Memaparkan catatan dengan label Parlimen Merbok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Parlimen Merbok. Papar semua catatan

Ahad, 24 Mac 2013

BN Merbok Lancar Gerak Gempur Pemuda PRU13.



MERBOK - Pemuda Barisan Nasional (BN) Parlimen Merbok telah melancarkan Gerak Gempur Pemuda PRU ke-13 di Dataran Pengkalan Bujang, Merbok di sini, sabtu.

Penyelaras Parlimen Merbok yang juga Pengerusi BN Parlimen Merbok, Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain berkata, segala persiapan telah dilakukan oleh anggota pemuda BN Parlimen Merbok menjelang piliharaya umum tidak lama lagi dan mereka telah pun bersedia.

"Melihat kepada sambutan yang diberikan, kita berharap Barisan Nasional (BN) akan dapat menawan semula kawasan Parlimen Merbok pada pilihanraya umum nanti," katanya kepada pemberita di sini.

"Semua peserta menunjuk komitmen begitu tinggi dan mereka sanggup bekerja keras untuk sama-sama membawa perubahan ke arah itu," katanya.
Beliau turut menegaskan, pihaknya berbuat demikian kerana melihat Pakatan Rakyat (PR), setelah mendapat kuasa memerintah Kedah pada pilihanraya umum lalu, gagal melakukan sebarang perubahan atau menyedia pembangunan untuk kebahagian penduduk.

Pengerusi pergerakan tersebut, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin turut menyampai ucapannya di majlis itu.
Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU), Ahmad Fathul Bari Mat Jahaya yang diundang bagi melancarkan Gerak Gempur Pemuda PRU 13 tersebut dengan memakaikan vest kepada Dato’ Shaiful Hazizy dikuti anggota jawatankuasa yang lain.

Sebelum itu, kira-kira 1,600 anggota pergerakan itu berkonvoi menaiki motosikal sejauh 10 kilometer bermula dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok menuju Ke Dataran Pengkalan Bujang.

Hadir sama di majlis itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, M. L. Maran, Ketua Pemuda MCA Merbok, Lau Hock Chai, Ketua Pemuda MIC Merbok, P. Barabagaran, Ketua Pemuda PPP Merbok, Shaharudin Mat Haji dan Ketua Pemuda IPF Merbok, A. Indran.

Jumaat, 9 November 2012

BR1M 2.0 - kaunter pendaftaran mula dibuka untuk beri kemudahan kepada rakyat.

Dato' Hj. Tajul Urus meninjau kelancaran
kaunter pendaftaran BR1M di Sungai Lalang tengahari tadi.

SUNGAI LALANG 9 NOV. – Dalam usaha memudahkan orang ramai membuat pendaftaran BR1M 2.0, Pejabat Penyelaras Parlimen Merbok hari ini mula membuka kaunter pendaftaran di dua lokasi iaitu di Dewan Orang Ramai Sungai Lalang dan Pekan Tanjung Dawai.

Di Sungai Lalang, sehingga tengahari tadi lebih 250 orang telah berjaya didaftarkan manakala di Tanjung Dawai juga dengan jumlah hampir sama iaitu 210 orang.

Penyelaras Parlimen Merbok, Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain berkata, Objektif kaunter ini dibuka adalah untuk menyenangkan rakyat dimana mereka tidak perlu pergi ke pejabat Pembangunan atau Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuat pendaftaran.

“Kita akan menghantar beberapa kumpulan-kumpulan untuk membantu LHDN membuat pendaftaran di Parlimen Merbok”,
“Sebagai permulaan, hari ini kita adakan di Sungai Lalang dan  Tanjung Dawai, manakala esok kita akan buat di Amanjaya Mall bagi memudahkan orang ramai sambil mereka pergi membeli belah mereka juga boleh buat pendaftaran,” katanya.

Beliau menambah kaunter pendaftaran juga akan dibuka di beberapa tempat lain iaitu di Bukit Selambau, Pekan Merbok, Batu Hampar, Pengkalan Bujang dan Kampung Segantang Garam