YBhg.Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain hari ini menyertai kepimpinan BN negeri Kedah untuk berkumpul bersama kira-kira 1,000 orang perwakilan serta sayap
parti komponen Barisan Nasional Negeri Kedah yang memenuhi Dewan Serbaguna
Kompleks Kementerian Dalam Negeri Anak Bukit bagi mengikuti 'KONVENSYEN BARISAN NASIONAL NEGERI KEDAH 2011'.
Para perwakilan memenuhi dewan. |
Konvensyen yang bermula jam 8.30 pagi ini bermatlamat untuk menggerakkan halatuju Barisan Nasional (BN) negeri kedah bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.Konvensyen itu turut dihadiri Timb.Pengerusi BN Kedah Dato' Mukhriz Mahathir,Pengerusi MCA Kedah Dato' Chong Itt Chew,Pengerusi Parti Gerakan Kedah YB Dr. Cheah Soon Hai,Pengerusi MIC kedah En. Ananthan a/l Somasundaram,Pengerusi IPF Kedah En.K.Velauthan,Pengerusi PPP Kedah En. Dass a/l Ramasamy,Mantan MB Kedah Dato' Seri Mahazir Khalid serta seluruh Ketua-Ketua Bahagian dan AJK Parti.Dirasmikan oleh Pengerusi Barisan Nasional Negeri,YBhg. Dato' Paduka Ahmad Bashah Md.Hanipah.
YBhg. Dato' Paduka Ahmad Bashah dalam ucapan perasmiannya berkata "kepada kepimpinan Barisan Nasional yang ada diatas dan juga dibawah,saya ingin menanamkan penghargaan dan terima kasih diatas kesudian tuan-tuan dan puan-puan melapangkan masa untuk bersama-sama memainkan peranan pada pagi ini samada untuk kita mendengar atau pun untuk kita memperkatakan sesuatu untuk masa depan Barisan Nasional khususnya di negeri Kedah yang akan kita hadapi cabaran dan juga dugaan yang menanti kita dihadapan dalam pergelutan untuk menentukan kuasa bagi melihat masa depan rakyat khususnya di negeri Kedah".
Beliau juga berkata,kehadiran para perwakilan pada konvensyen ini adalah kehadiran yang menanda dan membuktikan bahawa setiap daripada mereka ingin memainkan peranan mereka dan ingin berada didalam 1 pasukan serta 1 barisan untuk sama-sama memperjuangkan wadah yang telah diperjuangkan oleh pemimpin terdahulu yang membolehkan hari ini kita menikmati segala kemudahan yang ada dihadapan kita.
"Bila kita berkuasa,dengan kuasa itulah kita mengembalikan keperluan rakyat.Dengan kuasa yang ada didalam tangan kita Barisan Nasional bagaimana kita bangunkan negara kita,bagaimana bila kuasa di negeri Kedah berada dalan tangan Barisan Nasional,bagaimana kita membangunkan negeri Kedah sebelum 2008.Sebab itu kuasa ini adalah penting untuk kita mememenuhi segala keperluan rakyat segenap lapisan masyarakat dan berbilang bangsa.Keperluan mereka bermacam-macam,dalam bidang pendidikan mereka memerlukan perhatian,dalam bidang kesihatan dan begitu juga ekonomi".
Demikian petikan sebahagian ucapan beliau yang berlanjutan selama lebih sejam dihadapan para perwakilan sebelum konvensyen berhenti rehat untuk minum pagi selama kira-kira 15 minit.Konvensyen kemudiannya diteruskan lagi dengan sesi ucapan oleh pengerusi parti-parti komponen dan sayap-sayap parti sebelum berakhir kira-kira pukul 1.30 petang.
"Dengan sokongan kepada Perdana Menteri yang semakin
kuat sekarang dan pelbagai masalah pakatan pembangkang, kalau peluang ini kita
tidak ambil maka kita akan rugi" jelasnya.
Demikian petikan sebahagian ucapan beliau yang berlanjutan selama lebih sejam dihadapan para perwakilan sebelum konvensyen berhenti rehat untuk minum pagi selama kira-kira 15 minit.Konvensyen kemudiannya diteruskan lagi dengan sesi ucapan oleh pengerusi parti-parti komponen dan sayap-sayap parti sebelum berakhir kira-kira pukul 1.30 petang.
Ketika ditemui pemberita,Dato' Ahmad Bashah berkata BN Kedah
meletakkan sasaran menyapu bersih kesemua 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi
dewan undangan negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
Walaupun sasaran
tersebut agak tinggi tetapi ia tidak mustahil boleh dicapai menerusi perpaduan,gerak kerja dan strategi tersusun selain mengambil angin perubahan rakyat yang
semakin menolak pakatan pembangkang.
"BN bukan sahaja mahu menawan semula Kedah dengan
memenangi kerusi DUN tetapi juga memastikan kesemua kerusi Parlimen dimenangi
bagi membantu menyumbang kekuatan kepada Perdana Menteri untuk mempertahankan
Putrajaya".
"Ini boleh dilakukan kerana kita mempunyai banyak
senarai calon boleh menang yang akan diletakkan di semua kerusi DUN dan
Parlimen"
Beliau berkata,walaupun sasaran menyapu bersih kerusi itu
bukan mudah tetapi BN terbukti mampu meraih sokongan padu seperti pada Pilihan
Raya Umum Ke-11 dan sebelumnya.Pada
pilihan raya lalu, BN memenangi 14 kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen.
Dato' Ahmad Bashah juga berkata, sama ada kerusi tersebut terletak
di kawasan yang dikategorikan sebagai 'hitam, putih atau kelabu', jentera
pilihan raya diminta berfikiran positif dan mempunyai keyakinan tinggi untuk
memenangkan calon BN pada pilihan raya.Menurut Dato' Ahmad Bashah lagi,jentera
BN daripada parti komponen perlu terus 'meredah' menemui rakyat di akar umbi
dan mengambil tahu dan menyelesaikan masalah mereka.Lebih-lebih lagi, kata
beliau, 'aura' kewibawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak begitu
ketara kerana rakyat amat menyokong perubahan termasuk dasar kerajaan untuk
kepentingan rakyat.
Sementara itu semasa sesi temubual bersama Timbalan Pengerusi BN Negeri,Dato' Mukhriz Tun Mahathir
yang ditanya pemberita berkenaan
golongan muda pula berkata "Kerajaan sentiasa merancang pelbagai program bagi
memenuhi keperluan golongan muda hari ini mengharungi kehidupan dalam suasana
ekonomi yang serba mencabar.Dengan tuntutan golongan itu yang mengutamakan mendapat
pekerjaan, rumah dan menjalankan perniagaan, kerajaan faham dan sedar perkara
ini dan sebab itu pelbagai kemudahan disediakan untuk meringankan atau
menyelesaikan langsung bebanan golongan itu".Jika kita bercakap mengenai prinsip perjuangan mungkin tidak menyentuh
hati mereka kerana yang dituntut adalah peluang mendapat pekerjaan dan
seterusnya memiliki rumah serta berniaga".
Beliau selanjutnya berkata,sokongan golongan muda kepada BN semakin pulih namun masih banyak usaha perlu dilaksanakan supaya mereka terus menyokong perjuangan Parti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan