Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Walillah hilham.
Saya, Dato' Hj. Tajul Urus Hj. Mat Zain bersama seluruh ahli
keluarga, mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H
kepada seluruh umat Islam khususnya di Parlimen Merbok.
Alhamdullillah, syukur kita semua kehadrat Illahi kerana
dengan izin dan limpah kurniaNya, sekali lagi kita dapat meraikan syawal
ini dalam keadaan negara yang aman dan sejahtera. Semoga kemakmuran ini akan berkekalan
hendaknya.Marilah kita bersama mengambil kesempatan kedatangan syawal ini untuk
mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan kemesraan yang terjalin diantara
kita.
Andai jemari tak sempat berjabat, jika raga tak bisa bersua, bila ada kata berbekas luka, semoga pintu
maaf masih terbuka.
Kami sekeluarga dengan rasa rendah hati serta penuh
keinsafan menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf zahir dan batin.
Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Sekian.