Isnin, 13 Ogos 2012

Pemuda UMNO rai anak yatim berbuka puasa di Kelab Cinta Sayang.


Seramai 240 anak yatim diraikan dalam satu majlis berbuka puasa anjuran Pergerakan Pemuda (PPU) UMNO Merbok di Dewan Rajawali 2, Kelab Cinta Sayang, semalam.

Menurut ketuanya ,shaiful hazizy Zainal Abidin, program berkenaan diadakan khusus bagi meraikan anak yatim yang tidak tinggal di rumah-rumah anak yatim kerana kebiasaannya penghuni di rumah anak yatim telah mendapat sumbangan dari pelbagai pihak apatah lagi di bulan Ramadan.
Justeru pihaknya mengambil inisiatif lain dengan mengadakan majlis khusus untuk anak yatim yang masih tinggal bersama keluarga.
“Walaupun kita boleh buat kerja mudah dengan menghubungi rumah anak yatim untuk mengadakan program, tetapi kita tidak buat begitu kerana kita menyedari masih ada anak yatim yang tinggal dengan ibu atau bapa atau penjaga mereka di kampung dan kita tidak lupa kepada mereka ini”, katanya.
Turut hadir naib ketua UMNO bahagian Merbok, Abdul Rahman Ahmad, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Merbok, Dato' Zubir Sh. Saad, Timbalan Ketua Pemuda, Annuar Ahmad serta ketua-ketua pemuda seluruh Perlimen Merbok.
Dalam majlis itu anak-anak yatim terlibat turut menerima sumbangan 'duit raya'.
Shaiful Hazizy menyampaikan sumbangan 'duit raya' kepada anak yatim.