Ahad, 11 Disember 2011

Taklimat Lawatan YAB Perdana Menteri Serta Penyerahan elaun JKKKP.



Majlis taklimat sempena lawatan YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak telah berlangsung di dewan Rajawali 1, Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani dengan dihadiri semua pemimpin pelbagai peringkat parti-parti komponen BN Parlimen Merbok.

Pada majlis itu YBhg. Dato' turut memberi ucapan berkenaan situasi politik semasa serta cabaran-cabaran yang perlu dilalui menjelang PRU-13 yang bakal menjelang dalam sedikit waktu lagi.

Turut diadakan majlis penyerahan elaun JKKKP.




Program Gagasan Belia 1 Malaysia.

YBhg. Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain hari ini meluangkan masa selama kira-kira 30 minit membuat lawatan ke Kedah Industrial and Management Development Centre(KISMEC) dimana berlangsungnya program Gagasan Belia 1 Malaysia untuk beramah mesra bersama peserta program tersebut pagi ini.

YBhg. Dato' yang sepatutnya bersama di program itu telah mewakilkan kepada Naib Ketua Pemuda UMNO Merbok, Saudara Annuar Ahmad bagi membacakan teks ucapan beliau pada program itu kerana beliau terpaksa berada di Alor Star bagi menghadiri mesyuarat.

Gagasan Belia 1 Malaysia adalah sebuah program anjuran British Malaysian Institute(BMI) Universiti Kuala Lumpur(UniKL) dimana Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain merupakan pengerusi BMI.

Program itu yang dirasmikan oleh Rektor UiTM Kedah, YBhg. Prof. Madya Dr.Haidar Dziyauddin disertai mahasiswa dan mahasiswi dari beberapa institusi pengajian termasuk UUM, UiTM dan KISMEC.Turut serta beberapa pertubuhan belia dari sekitar Merbok.

YBhg. Dato' membuat lawatan dan menemui peserta program.

Objektif program itu antara lain, menjalinkan hubungan sosial diantara mahasiswa dan masyarakat setempat, memperkembangkan tahap modal insan mahasiswa secara holistik, menggalakkan peranan belia dalam meningkatkan sosioekonomi institusi kemasyarakatan serta mensejagatkan komuniti belia 1 Malaysia.

Turut hadir, Dekan UniKL/BMI Prof. Dr. Badri Abu Bakar serta Setiausaha Pemuda UMNO Merbok Saudara Mostafa Abd Hamid.

YBhg. Dato' berbincang beberapa perkara bersama Prof.Madya Dr. Haidar dan Prof. Dr. Badri disertai sdr.Annuar Ahmad.
Program dimulakan dengan lagu 'Negaraku' serta bacaan doa.




Sabtu, 10 Disember 2011

Konvensyen MGR 1 Malaysia.



YBhg. Dato Hj. Tajul Urus Mat Zain bersama pengerusi BN Negeri Kedah, YBhg. Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah petang ini menghadiri konvensyen MGR 1 Malaysia yang dianjurkan oleh Persatuan Amal Ayiratil Oruvan M.G.R. di dewan Beng siew, Pekan Lama di Sungai Petani.

Persatuan Amal Ayiratil Oruvan M.G.R adalah sebuah pertubuhan yang menjalankan kerja-kerja kebajikan yang mana ia memberi tumpuan kepada golongan miskin.


Pengerusi persatuan tersebut En. M.G. Kumar berkata beliau adalah peminat setia M.G.R dan kerana itu beliau menamakan Persatuan ini sempena nama ikon terkenal itu.Beliau yang kini berusia 54 tahun memberitahu pernah berjumpa M.G.R di singapura satu ketika dahulu.Di konvensyen itu juga turut dipamerkan koleksi milik M.G Kumar yang berupa foto lukisan serta barangan lain berkaitan M.G.R.



MGR atau nama sebenarnya M.G Ramachandran merupakan seorang bintang filem yang dilahirkan pada 17.1.1917 dan pernah menjadi Ketua Menteri Tamil Nadu.Beliau meninggal dunia pada 24.12.1987 di usia 70 tahun ketika masih lagi berjawatan Ketua Menteri Tamil Nadu.Beliau amat dikasihi oleh rakyat Tamil Nadu kerana keprihatinan beliau terhadap golongan miskin.

Filem terakhir MGR adalah pada 1977, selepas itu beliau menyertai politik dan dipilih menjadi ketua menteri.Pada 1984 ketika pilihanraya Tamil Nadu beliau telah jatuh sakit dan dirawat di sebuah hospital di Amerika Syarikat,tanpa pulang ke kawasan beliau tetap memenangi pilihanraya itu dan mengekalkan jawatan Ketua Menteri.

M.G.R dikatakan mempunyai 3 prinsip yang menjadi amalan sepanjang hidupnya iaitu tidak merokok, tidak minum(arak) dan tidak berjudi.Beliau juga sentiasa memberikan senyuman dan bertanya khabar kepada sesiapa saja yang ditemui menjadikan beliau seorang yang amat disenangi.


Di konvensyen itu, YBhg. Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain telah diiktiraf sebagai 'M.G.R Merbok' kerana gaya kepimpinan serta sifat beliau yang dikatakan menyerupai ikon masyarakat India itu.Sepanjang berkhidmat sebagai Penyelaras Parlimen,YBhg. Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain dikatakan telah menyelesaikan banyak perkara membabitkan masyarakat India serta sentiasa menunjukan keprihatinan terhadap kebajikan mereka menjadikan beliau seorang pemimpin yang disenangi sama seperti M.G.R.








Ceramah Kepenggunaan Dan Pelancaran BR1M Di Tandop Batu,Merbok.

YBhg. Dato pagi ini berada di Dewan Kampung Tandop Batu,Merbok untuk bersama penduduk disana yang mengadakan program ceramah kepenggunaan yang disampaikan oleh seorang penceramah dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Serentak itu juga diadakan majlis pelancaran borang bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M), dimana Dato' menjelaskan serba sedikit berkenaan bantuan tersebut kepada para hadirin.


Sebaik sampai kacau bubur Asyura dulu.





Sapa tak nak duit RM500 tu angkat tangan..

sapa mau mai ambik borang..


Kaunter isi borang.

Kejohanan Bowling Piala Penyelaras Parlimen Merbok.


Riuh rendah, itu yang dapat disimpulkan suasana ceria di Ampang Superbowl Central Square Sungai Petani petang ini dengan penganjuran Kejohanan Bowling antara jabatan-jabatan kerajaan bagi merebut Piala Penyelaras Parlimen Merbok.Kejohanan tersebut yang dianjurkan oleh Pejabat Penyelaras Parlimen Merbok pertama kali seumpamanya diadakan dimana ia melibatkan penyertaan oleh 51 jabatan serta agensi kerajaan sekitar daerah Kuala Muda.

Pengerusi urusetia kejohanan, Saudara Haris Haroon memberitahu media, matlamat utama kejohanan tersebut diadakan adalah untuk merapatkan hubungan diantara jabatan-jabatan serta agensi kerajaan yang ada dalam daerah Kuala Muda.

Haris Haroon(kiri)

"Penyelaras Parlimen adalah mewakili kerajaan pusat, jadi kalau kita boleh merapatkan hubungan diantara jabatan yang ada di bahagian yang di tadbir oleh Penyelaras Parlimen Merbok jadi ia dapat mengeratkan lagi urusan-urusan yang ada" jelasnya.

Menurutnya lagi, pada awalnya hanya 48 pasukan yang mendaftar namun pada minit-minit terakhir sebelum kejohanan bermula, 3 lagi pasukan mendaftar menjadikan kesemuanya 51 pasukan bertanding di kejohanan itu.


YBhg. Dato’ Hj. Tajul urus pula dalam reaksinya terhadap kejayaan penganjuran kejohanan itu  menyatakan rasa bangga serta gembira kerana bukan saja Pejabat Penyelaras Parlimen Merbok malah agensi-agensi  lain disini juga tidak pernah menganjurkan kejohanan bowling antara jabatan-jabatan.

Dengan kejayaan ini, beliau berpendapat bahawa bowling ini adalah permainan yang begitu diminati,mendapat sambutan dan selaku Penyelaras Parlimen beliau merancang untuk meneruskan penganjuran ini dimasa akan datang.

“sambutan yang kita terima begitu mengalakkan melibatkan 51 pasukan jabatan-jabatan kerajaan,yang mana ada pertambahan saat akhir malah ada juga pasukan-pasukan yang rasa kecewa kerana mereka datang untuk mendaftar tetapi tidak dapat bermain kerana semua ‘lane’ telah penuh".

“InsyaAllah, kebaikannya kita nampak,kerana jabatan-jabatan sibuk dengan rutin-rutin harian jadi ini adalah peluang untuk mereka berinteraksi, berkenalan dan ianya adalah baik untuk jabatan-jabatan itu dan juga untuk pegawai-pegawai kerajaan itu sendiri” katanya.






Rabu, 7 Disember 2011

Golf Amal 1Malaysia (Berita Ringkas).

Baru-baru ini Pejabat Penyelaras Parlimen Merbok telah menganjurkan pertandingan golf amal bagi tujuan mengumpulkan dana untuk disumbangkan kepada kanak-kanak OKU di sekitar parlimen Merbok.Seramai 100 pemain terbaik dipilih dari 175 permohonan untuk menyertai pertandingan itu manakala peserta pula terdiri dari pelbagai kaum dan parti politik termasuk DAP,PAS PKR dan UMNO sendiri.



Yang ni pemalu,nyorok bawah meja.




Selasa, 6 Disember 2011

Pameran Pedang Nabi Muhammad SAW.


Musyaf-Musyaf Al-Quran, Pedang, replika rumah serta barangan yang digunakan oleh Baginda Nabi S.A.W kini sedang dipamerkan untuk tatapan umum.

YBhg. Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain semalam berada di Gurun,Kedah untuk bersama Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim di majlis perasmian Pameran Pedang Nabi Muhammad SAW dan Koleksi Sejarah Seni silat Pusaka Gayong Malaysia.

Turut hadir Dato' Abdul Majid Raja Mat Isa Yang Dipertua serta pengasas Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM), Dato' Suhaimi Abdullah, Penasihat Waris-Waris Beradad PSSPGM,  Dato' Latt Shariman Pegawai Khas YAB Perdana Menteri merangkap Presiden Persekutuan Silat Perkasa Kedah,YBhg. Ali Yahya penyelaras parlimen Sungai Petani, Dr. Ibrahim Abdul Rahman Ketua Pengarah Penerangan Malaysia,YB Dr. Leong Yong kong, ADUN Gurun serta ketua-ketua Jabatan Kerajaan.






Pameran tersebut yang akan berlangsung selama 15 hari dari 5 hingga 19 Desember 2011 bertempat di Dewan Sri Zaleha(NAZA),Gurun,Kedah turut mempamerkan  koleksi sejarah Seni Silat Pusaka Gayong.


Video Penuh Ucapan Penggulungan Oleh Dato' Seri Najib.

Sabtu, 3 Disember 2011

Hasil Kajian Panel Pemikir Pas,BN Kembali Disokong!



Hasil kajian empirikal yang membayangkan sokongan rakyat telah kembali kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diterjemahkan anggota Umno dengan kemenangan besar pada pilihan raya umum ke-13.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, untuk itu, semua anggota parti harus bekerja keras bagi memastikan sokongan tersebut terus kekal bersama UMNO dan BN apabila pilihan raya  berlangsung.

Katanya, berdasarkan kajian oleh panel pemikir yang diarahkan Pas Pusat, sebanyak 56.1 peratus setuju DAP cuba menghakis Ketuanan Melayu serta DAP merupakan parti cauvinis.

"Dari kajian tersebut juga, sebanyak 54.2 peratus bersetuju UMNO membela hak dan ketuanan Islam, serta 54.1 peratus bersetuju Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak) berjaya memulihkan kembali sokongan rakyat yang terhakis dahulu,” katanya semasa menggulung perbahasan, pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Beliau berkata, kajian Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kendalian Prof. Datuk Dr. Syed Arabi Syed Abdullah Idid pula menunjukkan rakyat Malaysia kembali yakin dengan prestasi BN masa kini.
"Pada 2011, 86 peratus yakin Malaysia diurus dengan baik oleh BN. Pada 2010, 77 peratus saja menaruh keyakinan pada penterjemahan program (Program Transformasi Kerajaan, Ekonomi, Politik), tetapi tahun ini angka meningkat sebanyak 82 peratus.

"Malah, penerimaan rakyat terhadap konsep 1Malaysia telah diterima baik oleh rakyat Malaysia, iaitu sebanyak 85 peratus pada tahun ini berbanding 75 peratus pada tahun lepas,” katanya.

Zahid berkata, berdasarkan keputusan kajian terbabit, potensi UMNO dan BN untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang amat besar.

“Potensi tidak ada hanya pada Presiden, atau Timbalan Presiden, atau Naib-naib Presiden atau Ahli Majlis Tertinggi, atau Menteri, potensi ada pada kita semua termasuk pemimpin di peringkat Bahagian dan Cawangan,” katanya.

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada ‘tentera baru’ UMNO dan BN iaitu pengamal media sosial seperti pengguna Twitter, blogger dan Facebook.
"Kita mesti hargai bala tentera siber kita yang berjuang untuk kita, bantu kita tanpa upah, tanpa tidur, tanpa ganjaran untuk mereka.

"Kita mesti akui peranan media baru sebagai alat komunikasi penting masa kini, dan ia boleh menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah parti memerintah negara,” katanya.

Ramainya..


Suasana di PWTC ketika ini penuh sesak di hari terakhir perhimpunan Agung UMNO 2011.Sejak pagi tadi lagi kat dalam ni dah 'jammed' macam jalan kat KL ni jugak,nak bergerak pun susah..punyalah ramai, meriah betul PAU kali ni.

 
Ramai kan, macam 'supermarket' bila dekat nak raya.

Sepanjang berada kat sini tajul_admin tak up-date blog pun,almaklum dok lokasi luar ni macam-macam la tak complete.Ni pun nasib ada sorang mamat tu bagi pinjam laptop dia,ada juga la keje nak buat.






Menjelang penggulungan oleh Dato' Seri Najib kejap lagi,suasana makin panas.Kat mana-mana pun ada orang duduk,ada banyak skrin besar kat sini..

Sekarang ni ada siaran langsung kat TV,jadi pegi la bukak TV..sekian.