MERBOK - Seramai 26 orang pelatih Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti Merbok (PDKM) gembira menerima sumbangan kuih dan duit raya sempena Syawal
ini.
Sumbangan tersebut disampaikan Datin Noor Adawiyah
Morad, isteri kepada Penyelaras Parlimen
Merbok, Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain dalam kunjungan mereka ke pusat komuniti
itu hari ini.
Bercakap pada sidang media selepas itu, Dato' Hj. Tajul Urus
berkata, sumbangan ini diberikan sebagai memenuhi tanggungjawab pihaknya dalam
membantu golongan yang memerlukan.
Ia juga sebagai tanda keprihatinan beliau terhadap
golongan kurang bernasib baik dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Beliau juga turut menyampaikan elaun sara hidup
kepada para pelatih tersebut.