Isnin, 6 Ogos 2012

RM100,000 untuk golongan memerlukan sempena Ramadan & Aidilfitri.

SUNGAI PETANI - Peruntukan sebanyak RM100,000 disediakan khusus bagi membantu golongan fakir miskin, orang kelainan upaya (OKU) serta ibu tunggal dalam usaha meringan beban mereka sempena bulan Ramadan serta persiapan menyambut Aidilfitri.

Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain berkata, bantuan tersebut merupakan program yang dijalan setiap tahun pada bulan Ramadan bagi membantu golongan yang memerlukan.

"Sumbangan barangan keperluan harian serta wang tunai itu akan disampaikan secara berkumpulan atau secara terus kepada golongan berkenaan yang telah dikenal pasti oleh pemimpin masyarakat atau oleh penduduk setempat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan kepada fakir miskin di Taman Ria Jaya di sini, semalam.