Rabu, 7 September 2011

Kenyataan Media Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.


SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

Pengarang/Editor/Bilik Berita

Untuk menggalakkan lebih ramai warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan
ke atas mendaftar sebagai pemilih, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah
menyediakan kemudahan memuat turun Borang A (borang pendaftaran pemilih)
melalui Laman Sesawang SPR di www.spr.gov.my.Kemudahan ini disediakan
kepada Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) dan orang ramai yang mempunyai
kemudahan internet dan Borang A boleh dimuat turun mulai hari ini 6 September
2011. Dengan adanya kemudahan ini, semua PPP yang dilantik oleh SPR dapat
memuat turun Borang A mengikut keperluan mereka. Sebelum ini, dalam
melaksanakan urusan pendaftaran pemilih, PPP perlu mengambil Borang A
yang dikeluarkan oleh Pejabat-pejabat Pengarah Pilihan Raya Negeri Sahaja.
Manakala bagi orang ramai, iaitu warganegara Malaysia yang berumur 21
tahun dan ke atas yang layak boleh memuat turun borang tersebut untuk
memohon mendaftar sebagai pemilih. Walau bagaimanapun, pemohon
dikehendaki membuat salinan Borang A untuk simpanan mereka sebelum
dihantar ke kaunter-kaunter pendaftaran pemilih SPR. Tatacara pengisian dan
penghantaran Borang A ada dinyatakan dalam Laman Sesawang SPR.
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini boleh menghubungi Ibu Pejabat SPR
di Putrajaya di 03-88856500.

Sekian, terima kasih

(DATUK KAMARUDDIN MOHAMED BARIA)
Setiausaha
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Malaysia
Tarikh : 6 September 2011

Tiada ulasan: