KUALA LUMPUR : Satu kajian yang dijalankan Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati majoriti masyarakat Melayu memilih untuk menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Kajian yang dijalankan sekumpulan penyelidik UKM bagi tempoh
antara Disember 2012 dan Mac lalu menyaksikan trend sokongan tersebut mencecah
sehingga 68 peratus.
Pensyarah Geo-Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali
berkata, antara faktor sokongan itu ialah kewibawaan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak melaksanakan program transformasi.
?Kajian itu dibuat dalam kalangan 4,500 responden wanita di
seluruh negara yang mana sebanyak 68 peratus mereka menyatakan kesediaan mengundi
BN dan menyokong kerajaan sedia ada.
?Lazimnya, kecenderungan sama ditunjukkan suami responden
terbabit serta anak-anak mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari
ini.
Menurut Mohd. Fuad, kajian berkenaan belum lagi mengambil
kira faktor selepas manifesto dan calon BN bagi PRU-13 diumumkan yang mana
momentum sokongan itu dijangka terus meningkat.
?Kita akan meneruskan kajian dalam tempoh berkempen ini dan
perlu diingatkan sekitar 18 hingga 23 peratus pengundi adalah pengundi atas
pagar yang baru pertama kali mengundi,” katanya.
Menurutnya, trend sokongan masyarakat Melayu kepada BN itu
kerana mereka meyakini parti tersebut mampu memelihara status quo dalam
perjuangan agama, bangsa dan negara di samping mengekalkan perpaduan masyarakat
Malaysia yang berbilang kaum.
?Orang Melayu tidak suka melihat pakatan antara Pas, DAP dan
Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana banyak perkara telah tersasar terutama
berkaitan kepentingan agama Islam serta isu kalimah Allah.
?Lagipun, pakatan pembangkang sangat longgar dalam
perjuangannya terhadap agama, bangsa dan negara, oleh itu, orang Melayu
beranggapan lebih baik mengekalkan kerajaan sedia ada,” katanya.
Sementara itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal
Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed
Mustafa Ishak berkata, sokongan masyarakat Melayu terhadap BN didorong kejayaan
agenda transformasi kerajaan selain kegagalan pembangkang menunaikan janji di
negeri dikuasai mereka.
?Dahulu pembangkang lantang mengkritik tetapi selepas
menjadi kerajaan, baru masyarakat nampak keupayaan sebenar mereka,” katanya.
Menurut beliau, kemerosotan sokongan terhadap pakatan
pembangkang itu juga disebabkan Pas, PKR dan DAP dibelenggu banyak masalah
dalaman.
- Utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan