Selasa, 27 September 2011

"Disatu masa kita akan kembali bersatu dan teguh”.


"Berpantang maut sebelum ajal".tegas dan bersemangat,itulah dia,Yang Dipertua Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia(PSSPGM),Dato' Raja Abd Majid Raja Mat Isa.Beliau yang kini berusia 72 tahun merupakan pengasas kepada pertubuhan itu yang pada hari ini mempunyai hampir 1 juta ahli dengan beratus gelangangnya berada di serata malaysia,Singapura,Indonesia dan ramai yang tidak mengetahui pertubuhan ini juga mempunyai gelangang di Amerika Syarikat. 

Gelanggang utama atau juga lebih dikenali sebagai Gelangang Pusat terletak di Kampung Guar nenas,Gurun kedah.Gelangang ini merupakan pusat latihan tertinggi PSSPGM dimana ahli-ahli yang berguru di gelangang lain juga akan datang ke sini untuk menamatkan perguruan.






Diceritakan bahawa' Gayong',adalah nama seorang hulubalang melayu yang teragong.Beliau berpegang teguh pada amanah dan perintah Allah.Seterusnya melahirkan  seni  gayong.


Seni gayong tujuh hulubalang,Kisah 7 hulubalang adik-beradik belayar di lautan tujuh.Mereka berpantun ditengah lautan,”Pecah gayong didalam dulang,dulang hanyut di lautan tujuh,Perpecahan gayong perpecahan sayang,disatu masa kita akan kembali bersatu dan teguh”.



Mereka berpecah di seluruh tanah besar melayu.Hulubalang tersebut adalah Daeng Jalan,Daeng Celak,Daeng Merewak,Daeng mempawah,Daeng Telani,Daeng Pelonggi dan Daeng Kuning.Pada 1511 Masihi,Portugis telah berjaya menawan Melaka,menyebabkan sultan Mahmud serta pengikutnya terpaksa melarikan diri masuk kedalam hutan.Semasa didalam hutan,mereka telah bertempur dengan Portugis mengunakan batang kayu,buluh,rotan dan lain-lain lagi.Berperang dengan senjata ini dinamakan ‘Bergayong’.Dari sinilah gayong tercipta.Pada zaman tersebut,ada seorang pemuda yang bernama Gayong yang tinggal berhampiran dengan hutan.Kerja sehariannya ialah mengumpul hasil hutan seperti damar,rotan,sarang burung dan lain-lain lagi.Semasa didalam hutan Gayong gemar melihat  haiwan-haiwan seperti  musang,ayam,harimau dan haiwan lain mempertahankan diri mereka daripada musuh yang menyerang.Dari situ,Gayong telah mengaplikasikan gerakan haiwan-haiwan itu lalu terciptalah seni gayong.

Kewujudan Gayong Di Malaysia,
Seni gayong ditubuhkan pada tahun 1983 oleh Dato’Daeng Uda Mohammad Hashim bersama anak-anaknya iaitu Daeng Meor abd Aziz dan Daeng Meor Abd Rahman(Pak Guru Dato’ Meor Abd Rahman)Berpusat di Ayer Kuning,Taiping,Perak.Dato’ Meor abd Rahman merupakan keturunan salah seorang Bugis 7 bersaudara(Daeng Kuning atau Panglima Hitam).Panglima Hitam merupakan moyang kepada Dato’ Meor.Beliau mempelajari seni silat ini dari  daripada datukya iaitu Syed Zainal samasa berusia 11 tahun(1928).semasa muda,beliau banyak menghabiskan masa dengan menjelajah ke seluruh Tanah Melayu terutamanya di sempadan siam.semasa berumur 19 tahun,beliau telah mempertontonkan kebolehannya dalam bersilat.Beliau diberi gelaran ‘Panglima Sendo’ oleh sultan perak.Pada bulan April 1957 Abd Majid Mat Isa menyertai seni silat gayong.Berlatih dengan 'Guru Latih' Ismail Mansor selama setahun.Pada tahun 1959,Dato’ Meor Abd  Rahman bersama Dato’ Onn Jaafar dan ketua-ketua seni silat gayong Singapura dan johor membuat lawatan ke Kedah dan membawa Abd Majid Mat Isa ke singapura untuk menjalani latihan selama setahun di Pusat Latihan Seni Silat Gayong Singapura.Pada tahun 1960’Abd Majid Mat Isa dilantik menjadi Guru Latih,seterusnya menjadi 'Guru Latih' di Kedah,Perlis dan Pulau Pinang.Pada tahun 1963 Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia didaftarkan  dan diluluskan dengan nombor pendaftaran 361 di Johor Bahru atas nama Dato’ Onn Jaafar.Pada Ogos 1977,Abd Majid Mat Isa telah dipecat daripada menjadi Guru Latih Tertinggi oleh Dato’ Meor.”Disebabkan fitnah,gila kuasa,gila pangkat dan inginkan kemewahan,ada antara guru latih yang tidak beramanah telah membuat fitnah kepada saya” katanya.


Pada April 1978,Pertubuhan Seni silat Pusaka Gayong Malaysia ditubuhkan dengan nombor pendaftaran 1756.Pada mulanya hanya 6 cawanagan ditubuhkan iaitu 5 di Kedah dan 1 di Perlis dengan ahli seramai 200 orang.Pertubuhan ini bergerak dengan baik hingga sekarang.



Pada hari ahad(25/9/2011)yang lalu,Pertubuhan ini telah mengadakan 'Majlis Raya Merdeka Pusaka Gayong' yang dianjurkan oleh 'Belia Panji Lekir', iaitu satu kumpulan yang diketuai anak kelima Dato' Raja Abd Majid iaitu Sham Putra atau lebih dikenali sebagai Lekir dikalangan penuntut.

YBhg. Dato'Hj.Tajul Urus Mat Zain bersama Penyelaras Parlimen Jerai,YBhg. Dato'Suhaimi Abdullah yang merupakan 'Penasihat Waris-Waris Beradad' kepada PSSPGM dan juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah,YBhg.Dato' Latt Shariman Bin Abdullah telah menghadiri majlis tersebut sebagai tetamu kehormat.Turut serta ADUN Gurun,Yb. Dr. Leong Yong Kong,Mantan ADUN Bukit Selambau,Dato' V.Saravanan serta beberapa kenamaan  lain termasuk vvip dari PSSPGM sendiri.

YBhg.Dato' Hj. Tajul Urus

YBhg.Dato' Suhaimi Abdullah


Bersama YBhg.Dato' Latt Shariman

Majlis itu dimeriahkan dengan pertunjukan silat pelbagai kategori oleh penuntut yang memukau mata penonton yang semakin lama semakin ramai memenuhi kawasan gelanggang.Antara pertunjukan menarik adalah pertunjukan tempur parang.


Adik Saiful Imran,baru pulang dari sarawak kerana menyertai pertandingan  silat sekolah-sekolah peringkat kebangsaann.


"Kalau kail panjang sejengkal,lautan dalam jangan diduga."


Lemang,antara juadah disediakan.


    **Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) lahir daripada kata sepakat anak-anak Gayong Kedah Darulaman yang mana tidak mempunyai pilihan selain mendaftar pertubuhan silat ini pada tahun 1978 setelah kewibawaan Guru Kanan(Tertinggi) Gayong Malaysia pada masa itu, Cikgu Abdul Majid bin Mat Isa telah difitnah mengarahkan suatu kutipan bayaran dari setiap anak-anak Gayong negeri Kedah, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan dengan menggunakan nama Allahyarham Dato' Mahaguru. Dalang yang menyebar fitnah tersebut terdiri daripada bekas-bekas anak murid Cikgu Abdul Majid sendiri. Dato' Meor Abdul Rahman selaku Mahaguru Gayong Malaysia merestui PSSPGM malah pernah menyatakan bahawa sekiranya ingin belajar lebih lanjut bolehlah ke Gurun (gelanggang pusat PSSPGM). Ini kerana keseluruhan silibus Gayong berdasarkan ilmu yang diperolehi daripada Dato' Meor Abd. Rahman adalah disusun dan ditambah oleh pihak Cikgu Abd Majid Mat Isa (Guru Utama PSSPGM) dan Cikgu Awang Daud (Gurulatih Kanan PSSPGM).


Namun, yang benar tetap terbela atas dasar berani kerana benar. Atas dasar tersebut, hubungan pihak sesama Gayong tidak pernah putus walaupun berbeza pentadbirannya. Malah kebanyakan gelanggang Gayong membuka latihannya kepada ahli Gayong yang bukan di bawah naungan yang sama. Ini jelas menunjukkan bahawa perpecahan Gayong sememangnya suatu perpecahan sayang.
Yang benar akan dipelihara Tuhan, yang bersalah lambat laun menerima balasan. Bagi anak-anak Pusaka Gayong, peristiwa itu membangkitkan kesedaran agar tidak berulang buat kali kedua. 33 tahun berlalu, Pusaka Gayong tetap berdiri gagah di atas kaki sendiri dan kini mempunyai cawangan di seluruh Malaysia samada bergelanggang di kampung, masjid, sekolah dan termasuk di Institut Pengajian Tinggi. Sumbangan PSSPGM kepada perkembangan silat di Malaysia sememangnya tidak dapat dinafikan malah banyak kali memenangi anugerah-anugerah dan pingat di peringkat antarabangsa.  
 "Saya tetap menganggap peristiwa pemecatan saya dari Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia sebagai suratan takdir. Tidak perlu saya sebut nama dalang yang sengaja menconteng arang di muka saya. Walaupun begitu hubungan saya dengan Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman tetap mesra. Pusaka Gayong bukan hak saya atau negeri Kedah tapi hak keturunan bangsa Melayu yang dipusakai dari pahlawan Melayu dahulukala terutama(nya) keturunan Meor Abdul Aziz. Jasanya mengembangkan Silat Seni Gayong di negeri-negeri di bahagian Utara tetap dikenang hingga ke akhir hayat. Allahyarham juga membawa anak-anak Gayong Kedah ke Taiping untuk menerima ujian dan ijazah kebatinan daripada ayahandanya Daeng Uda Mohd.Hashim sambil dibantu oleh Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman." -Ayahnda Dato' Abd Majid Mat Isa
Sebagaimana dulu dan kini, kesemua pihak ketahui bahawa Pusaka Gayong bukanlah tertubuhnya kerana siapa mahukan kuasa atau menafikan hak Dato' Meor sebagaimana Gayong PASAK didaftarkan. Tetapi adalah cemburu dan dengki itu menjadi darah melayu. Sehingga kini, setiap kali Perlimau Tapak,adalah menjadi tradisi kami sumpah dan ikrar kami adalah sebagai Anak SILAT SENI GAYONG.. bukan Pusaka Gayong, Gayong Malaysia atau PASAK dan sebagainya. Ini kerana pihak kami tidak pernah menafikan bahawa keturunan Meor Abdul Aziz dan Meor Abdul Rahman sebagai pemegang hak Gayong atau Silat Sendi Harimau ini.

Sabtu, 24 September 2011

Konvensyen Barisan Nasional Negeri Kedah 2011


YBhg.Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain hari ini menyertai kepimpinan BN negeri Kedah untuk berkumpul bersama kira-kira 1,000 orang perwakilan serta sayap parti komponen Barisan Nasional Negeri Kedah yang memenuhi Dewan Serbaguna Kompleks Kementerian Dalam Negeri Anak Bukit bagi mengikuti 'KONVENSYEN BARISAN NASIONAL NEGERI KEDAH 2011'.

Para perwakilan memenuhi dewan.

Konvensyen yang bermula jam 8.30 pagi ini bermatlamat untuk menggerakkan halatuju Barisan Nasional (BN) negeri kedah bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.Konvensyen itu turut dihadiri Timb.Pengerusi BN Kedah Dato' Mukhriz Mahathir,Pengerusi MCA Kedah Dato' Chong Itt Chew,Pengerusi Parti Gerakan Kedah YB Dr. Cheah Soon Hai,Pengerusi MIC kedah En. Ananthan a/l Somasundaram,Pengerusi IPF Kedah En.K.Velauthan,Pengerusi PPP Kedah En. Dass a/l Ramasamy,Mantan MB Kedah Dato' Seri Mahazir Khalid serta seluruh Ketua-Ketua Bahagian dan AJK Parti.Dirasmikan oleh Pengerusi Barisan Nasional Negeri,YBhg. Dato' Paduka Ahmad Bashah Md.Hanipah.

YBhg. Dato' Paduka Ahmad Bashah dalam ucapan perasmiannya berkata "kepada kepimpinan Barisan Nasional yang ada diatas dan juga dibawah,saya ingin menanamkan penghargaan dan terima kasih diatas kesudian tuan-tuan dan puan-puan melapangkan masa untuk bersama-sama memainkan peranan pada pagi ini samada untuk kita mendengar atau pun untuk kita memperkatakan sesuatu untuk masa depan Barisan Nasional khususnya di negeri Kedah yang akan kita hadapi cabaran dan juga dugaan yang menanti kita dihadapan dalam pergelutan untuk menentukan kuasa bagi melihat masa depan rakyat khususnya di negeri Kedah".

Beliau juga berkata,kehadiran para perwakilan pada konvensyen ini adalah kehadiran yang menanda dan membuktikan bahawa setiap daripada mereka ingin memainkan peranan mereka dan ingin berada didalam 1 pasukan serta 1 barisan untuk sama-sama memperjuangkan wadah yang telah diperjuangkan oleh pemimpin terdahulu yang membolehkan hari ini kita menikmati segala kemudahan yang ada dihadapan kita.

                    "Bila kita berkuasa,dengan kuasa itulah kita mengembalikan keperluan rakyat.Dengan kuasa yang ada didalam tangan kita Barisan Nasional bagaimana  kita bangunkan negara kita,bagaimana bila kuasa di negeri Kedah berada dalan tangan Barisan Nasional,bagaimana kita membangunkan negeri Kedah sebelum 2008.Sebab itu kuasa ini adalah penting untuk kita mememenuhi segala keperluan rakyat segenap lapisan masyarakat dan berbilang bangsa.Keperluan mereka bermacam-macam,dalam bidang pendidikan mereka memerlukan perhatian,dalam bidang kesihatan dan begitu juga ekonomi".


Demikian petikan sebahagian ucapan beliau yang berlanjutan selama lebih sejam dihadapan para perwakilan sebelum konvensyen berhenti rehat untuk minum pagi selama kira-kira 15 minit.Konvensyen kemudiannya diteruskan lagi dengan sesi ucapan oleh pengerusi parti-parti komponen dan sayap-sayap parti sebelum berakhir kira-kira pukul 1.30 petang.


Ketika ditemui pemberita,Dato' Ahmad Bashah berkata BN Kedah meletakkan sasaran menyapu bersih kesemua 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi dewan undangan negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
Walaupun sasaran tersebut agak tinggi tetapi ia tidak mustahil boleh dicapai menerusi perpaduan,gerak kerja dan strategi tersusun selain mengambil angin perubahan rakyat yang semakin menolak pakatan pembangkang.

"BN bukan sahaja mahu menawan semula Kedah dengan memenangi kerusi DUN tetapi juga memastikan kesemua kerusi Parlimen dimenangi bagi membantu menyumbang kekuatan kepada Perdana Menteri untuk mempertahankan Putrajaya".

"Ini boleh dilakukan kerana kita mempunyai banyak senarai calon boleh menang yang akan diletakkan di semua kerusi DUN dan Parlimen"
Beliau berkata,walaupun sasaran menyapu bersih kerusi itu bukan mudah tetapi BN terbukti mampu meraih sokongan padu seperti pada Pilihan Raya Umum Ke-11 dan sebelumnya.Pada pilihan raya lalu, BN memenangi 14 kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen.

Dato' Ahmad Bashah juga berkata, sama ada kerusi tersebut terletak di kawasan yang dikategorikan sebagai 'hitam, putih atau kelabu', jentera pilihan raya diminta berfikiran positif dan mempunyai keyakinan tinggi untuk memenangkan calon BN pada pilihan raya.Menurut Dato' Ahmad Bashah lagi,jentera BN daripada parti komponen perlu terus 'meredah' menemui rakyat di akar umbi dan mengambil tahu dan menyelesaikan masalah mereka.Lebih-lebih lagi, kata beliau, 'aura' kewibawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak begitu ketara kerana rakyat amat menyokong perubahan termasuk dasar kerajaan untuk kepentingan rakyat.
 "Dengan sokongan kepada Perdana Menteri yang semakin kuat sekarang dan pelbagai masalah pakatan pembangkang, kalau peluang ini kita tidak ambil maka kita akan rugi" jelasnya.





Sementara itu semasa sesi temubual bersama Timbalan Pengerusi BN Negeri,Dato' Mukhriz Tun Mahathir yang ditanya pemberita  berkenaan golongan muda pula berkata "Kerajaan sentiasa merancang pelbagai program bagi memenuhi keperluan golongan muda hari ini mengharungi kehidupan dalam suasana ekonomi yang serba mencabar.Dengan tuntutan golongan itu yang mengutamakan mendapat pekerjaan, rumah dan menjalankan perniagaan, kerajaan faham dan sedar perkara ini dan sebab itu pelbagai kemudahan disediakan untuk meringankan atau menyelesaikan langsung bebanan golongan itu".Jika kita bercakap mengenai prinsip perjuangan mungkin tidak menyentuh hati mereka kerana yang dituntut adalah peluang mendapat pekerjaan dan seterusnya memiliki rumah serta berniaga".



Beliau selanjutnya berkata,sokongan golongan muda kepada BN semakin pulih namun masih banyak usaha perlu dilaksanakan supaya mereka terus menyokong perjuangan Parti. 




Rabu, 21 September 2011

Kami Datang Untuk Tunaikan Janji!


Kami datang untuk tunaikan janji kami.Itu kata YBhg.Dato’ Hj.Tajul Urus Mat Zain,Penyelaras Parlimen Merbok bersama Dato’ Suhaimi Abdullah,Penyelaras Parlimen Jerai.Kedua-dua mereka berkata demikian dimajlis penyampaian cek bantuan kepada mangsa kebakaran di Bedong.
Dalam kejadian  kebakaran yang berlaku 2 minggu lalu,sederet 6 buah kedai peniaga kecil di sini hangus dijilat api.YBhg Dato’ Hj. Tajul Urus bersama Dato’Suhaimi Abdullah yang melawat tapak kebakaran ketika kejadian telah berjanji kepada mangsa dan pemilik kedai untuk datang semula bagi menyelesaikan masalah mereka dan berjanji untuk menubuhkan satu tabung mangsa kebakaran.Untuk itu satu tabung mangsa kebakaran telah diwujudkan dengan dipengerusikan oleh En.Kalai,ketua MIC cawangan Bedong.



Turut berada di majlis yang diadakan secara ringkas itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Dr. Leong Yong Kong yang juga penasihat tabung tersebut.Dalam ucapan ringkasnya Yb.Leong berkata: "Ini adalah sebahagian usaha dari barisan kepimpinan Barisan Nasional untuk cuba membantu sedaya upaya sesiapa saja yang mengalami kerumitan dalam hidup".Beliau juga berterima kasih kepada semua yang terlibat membantu mangsa termasuk NGO serta AJK tabung mangsa kebakaran itu sendiri.Menurut beliau lagi,derma yang berjaya dikutip akan digunakan untuk membina semula kedai tersebut manakala jika mempunyai baki akan diagihkan kepada mangsa-mangsa kebakaran.

Yb.Dr.Leong bersama Dato'Tajul berbincang dengan En.Kalai.
Sementara itu,menurut Dato' Suhaimi pula,pembinaan kedai yang telah pun berjalan sebahagiannya itu juga telah dialihkan sedikit dari tapak sebelum ini yang mana peniaga juga mengadu bahawa gerai mereka terlalu hampir dengan landasan keretapi.Beliau juga mengulangi gesaannya sebelum ini supaya para peniaga berusaha mendapatkan pinjaman Tekun.menurutnya lagi,bagi mereka yang tinggal di sebelah Parlimen Jerai boleh berjumpa beliau untuk meminta sokongan bagi permohonan tersebut manakala bagi yang tinggal dikawasan Parlimen Merbok boleh berjumpa terus dengan Dato'Hj.Tajul Urus Mat zain.


Berbincang sesuatu berkenaan masa depan peniaga.
YBhg.Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain dalam ucapannya pula menyatakan "kami berjanji untuk memberikan sumbangan dan janji kami itu tidaklah besar,jadi kerana janji kami tidak besar kami hari ini boleh menunaikan,jika kami menjanjikan yang besar tapi tidak ditunaikan tidak berguna juga".


YBhg.Dato sedang menyediakan cek sumbangan.


Menurut beliau lagi,penduduk Bedong amat  beruntung kerana beliau sendiri menjaga Bedong,begitu juga Dato'Suhaimi dan Yb.Leong juga menjaga Bedong.Ini kerana Bedong terletak ditengah-tengah antara Parlimen Jerai Dan merbok.Beliau seterusnya berpesan kepada peniaga "Berniagalah,carilah duit,carilah ekonomi,tingkatkan pendapatan,kita akan terus hidup dalam 1 negara Malaysia yang aman,bersatu dan makmur".


Selain YBhg.Dato' Hj. Tajul Urus dan Dato'Suhaimi yang masing-masing meyumbang 6 ribu ringgit seorang,Yb.Dr.Leong serta beberapa NGO sekitar bedong juga turut menghulurkan derma kepada tabung tersebut.


Pengerusi JKKP Bedong menerima cek bagi pihak Tabung Mangsa Kebakaran.



Sementara itu,sebelum majlis berkenaan diadakan,Ybhg.Dato’ Hj.Tajul Urus Mat Zain dengan diringi Yb.Dr.Leong serta pengerusi JKKKP Bedong mengambil kesempatan untuk melawat ke beberapa tempat di sekitar Bedong.Antara yang menerima kunjungan  beliau ialah seorang wanita OKU yang juga bekas pelajar beliau ketika menjadi guru sebelum menceburi bidang politik.




Wanita berkenaan yang mengalami kecacatan pada kaki dan tangan kiri dipercayai akibat serangan strok 6 tahun lalu,kini tinggal bersama ibunya di sebuah rumah kedai .Dia yang kini berusia 40 tahun pernah berkerja sebagai akauntan namun telah diberhentikan setelah mengalami kecacatan.Atas faktor kegigigihan,beliau masih bekerja sebagai akauntan dengan beberapa syarikat yang sudi menawarkan beliau untuk bekerja dari rumah.Ketika ditanya apakah tindakan yang bakal diambil bagi membantu wanita tersebut,Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain menjelaskan bahawa beliau akan memberikan sumbangan peribadi serta akan mengusahakan supaya wanita tersebut mendapat elaun pekerja cacat (EPC) sebanyak RM 300 sebulan yang diperuntukkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Waktu yang masih berbaki kemudian membawa YBhg.Dato' ke beberapa buah rumah penduduk di sekitar Kampung Baru Bedong bagi meninjau masalah yang dihadapi penduduk.Kampung Baru Bedong  adalah sebuah kampung lama yang didiami penduduk kebanyakannya berketurunan cina dan india.Menurut seorang penduduk yang ditemui,Kampung Baru ini telah berusia lebih 60 tahun manakala tapak rumah di sini adalah pemberian kerajaan.kebanyakan penduduk yang tinggal di sini pula terdiri dari kalangan keluarga miskin ,mereka yang berkemampuan pula  telah berpindah untuk tinggal di bandar sungai Petani.Kerana itu kelihatan banyak rumah-rumah yang kosong yang menambahkan kesuraman kampung tersebut.


YBhg.Dato bersama Pengerusi JKKKP dan Yb.Dr.Leong melawat rumah penduduk.


Siling yang rosak akibat kebocoran bumbung.



Keadaan bumbung rumah yang memerlukan pembaikan.




Ahad, 11 September 2011

Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) Sempena Jamuan Raya Anggota Tentera Bersama Orang Awam.




YBhg.Dato'Hj.Tajul Urus Mat Zain hari ini hadir bagi merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya Sempena Jamuan Raya Anggota Tentera Bersama Orang Awam di Markas Tentera 6 Briged Sungai Petani.Program itu turut dihadiri Panglima 6 Briged ,YBhg. Brigdier Jeneral Dato' Md Tajri Bin Alwi,Ketua Staf Markas 6 Briged,Lt.kol.Abdul Jamil Bin Othman,Pengarah Kebudayaan Dan Kesenian Negara Kedah,Tn.Hj.Che Kassim Bin Mahmud serta Pegawai Khas kepada Y.A.B Perdana Menteri Malaysia,Dato'Ghazali Ibrahim.


Program yang dianjurkan oleh Jabatan Kesenian Dan Kebudayaan Negara itu antara lain bertujuan menyedarkan masyarakat bahawa kebudayaan memainkan peranan yang sangat penting dalam memupuk Bangsa Malaysia yang bersatu dan harmoni.Jabatan kesenian dan kebudayaan negara merupakan satu jabatan dibawah Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan,manakala Markas 6 Briged pula telah dipilih sebagai rakan penganjur program tersebut.
Pada permulaan program tersebut,diwarnai dengan pelbagai acara seperti permainan congkak raksasa,melukis dan lain-lain persembahan yang berlangsung pada sebelah pagi.


YBhg.Dato'Hj.Tajul Urus Mat Zain dalam ucapannya berkata,"Walaupun pada hari ini angkatan tentera telah dicabar dengan satu kenyataan yang begitu mengguris perasaan anggota keselamatan,saya mempunyai keyakinan bahawa tentera menpunyai ketahanan bahawa inilah cabaran-cabaran yang bukan saja perlu dihadapi tentera dalam hutan tetapi juga kenyataan-kenyataan oleh mereka yang tidak faham pengorbanan yang dibuat anggota keselamatan samada tentera atau pun pasukan polis.Kenyataan yang dibuat bahawa komunis adalah hero negara itu adalah satu kenyataan yang keterlaluan dan kami orang awam akan bersama dengan pasukan keselamatan yang kita menolak kenyataan itu".


Menyentuh berkenaan aktiviti,Ybhg.Dato’ juga menyatakan kesediaan beliau untuk sentiasa memberikan komitmen dan  berbincang bersama panglima serta pegawai-pegawai  yang lain bagi merencanakan  program-program  seperti sukan dan sebagainya .
Beliau juga berharap program-program seperti ini akan terus mengeratkan silaturahim diantara tentera dengan orang awam.


YBhg.Dato.Hj.Tajul Urus Mat Zain seterusnya dijemput untuk menyampaikan sumbangan kepada anggota-anggota cemerlang dan wira-wira negara.Antara penerima sumbangan tersebut adalah staf sarjan (B) Rizal Bin Ismail dan Sarjan (B) Sabri Bin Ahmad yang pernah bertugas di somalia di bawah panji PBB dalam misi United Nation Operation Somalia II bagi menyelamatkan tentera Amerika yang terperangkap dalam zon perang di Pasar Bakara dekat Mogadishu pada 1993.


Seorang lagi penerima ialah Sarjan (B) Mansor Bin Awang, yang mula berhidmat pada 1971 dibawah 4 RAMD.Semasa melakukan operasi 'Opss Pagar' pada 7.5.1977 di Grik,Perak untuk menjejaki laluan komunis,beliau mengalami kecederaan akibat jerangkap samar dan hilang kaki kanan.


Turut menerima penghargaan pada majlis itu ialah Lans.Koperal (B)Yusof Bin Ahmad,Pernah bertugas di Rejimen 1 Renjer.Semasa operasi menentang komunis di tanjung Pari,Baling  pada 1982,beliau telah terkena jerangkap samar semasa membuat rondaan dan kehilangan kaki kanan.

YBhg.Dato' bertanya sesuatu kepada Lans.Koperal (B) Yusof Bin Ahmad
                                                                  

Bersama wira-wira negara,2 dari kiri Rizal Bin ismail,Mansor Bin Awang,Sabri Bin Ahmad dan Yusof Bin Ahmad


YBhg.Dato' Hj.Tajul Urus Mat Zain kemudiannya diiringi oleh YBhg. Brigdier Jeneral Dato' Md Tajri Bin Alwi serta Lt.kol.Abdul Jamil untuk melawat tapak pameran kelengkapan Angkatan Tentera.



'Sniper Rifle'
YBhg.Dato'Md Tajri memberi penjelasan berkenaan RPG,senjata paling digeruni ketika perang Somalia,inilah senjata yang meragut nyawa Koperal Mat Aznan Awang .
     .              
Senjata komunis yang dirampas.
                                                 
Pengesan periuk api.
                                                   

Sabtu, 10 September 2011

Rumah Terbuka UMNO Bahagian Merbok.



Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO  Bahagian Merbok telah diadakan siang tadi(10/10/2011) bertempat di Kompleks Kebajikan Masyarakat Sungai Petani,Kedah.Majlis tersebut yang bermula pada jam 12.00 tengahari,berlangsung selama 4 jam sehingga pukul 4.00 petang.




Diangarkan lebih dari 8000 orang tetamu pelbagai kaum telah membanjiri khemah-khemah yang terletak diperkarangan kompleks tersebut,juga didalam dewan.UMNO Bahagian Merbok melalui ketua bahagiannya,YBhg. Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain bersama AJK  Bahagian telah berusaha untuk menjadikan rumah terbuka pada kali ini menjadi yang terbaik berbanding pada tahun-tahun yang lepas.Rata-rata tetamu yang ditemui juga melahirkan rasa gembira serta amat berpuas hati dengan sambutan serta juadah yang disediakan.Pelbagai juadah istimewa telah disediakan untuk tetamu yang hadir.Ada diantara tetamu yang hadir turut membawa bersama pelbagai jenis aduan juga surat permohonan yang memerlukan perhatian dari YBhg. Dato’ selaku penyelaras Parlimen Merbok yang dikenali penduduk sebagai pemimpin yang amat perihatin akan permasalahan Rakyat.

Masakan panas turut disedikan
                                                           
Melayan tetamu dengan surat permohonan untuk perhatian YBhg.Dato'
Wakil dari parti-parti komponen BN yang  hadir juga turut merasa gembira dan berpuas hati dengan penganjuran majlis tersebut yang disifatkan  oleh mereka sebagai amat berjaya.Menurut mereka,majlis yang meriah seperti  ini bukan saja dapat merapatkan hubungan kaum tetapi juga dapat menebalkan semangat setiakawan rakyat pelbagai kaum di negara ini.mereka juga mengambil kesempatan untuk bergambar kenangan bersama YBhg. Dato’.



Dalam pada itu YBhg. Dato' juga mengambil kesempatan pada majlis tersebut untuk menyampaikan bantuan pinjaman Tekun kepada peminjam yang telah berjaya dalam permohonan mereka.Sambil mengucapkan tahniah,beliau turut menasihatkan mereka agar senantiasa bersifat tekun dalam menjalankan apa jua jenis perniagaan dan usaha yang diceburi demi untuk memajukan diri serta meningkatkan kualiti hidup.Menurut beliau,pihak kerajaan sentiasa mencari jalan bagi membantu mereka yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan,namun yang akan menentukan kejayaan mereka adalah diri mereka sendiri.Beliau turut menyarankan agar mereka berusaha untuk mendalami ilmu berkaitan bidang yang diceburi.


Sebahagian penerima pinjaman Tekun.
Lokasi majlis,Dewan serbaguna di kompleks kebajikan masyarakat sungai petani 


Pada kira-kira jam 3.00 petang pula turut diadakan majlis penyampaian bantuan Pertubuhan Peladang Kawasan(PPK)Merbok yang menyaksikan pelbagai jenis bantuan diberikan kapada rakyat tanpa mengira kaum seperti bot gentian kaca,enjin sangkut serta pukat.acara penyampaian bantuan telah disempurnakan oleh Pengerusi  Badan Perhubungan UMNO Negeri  kedah,Dato’ Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah yang turut hadir pada majlis itu.

                                               



Rabu, 7 September 2011

Daya Saing Negara Meningkat.


Kedudukan Malaysia dalam Laporan Daya Saing Global 2011-2012 meningkat ke tangga 21 daripada tangga ke-26 tahun lepas, di kalangan 142 negara.

Malaysia berada di kedudukan keenam di kalangan ekonomi Asia Pasifik dan kedua di ASEAN dengan skor 5.08 mata daripada maksimum 7 (72.6 peratus) berbanding 4.88 tahun.

Switzerland mengekalkan kedudukan nombor 1 dengan skor 5.74 mata (82 peratus), diikuti Singapura (5.63), Sweden (5.61) dan Finland (5.47).

AS terus mencatatkan penurunan bagi tiga tahun berturut-turut, turun satu lagi tangga ke kedudukan kelima dengan skor 5.43.

Menurut laporan itu, kemajuan Malaysia memberangsangkan terutama dalam tunggak persekitaran ekonomi makro dan institusi, serta dalam beberapa langkah kecekapan pasaran.

"Antara kelebihan daripada prestasi kukuh dan konsisten ini ialah sektor kewangan Malaysia yang cekap dan kukuh — yang berada di kalangan ekonomi paling maju dunia, hanya di belakang Singapura dan Hong Kong — dan pasaran barangannya yang cekap, berada di kedudukan ke-15,” kata laporan itu.

Selain itu, situasi ekonomi makro Malaysia telah bertambah baik sejak tahun lepas berada di kedudukan ke-29, walaupun negara terus mencatatkan defisit bajet kira-kira lima peratus daripada keluaran dalam negara kasar. – Bernama

Kenyataan Media Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.


SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

Pengarang/Editor/Bilik Berita

Untuk menggalakkan lebih ramai warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan
ke atas mendaftar sebagai pemilih, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah
menyediakan kemudahan memuat turun Borang A (borang pendaftaran pemilih)
melalui Laman Sesawang SPR di www.spr.gov.my.Kemudahan ini disediakan
kepada Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) dan orang ramai yang mempunyai
kemudahan internet dan Borang A boleh dimuat turun mulai hari ini 6 September
2011. Dengan adanya kemudahan ini, semua PPP yang dilantik oleh SPR dapat
memuat turun Borang A mengikut keperluan mereka. Sebelum ini, dalam
melaksanakan urusan pendaftaran pemilih, PPP perlu mengambil Borang A
yang dikeluarkan oleh Pejabat-pejabat Pengarah Pilihan Raya Negeri Sahaja.
Manakala bagi orang ramai, iaitu warganegara Malaysia yang berumur 21
tahun dan ke atas yang layak boleh memuat turun borang tersebut untuk
memohon mendaftar sebagai pemilih. Walau bagaimanapun, pemohon
dikehendaki membuat salinan Borang A untuk simpanan mereka sebelum
dihantar ke kaunter-kaunter pendaftaran pemilih SPR. Tatacara pengisian dan
penghantaran Borang A ada dinyatakan dalam Laman Sesawang SPR.
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini boleh menghubungi Ibu Pejabat SPR
di Putrajaya di 03-88856500.

Sekian, terima kasih

(DATUK KAMARUDDIN MOHAMED BARIA)
Setiausaha
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Malaysia
Tarikh : 6 September 2011

Isnin, 5 September 2011

Keluarga Noramfaizul Akan Terima Pampasan


Keluarga jurukamera BernamaTV yang terbunuh di Somalia, Noramfaizul Mohd. Nor, akan menerima pampasan RM200,000 di bawah skim insurans yang dibeli Kelab Putera 1Malaysia.

Presiden kelab itu, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, beliau dimaklumkan syarikat insurans bahawa pampasan RM200,000 akan diberikan kepada keluarga Noramfaizul.

Beliau berkata demikian pada program Selamat Pagi Malaysia RTM yang berlangsung pagi tadi di Angkasapuri di sini. - Utusan

Noramfaizul Mati Syahid.


Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor yang terbunuh di Somalia boleh disifatkan sebagai mati syahid kerana Allahyarham terkorban semasa misi membantu meringankan penderitaan dan kesengsaraan rakyat Somalia yang majoritinya beragama Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebagai umat Islam, Allahyarham layak diberi pengiktirafan tertinggi itu kerana turut telah membuka mata rakyat negara ini akan penderitaan yang dialami rakyat Somalia.


“Allahyarham yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini serta rakan-rakan media lain ternyata pejuang yang hebat kerana berani untuk membuat liputan di negara yang bergolak seperti Somalia"katanya. - Utusan Online.

Ahad, 4 September 2011

Al-Fatihah



Al-Fatihah buat Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor,jurukamera BernamaTV Yang meninggal dunia ketika bertugas bersama misi kemanusiaan di Somalia.

Noramfaizul,41, meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan bersama beberapa petugas media Malaysia lain yang mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia untuk membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang waktu tempatan itu (10.30 malam waktu Malaysia), konvoi tiga kenderaan termasuk sebuah kenderaan tentera kerajaan Somalia ditembak oleh penyerang tidak dikenali kira-kira 200 meter sebelum memasuki hotel berkenaan.Tembakan yang terkena bahu kanan Noramfaizul itu dilaporkan menembusi paru-parunya dan menyebabkan Allahyarham meninggal dunia ketika dirawat di hospital berdekatan kira-kira pukul 6.07 petang waktu tempatan sementara Rakan setugasnya Aji Saregar,jurukamera TV3 cedera di lengan.Allahyarham adalah anak tunggal dalam keluarganya,meninggalkan seorang balu serta dua anak yang masih kecil.

Noramfaizul  telah mengikuti beberapa misi kemanusiaan Malaysia di seberang laut yang bertujuan untuk menolong mereka yang amat memerlukan bantuan.Sesungguhnya amal bakti yang dilakukan Allahyarham amat besar ertinya bagi yang memerlukan.


Foto Noramfaizul Mohd. Nor yang dirakamkan oleh rakan setugasnya beberapa jam sebelum jurukamera BernamaTV itu terbunuh setelah terkena tembakan curi ketika menyertai misi bantuan di Somalia.

Takziah buat keluarga Allahyarham,walaupun tidak mengenali beliau secara peribadi namun pemergiannya terasa seperti kehilangan seorang rakan yang akrab.Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang yang bertaqwa.


                                                                       AL-FATIHAH,