Sabtu, 10 Disember 2011

Konvensyen MGR 1 Malaysia.



YBhg. Dato Hj. Tajul Urus Mat Zain bersama pengerusi BN Negeri Kedah, YBhg. Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah petang ini menghadiri konvensyen MGR 1 Malaysia yang dianjurkan oleh Persatuan Amal Ayiratil Oruvan M.G.R. di dewan Beng siew, Pekan Lama di Sungai Petani.

Persatuan Amal Ayiratil Oruvan M.G.R adalah sebuah pertubuhan yang menjalankan kerja-kerja kebajikan yang mana ia memberi tumpuan kepada golongan miskin.


Pengerusi persatuan tersebut En. M.G. Kumar berkata beliau adalah peminat setia M.G.R dan kerana itu beliau menamakan Persatuan ini sempena nama ikon terkenal itu.Beliau yang kini berusia 54 tahun memberitahu pernah berjumpa M.G.R di singapura satu ketika dahulu.Di konvensyen itu juga turut dipamerkan koleksi milik M.G Kumar yang berupa foto lukisan serta barangan lain berkaitan M.G.R.



MGR atau nama sebenarnya M.G Ramachandran merupakan seorang bintang filem yang dilahirkan pada 17.1.1917 dan pernah menjadi Ketua Menteri Tamil Nadu.Beliau meninggal dunia pada 24.12.1987 di usia 70 tahun ketika masih lagi berjawatan Ketua Menteri Tamil Nadu.Beliau amat dikasihi oleh rakyat Tamil Nadu kerana keprihatinan beliau terhadap golongan miskin.

Filem terakhir MGR adalah pada 1977, selepas itu beliau menyertai politik dan dipilih menjadi ketua menteri.Pada 1984 ketika pilihanraya Tamil Nadu beliau telah jatuh sakit dan dirawat di sebuah hospital di Amerika Syarikat,tanpa pulang ke kawasan beliau tetap memenangi pilihanraya itu dan mengekalkan jawatan Ketua Menteri.

M.G.R dikatakan mempunyai 3 prinsip yang menjadi amalan sepanjang hidupnya iaitu tidak merokok, tidak minum(arak) dan tidak berjudi.Beliau juga sentiasa memberikan senyuman dan bertanya khabar kepada sesiapa saja yang ditemui menjadikan beliau seorang yang amat disenangi.


Di konvensyen itu, YBhg. Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain telah diiktiraf sebagai 'M.G.R Merbok' kerana gaya kepimpinan serta sifat beliau yang dikatakan menyerupai ikon masyarakat India itu.Sepanjang berkhidmat sebagai Penyelaras Parlimen,YBhg. Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain dikatakan telah menyelesaikan banyak perkara membabitkan masyarakat India serta sentiasa menunjukan keprihatinan terhadap kebajikan mereka menjadikan beliau seorang pemimpin yang disenangi sama seperti M.G.R.








Tiada ulasan: