan majlis pecah tanah kawasan itu dijangka disempurnakan olehPerdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi.

“Menerusi  pmbinaan rumah nelayan moden itu, ia melengkapkan satu pakej pelancongan di sini apabila pelancongan yang menaiki bot di jeti Sungai Semeling akan menyusuri Sungai Merbok kemudian singgah di restoran makanan laut di Sungai batu sebelum meneruskan perjalanan menaiki bot bagi melihat perumahan nelayan moden di Tanjung Dawai,” katanya.

Tajul Urus berkata pada masa sama, projek pelbagai kementerian juga berjalan lancar dalam usaha kerajan BN mahu memastikan kemudahan prasarana kepada rakyat di kawasan itu disediakan.

Katanya, ia termasuk pembinaan empat buah masjid baru dengan peruntukan lebih RM7 juta iaitu masing-masing Masjid Taman Peruda, Msajid Kampung Sungkop, Masjid batu Belacan dan Masjid laguna Merbok.

“Selain Masjid, projek lain dilakukan termasuk membaik pulih, menaik taraf dan membina rumah ibadat termasuk 10 surau baru yang dibina sepanjang tempoh lima tahun ini.

“Kerajaan persekutuan juga meluluskan peruntukan RM77 juta bagi membina jalan dua hala dengan kemudahan empat lorong bagi menghubungkan Sungai petani ke Kuala Ketil yang kini berada dalam peringkat awal pembinaan,” katanya.

Beliau berkata sepanjang tempoh lima tahun ini kerajaan persekutuan terus menjalankan tanggungjawab yang terbaik kepada rakyat walaupun sepanjang tempoh itu juga Parlimen erbok termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan Tanjung dawai di kuasai pembangkang.

Katanya pembangunan yang di bawa oleh kerajaan BN di kawasan itu mencakupi semua aspek dan diharapkan  rakyat dapat memberi mandat kepada BN untuk menawan semula negeri ini.

Sumber - Berita Harian

Sabtu, 13 April 2013

Manifesto BN.


Manifesto akujanji Barisan Nasional (BN) ternyata menerima sambutan hangat pelbagai lapisan masyarakat dan juga pelbagai bangsa.

Rakyat Malaysia mula menyedari hanya dengan pemerintahan BN mereka akan berupaya menikmati taraf hidup dan kebahagian yang lebih selesa, bukan sahaja masyarakat biasa, tetapi juga bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan.

Kemampanan ekonomi negara juga menjadikan banyak penganalisis ekonomi meramalkan manifesto akan memacu ekonomi Malaysia ke arah yang lebih baik sekaligus mendorong kepada status Malaysia negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Buktinya, pelbagai pihak, termasuk media cetak, elektronik, termasuk laman-laman sosial membicarakan manifesto BN, terutamnay berkenaan Bantuan Rakyat 1 malaysia (BR1M), dan sejuta rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun BN memerintah.

Berbanding 150,000 unit rumah dalam janji manifesto Pakatan Rakyat, ternyata BN jauh mengatasi mereka dari aspek perancangan dan pelaksanaan manifesto.

Berbeza dengan manifesto bukan janji PR, mereka hanya menumpu kepada persoalan menurunkan segala macam benda tanpa memikirkan impak ekonomi makro terhadap negara.

BN sebaliknya selain membantu kos sara hidup rakyat dengan bantuan-bantuan one-off, mereka juga memikirkan kaedah terbaik untuk terus membantu rakyat tanpa merisikokan ekonomi negara.

Dengan iklim ekonomi dunia yang perlahan dan kelembapan ekonomi di Eropah, pemikiran di luar kotak amat diperlukan bagi memastikan Malaysia terus mempunyai pertumbuhan ekonomi yang mapan.

Ternyata, transformasi Datuk Seri Najib Razak sejak beberapa tahun ini menunjukkan kejayaan apabila ekonomi negara terus berkembang sebanyak 5 peratus, malah negara luar turut terkejut degan perkembangan yang menurut mereka “di luar jangkaan”.

Perkara itu bagaimanapun tidak diuatarakan pembangkang, sebaliknya lebih mempolitikkan isu manifesto seolah-olah manifesto mereka adalah yang terbaik, sedangkan tanpa manifesto pun, BN sebenarnya telah berjaya menjadikan ekonomi Malaysia lebih berdaya saing dan mapan.

BR1M ternyata memberikan impak ekonomi yang memberangsangkan apabila meningkatkan permintaan sekaligus mewujudkan proses jual beli yang rancak dalam ekonomi sehingga memungkinkan kitaran ekonomi domestik negara bergerak. Ini memberikan kesan besar, terutamanya peluang pekerjaan dan ‘supply and demand’ dalam konsep ekonomi.

Manifesto yang dilancarkan BN baru-baru ini juga dijangkakan akan memacu ekonomi negara ke arah yang lebih baik sekaligus menjadikan kuasa beli rakyat meningkat dan bakal mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik.

Jelas terpampang di media massa bahawa pakar ekonomi meyakini manifesto BN melebihi manifesto pembangkang.

Tanpa perancangan ekonomi dan hala tuju ekonomi yang kukuh, manifesto PR dilihat umpama sampah yang tidak mempunyai hasil sebaliknya akan menyebabkan negara muflis.

Jelas kelihatan betapa BN memikirkan setiap aspek kehidupan sehingga membolehkan manifesto itu dirangka dengan sebegitu baik tanpa meminggirkan mana-mana pihak.

Daripada aspek kos kehidupan, perumahan, pendidikan, warga emas, pengangkutan dan sebagainya, termasuk kehijauan alam, BN tidak langsung mengabaikan mana-mana aspek.

Sebaliknya mengambil pendekatan rakyat didahulukan bagi membolehkan pencapaian negara melonjak ke paras yang lebih baik.

Terpedaya Imej Warak Anwar.



 KUALA LUMPUR 12 April - Sifat warak dan imej Islam yang ditonjolkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menerajui Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berjaya mengaburi mata ramai pengikutnya sehingga mereka sukar untuk mempercayai tuduhan salah laku moral beliau.

Perkara itu diakui oleh salah seorang pengasas pertubuhan tersebut di Amerika Syarikat (AS), Dr. Azmi Omar yang menyatakan kebanyakan pelajar Islam Malaysia ketika itu mengagumi Anwar kerana kononnya berjuang menegakkan Islam.

Menurut beliau, 'perjuangan' Anwar turut menjadi aspirasi tokoh ilmuwan dan pendakwah, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba ketika mereka bersama-sama membangunkan ABIM pada tahun 1986 hingga 1992 tanpa mengetahui perlakuan sebenar Ketua Pembangkang tersebut.

''Memandangkan beliau bersama ABIM, pada mulanya agak sukar mempercayai perbuatan Anwar itu.

''Namun, sejak pertuduhan liwat pertama beliau, dan timbul banyak lagi keraguan mengenai Anwar dalam mahkamah, media dan maklumat di internet, menyebabkan saya tidak lagi mempercayainya,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Sidek yang meninggalkan Anwar kerana salah laku moral walaupun mereka telah bersahabat karib sejak lebih 30 tahun lalu.

Keruntuhan moral merupakan satu daripada tiga faktor utama mengapa Sidek membuat keputusan meninggalkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu selepas menemubual seramai 28 saksi hidup.

Sambil menyifatkan keputusan meninggalkan Anwar sebagai tepat, kata Azmi, Sidek merupakan seorang yang berpendirian apabila menjalankan kajian sebelum membuat keputusan terbesar itu.

Menurutnya, walaupun mengakui terlebih dahulu mengetahui mengenai Anwar, beliau tidak bercadang untuk menguar-uarkannya kerana menganggap dirinya hanya individu biasa.

''Apabila Sidek mengambil keputusannya, terdetik dalam hati saya bahawa keputusan itu sepatutnya sudah lama dibuat, tetapi mungkin beliau mahu mengambil masa lebih lama kerana mahu lebih teliti dan perlukan maklumat tertentu.

''Bagaimanapun, saya bukan antara 28 individu yang ditemui Sidek dalam pencariannya itu, hanya sebagai rakan karib dalam ABIM di AS,'' katanya.

Sumber - Utusan.

Jumaat, 12 April 2013

Penjawat Awam Terima Pakatan???



Penjawat awam dikenali sebagai pelaksana dasar dan cerminan kepada penradbiran sesebuah kerajaan, malah melalui khidmat mereka negara akan berjaya memastikan urusan pentadbiran dan perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan efisyen dan berkesan. Justeru kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak menyedari perkara itu lantas memberikan pelbagai imbuhan dan insentif sebagai satu kaedah untuk mengiktiraf kumpulan penjawat awam di negara ini yang berjumlah sekitar 1.4 juta.

Tindakan pembangkang yang sebelum ini mahu mengurangkan jumlah penjawat awam sekiranya diberi kuasa mentadbir Putrajaya nyata menimbulkan bantahan banyak pihak. Amat menyedikan melihat aksi penyokong Pakatan Rakyat ketika himpunan Bersih memukul dan menghina pasukan keselamatan sebagai anjing kerajaan, sedangkan golongan itu adalah kumpulan pertama yang akan dicari mereka sekiranya berlaku kesusahan.

Pemimpin-pemimpin mereka juga pernah mengeluarkan kenyataan menghina penjawat awam sebagai “pemalas” “lembab” dan banyak lagi. Nurul Izzah pernah mengkritik penghantaran pasukan keselamatan yang ramai ke Sabah dan memanggil mereka sebagai ‘Polis Hutan’.

Katanya, Polis Hutan tugasnya adalah melawan komunis dan oleh kerana komunis telah tiada, maka penghantaran pasukan ini ke sana adalah tidak relevan sama sekali. Selain ‘Polis Hutan’, Nurul Izzah juga mempertikaikan penghantaran Cawangan Khas atau Special Branch (SB) untuk menangani krisis Sabah.

Menurut Nurul Izzah, tugas SB ialah mencari ‘budak hilang’.Justeru, katanya, SB harus dihapuskan dan jadikan mereka semua sebagai Pegawai Penyiasat. Sedangkan, sebenarnya beberapa pasukan PDRM yang dihantar ke Sabah adalah Unit Cawangan Khas, Pasukan Operasi Khas dan Pasukan Gerakan Am. Pasukan Polis Hutan yang diperkatakan Nurul Izzah adalah tidak wujud lagi atas sebab yang disebut oleh Nurul Izzah sendiri iaitu tamatnya insergensi komunis.

Pecahan Kumpulan Penjawat Awam Yang Terbesar di Sektor Awam meliputi beberapa sektor; Sektor pendidikan (400,000); Sektor pertahanan (300,000); Sektor keselamatan (100,000 Polis+ Bomba + Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) + Jabatan Pertahanan Awam Malaysia 3 (JPA3), dan Sektor kesihatan (50,000 Doktor + Jururawat)

Dengan jumlah sedemikian ia menjadikan ratio purata nisbah penjawat awam adalah antara yang tertinggi berbanding negara ASEAN yang lain, iaitu sekitar 4.68 peratus. Dengan jumlah penjawat awam yang besar, barulah kerajaan dapat melaksanakan setiap polisi dan dasar yang diperkenalkan secara menyeluruh dan berkesan.

Malah, janji PR untuk mengecilkan saiz penjawat awam juga menimbulkan persoalan, adakah disebabkan jumlah majoriti penjawat awam adalah Melayu dan Bumiputera maka mereka mahu mngecilkan saiz mereka? ataupun disebabkan mereka sedar bahawa majoriti penjawat awam hari ini menyokong kerajaan BN?

Sementara diherdik dan dimaki, kerajaan BN terus membela nasib penjawat awam dalam manifesto mereka dengan menambah insentif dan imbuhan kepada mereka. DAP kata penjawat awam lembab, Nurul Izzah pula mahu kurangkan anggota polis.

Latheefa Koya meroyan maki penjawat awam. Adakah ini cara Pakatan Rakyat ambil hati kakitangan awam? Kena pijak, maki, cerca, tuduh macam-macam. Penjawat awam tu manusia, bukannya haiwan!

Sudah jelas Manifesto BN lebih beri banyak faedah kepada penjawat awam daripada manifesto Pakatan. Penjawat awam lebih yakini BN kerana Pakatan Rakyat tidak tepati janji. Pakatan Rakyat lebih gemar mengherdik penjawat awam daripada menjaga hati dan kebajikan mereka.

Sekiranya berjaya memerintah Putrajaya, dan PR akan mengecilkan saiz penjawat awam, kita boleh membayangkan berapa ramai daripada mereka yang akan dipecat dan berapa ramai pula anak-anak muda terpaksa mengganggur akibat dipecat. Sebelum kita terpaksa melukut di tepi gantang, diharapkan penjawat awam berupaya untuk berfikir secara menyeluruh apa yang dilakukan kerajaan BN, dan apa yang akan dilakukan PR sekiranya memerintah.

Isnin, 8 April 2013

Tamparan Hebat buat PAS - Ulama Pondok Buat Deklarasi Mengejutkan!!



GURUN: Golongan ulama pondok pada Isnin membuat satu deklarasi bahawa mengundi PAS dan PKR pada pilihan raya umum ke-13 ini adalah haram di sini Islam.

PAS dan PKR turut bertangungjawab melakukan jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme agama.

Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun Yahya berkata kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berkaitan isu itu jelas menunjukkan perjuangan mereka.

"Ini adalah agenda dan strategi untuk menghancurkan Islam paling besar pernah berlaku dalam sejarah negara ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok-Pondok/Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz al-Quran peringkat kebangsaan yang berakhir di sini.

Beliau berkata deklarasi itu dicapai setelah tiga hari hampir 150 orang tokoh ulama dan kepimpinan tersebut termasuk Penasihat Pondok Minda, Tok Guru Abdullah Sa'amah bersidang bermula Sabtu lepas.

Persidangan bertujuan memperkasa dan mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan dengan merujuk nas-nas daripada kitab-kitab ulama Ahli Sunnah Waljamaah yang muktabar, katanya.

Menurut Harun, parti-parti pembangkang yang memperjuangkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam didapati mengemukakan nas-nas tidak betul, bertentangan dengan Islam dan menyesatkan.

"Semua orang tahu Allah adalah nama tuhan bagi umat Islam dan Al-Quran diturunkan kepada penganutnya. Kalimah Allah mengajar dan membawa maksud tiada tuhan melainkan Dia (Allah).

"Oleh itu bukan Islam tidak boleh guna nama Allah sebagai nama tuhan mereka. Mereka perlu tinggalkan kepercayaan untuk menganut Islam jika mahu menggunakan (kalimah) Allah sebagai nama tuhan kerana ini membezakan tuhan orang Islam dan bukan Islam," kata Harun.

Beliau berkata, membenarkan nama Allah digunakan oleh agama lain sebagai nama tuhan mereka memberi kesan bahawa semua agama adalah sama dan diturunkan Allah.

"Sekiranya dalam Bible ada nama Allah, dalam kita lain pun sama, semua pihak akan beranggapan semua agama adalah sama iaitu agama Allah," katanya.

Beliau menasihatkan umat Islam tidak leka dalam soal ini dan mengesyorkan supaya mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan Allah. - BERNAMA

17 Janji Terbaik Dalam Manifesto BN.



Manifesto Barisan Nasional telah dilancarkan dengan jayanya semalam.  Rata-rata, Manifesto tersebut dipuji dan dianggap terbaik kerana amat menyeluruh serta padat.

Dalam pada itu juga, tidak salah jika dikatakan bahawa Manifesto Pakatan Rakyat juga hebat bunyinya di mana segala-galanya percuma, murah dan mudah bagaikan hidup di dalam syurga dunia.

Namun, bak kata orang, sesuatu yang terlalu baik sehingga sukar untuk dipercayai, kemungkinan besar ia memang tidak boleh dipercayai.  Ini terbukti apabila Pakatan Rakyat sendiri mengakui bahawa Manifesto mereka pada 2008 dahulu bukan janji.

Justeru, tidak hairanlah apabila terlalu banyak yang dijanjikan telah tidak mereka ditunaikan.  Malah, ada di antara pemimpin mereka sendiri yang turut menyatakan kesilapan dalam menabur janji yang terlalu banyak dalam pilihanraya yang lalu.

Sebenarnya, menabur janji tidak apa, asalkan ia ikhlas dan mempunyai asas untuk ditunaikan.   Oleh itu, sebelum janji dibuat, haruslah terlebih dahulu berfikir, mengkaji dan menganalisa bagi memastikan ianya berasas dan mampu untuk ditunaikan.   Jika manusia biasa dipegang kepada janji-janjinya, maka tentulah lebih-lebih lagi bagi seorang manusia yang ingin memerintah negara.

Berbeza dengan PR, sehingga kini, BN telah terbukti sebagai parti yang tidak pernah berjanji kosong.  Malah BN dengan megah dan beraninya menjadikan ungkapan ‘Janji Ditepati’ sebagai slogan Kemerdekaan yang lalu.   Tidak mungkin slogan itu dipilih jika BN tidak serius dalam berjanji.

Menyedari sikap bertanggungjawab BN, maka tidak hairanlah rakyat tertunggu-tunggu Manifesto BN diumumkan.  Dan ternyata, Manifesto yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib semalam, telah tidak menghampakan, malah meningkatkan lagi keterujaan rakyat untuk terus menyokong BN.

Antara janji-janji BN ialah:

1.      Menangani Kos Sara Hidup

2.      Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar

3.      Menyediakan Rumah Mampu Milik

4.      Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti

5.      Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam

6.      Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar

7.      Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif

8.      Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara

9.      Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam

10.  Memperkasa Penyertaan Wanita

11.  Memenuhi Aspirasi Belia

12.  Merancang Jaringan Keselamatan Sosial

13.  Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:

14.  Memerangi Gejala Rasuah

15.  Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus

16.  Gerakan Kesederhanaan Global

17.  Memulihara Sumber Semula Jadi

Beberapa janji di atas bukanlah perkara baru, antaranya, Menangani Kos Sara Hidup di mana termasuk di dalamnya skim BR1M dan KR1M.  Namun, apa yang menarik ialah janji tersebut dipertingkatkan lagi dari segi jumlah dan jangka masa di mana skim itu kini akan dilaksanakan secara tahunan.

Begitu juga dengan janji-janji mengenai memerangi rausah, memperkukuh perkhidmatan awam, menyediakan rumah mampu milik, meningkatkan keselamatan dan lain-lain lagi yang mana merupakan satu janji yang telah, dan sedang ditepati, cuma ianya kini diikrarkan untuk diteruskan di samping dipertingkatkan lagi.

Oleh itu, walaupun kita mungkin mendengar Manifesto yang lebih indah dari PR, namun, apalah ertinya jika ia bukan merupakan satu janji berbanding Manifesto BN yang disifatkan sebagai Akujanji oleh Perdana Menteri sendiri.

Dengan hakikat bahawa PR telah pun terbukti tidak melaksanakan apa yang tersenarai dalam Manifesto terdahulu, tentulah kurang bijak bagi rakyat untuk terus mempercayai pembangkang, kali ini.
Kerana, dalam membentuk masa depan negara kita, keluarga dan diri kita sendiri, kita harus memegang sesuatu yang berasas. Kita tidak boleh mengambil risiko menyerahkan masa depan kita kepada pihak yang tidak boleh dipercayai di mana sehingga kini, kita masih tidak pasti siapa yang akan di lantik menjadi Perdana Menteri jika mereka berjaya mengambil alih pentadbiran negara.
Dengan fakta ini, terbukti, BN adalah sebuah parti yang konkrit dan kuat. Kita percaya kepada Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan kita yakin bahawa Manifesto BN adalah satu bentuk ikrar.

Ahad, 7 April 2013

Pakatan - Parti Anak Beranak!!!



Pakatan rakyat sering menuduh Barisan Nasional (BN) sebagai parti kronisme dan mengamalkan budaya nepotisme, sedangkan realitinya membuktikan pembangkang itu adalah pengamal kuat ajaran nepotisme bagi mengekalkan pengaruh mereka dalam parti masing-masing.

Perkara itu jelas apabila Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menamakan anaknya sendiri, Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon di kerusi Rantau Panjang, yang sebelum ini disandang oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Yussof.

Siti Zailah juga telah dipindahkan ke Parlimen Jeli untuk menetang Datuk Seri Mustapha Mohamed di kawasan “hitam” untuk PAS.

Persoalan yang timbul adalah kenapa penyandang kerusi Rantau Panjang yang sudah semestinya selamat untuk PAS di pindahkan ke Jeli yang amat sukar untuk dimenangi, sedangkan anak pemimpin PAS bertanding di kerusi yang mudah dimenanginya?

Malah, turut difahamkan sumber dalaman parti, wujud perselisihan dalaman apabila keputusan Nik Aziz itu tidak dipersetujui Siti Zailah apabila menolak keputusan berkenaan kerana tindakan itu seolah-olah untuk menamatkan karier politik ketua dewan muslimat berkenaan.

PKR juga difahamkan akan menurunkan “keluarga Anwar Ibrahim” untuk bertanding apabila bukan setakat Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, dan Nurul Izzah Anwar akan bertanding, pembangkan itu dijangka akan turut mencalonkan seorang lagi anggota keluarganya, Nurul Nuha Anwar untuk turut sama bergelumang dalam kancah politik mereka.

Tindakan itu amat jelas menunjukkan Anwar mahu mengekalkan legasi keluarganya dalam parti bagi memastikan pengaruhnya tidak terkubur. Jangan terkejut jika suatu hari nanti, menantu dan cucunya juga akan bertanding dalam pilihan raya.

Tidak cukup dengan PAS dan PKR, DAP juga dijangka akan mencalonkan Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng dan isterinya, Betty Chew dalam pilihan raya umum ke-13 kali ini.

Malah, veteran DAP seperti Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo, juga tidak terkecuali bekecimpung dalam politik, dan turut difahamkan, anak karpal, Jagdeep Singh juga akan turut dicalonkan sebagai calon untuk PRU 13.

Jelas sudah dimata rakyat Pakatan rakyat adalah parti keluarga dan pemimpin mereka akan memastikan dinasti mereka dalam parti akan tetap subur tanpa ada perasaan bersalah terhadap ahli dan anggota parti yang bertungkus lumus untuk perjuangan dan matlamat parti.

Kalau perjuangan mudah seperti nak hapuskan nepotisme pun tak boleh, apakah boleh percaya Pakatan akan menghapuskan kronisme dan mengutamakan meritokrasi dalam semua hal?

Ini belum babitkan wang ringgit yang besar lagi, baru calon pilihan raya.

Apa ahli PKR, PAS dan DAP yang  dibawah tu semua bodoh dan bangang sehingga tak layak jadi calon pilihan raya?

Semua contoh di atas jelas membuktikan: Pakatan Rakyat memang parti anak beranak!

314 Pelajar Bermasalah Pengelihatan Terima Sumbangan Cermin Mata.



Seramai 314 orang pelajar dari 7 buah sekolah dalam Parlimen Merbok  bertuah apabila menerima sumbangan cermin mata yang disampaikan oleh Penyelaras Parlimen Merbok, Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain dalam satu majlis yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pasir, Tanjung Dawai  semalam.

Sumbangan ini adalah dengan kerjasama pejabat Penyelaras Perlimen Merbok bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Turut hadir timbalan ketua pemuda UMNO Bahagian Merbok, Annuar Ahmad.

Dato’ Hj Tajul Urus yang juga Ahli Lembaga Pengarah PTPTN berkata, para penerima sumbangan terdiri daripada pelajar dari 5 buah sekolah rendah dan 2 buah sekolah menengah.

Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SK Kampung Pasir, SK Sungai Lalang, SK Sri Aman, Bedong, SK Sri Wangsa dan SK Muzaffar Shah, Bujang,

Manakala 2 buah sekolah menengah pula iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Ria Jaya dan SMK Bandar, Sungai Petani.

Beliau menjelaskan, jika mengikut perancangan awal, objektif pemberian ini hanya untuk sekolah rendah, namun apabila pihaknya mendapat maklumat bahawa pelajar di sekolah menengah juga ramai yang mengalami masalah pengelihatan, maka pemberian ini turut diperluaskan kepada pelajar di sekolah menengah.

Selain itu katanya, pelajar sekolah di sekolah menengah merupakan yang paling ramai menerima sumbangan ini iaitu seramai 70 dan 71 orang di dua buah sekolah terbabit.