Riuh rendah, itu yang dapat disimpulkan suasana ceria di Ampang Superbowl Central Square Sungai Petani petang ini dengan penganjuran Kejohanan Bowling antara jabatan-jabatan kerajaan bagi merebut Piala Penyelaras Parlimen Merbok.Kejohanan tersebut yang dianjurkan oleh Pejabat Penyelaras Parlimen Merbok pertama kali seumpamanya diadakan dimana ia melibatkan penyertaan oleh 51 jabatan serta agensi kerajaan sekitar daerah Kuala Muda.
Pengerusi urusetia kejohanan, Saudara
Haris Haroon memberitahu media, matlamat utama kejohanan tersebut diadakan adalah untuk merapatkan hubungan diantara jabatan-jabatan serta agensi kerajaan yang ada dalam
daerah Kuala Muda.
|
Haris Haroon(kiri) |
"Penyelaras Parlimen adalah mewakili kerajaan pusat, jadi kalau kita boleh
merapatkan hubungan diantara jabatan yang ada di bahagian yang di tadbir oleh
Penyelaras Parlimen Merbok jadi ia dapat mengeratkan lagi urusan-urusan yang
ada" jelasnya.
Menurutnya lagi, pada awalnya hanya 48 pasukan yang mendaftar namun pada minit-minit terakhir sebelum kejohanan bermula, 3 lagi pasukan mendaftar menjadikan kesemuanya 51 pasukan bertanding di kejohanan itu.
YBhg. Dato’ Hj. Tajul urus pula dalam reaksinya terhadap kejayaan penganjuran kejohanan itu menyatakan rasa bangga serta gembira kerana bukan saja Pejabat Penyelaras Parlimen Merbok malah agensi-agensi lain disini juga tidak pernah menganjurkan kejohanan bowling antara jabatan-jabatan.
Dengan kejayaan ini, beliau berpendapat bahawa bowling ini adalah permainan yang begitu diminati,mendapat sambutan dan selaku Penyelaras Parlimen beliau merancang untuk meneruskan penganjuran ini dimasa akan datang.
“sambutan yang kita terima begitu mengalakkan melibatkan 51 pasukan jabatan-jabatan kerajaan,yang mana ada pertambahan saat akhir malah ada juga pasukan-pasukan yang rasa kecewa kerana mereka datang untuk mendaftar tetapi tidak dapat bermain kerana semua ‘lane’ telah penuh".
“InsyaAllah, kebaikannya kita nampak,kerana jabatan-jabatan sibuk dengan rutin-rutin harian jadi ini adalah peluang untuk mereka berinteraksi, berkenalan dan ianya adalah baik untuk jabatan-jabatan itu dan juga untuk pegawai-pegawai kerajaan itu sendiri” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan