Isnin, 13 Mei 2013

Akujanji BN Kedah - Pembangkang Sebar Sms Palsu.


Tidak dapat menerima kekalahan PAS di Kedah, pelbagai fitnah kini giat disebarkan dipercayai bertujuan menghuru-harakn pentadbiran BN di Kedah.

Di pejabat UMNO Bahagian Merbok, semalam, beberapa orang yang menerima sms dari pihak tidak diketahui datang untuk menuntut beberapa perkara pelik yang tidak pernah dijanjikan BN sebelum Pilihanraya Umum ke - 13 lalu.

Antaranya berkenaan Akujanji BN Kedah yang kononnya akan memberi bantuan barangan RM100 bagi setiap kelahiran bayi.

Selain itu ada juga yang datang untuk mendaftar bagi mendapatkan seekor lembu yang kononnya juga didakwa sebagai Akujanji BN Kedah.

Ketua UMNO Bahagian Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain berkata, BN Kedah tidak pernah menjanjikan perkara seperti itu kepada rakyat negeri Kedah.

Beliau yang juga ADUN Tanjung Dawai berkata, sebaliknya Akujanji BN Kedah lebih menjurus kepada perkara teras termasuk hal ehwal agama, transformasi ekonomi, sosial, belia, sukan, pendidikan serta pembangunan modal insan.

Ia menggariskan lebih 100 perkara yang akan diusahakan oleh BN Kedah antaranya, 

- Menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara Ulul Albab

- Menaik taraf semua pusat tahfiz

- Membangunkan 'Bandar Raya Getah' Kota Putra di Padang Terap yang akan menawarkan 13,000 peluang pekerjaan

- Membangunkan Alor Setar menjadi bandar raya metropolis

- Membangunkan Jerlun sebagai pusat industri minyak dan gas

- Melonjakkan kembali Taman Teknologi Tinggi Kulim sebagai ikon industri berteknologi tinggi negara

- Melupuskan bayaran lesen penjaja dan peniaga kecil

- Menaik taraf jeti di Kuala Kedah dan Langkawi untuk keselesaan para pelancong

- Menyediakan pelbagai insentif kepada pemaju bagi memudahkan rakyat memiliki rumah

- Memperhebatkan pembinaan rumah untuk dimiliki

- Meningkat dan membaik pulih sistem perparitan bagi mengatasi masalah banjir kilat

- Menebus kembali kegemilangan bola sepak Kedah menerusi pembangunan semua peringkat

- Melonjakkan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebagai institusi pengajian tinggi negeri Kedah yang ulung melalui pengkhususan jurusan kepakaran Kuin

- Memastikan kebajikan warga Kuin seperti kemudahan tempat tinggal, gaji dan sebagainya setanding dengan institusi pengajian setaraf seperti mana yang layak mereka nikmati.

Tiada ulasan: