Al-Fatihah buat Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor,jurukamera BernamaTV Yang meninggal dunia ketika bertugas bersama misi kemanusiaan di Somalia.
Noramfaizul,41, meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan bersama beberapa petugas media Malaysia lain yang mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia untuk membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang waktu tempatan itu (10.30 malam waktu Malaysia), konvoi tiga kenderaan termasuk sebuah kenderaan tentera kerajaan Somalia ditembak oleh penyerang tidak dikenali kira-kira 200 meter sebelum memasuki hotel berkenaan.Tembakan yang terkena bahu kanan Noramfaizul itu dilaporkan menembusi paru-parunya dan menyebabkan Allahyarham meninggal dunia ketika dirawat di hospital berdekatan kira-kira pukul 6.07 petang waktu tempatan sementara Rakan setugasnya Aji Saregar,jurukamera TV3 cedera di lengan.Allahyarham adalah anak tunggal dalam keluarganya,meninggalkan seorang balu serta dua anak yang masih kecil.
Noramfaizul telah mengikuti beberapa misi kemanusiaan Malaysia di seberang laut yang bertujuan untuk menolong mereka yang amat memerlukan bantuan.Sesungguhnya amal bakti yang dilakukan Allahyarham amat besar ertinya bagi yang memerlukan.
Foto Noramfaizul Mohd. Nor yang dirakamkan oleh rakan setugasnya beberapa jam sebelum jurukamera BernamaTV itu terbunuh setelah terkena tembakan curi ketika menyertai misi bantuan di Somalia.
Takziah buat keluarga Allahyarham,walaupun tidak mengenali beliau secara peribadi namun pemergiannya terasa seperti kehilangan seorang rakan yang akrab.Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang yang bertaqwa.
AL-FATIHAH,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan