Rabu, 7 September 2011

Daya Saing Negara Meningkat.


Kedudukan Malaysia dalam Laporan Daya Saing Global 2011-2012 meningkat ke tangga 21 daripada tangga ke-26 tahun lepas, di kalangan 142 negara.

Malaysia berada di kedudukan keenam di kalangan ekonomi Asia Pasifik dan kedua di ASEAN dengan skor 5.08 mata daripada maksimum 7 (72.6 peratus) berbanding 4.88 tahun.

Switzerland mengekalkan kedudukan nombor 1 dengan skor 5.74 mata (82 peratus), diikuti Singapura (5.63), Sweden (5.61) dan Finland (5.47).

AS terus mencatatkan penurunan bagi tiga tahun berturut-turut, turun satu lagi tangga ke kedudukan kelima dengan skor 5.43.

Menurut laporan itu, kemajuan Malaysia memberangsangkan terutama dalam tunggak persekitaran ekonomi makro dan institusi, serta dalam beberapa langkah kecekapan pasaran.

"Antara kelebihan daripada prestasi kukuh dan konsisten ini ialah sektor kewangan Malaysia yang cekap dan kukuh — yang berada di kalangan ekonomi paling maju dunia, hanya di belakang Singapura dan Hong Kong — dan pasaran barangannya yang cekap, berada di kedudukan ke-15,” kata laporan itu.

Selain itu, situasi ekonomi makro Malaysia telah bertambah baik sejak tahun lepas berada di kedudukan ke-29, walaupun negara terus mencatatkan defisit bajet kira-kira lima peratus daripada keluaran dalam negara kasar. – Bernama

Tiada ulasan: