Jumaat, 30 November 2012

Ikrar Najib


 

Maaf Atas kekhilafan
"Bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang atau pimpinan atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah. Di atas segala-galanya, sebagai kepemimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan"
Sumpah pemimpin UMNO
"Saya selaku Presiden UMNO, bersama-sama Timbalan Presiden, serta seluruh saf kepemimpinan parti, bersumpah dengan nama Allah, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam”
"Kita percaya, rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik dan kita yakin bahawa UMNO dan Barisan Nasional yang mampu menawarkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia," Datuk Seri Najib Razak
Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berikrar akan bersama seluruh saf kepemimpinan UMNO untuk terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, memartabat orang Melayu serta membenteng akidah umat dan memelihara agama Islam.
UMNO tidak akan berundur “Walau apapun rintangan melanda, biar apapun cabaran menghalang, UMNO tidak akan berpulang walau setapak, UMNO tidak mungkin berpatah jalan.
“UMNO takkan berdalih dalam menjulang sebuah kebaktian. UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan mara di barisan hadapan, menghadapi musuh dari luar mahupun dalam," katanya dalam ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO ke-63, semalam.
Dalam ucapan bersemangat bertemakan 'Kepimpinan Transformatif Menuju Wawasan Nasional', Perdana Menteri menegaskan UMNO dan BN akan menggunakan segala kudrat yang ada bagi memenangi hati dan fikiran rakyat di gelanggang demokratik.
“Kita percaya, rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik dan kita yakin bahawa UMNO dan Barisan Nasional yang mampu menawarkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.
“Di sini, di sinilah kita dilahirkan, di sini... di sinilah tangis kita mula bergema. Di sini kita membina keluarga dan di sinilah kita melakar masa depan.
“Di sinilah juga, dengan izin Allah SWT yang Maha Berkuasa, kita akan bersemadi untuk selama-lamanya,” katanya disambut tepukan gemuruh perwakilan.
PRU13 titik penentuan
Sehubungan itu, Najib mengingatkan rakyat bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak bukanlah satu pilihan raya yang biasa.
“Ia merupakan titik penentu kepada destinasi rakyat dan negara. Pilihan raya inilah yang akan mencorakkan rupa wajah Malaysia hari esok untuk ditinggalkan kepada anak-anak kita.
“Antara sebuah Malaysia yang maju berteraskan nilai serta matlamat dikongsi bersama atau Malaysia yang mundur terpisah oleh tembok ghaib dipalit rasa prasangka dan prejudis,” katanya.
Perdana Menteri menegaskan negara akan hancur, runtuh dan tenggelam jika rakyat terpedaya dengan fitnah dan janji palsu pembangkang.
“Sudah barang pasti UMNO tidak akan membiarkan semua itu berlaku. Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula.
“Tetapi, jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah sendiri,” katanya.

Perhimpunan UMNO Menenggelamkan Semua Himpunan Jalanan Pembangkang.


Jika ada yang mengatakan bahawa UMNO atau BN semakin lemah, Perhimpunan UMNO yang sedang berlangsung sekarang, dengan sendirinya menafikan kenyataan itu.
Jelas terlihat di PWTC ini, bagaimana kekuatan dan semangat UMNO tidak pernah goyah walau sedikit.    Pemimpin datang dan pergi, dengan  yang salah dihukum, yang benar dijulang, sekali gus membolehkan UMNO kekal sebagai parti keramat bangsa Melayu Islam yang dihormati di rantau ini.
Kekecewaan dan kebimbangan yang kadangkala melanda akibat sikap segelintir yang tersasar arah, tidak menjejaskan keyakinan ahli-ahli terhadap parti.
Ini kerana ahli-ahli UMNO rata-ratanya cukup matang untuk memahami perjuangan ini iaitu perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara yang dipegang sebagai prinsip utama.
‘Prinsip’ adalah kunci utama kekuatan UMNO.  Mungkin segelintir di dalam parti ini mempunyai masalah dengan prinsip diri, namun apa yang pasti, prinsip parti UMNO itu sendiri tidak pernah bermasalah, malah kekal teguh dan tetap, dipasak terus ke sanubari setiap Melayu yang punya jatidiri.
Kita lihat hari ini bagaimana parti yang menggadaikan prinsip dan parti yang tidak ada prinsip, terhoyong-hayang diheret orang.   Itulah PAS yang melelong Negara Islam dan juga PKR yang lahir dari penjara.  Kedua-dua parti itu kini semakin bingung disergah dan diarah-arah oleh DAP.
Akibat prinsip yang caca-marba, bertukar-tukar dan tidak masuk akal, maka perjuangan pakatan mereka menjadi tidak tentu arah.  Sekejap berhimpun memperjuangkan pilihanraya bersih, sekejap memperjuangkan alam sekitar, kemudian hudud, kesamarataan total, hatta berhimpun mendesak peliwat dibebaskan.  Pendek kata, asal ada ruang, mereka pasti akan ‘berjuang’ tetapi berjuang untuk apa, itu belakang kira.
Akhirnya, perjuangan mereka diterjemahkan dalam sepasang perkataan iaitu ‘BN K.O.
Maka jelaslah sudah, bahawa apa yang mereka perjuangkan bukanlah prinsip, tetapi kuasa.
Dengan menyebut nama Allah SWT, mereka memohon kecelakaan kepada saudara seagama.  Dalam keselesaan bermuktamar, dalam mereka bersantai di kediaman mewah masing-masing, dalam mereka berebut-rebut jawatan dan membanding-banding kekayaan,  mereka menuduh  UMNO sebagai zalim.
Inilah fitnah paling besar yang dilakukan atas nama Allah SWT dan diaminkan oleh beribu-ribu umat Islam
.Alhamdulillah, UMNO dianugerahkan dengan pemimpin-pemimpin yang jauh lebih rasional, bijak dan matang dari pembangkang.  UMNO tidak menyambut doa kecelekaan itu dengan sifat amarah atau dendam malah langsung tidak berkecil hati.  Tetapi UMNO menerimanya sebagai kelemahan saudara seagama yang keliru, jahil dan buntu yang perlu terus dididik, dibimbing dan dilindungi serta disedarkan dari terus menjadi kuda tunggangan atau anjing suruhan orang lain.
UMNO mendoakan agar mereka dibukakan hati dan mata serta kesejahteraan hendaknya.  Jika mereka dipijak, UMNO tidak akan teragak-agak untuk membela biarpun mereka pernah mendoakan UMNO celaka.

Inilah yang berlaku di Pulau Pinang apabila Melayu ditindas dan hartanah dirampas tetapi pemimpin PAS dan PKR hanya menyuruh mereka bertenang.  Maka UMNO jugalah yang bangkit berjuang, membela nasib mereka, walaupun mereka dulunya memangkah PAS atau PKR dalam pilihanraya.

Kerana itu, biarpun 25,000 peserta dalam himpunan BERSIH 3, 7,000 dalam Himpunan Lynas, dan entah berapa ribu dalam himpunan royalti minyak, himpunan kebangkitan rakyat, himpunan 901, BERSIH 1 & 2, dan entah apa-apa himpunan lagi, masih tidak dapat mengatasi semangat  keramat sebuah Perhimpunan UMNO.

Jika sesiapa tidak yakin bahawa yang baik pasti mengatasi yang jahat, maka inilah masa untuk memulihkan keyakinan itu.   Yakinlah bahawa doa ke arah kebaikan pasti akan dapat mengatasi doa kejahatan.
Yakinlah, perhimpunan parti keramat yang memperjuangkan kebaikan pasti mampu mengatasi walau 1000 himpunan jalanan tajaan pembangkang yang berniat jahat.  InsyaAllah, dengan prinsip yang kukuh, UMNO akan terus mara, bukan sahaja untuk Melayu tetapi untuk semua rakyat Malaysia

PAU 2012 - Ucapan Dasar Presiden "Kepimpinan Transformatif Menuju Wawasan Nasional"


Khamis, 29 November 2012

UMNO tidak akan mencaci saudara seagama.


Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa UMNO tanpa ragu-ragu komited untuk terus mempertinggikan Islam berteras maqasid syariah, demi memelihara agama, nyawa, harta benda, akal, maruah dan keturunan.     
Presiden UMNO itu berkata, UMNO tidak akan sekali-kali mencaci dan menista saudara seagama sepertimana yang dilakukan pembangkang, sebaliknya akan terus mempertahankan perpaduan umat.
Beliau juga berkata, UMNO akan terus mempertahankan kesucian dan kemurnian akidah umat Islam di negara ini.
Justeru, kata Najib, UMNO menentang sekeras-kerasnya mereka yang mendokong fahaman pluralisme dan liberalisme.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

 

Rabu, 28 November 2012

UMNO bijak kongsi kuasa - Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Sebahagian perwakilan mengaminkan doa pada perasmian serentak Persidangan Tahunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di PWTC, Kuala Lumpur malam tadi - Utusan.
 
Kebijaksanaan perkongsian kuasa yang dilakukan oleh UMNO bersama-sama parti komponen Barisan Nasional (BN) telah memungkinkan Malaysia tidak mengalami krisis politik dan perkauman yang parah seperti yang dialami di negara-negara lain, walaupun mempunyai lebih banyak bangsa, kaum dan suku kaum.
Ketika menegaskan perkara itu, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kebijaksanaan pemimpin BN terdahulu memilih acuan politik perkongsian kuasa yang berteraskan semangat persefahaman, pemuafakatan, setiakawan dan tolak ansur turut membolehkan negara ini kekal aman, makmur dan sejahtera.
''Sepanjang lima dekad pemerintahan BN, muafakat yang dicapai untuk memerintah negara secara bersama tidak pernah kita ingkari. Janji untuk bekerjasama dan berkongsi kuasa tidak pernah kita nodai. Prinsip ini sentiasa kita pupuk dan disuburkan dan kini menjadi pasak kekuatan Barisan Nasional,'' katanya.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan serentak Persidangan Tahunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam ini.
Dalam ucapan bertemakan, Bersama Melakar Kemenangan, Muhyiddin yang mengimbas serangan-serangan pembangkang terutamanya Pas dan DAP terhadap UMNO dan komponen BN menegaskan, kedua-dua parti tersebut berbuat demikian semata-mata untuk menarik sokongan kaum tertentu kepada parti mereka.
''Pas menggunakan sentimen agama yang sempit untuk menghasut orang Melayu membenci UMNO dan menyokong mereka. DAP pula menggunakan sentimen perkauman yang melampau untuk menghasut orang bukan Melayu membenci MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain dalam BN, supaya orang bukan Melayu menyokong mereka.
''Semuanya ini dilakukan atas dasar kepentingan politik yang jumud dan politik serakah, tanpa mengira kesannya ke atas perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita,'' katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan, hakikatnya, sejak lebih lima dekad yang lalu, parti yang membawa fahaman politik benci dan fitnah, yang membakar sentimen agama dan perkauman bukannya UMNO, MCA, MIC dan bukan juga parti-parti komponen BN yang lain.
Sebaliknya, tegas Timbalan Perdana Menteri, ia didalangi oleh Pas dan DAP, yang mengamalkan politik ultra perkauman dan membawa fahaman songsang mengenai agama yang memecah belahkan masyarakat kita.
''Pas dan DAP masih tebal dengan sentimen kaum dan agama. Mereka masih sangat berbeza dari segi ideologi dan pendirian politik. Setelah bertarung sesama sendiri, kini Pas dan DAP melakonkan sebuah pengkisahan kerjasama politik yang cuba ditiru daripada kejayaan BN,'' katanya.
Hakikatnya, tegas Muhyiddin watak-watak dan pelakon utama semuanya mahu menguasai plot dan jalan cerita, serta menjadi teraju, sehingga ke hari ini Pas dan DAP sentiasa bersengketa, bertelagah dalam tiap perkara dan bercakaran kerana ideologi yang jelas berbeza.

Perhimpunan sayap UMNO bermula serentak


KUALA LUMPUR 28 Nov. - Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO hari ini memulakan perhimpunan agung masing-masing secara serentak, bermula pukul 8 pagi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Perhimpunan agung kali ini yang merupakan perhimpunan terakhir sebelum berlangsungnya pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), dijangka menumpukan kepada persediaan jentera parti dalam menghadapi PRU itu.
Sayap Wanita bersidang di Dewan Merdeka manakala Pemuda berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail dan Puteri di Dewan Tun Hussein Onn.
Perhimpunan agung ketiga-tiga sayap parti itu dirasmikan serentak Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi.
Sebanyak 2,973 perwakilan iaitu masing-masing 991 perwakilan bagi setiap sayap akan membahaskan ucapan dasar ketua pergerakan masing-masing selain usul ekonomi serta pendidikan dan agama. - BERNAMA

Jumaat, 23 November 2012

Projek perumahan nelayan tidak kira fahaman politik.

Dato' Hj. Tajul Urus menyampaikan elaun sara hidup bulanan kepada nelayan
di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani Semalam.

PERMOHONAN projek perumahan nelayan yang diumum Perdana Menteri, akan dibuka kepada semua golongan nelayan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri  (DUN) Tanjung Dawai tanpa mengira fahaman politik.
Penyelaras Parlimen Merbok Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain yang menolak andaian berniat jahat itu berkata, mereka yang mendaftar sebagai nelayan boleh mengemukakan permohonan bantuan ini yang bermatlamat  memastikan nelayan mendapat kehidupan yang selesa.
Beliau berkata mereka yang cukup syarat dan ingin berpindah ke tapak pembinaan tersebut boleh mendaftar apabila pendaftaran dibuka kelak.  
"Saya sendiri akan mengetuai pemilihan tersebut, bersama pengawai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan ahli jawatankuasa persatuan nelayan tempatan untuk memastikan rumah yang diberi oleh kerajaan dapat kepada nelayan yang memerlukannya." ,” katanya semasa Majlis penyampaian elaun sara hidup nelayan bagi DUN Tanjung Dawai di Kelab Cinta Sayang,Sungai Petani.
“Ini adalah usaha kerajaan untuk membantu para nelayan demi kesejahteraan, selain meringankan beban hidup mereka,”
Justeru, golongan nelayan diingat supaya terus memberi sokongan dan kerjasama kepada kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa prihatin akan nasib mereka agar segala bantuan dapat disalurkan kepada mereka tidak akan tergendala,” katanya.
Beliau yang juga  pengerusi Pembanguan Pertanian Parlimen Merbok berkata, ini adalah bukti keprihatinan kerajaan BN demi menjaga kebajikan rakyat khususnya golongan nelayan yang berperanan penting membawa keluar hasil laut untuk dinikmati rakyat.
Selain itu katanya, golongan nelayan perlu mempelbagaikan usaha dan aktiviti perniagaan dalam menjana pendapatan mereka dengan mengusahakan aktiviti ekonomi berasaskan hasil laut.
Dalam majlis itu, seramai 909 orang nelayan menerima RM 200 elaun sara hidup bulanan.
Dalam lawatan akhkir bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan, Kerajaan Pusat akan membangunkan projek pembinaan perkampungan nelayan bagi menyelesaikan masalah perumahan nelayan di Tanjung Dawai.
Projek berkenaan yang bernilai bernilai RM45 juta, akan dilaksanakan di atas tanah seluas 25 ekar akan turut dilengkapi dengan 300 unit rumah banglo serta pelbagai kemudahan termasuklah surau, dewan orang ramai, tadika, gelanggang futsal serta unit-unit kedai dan bengkel.
Projek ini dijangka akan memberi manfaat kepada 300 keluarga nelayan yang kini tinggal di rumah yang dibina di atas tanah milik orang lain, ia menyukarkan pihak kerajaan untuk membantu mereka dari segi membaiki rumah kerana perlu mendapatkan kebenaran daripada tuan tanah.

Rabu, 21 November 2012

PAS Mengaminkan Doa Sang Iblis.


Di kala UMNO bangkit mengecam serangan Israel yang membunuh begitu ramai rakyat Palestin, saudara-saudara kita di dalam PAS pula mengecam UMNO kerana kononnya menzalimi Islam dan umat Islam di Malaysia. Di kala UMNO meneruskan perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara, PAS pula berdoa memohon Putrajaya!

Di kala UMNO menganggap PAS saudara seagama, PAS terus menganggap UMNO murtad dan kafir. Alasan PAS ialah UMNO menolak Islam kerana menolak hudud.

Sedangkan, mengikut Al-Quran, seseorang itu adalah Islam jika beliau berpegang kepada Rukun Iman iaitu: (1) Beriman kepada ALLAH SWT, (2) Beriman kepada Malaikat-malaikat, (3) Beriman kepada Kitab-kitab, (4) Beriman kepada Rasul-rasul, (5) Beriman kepada Hari Kiamat, (6) Beriman kepada Qada dan Qadar.

Berdasarkan ajaran Al-Quran ini, maka jelas bahawa UMNO adalah Islam dan tidak melaksanakan hudud tidak menjadikan UMNO kafir kerana ia tidak termasuk dalam rukun iman yang menetapkan keIslaman seseorang. Malahan, UMNO juga telah berkali-kali menegaskan yang parti itu tidak menolak hudud tetapi tidak dapat melaksanakannya mengambil-kira kemajmukan masyarakat dan keadaan semasa di negara ini.

Namun, dalam Muktamar ke-58nya, PAS telah sekali lagi mengenepikan hakikat ini dan terus menyebarkan kebencian dan memohon kehancuran ke atas saudara seagama mereka di dalam UMNO atas alasan UMNO bukan Islam kerana menolak hudud.

Entah kenapa PAS telah terlepas pandang bahawa menyebarkan kebencian sesama Islam, meniupkan rasa riak dan takbur ke dalam diri si alim ulama dan menghukum manusia lain dengan hukum Allah adalah kerja iblis, yakni bertentangan dengan seruan Al-Quran.

Seperti yang kita sedia maklum, doa menghancurkan UMNO bukan perkara baru bagi PAS. Malah, PAS pernah berdoa lebih dari itu, dengan menujukan khas kepada individu tertentu memohon agar pecah perut dan sebagainya. Doa menghancurkan UMNO ini dilakukan saban tahun dengan solat hajat yang dihadiri beribu-ribu ahli PAS.

Saban tahun juga kita terkejut tidak mampu menerima yang begitu ramai saudara kita yang begitu jahil, tega menjadi makmum dan mengaminkan doa sang iblis. Dan saban tahun juga kita mengangkat tangan syukur kepada Allah SWT kerana doa iblis yang dibisikkan ke telinga tok-tok guru yang kononnya bertaraf wali, yang mulia lagi maksum itu, telah tidak dimakbulkan.

Sukar untuk kita memahami bagaimana dalam sibuk memperkatakan tentang agama, PAS telah terlepas pandang akan Rukun Iman, hadith dan ayat mengenai iman dan keIslaman seseorang di mana ‘hudud’ tidak langsung termasuk di dalamnya.

Dari Anas bin Malik ra, dari Nabi saw, sabdanya : “Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya.” (HR Bukhari dan Muslim )

Orang-orang Islam yang beriman adalah merupakan suatu kesatuan, sepertimana yang disebut oleh Allah swt di dalam kitabNya yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara.”

Sebenarnya, berjihad menentang saudara seagama telah menjadi pegangan ‘agama PAS’ sejak berdekad-dekad lalu yakni bertitik tolak dari Amanat Hadi Awang yang mengkafirkan UMNO. Dan kini, Nik Aziz pula memperbaharui pegangan itu dengan memurtadkan UMNO.

Penulis menyatakan ‘agama PAS’ kerana ajaran yang dibawa oleh PAS untuk memerangi saudara seagama bukanlah ajaran agama Islam, malah jauh bertentangan dan dimurkai Allah SWT.

Kesanggupan PAS membelakangkan ajaran Islam membuktikan bahawa PAS mengambil sikap membujur lalu melintang patah demi mencapai Putrajaya. Pilihanraya adalah segala-galanya bagi PAS iaitu matlamat hidup mati mereka seolah-olah ia merupakan salah satu syarat untuk menyempurnakan ibadah dalam ‘agama PAS’ ialah dengan memastikan parti mereka menang pilihanraya.

Malah, jika rukun iman ‘agama PAS’ disenaraikan, maka ia pasti meletakkan kemenangan pilihanraya sebagai rukun yang pertama dan hudud sebagai yang kedua. Semua rukun iman dalam Islam yang lain, tidak penting selagi kedua-dua rukun yang pertama tadi tidak dicapai.

Ini mungkin juga kerana dalam ‘agama PAS’, semua ahli telah dijanjikan syurga maka mereka tidak perlu lagi mengambil-kira tuntutan berbuat baik sesama manusia, menyayangi saudara seagama dan sebagainya.

Justeru, dengan syurga sudah didalam genggaman, apa lagi yang ahli-ahli PAS perlu perjuangkan, selain kuasa, pilihanraya dan Putrajaya. Bukan begitu?

Penulis dapat tahu bahawa ramai juga di kalangan ahli-ahli PAS yang cuak dan gusar dengan doa ini, tetapi seperti yang dijangka, kegusaran mereka tidak dapat mengatasi keinginan mereka untuk menang pilihanraya.

Kerana itu, penulis tidak mampu mengulas panjang lagi mengenai isu ini, melainkan mendoakan agar kita semua, saudara seagama, sentiasa berada di jalan yang benar, tidak kira di dalam UMNO, PAS mahupun di Palestin atau di mana juga, serta tidak kira yang alim, jahil atau apa saja rupa dan penampilannya. Selagi semuanya berpegang kepada Rukun Iman selagi itulah mereka penulis anggap sebagai saudara seagama yang disayangi lagi dikasihi dan bukan untuk diperangi.

Semoga kita semua selamat dari kehancuran akibat tipu daya sang iblis dan syaitan.

Isnin, 19 November 2012

Perkampungan nelayan bernilai RM45 juta akan dibina di Tanjung Dawai.


 
SUNGAI PETANI 18 Nov. - Kerajaan Pusat akan membangunkan projek pembinaan perkampungan nelayan bernilai RM45 juta, bagi membantu menyelesaikan masalah perumahan nelayan di Tanjung Dawai, di sini.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Hashim Abdullah, sewaktu mengadakan lawatan ke tapak cadangan pembangunan perkampungan nelayan di Kampung Nelayan, Tanjung Dawai, dekat sini, hari ini.
Mohd Hashim berkata, projek berkenaan yang akan dilaksanakan di atas tanah seluas 25 ekar itu akan dilengkapi dengan 300 unit rumah banglo serta pelbagai kemudahan termasuklah surau, dewan orang ramai, tadika, gelanggang futsal serta unit-unit kedai dan bengkel.

"Projek ini akan memberi manfaat kepada 300 keluarga nelayan yang kini tinggal di rumah yang dibina di atas tanah milik orang lain, ia menyukarkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk membantu mereka dari segi membaiki rumah kerana perlu mendapatkan kebenaran daripada tuan tanah.

"Kita bukan hanya memikirkan berapa banyak hasil tangkapan yang diperolehi nelayan tetapi juga kebajikan nelayan khususnya dari aspek perumahan, dan hasrat murni Perdana Menteri umumkan semasa lawatan akhir bulan lalu, memberi berita yang cukup baik untuk nelayan," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Mohd Hashim berkata, dengan adanya perkampungan nelayan seperti ini, beberapa aktiviti sampingan untuk membantu nelayan seperti pasar tani untuk nelayan menjual tangkapan segar, pembuatan keropok lekor serta aktiviti hiliran yang lain, akan turut diwujudkan.

"Kawasan perkampungan ini juga akan dibangunkan sebagai kawasan agro-pelancongan iaitu sebagai perkampungan moden malah, kita turut bercadang untuk membina jeti baru di perkampungan ini untuk kegunaan penduduk di sini, khususnya, bagi membawa naik hasil tangkapan mereka.

"Dalam perkampungan ini juga akan diadakan aktiviti ekonomi yang akan dikendalikan oleh nelayan dengan kerjasama persatuan nelayan untuk menambah pendapatan nelayan," katanya.

Sementara itu, Mohd Hashim berkata, projek perkampungan nelayan itu adalah yang kedua dilaksanakan iaitu selepas projek sama di Tok Bali, Kelantan yang melibatkan kos RM30 juta.

"Untuk projek di Tanjung Dawai ini, peruntukan itu sudah ada dan sudah diluluskan oleh Perdana Menteri menerusi Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama-sama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan memastikan projek ini dapat dilaksanakan secepat mungkin.

"Kita menjangkakan bahawa majlis pecah tanah untuk projek ini dapat dilaksanakan menjelang Februari tahun depan," katanya

Penyelaras parlimen Merbok Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain berkata, Masalah yang disuara oleh nelayan didengari oleh Perdana Menteri, oleh itu satu projek perumahan nelayan dijalankan di sini, dan beliau mewakili nelayan berterima kasih kepada Perdana Menteri.

Katanya, Kerajaan BN merupakan kerajaan yang berpegang janji dan prihatin, oleh itu rakyat harus terus menyokong kerajaan BN pada pilihan raya yang akan tiba yang akan menjadi hadiah yang terbaik untuk diberi kepada Perdana Menteri kita.

Jumaat, 16 November 2012

Muktamar PAS ke-58: Semakin Dekat Ke Putrajaya, Semakin Jauh Meninggalkan Islam.


Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat yang berlangsung di Dewan Duyung, Perdana Resort hari ini berlangsung dalam keadaan tenang walaupun umum tahu bahawa parti tersebut sedang bergelora di peringkat akar umbi.
Dalam ucaptamanya, Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS menyeru para Ulama PAS mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahli mengundi calon-calon bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat.  Untuk itu,  Datuk Harun juga mengingatkan mereka agar menggunakan dalil-dalil dalam Al-Quran dan hadith yang bersesuaian, untuk meyakinkan pengundi.
Secara dasarnya, Ulamak PAS mengambil pendirian untuk menumpukan kepada perkara besar dan mengenepikan perkara kecil dalam membawa usul ke Muktamar Tahunan ke-58 yang akan bermula esok di Pusat Tarbiyah Pengkalan Chepa (Putik).
Apa yang menarik ialah, Dewan Ulama PAS telah memutuskan ‘menawan Putrajaya’ sebagai satu-satunya agenda besar.
Manakala soal lain, termasuk kebebasan umat Islam menukar agama yang berbangkit dari kenyataan Nurul Izzah, hala tuju dan prinsip Pakatan Rakyat dalam soal hudud, Malaysian-Malaysia, liberalisme dan pluralisme yang menjadi kontroversi dalam mendefinasikan jatidiri PAS hari ini, telah diremehkan.
Malah, soal jawatan Perdana Menteri serta  pembahagian kerusi yang merupakan isu asas dalam memperkatakan agenda besar untuk ‘menawan Putrajaya’ juga turut diketepikan. Dalam kata lain, penyokong PAS wajib menerima hakikat bahawa Anwar adalah bakal perdana menteri kerana Anwar saja yang mampu menyatukan jasad PAS dengan DAP yang mana tanpa penyatuan ini, PAS tidak mungkin mampu mengimpikan Putrajaya.
Dalam kata lain, para penyokong yang mempunyai kemusykilan atau persoalan mengenai perkara-perkara di atas dan berniat untuk mengusulkannya untuk dibahaskan telah disarankan agar membatalkan niat mereka sebaik tiba di pintu Muktamar.
Bagi menyimpulkan pendirian Dewan Ulama atau mungkin juga kepimpinan PAS keseluruhan, petikan tulisan seorang blogger pro-PR menyatakan segala-galanya, iaitu “Ahli perlu membincangkan bagaimana mahu melurus dan melebarkan jalan menuju ke Putrajaya.  Jangan pula ada yang primif dengan menyempitkan jalan ke Putrajaya dengan menzahirkan kebimbangan ataupun konfius; DAP akan menyekat pelaksanaan Islam ataupun masih konfius apakah suci ataupun tidak Anwar Ibrahim untuk jadi perdana menteri? Perkara itu tidak perlu ditimbulkan dan yang penting gapai dulu Putrajaya kemudian baru bahaskan.”
Malah, blogger tersebut juga berpesan agar penyokong PAS jangan tamak mendesak agar kerusi pilihanraya diberikan lebih kepada PAS berbanding PKR.  Katanya, “Lebih baik Pas menang sedikit daripada menang besar kalau penyertaan itu memberi untung kepada Umno. Juga tidak ada gunanya Pas menang besar kalau kemenangan itu nanti digunakan untuk bergabung dengan Umno tanpa ada konsensus dari ahli.”
Alasan beliau ialah walaupun gabungan PAS-UMNO merupakan perkara spiritual iaitu hubungan agama dan bangsa tetapi “tidak elok kalau ditimbulkan dalam muktamar kerana ia boleh menyinggung rakan Pakatan yang lain.”
Seperti juga blogger tersebut, Dewan Ulama PAS telah memutuskan yang PAS tidak pernah terpesong dari landasan asal iaitu masih memperjuangkan penubuhan Negara Islam dan melaksanakan Hudud.  Bagaimanapun, ahli-ahli dilarang bertanya bagaimana untuk memperjuangkannya sedangkan ia ditentang hebat oleh DAP.
Nampaknya, kerana terlalu inginkan kuasa, Ulama dan kepimpinan PAS mula menunjukkan sikap kuku-besi.   Ahli-ahli tidak dibenarkan bersuara atau bertanya.  Jika ada yang berbuat demikian akan dituduh sebagai agen UMNO, pengkhianat dan kemungkinan besar dikenakan tindakan pecat. Ahli-ahli dipaksa untuk menerima hakikat bahawa jika mereka perlu menggadaikan agama, bangsa, negara, maruah, wang mahupun nyawa untuk mendekatkan mereka ke Putrajaya, maka mereka wajib melakukannya tanpa banyak soal.
Nampaknya, Muktamar PAS kali ini tidak ada faedahnya jika ahli-ahli menerima saranan blogger PAS di atas.   Jika isu-isu yang menjadi kemusykilan di peringkat akar umbi tidak dibenar disuarakan, maka apa lagi yang boleh dibincangkan?
Apakah Muktamar hanya untuk ahli berjumpa untuk mengeratkan silaturrahim dan mendengar ucapan kepimpinan semata-mata?   Sedangkan, akar umbi mendambakan satu gambaran yang jelas lagi terang berkenaan arah tuju parti sebelum dan juga selepas Pilihanraya.
PAS tidak boleh mengharapkan semua ahli menerima arahan untuk tutup mulut dan memenangkan parti dahulu sebelum bertanya ke mana mereka akan dibawa.   Tidak semua ahli-ahli PAS sebodoh pemimpinnya.  Ramai yang berupaya membayangkan kekecohan selepas Pilihanraya sekiranya PAS tidak mampu menjelaskan di manakah kedudukan parti mereka dan ke manakah arah atau apakah gaya pemerintahan PR nanti.
Muktamar ini sepatutnya digunakan sebaiknya untuk menjelaskan segala-gala kemusykilan akar umbi ini dan bukannya menggelapkan terus pandangan mereka.  Jika PAS gagal memuaskan hati akar umbi melalui Muktamar ini, maka Putrajaya nampaknya akan semakin jauh lagi.

Khamis, 15 November 2012

Pendekatan Hijrah diterjemahkan dalam transformasikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang dinamik dan progresif - Najib

Pendekatan Hijrah telah diterjemahkan dalam melaksanakan transformasi negara demi membawa Malaysia ke suatu keadaan yang lebih baik.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, berpegang dengan definisi hijrah yang memberi maksud perpindahan atau perubahan, Malaysia telah melakukan perubahan sehingga berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Hasilnya, Malaysia kini menjadi antara negara yang sering mendapat pengiktirafan dan pujian negara luar sebagai sebuah negara Islam yang dinamik dan progresif," kata Najib dalam perutusan Maal Hijrah beliau melalui blog www.1Malaysia.com.my.
Melafazkan rasa syukur kerana Malaysia masih dapat menyambut Maal Hijrah 1434H tahun ini melalui kesederhanaan dan kesejahteraan rakyat, Najib berkata, ia bertepatan dengan tema Maal Hijrah pada kali ini iaitu Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.
Berhijrah kata Najib, adalah sebahagian daripada melaksanakan misi ketakwaan dan ia adalah satu perintah yang perlu dilakukan sepanjang masa.
Kita mestilah sentiasa berhijrah setiap masa bagi mengharapkan kehidupan lebih baik di dunia dan akhirat...mesti sentiasa berusaha melakukan yang lebih baik dan mengharap rahmat Allah," katanya, merujuk ayat 218 Surah Al-Baqarah yang menyentuh konsep hubungan hijrah dan kejayaan mendapat rahmat Allah SWT
Najib berkata, syariat Islam secara fitrahnya jika diamalkan akan menyatukan ummah dilihat daripada kesatuan dan kepimpinan yang mampu menghilangkan sempadan kaum, bahasa dan warna kulit.
Katanya, Malaysia telah menjana satu fikrah berkenaan tonggak kesatuan dan perpaduan melalui pendekatan wasatiyyah yang telah digarapkan dalam segenap perkara dalam pelaksanaan pembangunan spiritual dan fizikal secara seimbang di negara ini.
Sesungguhnya melalui pendekatan wasatiyyah, keutuhan perpaduan dan persaudaraan sesama kaum dan agama dapat ditingkatkan," kata Najib yang menambah bahawa konsep itu juga dapat mempertingkatkan nilai kualiti kebersamaan dalam kemajmukan yang menjadi pemangkin kepada perpaduan ummah secara keseluruhannya.
Najib berkata, konsep kesederhanaan itu telah diketengahkan oleh Malaysia dalam menyelesaikan sesuatu konflik dalam dan luar negara.
Antaranya baru-baru ini ketika Kerajaan Malaysia bertindak sebagai pengantara melalui pendekatan kesederhanaan sehingga berjaya menyelesaikan krisis 40 tahun antara Barisan Pembebasan Islam Moro dan Kerajaan Filipina.
Kita juga telah mengambil pendekatan serupa dalam isu keganasan etnik dan agama di negeri Rakhine, Barat Myanmar dengan menekankan soal kemanusiaan dengan memberi bantuan kepada mangsa keganasan di Rakhine tanpa mengira latar belakang dan agama mereka," katanya.
Selain itu Najib berkata, baru-baru ini ulama terkemuka dunia Dr. Yusuf Al-Qaradawi juga telah memberi pengiktirafan dan pujian kepada Malaysia di atas komitmen jitu negara dalam membantu dan menyokong rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis di bumi Gaza.
Mengakhiri perutusannya, Najib dan keluarga turut mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1434 kepada semua umat Islam Malaysia dan berharap sambutan itu diraikan bersama rakan-rakan daripada pelbagai bangsa demi menjayakan Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah. - BERNAMA

 

Salam Maal Hijrah 1434, ‘WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH’

 
Maal bermaksud "bersama",
Maal Hijrah, membawa maksud "bersama berhijrah" atau "bersama hayati Hijrah".

HIJRAH haruslah difahami sebagai berpindah dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.

Nabi S.A.W bersabda, "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin selamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah" (riwayat Bukhari).
Hijrah juga dapat dikaitkan dengan aspek pengorbanan dan jihad kerana hijrah adalah antara cara untuk mempertahankan akidah Islam yang suci serta menjaga kehormatan diri.

Ini bertepatan firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang yang beriman, dan orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang yang mengharapkan rahmat Allah dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Baqarah, ayat 218)

Umat Islam di negara ini hendaklah mengambil iktibar peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW untuk menghayati ajaran Islam supaya hidup mereka lebih bermakna serta berjaya. Biarlah niat hijrah kita menjanjikan kebahagiaan serta kejayaan di dunia dan akhirat.

Ini selaras pendapat ulama yang memahami peristiwa hijrah nabi adalah titik perkembangan dakwah Islamiah bagi membina masyarakat dan menjurus seluruh umat Islam melakukan transformasi ke arah lebih berjaya.

"Hijrah itu pengorbanan ,hijrah itu perjuangan, hijrah itu persaudaraan, hijrah membentuk perpaduan".
 

Selamat menyambut Maal Hijrah.



Ahad, 11 November 2012

Wajib baca! - apabila ahli Pas terpaksa mentarbiah Nik Aziz dan Hadi Awang, apa sudah jadi?


'Pas Tidak lagi perjuang Islam'


Pas kini tidak lagi memperjuangkan Islam serta cita-cita menubuhkan negara Islam sebaliknya lebih 'seronok' mengejar kuasa hingga imej parti itu dilihat sudah tercalar.

Aktivis Pas, Norman Toha berkata, keadaan itu adalah hakikat yang perlu diakui semua pihak di dalam Pas walaupun terdapat pemimpin-pemimpin parti tersebut menafikan perkara berkenaan.
Malah ujarnya, tidak keterlaluan jika dikatakan kebanyakan pemimpin dalam Pas ketika ini terlalu mementingkan undi manusia daripada tanggungjawab meneruskan perjuangan menegakkan agama Allah.
"Ini berlaku disebabkan kebanyakan pemimpin-pemimpin yang meneraju parti khususnya di peringkat atas tidak faham perjuangan Pas. Mereka bukan seorang ahli yang faham ke mana hala tuju Pas.
"Mereka tidak tahu Pas adalah gerakan Islam dan bukan parti politik semata-mata. Disebabkan anggapan mereka Pas adalah parti politik, itu yang menyebabkan mereka berpolitik 24 jam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel dalam sesi perbincangan bertajuk 'Mengimbau Nostalgia Kegemilangan Pas' sempena Wacana Mengembalikan Pas Ke Landasan Asal di sini hari ini.
Selain beliau, turut menjadi ahli panel itu ialah bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Muslim Othman.
Norman yang juga bekas Setiausaha Pas Selangor berkata, atas sebab politik juga kepimpinan Pas ketika ini terlalu menghargai hubungan dengan DAP atas faktor 'tahalluf siyasi' sehingga sanggup mengetepikan peranan saudara seagama dalam organisasi lain.
"Adakah ini yang diajar agama kita? Adakah ini yang diajar Rasulullah SAW? Tidak, kita diminta bertegas dengan orang bukan Islam dan berkasih sayang dengan saudara seislam," katanya.
Beliau turut menyentuh bagaimana trend membawa masuk golongan yang tidak memahami perjuangan asas Pas yang kemudian diangkat menjadi pemimpin serta wakil calon dalam pilihan raya.
"Tidak hairanlah sekiranya ada kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan puak-puak ini bertentangan dengan dasar perjuangan parti di samping mesej yang mereka sampaikan tidak mengikut kehendak Islam," katanya.
Beliau turut menempelak Pas yang bertindak memecat ahli parti tanpa pihak tertuduh diberikan hak membela diri sepenuhnya seperti yang berlaku ke atas bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali serta beberapa ahli Pas lain.
"Bukankah ini satu tindakan yang pelik?" ujarnya.
Seorang lagi aktivis Pas, Mohd. Reza Kamaruddin pula berkata, akibat meninggalkan amalan usrah dan tarbiah jati diri serta hala tuju, Pas kini mula dipersoalkan ahli akar umbi.
"Sebagai contoh, mereka bertanya pendirian Pas berhubung kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar bahawa orang Melayu boleh memilih agama mereka.
"Mereka mahukan ketegasan daripada Pas kerana ini melibatkan soal akidah. Begitu juga dalam konteks tahalluf siyasi. Pas seharusnya menjadi parti dominan di dalam pakatan pembangkang dan bukannya DAP atau PKR," katanya.

Nurul Izzah perlu tarik balik kenyataannya, Ustaz Nasha tak takut kepada DAP dan Anwar macam Nik Aziz.


Isu ini pada saya sangat fundamental dan menyentuh hati umat Islam di Malaysia terutamanya malah Islam secara amnya. Ditinjau dari segi tasawwur dan epistemologi Islam, isu ini sangat serius kerana melibatkan perkara asas Islam itu sendiri. Oleh itu ia mesti dijelaskan secara ilmiah tetapi mudah difahami oleh semua umat Islam dan juga rakyat Malaysia keseluruhannya.
Pertamanya, kita sedia maklum latar belakang setting isu ini timbul, yakni dalam suatu forum, di sebuah gereja dan dianjurkan oleh pihak gereja.
Keduanya, berlaku cubaan untuk menjawab balik oleh Ahli Parlimen itu dengan menyalahkan pihak-pihak tertentu, menyalahkan Utusan Malaysia contonya kononnya disalahtafsir atau disalah petik.
Ketiganya, ramai dikalangan kita termasuk saya sendiri, mula mendapat tahu itu tersebut dalam portal media internet.
Keempat, kini seluruh rakyat Malaysia boleh lihat kenyataan asal Nurul Izzah dalam bentuk verbatim - amat terang dan jelas maksud setiap perkataan yang diucapkan.
Di dalam Fiqh Islami, terdapat satu kaedah penting yang diterimapakai oleh pakar-pakar dan sarjana Islam, bermaksud (nahkum bizawahir wallah yatawwala bi alsaraair) yakni, kita meletakkan hukum dengan perkara yang zahir; perkara tidak zahir (yakni tidak nampak) kita serah kepada Allah SWT.
Dalam konteks Nurul Izzah secara zahirnya dan berdasarkan pengamatan yang kita semua dapat lihat dan dengar, beliau menyebut dengan jelas kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia untuk membuat pilihan.
Ayat "tiada paksaan dalam agama" hanya terpakai kepada bukan Islam,. Tafsiran ini disepakati oleh seluruh Mufassirin (Ahli Tafsir) Islam tanpa khilaf. Tafsiran ini bermaksud selagi mana seseorang itu bukan Islam, kita sebagai Muslim, tidak ada hak sedikit pun untuk memaksa dia memeluk Islam.
Namun, apabila orang bukan Islam itu sudah menjadi seorang Muslim maka ayat ke-36 daripada surah al-Ahzah yang bermaksud "Tiada boleh bagi orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila telah ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya tentang satu urusan mereka tidak berhak untuk memilih..."
Saya menyarankan supaya Nurul Izzah menarik balik kenyataan itu. Dalam Islam, apabila kita melakukan kesalahan dan pabila sedar kita tersilap, kita boleh membetulkannya, bertaubat diatas kesalahan kita dan Allah SWT pasti menerima pengampunan kita.
Nurul Izzah telah mentafsirkan ayat tidak kena pada tempatnya dan tafsiran yang dibuat itu adalah tafsiran yang salah.
Istidlal (pendalilan) yang digunakan oleh Nurul Izzah kepada ayat "Tiada paksaan dalam agama" itu untuk digunapakai kepada orang Melayu mempunyai beberapa implikasi serius. Pertama, ia bercanggah dengan prinsip asas "akidah dan syariah Islam". Kedua, ia bercanggah dengan pemahaman dan tafsiran peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan. 
Kenyataan itu bagi saya bukan sahaja mengiyakan gerakan fahaman pluralisme agama juga termasuk dalam katogeri mengiyakan fahaman liberalisme iaitu "meliberalkan' fahaman agama Islam dan 'mempluralkan' fahaman agama Islam.
Bagi saya ini isu besar kerana ia melibatkan akidah dan salah tafsir terhadap Islam. Menjadi hebat lagi isu ini kerana semua orang boleh akses di dalam YouTube, tiap-tiap malam orang tengok berita di dalam media dan kini menjadi perdebatan, ini bukan satu isu yang remeh.
Ia berlaku kerana dibangkitkan oleh orang yang bukan ahli dalam bidang Islam tetapi membuat tafsiran yang silap terhadap Islam.
Dalam hal ini, Rasulullah SAW telah memberi amaran yang bermaksud "Apabila diletakkan amanah itu kepada orang yang bukan ahlinya, kamu tunggulah saat kehancurannya". Mentafsir Islam daripada seorang yang bukan ahlinya dan tafsiran itu pula salah melibatkan akidah, ini cukup bahaya. 
Sebagai komponen Pakatan Rakyat, PAS khasnya, kepimpinan PAS yang terdiri daripada ulama harus memandang serius kenyataan ini.
 
NASHARUDIN MAT ISA
Bekas Timbalan Presiden Pas

Sabtu, 10 November 2012

Isu Nurul Izzah - Kenyataan keliru dilihat seragam dengan ayahnya


Kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang menimbulkan kekeliruan mengenai agama Islam dilihat seragam dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan ayahnya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden Institut Penyelidikan Strategik Islam (ISSI), Dr. Yusri Mohamad berkata, Anwar pernah mengeluarkan kenyataan yang amat mengecewakan umat Islam di negara ini semasa mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan pada tahun 2007 lalu terhadap Lina Joy yang mengaku murtad.
Saya melihat rakaman wawancara Anwar bersama media asing, ketika ditanya oleh wartawan itu adakah Lina Joy berhak menukarkan agamanya, Anwar menjawab Itu adalah haknya.
Ini yang menjauhkan hati saya daripada dia, walaupun saya bekas Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM) ke-5 dan Anwar adalah bekas Presiden ABIM kedua, kawan memang kawan tetapi isu agama lebih besar dari segalanya, ini bukan isu peribadi tetapi soal prinsip.

Jumaat, 9 November 2012

BR1M 2.0 - kaunter pendaftaran mula dibuka untuk beri kemudahan kepada rakyat.

Dato' Hj. Tajul Urus meninjau kelancaran
kaunter pendaftaran BR1M di Sungai Lalang tengahari tadi.

SUNGAI LALANG 9 NOV. – Dalam usaha memudahkan orang ramai membuat pendaftaran BR1M 2.0, Pejabat Penyelaras Parlimen Merbok hari ini mula membuka kaunter pendaftaran di dua lokasi iaitu di Dewan Orang Ramai Sungai Lalang dan Pekan Tanjung Dawai.

Di Sungai Lalang, sehingga tengahari tadi lebih 250 orang telah berjaya didaftarkan manakala di Tanjung Dawai juga dengan jumlah hampir sama iaitu 210 orang.

Penyelaras Parlimen Merbok, Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain berkata, Objektif kaunter ini dibuka adalah untuk menyenangkan rakyat dimana mereka tidak perlu pergi ke pejabat Pembangunan atau Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuat pendaftaran.

“Kita akan menghantar beberapa kumpulan-kumpulan untuk membantu LHDN membuat pendaftaran di Parlimen Merbok”,
“Sebagai permulaan, hari ini kita adakan di Sungai Lalang dan  Tanjung Dawai, manakala esok kita akan buat di Amanjaya Mall bagi memudahkan orang ramai sambil mereka pergi membeli belah mereka juga boleh buat pendaftaran,” katanya.

Beliau menambah kaunter pendaftaran juga akan dibuka di beberapa tempat lain iaitu di Bukit Selambau, Pekan Merbok, Batu Hampar, Pengkalan Bujang dan Kampung Segantang Garam

 

Rabu, 7 November 2012

Nurul Izzah, Kenyataan balas pemimpin Pas memang sudah dijangka!


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengulas kenyataan naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung isu bebas untuk memilih agama kerana beliau mendakwa ia disiarkan oleh akhbar yang sudah beberapa kali disaman diatas laporan palsu.

"Saya ditanya tentang isu kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berhubung isu bebas untuk memilih agama.
"Saya lihat akhbar yang meletakkan isu ini di muka hadapan ialah akhbar yang sudah berkali kali kalah di mahkamah kerana menyiarkan laporan palsu dan tidak tepat.
"Justeru, saya kira amat tidak wajar memberikan ulasan hanya semata-mata berasaskan laporan akhbar ini," katanya menerusi kenyataan ringkas facebook beliau.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menyatakan PAS tidak bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Nurul Izzah kerana menganggap isu itu tidak penting berbanding banyak lagi perkara lain yang perlu diselesaikan bagi menghadapi pilihanraya.
Ketika ditanya wakil media sama ada parti itu akan bertemu dengan Nurul Izzah, Hj Hadi berkata, "kita banyak lagi hal lain nak selesai untuk hadapi pilihan raya, lagipun kita kena periksa dahulu... dalam Islam kalau kita tidak jelas walau satu peratus, kita tidak boleh hukum."



Isnin, 5 November 2012

BR1M 2.0, kaunter pendaftaran akan dibuka bagi mudahkan orang ramai.


SUNGAI PETANI 5 Nov. - Bagi tujuan memudahkan orang ramai, Pejabat Penyelaras Parlimen Merbok bercadang untuk membuka kaunter pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) di beberapa kawasan mengikut keperluan.

Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain berkata, pembukaan kaunter berkenaan perlu bagi memberi kemudahan khususnya bagi pemohon baru dan individu bujang melakukan pendaftaran untuk menerima BR1M 2.0 yang dijangka akan dilaksanakan pada awal 2013.



“Antara tempat-tempat yang dicadangkan adalah seperti kawasan pasar, dewan orang ramai serta kawasan tumpuan seperti restoran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis taklimat BR1M 2.0 peringkat Parlimen Merbok oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Dewan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Muda, Sungai Petani hari ini.Taklimat itu dihadiri pemimpin masyarakat serta beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Turut hadir Penolong Pengarah LHDN Sungai Petani, Mohd Nor Tajri.
Pada pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan tunai (BR1M 2.0) sebanyak RM500.

Berbeza dengan pemberian sebelum ini, pemberian BR1M pada kali ini diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar RM2,000 sebulan. Pemberian bantuan kepada individu bujang ini adalah sebanyak RM250.

Bantuan tersebut adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kos sara hidup serta selaras dengan peralihan kepada dasar pelaksanaan subsidi bersasar kepada golongan berpendapatan rendah dan dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang melibatkan peruntukan sebanyak RM3.0 bilion.

Kenyataan Nurul Izzah, apa agaknya kata Pas yang konon Islam adalah perjuangannya?

  
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.
Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata : ''Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."
Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam : Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya, semalam.
“Tiada desakan dalam beragama...mana boleh kita kata ‘maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja’, ia seharusnya dilaksanakan sama rata,” katanya ketika menjadi panel forum 'Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’ anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang hari ini.
Izzah turut mempertikaikan undang-undang yang digunakan pihak berkuasa di negara ini dalam menangani gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).
Menurutnya, selain daripada tempat awam, pihak berkuasa tidak wajar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan gejala tersebut. Menyifatkannya sebagai tidak menghormati privasi seseorang, tindakan tersebut juga katanya tidak membawa  sebarang nilai Islam.
“Dalam Islam terdapat sekatan berhubung isu LGBT ini. Tapi apa yang penting ialah kita tidak menjadikan golongan ini sebagai mangsa. Kita harus terima mereka ini.
“Sebagai seorang Muslim, saya boleh terima (LGBT). Pada saya, sesiapa yang melakukan orientasi seks mereka di tempat peribadi, kita tidak boleh mengambil tindakan (terhadapnya). Sebagai seorang muslim, saya tidak boleh menerima ini

Khamis, 1 November 2012

Punca Pas ‘diceraikan’ 1977.

 

DALAM apa-apa pertikaian pun, akhirnya kita akan merujuk kembali kepada sejarah. Tidak kiralah apa isu pun, yang penting faktanya.

Menyelusuri fakta-fakta sejarah itulah, satu rumusan perlu difikirkan apakah benar kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menganaktirikan Pas suatu ketika dulu. Atau adakah Pas sebenarnya yang angkat kaki dari kerajaan BN pada 1977 ekoran sifat tikam belakangnya terhadap BN.
Di sini saya utarakan dahulu sedutan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada Pas. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan Pas demi kepentingan dan faedah rakyat.
Pucuk pimpinan Pas juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.
Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya Pas meninggalkan atau dikeluarkan daripada BN. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri. Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan Pas mengkaji semula kedudukan Pas dalam BN.
Perkara ini dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung Pas selama tiga tahun berturut-turut setelah Pas menyertai gabungan besar ini.
Penubuhan ranting-ranting Pas dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan Pas yang meragukan.
Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan BN. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.
Ada dalam kalangan rakyat yang menginsafi fakta sebenar Pas dikeluarkan dari BN. Fakta ini merupakan kebenaran yang tidak seharusnya disenyapkan demi merungkai rasa benci dan menyampah pengikut dan penyokong Pas yang melulu terhadap BN khususnya UMNO.
Antara punca sebenar krisis Kelantan pada 1977 adalah daripada Pas sendiri. Malah di dalam portal Pas Pusat itu menyatakan ia bermula apabila timbulnya rasa tidak puas hati Pas terhadap Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Muhammad Nasir. Rakyat waktu itu tertanya-tanya mengapa pada tahun itu, pimpinan Pas melucutkan jawatan Muhammad sebagai Menteri Besar tanpa merujuk kepada Kerajaan Pusat terlebih dahulu.
 
Yang diselindungkan Pas ketika itu ialah:

* Ada di antara pemimpin Pas Kelantan memfitnah dan menuduh Muhammad Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pada ketika itu UMNO-BN tidak pernah campurtangan dalam mencorak pemerintahan Pas (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan Pas Kelantan masih di tangan kuasa majoriti Dewan Undangan Negeri.
* Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam Pas untuk menjatuhkan Presiden Pas (ketika itu), Datuk Dr. Mohd Asri Muda. Ia dilakukan hanya kerana beliau adalah tokoh Pas yang bertanggungjawab membawa Pas menyertai BN pada 1973.
* Asas yang digunakan oleh sebahagian pemimpin Pas Kelantan (ketika itu) untuk menolak Mohd Asri dan Muhammad hanya kerana selepas PRU 1973, Pas mempunyai kuasa majoriti dengan 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara Pas dan UMNO.
* Dalam tempoh 1973-1978, Mohd. Asri selaku Presiden Pas dan Muhammad dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli-ahli Pas yang tidak berpuashati dengan perpaduan Pas-UMNO.
* Krisis Kepimpinan Pas Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar negeri itu, Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh pucuk pemimpin Pas Kelantan itu sendiri.
* Mohd. Asri pula mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin Pas Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung Pas, desakan yang datang dari beberapa pimpinan PAS antaranya Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan peletakan jawatan sebagai Yang Dipertua Agung Pas pada 23 Oktober 1982.
* Krisis Kepimpinan Pas Kelantan pada 1977 itu membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.
Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yang dibuat oleh Pas Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dengan alasan yang diberi oleh Pas Kelantan itu dengan mendakwa perkara itu merupakan soal rumah-tangga Pas.
* Tumbangnya Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam Pas menyebabkan berlakunya rusuhan yang dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan itu mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.
* Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein dalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku Perdana Menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan di Kelantan mungkin akan merebak ke negeri-negeri lain dan mengekang rusuhan seperti peristiwa 13 Mei berulang.
* Pada November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.
* Rang undang-undang Darurat Kelantan dirangka bersama menteri-menteri Pas yang ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan ia diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dari kalangan menteri Pas sendiri.
* Setelah Kelantan di bawah Darurat, Mohd. Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat yang dari awal begitu lantang menentang gabungan Pas-BN.
* Hasil dari desakan itu, Hassan Adli Arshad selaku Timbalan Yang DiPertua Agung Pas dijadikan kambing hitam Pas apabila beliau dipecat oleh Mohd Asri yang kononnya beliau menjadi ketua menteri-menteri Pas yang menyokong rang undang-undang Darurat.
* Malah beberapa pimpinan Pas yang menentang gabungan Pas-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan Pas-UMNO, menentang setiap arahan dan pelaksanaan kemajuan yang dilakukan BN di Kelantan.
* Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin Pas ini, menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yang mengabungkan Pas-UMNO.
* Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman Pas kepada perpecahan Pas pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.
* Keluarnya Pas dari gabungan BN-UMNO, menyaksikan satu Pilihan Raya Kecil diadakan di Kelantan diadakan pada Mac 1978.
* Pada PRK Mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekung yang selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas di antaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan Pas cuba menggadaikan Kelantan.
Itulah antara puncanya Tun Hussein pada 1977 mengungkapkan luahan hatinya yang berkait secara langsung dengan tindakan biadab Pas tersebut. Pas diceraikan selepas tidak lagi memegang aspirasi kerjasama apabila berada dalam kerajaan BN.

Isu kapal selam, Kerjasama Suaram, syarikat guaman memfitnah PM terbongkar.





Pertubuhan tidak berdaftar, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) didakwa terlibat dalam satu perancangan bersama dengan sebuah syarikat guaman tempatan terkemuka untuk menjatuhkan Kerajaan Pusat yang dipilih secara sah melalui sistem demokrasi oleh rakyat.
Pendedahan kerjasama antara Suaram dengan syarikat guaman dalam satu ‘misi besar’ itu terbongkar selepas sepucuk surat dengan maklumat palsu yang ditulis peguam syarikat terbabit kepada peguam Perancis, didedahkan oleh Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) di Dewan Rakyat semalam.

Menerusi surat rasmi yang ditandatangani oleh peguam berkenaan dakwa Choo Keong, syarikat guaman tersebut yang banyak mendapat kontrak guaman dengan syarikat milik kerajaan (GLC) mendakwa Suaram sebagai sebuah pertubuhan yang sah melalui Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) walaupun terbukti tidak berdaftar.
"Ini satu perancangan yang besar untuk menjatuhkan kerajaan sekarang. Selepas mendapatkan dana asing bernilai puluhan juta, Suaram 'bersekongkol' pula dengan syarikat guaman terkemuka tempatan untuk menjayakan misi yang sama sehingga sanggup menulis surat mengatakan Suaram kononnya pertubuhan yang sah.
"Malang syarikat yang 'bersekongkol' untuk menjatuhkan kerajaan ini mendapat kontrak guaman dengan banyak GLC dan salah satunya adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB)," katanya semasa sesi perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Ketika ditemui UM selepas sesi perbahasan tersebut, Choo Keong memberitahu, surat yang ditulis dan ditandatangani oleh peguam berkenaan bertujuan untuk menyakinkan peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham dalam usaha Suaram dan syarikat guaman itu mahu mengheret isu pembelian kapal selam Scorpene ke mahkamah.
Katanya, dengan berbuat demikian hasrat kedua-dua pihak itu untuk menarik peguam asing dalam isu kapal selam Scorpene akan berjaya kerana jika Bourdon dan Breham mengetahui Suaram sebenarnya sebuah badan tidak berdaftar, tidak mungkin mana-mana peguam asing mahu terlibat dalam perancangan mereka itu.
Sehubungan itu, beliau mendesak Majlis Peguam mengambil tindakan ke atas peguam berkenaan kerana bertindak menyalahi kod etika profesional kerana fakwa Choo Keong, pengamal undang-undang itu secara sengaja dan sedar telah menipu fakta sebenar demi kepentngan politik sehingga mencemarkan imej Malaysia.

Lebuh raya sungai di Kedah.


SUNGAI PETANI 31 Okt. - Rakyat negeri ini khususnya kalangan petani dijangka meraih satu lagi manfaat daripada Kerajaan Persekutuan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluluskan projek 'lebuh raya sungai' dari Empangan Pedu sehingga ke daerah Kuala Muda.
Projek lebuh raya sungai itu dicadangkan bertujuan mengalihkan aliran air sungai yang bengkak-bengkok di beberapa daerah di Kedah, bagi mengelakkan berlaku kerosakan tanaman padi akibat air sungai masuk ke kawasan sawah padi.
Sebelum ini, apabila tiba musim tengkujuh banyak padi yang rosak dan musnah, kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja yang besar hingga jutaan ringgit untuk diberikan kepada petani sebagai ganti rugi.
Selain itu, katanya, projek tersebut juga bertujuan memudahkan air disalurkan ke kawasan tanaman padi yang kini mempunyai keluasan kira-kira 38,000 hektar di kawasan Kedah tengah.
Menurutnya, kerajaan sentiasa mengambil kira kepentingan rakyat setiap golongan termasuk petani yang telah banyak menyumbangkan jasa kepada negara.
"Saya selaku Perdana Menteri memberi jaminan bahawa kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk golongan ini," katanya ketika berucap dalam majlis Himpunan Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri di Pantai Merdeka di sini hari ini.
Lebih 15,000 peladang, penternak dan nelayan seluruh negeri Kedah menghadiri program yang dianjurkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu.
Dengan terlaksananya projek yang pernah dicadangkan oleh LPP itu, lebih 3,000 keluarga petani dijangka meraih manfaat melalui peningkatan pengeluaran hasil padi sedia ada daripada 2.8 metrik tan sehektar kepada 10 metrik tan sehektar.
Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa melahirkan penghargaan kepada golongan petani dan nelayan atas jasa besar mereka kepada negara.

Menurutnya, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, beliau sentiasa merasai denyut nadi rakyat dan memahami aspirasi setiap golongan termasuk petani.