Rabu, 21 September 2011

Kami Datang Untuk Tunaikan Janji!


Kami datang untuk tunaikan janji kami.Itu kata YBhg.Dato’ Hj.Tajul Urus Mat Zain,Penyelaras Parlimen Merbok bersama Dato’ Suhaimi Abdullah,Penyelaras Parlimen Jerai.Kedua-dua mereka berkata demikian dimajlis penyampaian cek bantuan kepada mangsa kebakaran di Bedong.
Dalam kejadian  kebakaran yang berlaku 2 minggu lalu,sederet 6 buah kedai peniaga kecil di sini hangus dijilat api.YBhg Dato’ Hj. Tajul Urus bersama Dato’Suhaimi Abdullah yang melawat tapak kebakaran ketika kejadian telah berjanji kepada mangsa dan pemilik kedai untuk datang semula bagi menyelesaikan masalah mereka dan berjanji untuk menubuhkan satu tabung mangsa kebakaran.Untuk itu satu tabung mangsa kebakaran telah diwujudkan dengan dipengerusikan oleh En.Kalai,ketua MIC cawangan Bedong.



Turut berada di majlis yang diadakan secara ringkas itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Dr. Leong Yong Kong yang juga penasihat tabung tersebut.Dalam ucapan ringkasnya Yb.Leong berkata: "Ini adalah sebahagian usaha dari barisan kepimpinan Barisan Nasional untuk cuba membantu sedaya upaya sesiapa saja yang mengalami kerumitan dalam hidup".Beliau juga berterima kasih kepada semua yang terlibat membantu mangsa termasuk NGO serta AJK tabung mangsa kebakaran itu sendiri.Menurut beliau lagi,derma yang berjaya dikutip akan digunakan untuk membina semula kedai tersebut manakala jika mempunyai baki akan diagihkan kepada mangsa-mangsa kebakaran.

Yb.Dr.Leong bersama Dato'Tajul berbincang dengan En.Kalai.
Sementara itu,menurut Dato' Suhaimi pula,pembinaan kedai yang telah pun berjalan sebahagiannya itu juga telah dialihkan sedikit dari tapak sebelum ini yang mana peniaga juga mengadu bahawa gerai mereka terlalu hampir dengan landasan keretapi.Beliau juga mengulangi gesaannya sebelum ini supaya para peniaga berusaha mendapatkan pinjaman Tekun.menurutnya lagi,bagi mereka yang tinggal di sebelah Parlimen Jerai boleh berjumpa beliau untuk meminta sokongan bagi permohonan tersebut manakala bagi yang tinggal dikawasan Parlimen Merbok boleh berjumpa terus dengan Dato'Hj.Tajul Urus Mat zain.


Berbincang sesuatu berkenaan masa depan peniaga.
YBhg.Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain dalam ucapannya pula menyatakan "kami berjanji untuk memberikan sumbangan dan janji kami itu tidaklah besar,jadi kerana janji kami tidak besar kami hari ini boleh menunaikan,jika kami menjanjikan yang besar tapi tidak ditunaikan tidak berguna juga".


YBhg.Dato sedang menyediakan cek sumbangan.


Menurut beliau lagi,penduduk Bedong amat  beruntung kerana beliau sendiri menjaga Bedong,begitu juga Dato'Suhaimi dan Yb.Leong juga menjaga Bedong.Ini kerana Bedong terletak ditengah-tengah antara Parlimen Jerai Dan merbok.Beliau seterusnya berpesan kepada peniaga "Berniagalah,carilah duit,carilah ekonomi,tingkatkan pendapatan,kita akan terus hidup dalam 1 negara Malaysia yang aman,bersatu dan makmur".


Selain YBhg.Dato' Hj. Tajul Urus dan Dato'Suhaimi yang masing-masing meyumbang 6 ribu ringgit seorang,Yb.Dr.Leong serta beberapa NGO sekitar bedong juga turut menghulurkan derma kepada tabung tersebut.


Pengerusi JKKP Bedong menerima cek bagi pihak Tabung Mangsa Kebakaran.



Sementara itu,sebelum majlis berkenaan diadakan,Ybhg.Dato’ Hj.Tajul Urus Mat Zain dengan diringi Yb.Dr.Leong serta pengerusi JKKKP Bedong mengambil kesempatan untuk melawat ke beberapa tempat di sekitar Bedong.Antara yang menerima kunjungan  beliau ialah seorang wanita OKU yang juga bekas pelajar beliau ketika menjadi guru sebelum menceburi bidang politik.




Wanita berkenaan yang mengalami kecacatan pada kaki dan tangan kiri dipercayai akibat serangan strok 6 tahun lalu,kini tinggal bersama ibunya di sebuah rumah kedai .Dia yang kini berusia 40 tahun pernah berkerja sebagai akauntan namun telah diberhentikan setelah mengalami kecacatan.Atas faktor kegigigihan,beliau masih bekerja sebagai akauntan dengan beberapa syarikat yang sudi menawarkan beliau untuk bekerja dari rumah.Ketika ditanya apakah tindakan yang bakal diambil bagi membantu wanita tersebut,Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain menjelaskan bahawa beliau akan memberikan sumbangan peribadi serta akan mengusahakan supaya wanita tersebut mendapat elaun pekerja cacat (EPC) sebanyak RM 300 sebulan yang diperuntukkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Waktu yang masih berbaki kemudian membawa YBhg.Dato' ke beberapa buah rumah penduduk di sekitar Kampung Baru Bedong bagi meninjau masalah yang dihadapi penduduk.Kampung Baru Bedong  adalah sebuah kampung lama yang didiami penduduk kebanyakannya berketurunan cina dan india.Menurut seorang penduduk yang ditemui,Kampung Baru ini telah berusia lebih 60 tahun manakala tapak rumah di sini adalah pemberian kerajaan.kebanyakan penduduk yang tinggal di sini pula terdiri dari kalangan keluarga miskin ,mereka yang berkemampuan pula  telah berpindah untuk tinggal di bandar sungai Petani.Kerana itu kelihatan banyak rumah-rumah yang kosong yang menambahkan kesuraman kampung tersebut.


YBhg.Dato bersama Pengerusi JKKKP dan Yb.Dr.Leong melawat rumah penduduk.


Siling yang rosak akibat kebocoran bumbung.



Keadaan bumbung rumah yang memerlukan pembaikan.




Tiada ulasan: