Ahad, 12 Mei 2013

UMNO bukan parti rasis - PM



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO bukan parti rasis kerana ia sentiasa memberi keadilan kepada rakyat tanpa mengira kaum di negara ini.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, sejak ditubuhkan 67 tahun lepas, UMNO menganggap bukan Melayu sebagai rakan kongsi dan akan tetap mempertahankan dasar yang sederhana, adil dan saksama kepada semua bangsa.

"Inilah formula terbaik UMNO (keadilan kepada semua), bukan formula keterlaluan untuk memancing undi tetapi pada akhirnya memusnahkan negara Malaysia yang tercinta.

"Kita tidak akan benarkan politik sedemikian... opportunistic politics (politik oportunis)...kita tak akan benarkan kerana akhirnya akan menghancurkan segala-galanya yang telah dibina UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun UMNO ke-67 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi.
Najib berkata, jika bukan kerana isu perkauman yang dimainkan pakatan pembangkang, beliau percaya BN mampu memperoleh majoriti yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang berakhir Ahad lepas.

Pada PRU13, BN memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen dengan UMNO kekal sebagai tonggak gabungan itu apabila menyumbangkan 88 kerusi.

Perdana Menteri berkata, pencapaian UMNO pada pilihan raya umum kali ini adalah lebih baik berbanding 2008 meskipun diasak dan diserang pelbagai tohmahan serta fitnah daripada pembangkang.

"Tapi, pada akhirnya rakyat Malaysia telah membuat keputusan bahawa mereka ingin kepada kestabilan, kesinambungan dan ingin melihat agenda pembangunan dan transformasi yang dibawa BN diteruskan," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, UMNO memenangi 79 kerusi Parlimen. - BERNAMA

1 ulasan:

ankmudaUMNO berkata...

Salam..

UMNO bukan parti rasis..????

TOLONGLAH wahai org2 atas2 UMNO.. meloya lh dgn ayat2 'lembik' defensive mcm ni. Laporan media BN jugak lurus bendul dgn ayat2 muak mcm ni.

Ubah lah stail penyampaian.. kenapa asyik tunduk dgn fitnah.

gunalah ayat2 yg menyakinkan rakyat dan tegas. KERANA UMNO TAK RASIS LAH BANGSA LAIN MAJU etc. DAP BERMAHARAJALELA KRN UMNO TK RASIS.. mcm2 ayat2 yg melambangkan wibawa boleh dipakai.. smpai bila Najib nk LEMBIK mcm ni??

susah hatilah lihat pemimpin2 UMNO.. celik tp tk sedar diri.. berani tp pengecut.. ckp berapi2 dlm Perhimpunan UMNO tp tindakan mcm pondan.. baik tkpayah berapi2 ckp pasal MELAYU2.. tp tindakan konstruktif.. effective.. tolong Melayu..

fikri2lah sblm PRU14 mngkuburkan UMNO. Melayu jd ada had bosan.. setiap pd yg gagah..bkn lembik!! di medan perang mana boleh lembik!!