Program yang dianjurkan oleh Jabatan Kesenian Dan Kebudayaan Negara itu antara lain bertujuan menyedarkan masyarakat bahawa kebudayaan memainkan peranan yang sangat penting dalam memupuk Bangsa Malaysia yang bersatu dan harmoni.Jabatan kesenian dan kebudayaan negara merupakan satu jabatan dibawah Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan,manakala Markas 6 Briged pula telah dipilih sebagai rakan penganjur program tersebut.
Pada permulaan program tersebut,diwarnai dengan pelbagai acara seperti permainan congkak raksasa,melukis dan lain-lain persembahan yang berlangsung pada sebelah pagi.
Menyentuh berkenaan aktiviti,Ybhg.Dato’ juga menyatakan kesediaan beliau untuk sentiasa memberikan komitmen dan berbincang bersama panglima serta pegawai-pegawai yang lain bagi merencanakan program-program seperti sukan dan sebagainya .
Beliau juga berharap program-program seperti ini akan terus mengeratkan silaturahim diantara tentera dengan orang awam.
YBhg.Dato.Hj.Tajul Urus Mat Zain seterusnya dijemput untuk menyampaikan sumbangan kepada anggota-anggota cemerlang dan wira-wira negara.Antara penerima sumbangan tersebut adalah staf sarjan (B) Rizal Bin Ismail dan Sarjan (B) Sabri Bin Ahmad yang pernah bertugas di somalia di bawah panji PBB dalam misi United Nation Operation Somalia II bagi menyelamatkan tentera Amerika yang terperangkap dalam zon perang di Pasar Bakara dekat Mogadishu pada 1993.
Seorang lagi penerima ialah Sarjan (B) Mansor Bin Awang, yang mula berhidmat pada 1971 dibawah 4 RAMD.Semasa melakukan operasi 'Opss Pagar' pada 7.5.1977 di Grik,Perak untuk menjejaki laluan komunis,beliau mengalami kecederaan akibat jerangkap samar dan hilang kaki kanan.
Turut menerima penghargaan pada majlis itu ialah Lans.Koperal (B)Yusof Bin Ahmad,Pernah bertugas di Rejimen 1 Renjer.Semasa operasi menentang komunis di tanjung Pari,Baling pada 1982,beliau telah terkena jerangkap samar semasa membuat rondaan dan kehilangan kaki kanan.
YBhg.Dato' bertanya sesuatu kepada Lans.Koperal (B) Yusof Bin Ahmad
|
Bersama wira-wira negara,2 dari kiri Rizal Bin ismail,Mansor Bin Awang,Sabri Bin Ahmad dan Yusof Bin Ahmad |
YBhg.Dato' Hj.Tajul Urus Mat Zain kemudiannya diiringi oleh YBhg. Brigdier Jeneral Dato' Md Tajri Bin Alwi serta Lt.kol.Abdul Jamil untuk melawat tapak pameran kelengkapan Angkatan Tentera.
'Sniper Rifle' |
YBhg.Dato'Md Tajri memberi penjelasan berkenaan RPG,senjata paling digeruni ketika perang Somalia,inilah senjata yang meragut nyawa Koperal Mat Aznan Awang .
|
Senjata komunis yang dirampas. |
Pengesan periuk api. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan