Ketika kakitangan KUIN mendesak Rektor KUIN si Jamil letak
jawatan, Jamil telah mengunakan kuasanya mengeluarkan surat tunjuk sebab gara
gara kumpulan ini mendedahkan kelahapannya mentadbir KUIN dalam media media
utama sehingga isu ini berjaya menarik minat seluruh rakyat Malaysia.
Selepas Kedah berjaya ditawan semula oleh BN, Menteri Besar
Datuk Paduka Mukhriz mengarahkan Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya
Kedah iaitu Datuk Tajul Urus berkerjasama dengan Jamil Rektor untuk mencari
jalan penyelesaian dan permasalahan yang dihadapi oleh KUIN dan kakitangannya.
Jamil Osman telah dilantik sebagai Rektor KUIN oleh Azizan
ketika Pas menerajui kerajaan negeri bertindak melepaskan jawatan secara
mengejut pada beberapa hari yang lalu.
Datuk Tajul Urus melahirkan rasa kecewa dengan tindakkan
Jamil yang tidak profesional.. Walaupun berbeza fahaman politik, Jamil perlu
memikirkan masalah berbangkit dalam pentadbirannya di KUIN, bukannya melepaskan
jawatan secara mengejut..
Ekoran itu, banyak spekulasi boleh ditimbulkan rakyat,
dimana beliau selaku peneraju KUIN dilihat lepas tangan selepas menghancurkan
KUIN..
Isu penyelewengan adalah isu pokok dibangkitkan dimana pihak
pengurusan gagal melakukan caruman kepada pihak ketiga walaupun pemotongan gaji
dicatat pada slip gaji mereka dan beberapa pekara melibatkan pengurusan
kewangan. Kedua berhubung dengan kelayakan pensyarah dan ketiga kemudahan
asrama serta surau yang perlu ditambah baik..
Sekarang ini Kerajaan negeri dan Kuin terpaksa membayar
pinjaman bank sebanyak RM46 juta setahun bagi pembinaan kampus induk di Kuala
Ketil yang mana Kampus induk itu tidak mempunyai kemudahan asrama dan Masjid
walaupun pada kos awalan yang dipinjam ianya meliputi segalanya..
Jumlah bayaran balik pinjaman RM46 juta itu belum termasuk
kos pengurusan yang dianggarkan mencecah RM18 juta setahun..Jika dicampur kedua
dua jumlah itu, Kerajaan negeri terpaksa memperuntukkan sebanyak RM64juta
setahun dan jika dibahagikan dengan jumlah pelajar seramai 6000 orang dan 200
kakitangan, kerajaan negeri terpaksa belanja sebanyak RM 10,322 bagi setiap
seorang..
Benar apa yang Menteri Besar katakan, jumlah hutang sebanyak
RM46 juta itu lebih berfaedah jika dibuat rumah mampu milik untuk rakyat..
Memandangkan segala projek penebangan BALAK diberhentikan, Kerajaan negeri
sekarang ini sedang berusaha untuk mencari jalan alternatif lain bagi menjana
pendapatan TANPA perlu bergantung kepada pengondolan hutan secara besar besaran
seperti apa yang diamalkan oleh kerajaan Pas sebelum ini..
Kami yakin dengan pengalaman Datuk Paduka Mukhriz Mahathir
sebagai mantan Timbalan Menteri sebelum ini mampu membawa perubahan yang
terbaik buat rakyat Kedah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan