MERBOK - Pemuda Barisan Nasional (BN) Parlimen Merbok telah melancarkan Gerak Gempur Pemuda PRU ke-13 di Dataran Pengkalan Bujang, Merbok di sini, sabtu.
Penyelaras Parlimen Merbok yang juga Pengerusi BN Parlimen
Merbok, Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain berkata, segala persiapan telah dilakukan
oleh anggota pemuda BN Parlimen Merbok menjelang piliharaya umum tidak lama
lagi dan mereka telah pun bersedia.
"Melihat kepada sambutan yang diberikan, kita berharap
Barisan Nasional (BN) akan dapat menawan semula kawasan Parlimen Merbok pada
pilihanraya umum nanti," katanya kepada pemberita di sini.
"Semua peserta menunjuk komitmen begitu tinggi dan
mereka sanggup bekerja keras untuk sama-sama membawa perubahan ke arah
itu," katanya.
Beliau turut menegaskan, pihaknya berbuat demikian kerana
melihat Pakatan Rakyat (PR), setelah mendapat kuasa memerintah Kedah pada
pilihanraya umum lalu, gagal melakukan sebarang perubahan atau menyedia
pembangunan untuk kebahagian penduduk.
Pengerusi pergerakan tersebut, Datuk Shaiful Hazizy Zainol
Abidin turut menyampai ucapannya di majlis itu.
Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja
Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU), Ahmad Fathul Bari Mat Jahaya yang diundang
bagi melancarkan Gerak Gempur Pemuda PRU 13 tersebut dengan memakaikan vest
kepada Dato’ Shaiful Hazizy dikuti anggota jawatankuasa yang lain.
Sebelum itu, kira-kira 1,600 anggota pergerakan itu
berkonvoi menaiki motosikal sejauh 10 kilometer bermula dari Universiti
Teknologi Mara (UiTM) Merbok menuju Ke Dataran Pengkalan Bujang.
Hadir sama di majlis itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri
(DUN) Bukit Selambau, M. L. Maran, Ketua Pemuda MCA Merbok, Lau Hock Chai,
Ketua Pemuda MIC Merbok, P. Barabagaran, Ketua Pemuda PPP Merbok, Shaharudin
Mat Haji dan Ketua Pemuda IPF Merbok, A. Indran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan