KUALA NERANG - Kerajaan negeri meletakkan keutamaan untuk
menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dalam masa
terdekat.
EXCO Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul
Urus Mat Zain, berkata ia termasuk isu penempatan pelajar di kampus Kuala
Ketil, Sejak institusi pendidikan itu diuruskan oleh kerajaan PAS Kedah sebelum
ini.
“Kita sedar sejak lima tahun berada dibawah pentadbiran PAS,
banyak masalah melanda KUIN yang tidak dapat diselesaikan dengan baik sehingga menjejaskan imej kolej universiti itu sendiri.
“Justeru, apabila diberi amanah memegang portfolio
pendidikan, saya melihat isu KUIN harus diberi keutamaan dalam menyelesaikan
masalah pendidikan di negeri ini kerana tidak mahu masalah itu terus
menjejaskannya,” katanya.
Sejak diambil alih oleh kerajaan PAS kedah pada 2008, KUIN
dilanda pelbagai isu antaranya melibatkan kebajikan pelajar dan kakitangan
termasuk isu penggunaan bangunan kuliah di kampus Kuala Ketil sebagai tempat
penginapan sementara pelajar.
Pada masa sama, Tajul Urus yang juga Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Tanjung Dawai berkata, beliau tidak mahu KUIN terus menjadi bahan
politik sebaliknya mahu institusi itu ditadbir dengan cekap bagi memastikan ia
menjadikan pusat pendidikan yang disegani.
“kita akan menyelesaikan semua masalah membabitkan KUIN
kerana tidak mahu pelajar menjadi mangsa di atas semua kemelut yang melanda
KUIN sebelum ini.
Terdahulu, Tajul Urus pulang ke kampungnya di Kampung Baru
di sini untuk menemui ibunya, Munah Kasa, 87, bagi mendapatkan restu
menjalankan tugas dan amanah.
Oleh Maria Uffa Zulkafeli
Tiada ulasan:
Catat Ulasan