Dato' Hj. Tajul Urus meninjau kelancaran kaunter pendaftaran BR1M di Sungai Lalang tengahari tadi. |
SUNGAI LALANG 9 NOV. – Dalam usaha memudahkan orang ramai membuat pendaftaran BR1M 2.0, Pejabat Penyelaras Parlimen Merbok hari ini mula membuka kaunter pendaftaran di dua lokasi iaitu di Dewan Orang Ramai Sungai Lalang dan Pekan Tanjung Dawai.
Di Sungai Lalang, sehingga tengahari tadi lebih 250 orang telah berjaya didaftarkan manakala di Tanjung Dawai juga dengan jumlah hampir sama iaitu 210 orang.
Penyelaras Parlimen Merbok, Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain berkata, Objektif kaunter ini dibuka adalah untuk menyenangkan rakyat dimana mereka tidak perlu pergi ke pejabat Pembangunan atau Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuat pendaftaran.
“Kita akan menghantar beberapa kumpulan-kumpulan untuk
membantu LHDN membuat pendaftaran di Parlimen Merbok”,
“Sebagai permulaan, hari ini kita adakan di Sungai Lalang
dan Tanjung Dawai, manakala esok kita
akan buat di Amanjaya Mall bagi memudahkan orang ramai sambil mereka pergi
membeli belah mereka juga boleh buat pendaftaran,” katanya.Beliau menambah kaunter pendaftaran juga akan dibuka di beberapa tempat lain iaitu di Bukit Selambau, Pekan Merbok, Batu Hampar, Pengkalan Bujang dan Kampung Segantang Garam