Anwar semakin pening kepala apabila Menteri Dalam Negeri,
Datuk Seri Zahid Hamidi berkata semua dokumen dan maklumat terperinci
yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk
mengambil tindakan terhadap individu terbabit.
Pepatah Melayu ada menyatakan ‘Siapa makan cili, dia yang
rasa pedas’. Pepatah ini sangat bertepatan dengan Anwar kerana beliau sudah
dapat merasakan dirinya akan sekali lagi dihumban ke dalam penjara walaupun
Zahid hanya memberitahu tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam
insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan
untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah.
Apa yang lebih menarik, maklumat terperinci itu bukan sahaja
datang dari pihak polis, malah pihak tentera juga terlibat dalam mengumpulkan
segala bukti-bukti yang ada. Berdasarkan laporan tersebut, polis dan
tentera akan meneliti dari segi
undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah. Polis, tentera dan peguam negara
akan duduk bermesyuarat untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan
selanjutnya.
Rakyat Malaysia nampaknya sudah tidak sabar lagi untuk
mengetahui siapakah dua orang dari semenanjung dan seorang dari Sabah yang
telah menjadi pengkhianat kepada negara. Bukan sahaja rakyat, tetapi pemimpin
pembangkang iaitu bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee semalam turut
mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden
pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.
Memandang pilihan raya umum telah berakhir dengan jayanya,
adalah amat tepat dan masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut
kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan
politik.
Selepas dibebaskan dari penjara, Anwar sepatutnya menjadi
seorang Muslim yang baik dan berguna untuk masyarakat Islam di negara ini dan berhenti daripada
menjadi seorang pengkhianat yang melampaui batas.
Anwar sepatutnya bermuhasabah diri dengan apa yang telah
beliau lakukan selama ini dan bukannya menjadi pengkhianat bertindak menghasut
rakyat serta menyalahkan pihak lain di atas kejahilan diri sendiri. Anwar harus
kembali ke pangkal jalan, bermuhasabah diri dan memperbaiki diri untuk menjadi
seorang Muslim yang baik dan bermanfaat kepada ummah.
Anwar perlu sedar, sudah ramai rakan-rakannya yang ikhlas
dalam perjuangan, yang dulunya sanggup berkorban apa saja untuk beliau, kini
seorang demi seorang telah meninggalkan beliau. Apakah rakan-rakan yang
meninggalkan Anwar itu salah semuanya dan Anwar saja yang betul?
Sudah tentu ada sebab musabab yang menyebabkan mereka
meninggalkan perjuangan Anwar walaupun sudah ada yang berpuluh tahun bersama
dengan beliau. Anwar perlu sedar hakikat ini dan rakyat juga perlu melihat
perkara ini dengan fikiran yang terbuka dan belajar menerima hakikat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan