Memaparkan catatan dengan label Merdeka 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Merdeka 2012. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Ogos 2012

Najib berjanji terus kekalkan kestabilan, kemakmuran negara.


KUALA LUMPUR 31 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, kerajaan akan terus berusaha mengekalkan kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara untuk generasi muda selaras dengan slogan Janji Ditepati."
"Bila janji dibuat, kita tepati, Kita janji kestabilan, kita janji kemakmuran," kata Perdana Menteri semasa mengucapkan terima kasih kepada para peserta selepas sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang bertemakan 55 tahun Merdeka Janji Ditepati" di Dataran Merdeka di sini, hari ini. - BERNAMA

Sambutan Merdeka Parlimen Merbok Meriah.

Sambutan Kemerdekan bagi Parlimen Merbok telah diadakan serentak di dua tempat iaitu padang pejabat perkhidmatan JKKP Sg Lalang serta di Dewan JKKP Kampung Bujang malam tadi yang dianjurkan oleh JKKP setempat yang turut dihadiri Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain bersama isteri, Datin Noor Adawiyah Morad.
Kira-kira 3000 penduduk turut bersama meraikan sambutan berkenaan. Pelbagai aktiviti telah turut dijalankan seperti membuat pulut bendera Malaysia, pertandingan Kuiz, pertandingan pakaian bertema kemerdekaan dan sebagainya bagi memeriahkan sambutan.
Dato' Hj. Tajul Urus berkata, keadaan negara yang aman, stabil dan makmur dibawah kerajaan Barisan Nasional yang 'menepati janji' membolehkan apa saja perayaan disambut dengan selesa.

Kerana itu katanya, setiap rakyat harus berjanji untuk menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran negara ini.

Pertunjukan bunga api turut diadakan tepat jam 12 tengah malam tadi.