YBhg. Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain hari ini meluangkan masa
selama kira-kira 30 minit membuat lawatan ke Kedah Industrial and Management Development Centre(KISMEC) dimana berlangsungnya
program Gagasan Belia 1 Malaysia untuk beramah mesra bersama peserta program
tersebut pagi ini.
YBhg. Dato' yang sepatutnya bersama di program itu telah mewakilkan
kepada Naib Ketua Pemuda UMNO Merbok, Saudara Annuar Ahmad bagi membacakan
teks ucapan beliau pada program itu kerana beliau terpaksa berada di Alor Star
bagi menghadiri mesyuarat.
Gagasan Belia 1 Malaysia adalah sebuah program anjuran British Malaysian Institute(BMI) Universiti Kuala Lumpur(UniKL) dimana Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain merupakan pengerusi BMI.
Program itu yang dirasmikan oleh Rektor UiTM Kedah, YBhg. Prof. Madya Dr.Haidar Dziyauddin disertai mahasiswa dan mahasiswi dari beberapa institusi pengajian termasuk UUM, UiTM dan KISMEC.Turut serta beberapa pertubuhan belia dari sekitar Merbok.
YBhg. Dato' membuat lawatan dan menemui peserta program. |
Objektif program itu antara lain, menjalinkan hubungan sosial diantara mahasiswa dan masyarakat setempat, memperkembangkan tahap modal insan mahasiswa secara holistik, menggalakkan peranan belia dalam meningkatkan sosioekonomi institusi kemasyarakatan serta mensejagatkan komuniti belia 1 Malaysia.
Turut hadir, Dekan UniKL/BMI Prof. Dr. Badri Abu Bakar serta Setiausaha Pemuda UMNO Merbok Saudara Mostafa Abd Hamid.
YBhg. Dato' berbincang beberapa perkara bersama Prof.Madya Dr. Haidar dan Prof. Dr. Badri disertai sdr.Annuar Ahmad. |
Program dimulakan dengan lagu 'Negaraku' serta bacaan doa. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan