Memaparkan catatan dengan label Aidilfitri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aidilfitri. Papar semua catatan

Rabu, 15 Ogos 2012

Menjelang Aidilfitri, Pelatih Pusat Pemulihan Tidak Dilupakan.


MERBOK - Seramai 26 orang pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Merbok (PDKM) gembira menerima sumbangan kuih dan duit raya sempena Syawal ini.
Sumbangan tersebut disampaikan Datin Noor Adawiyah Morad,  isteri kepada Penyelaras Parlimen Merbok, Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain dalam kunjungan mereka ke pusat komuniti itu hari ini.
Bercakap pada sidang media selepas itu, Dato' Hj. Tajul Urus berkata, sumbangan ini diberikan sebagai memenuhi tanggungjawab pihaknya dalam membantu golongan yang memerlukan.
Ia juga sebagai tanda keprihatinan beliau terhadap golongan kurang bernasib baik dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Beliau juga turut menyampaikan elaun sara hidup kepada para pelatih tersebut.

Selasa, 14 Ogos 2012

1800 Orang Terima Sumbangan Hari Raya.


MERBOK - 1800 orang terdiri dari ibu tunggal, golongan kurang berkemampuan, warga emas, pesakit kronik dan orang kelainan upaya dari setiap kampung di kawasan Merbok menerima bantuan kewangan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta bantuan dari penyelaras parlimen merbok sempena Ramadan dan sambutan Aidilfitri.
Sumbangan barangan keperluan harian, pakaian serta kewangan disampaikan oleh Penyelaras Parlimen Merbok, Dato’ Hj. Tajul urus Mat Zain di perkarangan masjid Merbok, semalam.

Tajul Urus berkata sumbangan daripada kerajaan BN yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah selaras dengan keprihatinan beliau terhadap golongan kurang bernasib baik dalam menjalani ibadah puasa Ramadan serta membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Sumbangan itu juga diberikan sebagai tanggungjawab pihaknya dalam membantu golongan yang memerlukan.
"Walaupun kawasan ini di bawah pihak pembangkang, namun itu bukan menjadi penghalang kepada kami untuk meneruskan usaha murni ini, " katanya.
Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua projek ihsan perdana Yayasan 1MDB, Erant Fatiehah Othman dan Penyelaras projek Yayasan 1MDB, Muhammad Firdaus B Abdullah.
Menurut Erant Fatiehah, bantuan kewangan 1MDB telah diberi kepada 105 Parlimen yang dipilih oleh Perdana Menteri manakala sebanyak 9 Parlimen di Kedah termasuk Parlimen Merbok, Sungai Petani, Langkawi, Padang Serai, Alor Setar dan Padang Serai telah menerima bantuan kewangan tersebut.