TANJUNG DAWAI - Para nelayan diseru supaya mengambil inisiatif yang diberi oleh kerajaan pusat dengan menyertai skim insurans nelayan yang memberikan perlindungan sehingga RM50,000 dan RM100,000.
Penyelaras Parlimen Merbok, Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain berkata,
perlindungan insurans oleh MAA Takaful Berhad itu akan memberi kebaikan
kepada nelayan yang sentiasa terdedah dengan risiko terutama ketika keluar
menangkap ikan di laut.
“Jika terbabit dengan
kemalangan di laut mereka akan menerima pampasan RM100,000 dan jika di darat
RM50,000, " katanya kepada pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup
nelayan di pekarangan LKIM Tanjung Dawai.
Beliau berkata dengan premium hanya RM100 setahun, jumlah itu dilihat tidak membebankan jika dibanding dengan faedah yang diterima.
Beliau berkata dengan premium hanya RM100 setahun, jumlah itu dilihat tidak membebankan jika dibanding dengan faedah yang diterima.
Selain kematian, peserta yang terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan
kecacatan anggota serta memerlukan rawatan di hospital juga akan menerima
pampasan.
“Para nelayan akan dilindungi sebanyak RM50,000 jika
mengalami kecacatan kekal akibat kemalangan, bayaran sebanyak RM100
sehari sekiranya dimasukkan ke hospital untuk rawatan, elaun ambulans RM500 dan bayaran khairat kematian sebanyak RM2,000, " jelasnya.
Di majlis tersebut juga, Tajul turut menyerahkan cek pampasan bernilai
RM52,000 kepada Rabeah Ahmad, 62, balu seorang nelayan yang meninggal dunia akibat
kemalangan.
Sementara itu, pengarah LKIM Negeri Kedah, Mohamad Noor Had pula
berkata, sejak dilancarkan 14 Mei lalu, seramai 4,500 nelayan di negeri ini yang berdaftar sebagai ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dilindungi insurans ini.
Beliau turut berharap semua nelayan akan mendaftar serta menyertai skim insurans tersebut.
“Hanya nelayan berumur 18 hingga 70 tahun saja layak dilindungi insurans ini dengan bayaran premium RM100 setahun. Jika berlaku kejadian tidak diingini bermula saat nelayan keluar dari rumah untuk ke laut, di tengah lautan dan di darat ketika menjalankan tugas, mereka dilindungi insurans ini,” katanya.