Seperti biasa, apabila menjelang pilihan raya, Pas akan memainkan semula isu sensasi mereka iaitu HUDUD. Isu hudud isu wajib Pas waktu pilihan raya. Habis pilihan raya semua senyap. Sepanjang kempen pilihan raya ini mereka akan menjaja cerita Umno tolak hudud. Tetapi Umno sebenarnya menolak hudud yang diperjuangkan oleh Pas dan tidak pernah sesekali menolak hukum syariah itu.
Hukum hudud yang dibawa PAS tidak seimbang dan cenderung
untuk berlaku tidak adil kepada masyarakat Islam di negara ini. Di bawah hudud
PAS, orang Islam yang mencuri akan dipotong tangan tetapi kalau yang bukan
Islam hanya akan dipenjarakan sahaja. Di mana keadilannya?
Kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Haron Din tentang
rancangan Pakatan melaksanakan hukum hudud sekiranya berjaya ke Putrajaya telah
menimbulkan pelbagai reaksi dari rakyat. Karpal Singh terus membidas kenyataan
Haron Din dengan berkata bahawa agenda PAS itu akan menimbulkan huru-hara dan
konflik.
Karpal dengan lantang menempelak PAS berkata, keputusan DAP
yang sebelum ini untuk menggunakan logo PAS tidak bermakna mereka bersetuju
untuk menerima hudud. Pengenalan hukum hudud PAS di negara ini akan menyebabkan
sistem perundangan kita terbahagi kepada dua dan ini sangat sukar untuk
dilaksanakan di dalam negara yang berbilang kaum.
Ianya sekali gus akan mencetuskan konflik dan huru-hara
apatah lagi jiaka ianya melibatkan kes orang Islam dan bukan Islam tetapi
dibicarakan dalam dua sistem yang berbeza. Bukan sahaja rakan pakatan dari DAP,
malah PKR juga turut menolak undang-undang hudud PAS dari terus dilaksanakan.
Tan Sri Khalid Ibrahim turut membidas kenyataan Haron Din
dengan berkata bahawa hudud tidak sesuai dilaksanakan di sebuah negara
berbilang bangsa & agama seperti Malaysia.
Tindakan Khalid yang berkata persetujuan seluruh rakyat
Malaysia diperlukan untuk melaksanakan hudud PAS membayangkan hudud PAS tidak
mungkin akan dilaksanakan walaupun mereka memenangi pilihan raya.
Pertelagahan sesama sendiri dalam Pakatan Rakyat nampaknya
semakin ketara menjelang hari pembuangan undi. PM Najib menjelaskan bahawa
perbezaan pendapat, dan dominasi PAS dalam isu hudud, jelas menunjukkan
kurangnya kredibiliti dalam kalangan pemimpin-pemimpin PR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan