Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor yang terbunuh di
Somalia boleh disifatkan sebagai mati syahid kerana Allahyarham terkorban
semasa misi membantu meringankan penderitaan dan kesengsaraan rakyat Somalia
yang majoritinya beragama Islam.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebagai umat
Islam, Allahyarham layak diberi pengiktirafan tertinggi itu kerana turut telah
membuka mata rakyat negara ini akan penderitaan yang dialami rakyat Somalia.
“Allahyarham yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini serta
rakan-rakan media lain ternyata pejuang yang hebat kerana berani untuk membuat
liputan di negara yang bergolak seperti Somalia"katanya. - Utusan Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan