Selasa, 18 Disember 2012

Kafirkah aku?



 
 
BELIAU hanyalah individu biasa ketika menyertai Pas, biar pun tidak memegang sebarang jawatan penting dalam parti, namun demi kecintaan dan taksubnya bagi menjayakan perjuangan Islam yang diuar-uarkan oleh Pas, beliau sanggup melakukan apa sahaja.
Bukan sahaja kerjaya dikorbankan, malahan beliau juga sanggup mengkafirkan abang dan ayahnya hanya kerana perbezaan fahaman politik. 
Jika suatu ketika dahulu beliau sanggup berkorban nyawa demi Pas, tetapi kini beliaulah insan paling ke depan untuk membongkar kemungkaran politik oleh parti yang pernah dianggotai selama 27 tahun.
Sambung bacaan anda di SINI.

 
Komen pembaca,

"Aku dah ulang baca buku ini berkali-kali. Kalaulah arwah bapaku hidup lagi waktu ini, aku yakin dia juga akan sumpah seranah PAS semaunya kerana telah menipu dengan slogan Negara Islam dan undang-undang Islam. Akhirnya jawapan Hadi cukup mudah, hanyalah: Negara Islam tak dak dalam Al Quran"

Hok aloh!!..





Klik SINI.

Pas makin tersasar kini mahu pisahkan politik dengan agama - mufti jangan masuk campur, pulak dah!!..

 
 
 
 
ALOR SETAR 17 Dis. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta supaya mentafsir semula amanat yang dikeluarkannya pada 1981 kerana amanat itu boleh terus memecahbelahkan orang Melayu.
Aktivis Pas, Datuk Muslim Othman berkata, amanat itu dibuat oleh Abdul Hadi dengan mengikut keadaan yang berlaku pada 1981 dan hingga hari ini ia tidak dilihat semula oleh pemimpin itu
Perkara ini sepatutnya dijawab oleh Abdul Hadi sendiri sebab dia yang beri amanat ini, kalau dia rasa ada kesilapan dia kena perbetul.
“Dia pandang waktu itu (1981) kira sampai la (sekarang) dia tak tafsir semula, dia kena tengok balik amanat dia," katanya yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan oleh bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail mengenai puluhan ribu ahli dan pengikut Pas dikesan masih berpegang teguh kepada amanat Abdul Hadi yang sehingga kini menganggap orang UMNO adalah kafir.
Ekoran itu, Zainon mendesak Abdul Hadi yang kini memegang tampuk kepimpinan Pas menarik balik amanat berkenaan demi kepentingan umat Islam di negara ini.
Berhubung solat dua imam yang dikatakan terjadi kesan daripada amanat Abdul Hadi itu  Zainon berpendapat perkara tersebut tidak sewajarnya berlaku.
Sementara itu bekas ahli Pas kawasan Padang Terap, Ismail Abdullah atau lebih dikenali sebagai Mail Yamaha berkata, sejak dahulu lagi Abdul Hadi patut menarik amanat itu kerana berlaku perpecahan dikalangan umat Islam disebabkan amanat itu.
“Selepas amanat tersebut dikeluarkan memang berlaku orang Pas tek pergi kenduri orang UMNO dan hanya kini keadaan mula pulih sedikit.
“Saya rasa lebih baik Abdul Hadi tarik balik amanat tersebut sebelum lebih banyak perpecahan berlaku dikalangan umat Islam,” ujarnya. - Utusan

Peruntukan RM540 juta kepada murid di 10,019 sekolah, bantuan awal persekolahan diagih mulai 15 Januari 2013.

Kementerian Pelajaran akan mula mengagihkan wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 kepada 10,019 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara secara berperingkat bermula 15 Januari depan.

Bahagian Pengurusan Maklumat kementerian itu memaklumkan, kaedah penyaluran bayaran dibuat ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah atau akaun khas Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank.
Menurut kenyataan tersebut, mana-mana sekolah yang menerima kurang peruntukan, perlu membuat permohonan tambahan peruntukan beserta penyata bank sekolah dan jumlah yang diperlukan kepada Bahagian Kewangan kementerian secepat mungkin.
Kementerian Pelajaran turut menegaskan bahawa sebarang pemotongan bantuan tersebut sama sekali tidak dibenarkan.
''Tarikh pemulangan lebihan peruntukan juga ditetapkan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2013 kepada mana-mana sekolah yang menerima lebihan peruntukkan bantuan tersebut,'' kata kenyataan itu.
Di bawah Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak September lalu telah meluluskan peruntukkan RM540 juta bagi pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2013.
Bantuan ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.
Murid atau pelajar yang layak menerima bantuan tersebut mesti berstatus warganegara Malaysia, bersekolah kerajaan dan sekolah bantuan, murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi persekolahan tahun 2013.

Isnin, 17 Disember 2012

Tunku Aziz Nasihat Orang Melayu Waspada DAP.


 
Antarapos – Orang Melayu harus sedar bahawa DAP tidak boleh dipercayai untuk menjaga kepentingan mereka walaupun parti itu berdegar-degar melaungkan ia memperjuangkan masyarakat berbilang kaum.
Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata masih terlalu awal untuk mengharapkan parti itu membela orang Melayu atau menerima kaum itu.

“Mereka (orang Melayu) harus sedar dari awal bahawa walaupun (DAP) cakap berdegar-degar sebagai sebuah parti berbilang kaum, ia masih terlalu jauh untuk menerima orang Melayu khususnya.

“Bagi orang Melayu untuk mempercayai DAP boleh melindungi kepentingan mereka, saya rasa terlalu awal,” katanya ketika dihubungi Antarapos bagi mengulas kekalahan semua lapan calon Melayu dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.
Ditanya sama ada beliau terkejut dengan keputusan pemilihan, Tunku Aziz berkata:
“Saya rasa keputusannya seperti dijangka, dua keluarga utama diwakili, keluarga Lim (Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng) dan keluarga Karpal (Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh).
Tunku Aziz turut menasihatkan pemimpin Melayu di dalam DAP supaya berwaspada dan jangan menaruh kepercayaan sehingga terbukti jelas mereka mempunyai tempat di dalam parti itu.
“…dalam kata lain, jangan letak 100 peratus kepercayaan (kepada DAP),” ujarnya.
Mengulas hasrat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hendak meletakkan calon-calon Melayu dalam PRU13, Tunku Aziz berkata:
“Kita kena tunggu dan lihat. Dia sudah buat banyak ikrar untuk buat itu dan ini… ujiannya pada bukti yang akan dihasilkan.”
Tunku Aziz juga menyatakan sukar bagi beliau untuk mempercayai slogan Malaysian Malaysia DAP akan berjaya.
“…sokongan kepada DAP datang khususnya daripada masyarakat Cina Bandar, jadi takda bezanya. Saya tak yakin masyarakat Melayu akan berebut-rebut hendak mengundi DAP. Ini kerana tidak ada kepercayaan, apabila anda undi sesebuah parti, kepercayaan adalah satu elemen penting.”
Tunku Aziz adalah pengasas Transparency International Malaysia dan aktivis anti-rasuah yang menyertai DAP 2008. Beliau diangkat sebagai bukti bahawa DAP makin disokong masyarakat Melayu.
Bagaimanapun tokoh itu keluar parti pertengahan tahun ini kerana tidak bersetuju dengan tindakan DAP merestui tunjuk perasaan jalanan Bersih 3.0 dan sifat tidak amanah di kalangan pemimpin parti.
Walaupun disogok dengan gaji lumayan dan jawatan kanan lain oleh DAP, Tunku Aziz berpegang kepada keputusannya untuk keluar daripada parti itu. - AIDCNews

Hadi Awang didesak tarik balik amanat.


Puluhan ribu ahli dan pengikut tegar Pas dikesan masih berpegang teguh kepada amanat Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 yang mengkafirkan UMNO sehingga mereka kekal sehingga kini menganggap orang UMNO adalah kafir.
Perkara itu didedahkan sendiri aktivis yang juga bekas ahli seumur hidup Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N al-Afghani (gambar) berikutan masih ramai pengikut tegar parti itu percaya, pemimpin serta ahli UMNO jauh lebih hina daripada orang-orang bukan Islam.
Sehubungan itu, Zainon mendesak Abdul Hadi yang kini memegang tampuk kepemimpinan Pas menarik balik amanat berkenaan demi kepentingan umat Islam di negara ini kerana selagi beliau tidak berbuat demikian, orang Melayu akan kekal berpecah sampai bila-bila.
Katanya, dalam soal tersebut Abdul Hadi perlu meletakkan kepentingan akidah jauh lebih penting daripada pertimbangan politik kerana jika tidak,puluhan ribu pengikut Pas terus bergelumang dengan dosa akibat mengkafirkan saudara seagama hanya kerana perbezaan politik.
“Keimpinan Pas tidak boleh berdiam diri dalam hal ini seolah-olah Abdul Hadi tidak melakukan apa-apa kesalahan ketika mengeluarkan amanat kerana kesannya kepada masyarakat terlalu besar. Soal kafir-mengkafir ini isu akidah jauh melebihi kepentingan politik”.
“Saya salah seorang ahli Pas yang terpengaruh dengan amanat tersebut sehingga sanggup mengkafirkan ayah dan abang sendiri. Sehingga kini saya tidak tenang kerana dihantui dosa itu. Saya memohon kepada Allah agar diampunkan dosa sebelum ajal menjelma.
“Tapi sebagai individu bertanggungjawab apatah ketika berkuasa, Abdul Hadi perlu membetulkan semula akidah pengikut Pas kerana masih terdapat puluhan ribu ahli parti yang taksub dan menganggap UMNO kafir,” katanya kepada Utusan Malaysia, disini hari ini.
Menurut Zainon, walaupun sudah 31 tahun berlalu, tetapi amanat Abdul Hadi membarah sehingga ke hari ini di dalam jiwa dan pemikiran pengikut tegar Pas menyebabkan mereka menolak mentah-mentah apa saja termasuk kebaikan yang cuba dibawa kerajaan.
Dalam ada itu, Zainon berkata, beliau sudah bersedia untuk menghadapi pelbagai ‘serangan’ termasuk ‘tuduhan wajib’ seperti dibeli oleh UMNO kerana bertindak mendesak Abdul Hadi menarik balik amanat beliau yang membawa perpecahan.
“Saya buat semua ini atas sifat keinsafan diri demi untuk melihat akidah orang Islam khususnya pengikut tegar Pas yang bertindak mengkafirkan saudara seagama dapat diperbetulkan semula dan bagi tujuan itu, saya sedia bersemuka dengan mana-mana pemimpin Pas,” katanya

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/

Apabila keldai DAP bersuara..

SINAR HARIAN - Pendirian DAP yang mahukan kerusi tambahan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak wajar dianggap sebagai satu pendirian "tamak", kata Pas hari ini.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setiap parti menginginkan kerusi tambahan untuk kepentingan masing-masing dan meningkatkan kuasa termasuk juga BN.
"Kita tak boleh kata kalau ada yang nak tambah kerusi, contohnya DAP itu adalah tamak.
 "Semua parti mahukan kerusi lebih termasuk BN yang terdiri daripada Umno, MCA dan MIC, jadi adakah mereka juga tamak?
"Soal penambahan kerusi ini kita masih belum berbincang," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang juga berkata, langkah meletakkan calon Melayu pada PRU13 menunjukkan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu tidak rasis berbanding BN.
Tuan Ibrahim berkata, jaminan untuk meletakkan calon Melayu oleh DAP telah biasa dilakukan, namun ia penting bagi PR menunjukkan sikap keterbukaan ahlinya memberi ruang kepada kaum lain menjadi calon.
Menurutnya, berbanding BN setiap parti kompenannya hanya menempatkan calon mengikut aliran parti ternyata menunjukkan rasis antara parti.
Beliau berkata, jaminan yang diberi oleh DAP juga adalah kebaikan kepada PR bagi mendahului BN pada PRU13 dalam meraih sokongan orang Melayu.
"Kalau kita tengok letakan calon orang Melayu oleh DAP itu adalah perkara biasa, namun ini memberi gambaran jelas PR tidak rasis berbanding BN.
"Dalam Pas sendiri kita ada kaum lain sebagai calon walaupun umum tahu yang kita adalah parti yang berlandas dan memperjuangkan Islam.
"Politik negara juga harus mempunyai sifat keterbukaan pada masa sekarang," katanya.
Semalam Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya akan menampilkan calon-calon mengikut kelayakan dan mempunyai peluang cerah untuk menang PRU13.
Beliau berkata, calon keturunan Cina yang dipilih oleh parti juga mestilah yang boleh berkhidmat untuk kepentingan masyarakat lain, tidak terhad kepada kaum Cina sahaja.
"Yang penting ialah kita mahu semua pemimpin mendekati semua rakyat Malaysia. Kenapa hanya Melayu mendekati orang Melayu, Cina mendekati kaum Cina, India mendekati kaum India sahaja? Ini bukan konsep Malaysian Malaysia yang kita tentukan (perjuangkan)," katanya.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang memberi jaminan bahawa DAP, yang menjadi tunjang parti pakatan DAP-PKR-Pas, akan menampilkan calon Melayu bagi meraih sokongan khususnya orang Melayu.
Sementara itu, Tuan Ibrahim juga berkata, isu penambahan kerusi yang dinyatakan oleh DAP tidak boleh dianggap sebagai tamak.
Beliau berkata, setiap parti menginginkan kerusi tambahan untuk kepentingan masing-masing dan meningkatkan kuasa termasuk juga BN.
 
"Kita tak boleh kata kalau ada yang nak tambah kerusi contohnya DAP itu adalah tamak.
"Semua parti mahukan kerusi lebih termasuk BN yang terdiri daripada Umno, MCA dan MIC, jadi adakah mereka juga tamak?
 "Soal penambahan kerusi ini kita masih belum berbincang," katanya.

Terkini - Setelah pembohongan didedahkan, HarakahDaily tarik balik berita FITNAH terhadap PDRM.


Klik SINI.

Kempen jijik cerita anggota polis hina PDRM, pembohongan harakah didedahkan.


Semalam Polis DiRaja Malaysia telah dihina oleh seorang anggotanya yang tidak berpuas hati kerana ditukarkan ke Sarawak atas sebab menyokong Pakatan Rakyat...

Penghinaan tersebut telah dipost oleh seorang wanita yang kononnya adalah anggota PDRM di akaun Facebook yang menggunakan nama Norhashimah Mohammad
[SINI]
Petikan ayat yang dipostkan oleh Norhasimah Mohammad adalah seperti berikut :

jangan saudara saudara semua ingat kami makan gaji dengan PDRM,,dan kami takut untuk bersuara,,kami juga ada hak kami,,kami juga ada hak kami sebagai rakyat malaysia,,dan kami berhak memilih parti mana yang kami suka,,cukup lah kami semua sudah tak mahu dijadikan anjing barisan nasional.

RAKYAT MALAYSIA SEMUA PERLU MENOLAK PARTI KOMPENEN BARISAN NASIONAL PADA PILIHANRAYA UMUM KE 13 NANTI

SEHINGGA ARTIKEL INI DITULIS SAYA MASIH LAGI BERKHIDMAT DENGAN POLIS DIRAJA MALAYSIA,,DAN AKAN DITUKARKAN KE SARAWAK JANUARI NANTI.



Seperti biasa, akhbar penjilat PAS, Harakah mengambil kesempatan ini untuk menabur serbuk perencah dengan menyebarkan berita memang benar ada anggota PDRM sudah jelak dengan Barisan Nasional.

Berita yang dikeluarkan Harakah seperti yang kita tahu banyak yang tidak benar tetapi dibesar-besarkan seolah-olah ianya memang terjadi..


SUMBER - Klik Untuk Besarkan

Selepas diselidiki, akaun yang menggunakan nama Norhashimah Mohammad adalah rekayasa..Selepas mengetahui tembelangnya sudah pecah..Admin Norhashimah Mohammad telah mematikan akaun tersebut dan membuat Fan Page Norhashimah Mohammad bagi meneruskan agenda meracun minda anggota Polis dan kakitangan Awam.

Persoalannya, siapakah individu yang gambarnya digunakan dalam Facebook Norhashimah Mohammad?
 
 
Gambar yang digunakan dalam FB Norhashimah Mohammad untuk menjalankan agenda merosakkan pemikiran anggota Polis sebenarnya telah dicuri dari akaun FB Zakiah Musa [SINI]...

Zakiah Musa bekerja di Rumah Kebajikan Seri Kenangan Kangar...

Ini bermakna, individu yang mengutuk PDRM dan BN sememangnya tidak wujud...

Pendedahan ini telah membuktikan pembohongan Harakah dalam menyampaikan berita...Ternyata Harakah langsung tidak menyemak dan selidik maklumat sebelum mengeluarkan artikel...
Syabas kepada Harapan Esok yang mendedahkan tembelang busuk Haramkahdaily. Memang jahanam haramkah ni tak sudah-sudah nak memfitnah. Nampak sangat ia sebuah portal online yang tak boleh pakai dan kerjanya menyebar fitnah.


 

Ahad, 16 Disember 2012

Keputusan pemilihan CEC bukti Melayu tiada tempat dalam DAP.


Orang Melayu perlu mengambil iktibar daripada keputusan pemilihan jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP di Pulau Pinang semalam yang menyaksikan kesemua lapan pemimpin Melayu parti itu kecundang dan tidak mendapat tempat dalam kepimpinan parti.

Penganalisis politik Dr Azmi Hassan berkata keputusan itu jelas memperlihatkan DAP yang dikatakan parti berbilang kaum sebelum ini cuma cakap kosong dan seperti tulisan di atas kertas sahaja.

Beliau berkata sikap anggota peringkat akar umbi DAP yang tidak mengundi pemimpin Melayu jelas menunjukkan mereka tidak menginginkan kaum lain menerajui parti itu.

"Sikap anggota DAP menunjukkan mereka hanya mementingkan kaum mereka dan tidak mahu berkongsi kuasa dengan dengan kaum lain," katanya kepada Bernama di sini hari Ahad.

Azmi yang juga Pensyarah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata beliau turut tidak menolak kemungkinan sekiranya DAP berpeluang mentadbir negara ini, nasib sama akan berlaku kepada pemimpin Melayu lain.

"Atas apa yang berlaku ini, orang Melayu perlu mengambil pengajaran sebab begitu terang sekali menunjukkan DAP tebal dengan sikap mementingkan kaum sendiri," katanya.

Calon yang disingkir ialah Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari (305 undi), Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor (216 undi), Senator Ariffin S.M Omar (748 undi), Naib Pengerusi DAP Johor Ahmad Ton (347 undi), Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121 undi), Pengerusi DAP cawangan Desa Manjung Solaiman Op Syed Ibrahim (98 undi), Roseli Abdul Ghani (39 undi) dan Harun Ahmad (28
undi).

Sementara itu Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata perjuangan orang Melayu dengan DAP ibarat satu perjuangan yang sia-sia.

Beliau berpendapat sekiranya orang Melayu menyertai parti itu diumpamakan sebagai tindakan yang membahayakan kesucian dan kedudukan Islam di negara ini.

"Mereka (orang Melayu) masuk DAP seolah-olah turut menyokong satu parti yang menginginkan kesamarataan agama dalam negara ini...tiada hak istimewa agama Islam," katanya. Sehubungan itu Syed Hassan menyeru orang Melayu membuka mata dan minda dengan luas terhadap kepentingan menjaga kesucian Islam dengan cara tidak menyokong DAP.

"Kalau hendak sokong parti, tengok dulu perjuangan sesuatu parti itu. Kena pandai menilai dan memilih parti mana. Pilih parti yang ada untuk perjuangkan agama, bangsa dan negara," katanya.

Presiden Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak) Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad pula berkata kejadian yang menimpa lapan pemimpin Melayu DAP itu jelas membuktikan parti dominasi kaum Cina itu menafikan hak orang Melayu dalam DAP.

Beliau yang juga bekas Ketua AMK (PKR) Kelantan mencabar pemimpin Melayu yang masih berada dalam DAP supaya segera meninggalkan parti itu bagi menjamin hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan.

"Sekiranya DAP memerintah negara ini apakah jaminan parti itu untuk memelihara hak istimewa orang Melayu dan mengekalkannya dalam perlembagaan?," katanya.

-- BERNAMA

Kesemua calon Melayu DAP kalah teruk.


"perwakilan DAP mahu parti itu kembali kepada asal, iaitu parti untuk orang Cina. Konsep pelbagai kaum yang mahu diamalkan DAP itu ternyata tidak menguntungkan orang Melayu"


Kesemua lapan pemimpin DAP Melayu yang bertanding bagi merebut jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC)disingkir apabila kalah dengan keputusan teruk pada Kongres Kebangsaan ke-16 DAP yang berlangsung Semalam.
Keputusan tersebut sekaligus membuktikan parti dominasi kaum Cina itu tidak memberi laluan kepada mana-mana calon Melayu termasuklah Zairil Khir Johari, yang berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Zairil cuma memperoleh 305 undi manakala Lim meraih 1,576 undi. Sejumlah 1,823 perwakilan mengundi bagi memilih 20 orang barisan kepimpinan DAP bagi tempoh 2012-2015.
Calon lain yang disingkir ialah Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor (216 undi), Senator Ariffin S.M Omar (748), Naib Pengerusi DAP Johor Ahmad Ton (347 undi), Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121), Pengerusi DAP cawangan Desa Manjung Solaiman Op Syed Ibrahim (98), Roseli Abdul Ghani (39) dan Harun Ahmad (28).
Zulkifli ketika ditemui berkata mesej yang diperjuangkannya selama 25 tahun untuk menempatkan kaum Melayu dalam CEC parti itu tidak sampai ke peringkat akar umbi.
"Apabila kita katakan Malaysian Malaysia itu, maknanya kita mesti mewakili semua agama, semua bangsa, semua kaum... seimbang. Mesej yang saya sampaikan selama ini belum sampai ke akar umbi. Mereka masih lagi mengundi, memilih pemimpin berpandu kepada bangsa," katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata pemilihan itu juga tidak berlandas kepada kebolehan dan pengalaman calon dalam memperjuangkan parti.
"Belum ada perubahan di situ. Keputusan hari ini tak de seorang pun calon Melayu... Mungkin pemimpin atasan yang bertanding mesti nak jaga kepentingan masing-masing, bukan kepentingan parti," katanya. - BERNAMA

 

Rabu, 12 Disember 2012

Pencapaian Cemerlang Negara Bukti Kebijaksanaan Kepimpinan.

Di kala keadaan ekonomi dunia berada di dalam suram di mana Amerika Syarikat mengalami kemerosotan dari segi industri pembuatan dan peluang pekerjaan, manakala negara-negara Eropah seperti Greece, Portugal, Ireland dan Spain mengalami krisis ekonomi yang getir dan China yang sedang mengalami lonjakan ekonomi secara drastik kini secara tiba-tiba kembali mendatar, Malaysia bagaimanapun, berada dalam keadaan lebih daripada selesa dengan KDNK suku pertama merekodkan 5.1%, suku kedua 5.6% dan suku ketiga 5.2% iaitu jauh lebih tinggi dari Singapura, Korea, Taiwan mahupun Hongkong yang merekodkan tidak lebih dari 3% bagi suku pertama sehingga ketiga dalam tahun ini.

Keyakinan pelabur kepada Malaysia juga kini kembali meningkat sejak penurunan yang dialami ketika krisis kewangan Asia pada 1997.    Malah, dua daripada syarikat gergasi terbesar dunia  di belakang Facebook adalah disenaraikan di Malaysia iaitu Felda Global Ventures and IHH Healthcare.   Bursa Malaysia pula berada di kedudukan paling tinggi iaitu 1,650 mata pada bulan Ogos 2012.   Dagangan Malaysia mencatatkan lebihan berterusan selama 14 tahun berturut-turut dan terus berkembang pesat.  Manakala defisit juga terus menurun sejak 2009 yang mencatatkan 6.6% kepada 4.5% pada 2012 dengan sasaran penurunan 2% dalam masa dua tahun lagi.
Daripada 142 negara, Malaysia kini berada pada tangga ke-2 dalam senarai negara paling berdaya saing di Asia, ke-6 di Asia Pasifik dan ke-25 di dunia.
Pelabur melabelkan Malaysia dan Asia Tenggara, amnya, sebagai sebuah syurga yang selamat dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil hari ini.   Dengan itu, Malaysia kini berada di tangga ke 10 dalam senarai negara paling diyakini bagi pelaburan asing, iaitu lonjakan dari tangga ke 21 pada tahun 2010.  Ini merupakan satu pencapaian yang lebih baik berbanding 2007 di mana Malaysia berada di tangga ke 16.
Berdasarkan satu kaji selidik yang dibuat oleh AMCHAM’s ASEAN Business Outlook Survey, terdapat 27% responden yang menyuarakan keinginan untuk memindahkan pelaburan mereka dari China ke Malaysia dalam masa dua tahun lagi.  Menurut mereka kebijaksanaan kerajaan untuk memudahkan proses kemasukan pelaburan asing adalah antara faktor utama Malaysia menjadi pilihan pelabur.
Hakikatnya, rekod positif mengenai Malaysia ini tidak mungkin tercapai dengan sendirinya.  Ianya adalah hasil dari kesungguhan dan kecekapan serta kebijaksanaan kepimpinan dalam memacu ekonomi negara.   Justeru, tidak boleh dinafikan lagi bahawa Program Transformasi Kerajaan dan Ekonomi yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib telah pun membuahkan kejayaan.
 
Ini membuktikan bahawa program yang merangkumi semua aspek ekonomi dari industri elektronik, pertanian, kesihatan, kewangan dan berbagai-bagai lagi ternyata adalah program yang telah dirancang dan dilaksanakan dengan rapi dan teliti serta bukan merupakan cakap-cakap pilihanraya atau janji kosong untuk populariti semata-mata.   Ikrar kerajaan untuk memerangi rasuah juga ternyata bukan hanya slogan hipokrit tetapi telah dilaksanakan melalui berbagai-bagai program transformasi yang kini telah terbukti berkesan sehingga diiktiraf oleh para pelabur asing juga.
 
Dengan kedudukan Malaysia yang begitu cemerlang dari segi ekonomi, dipandang tinggi kerana kelantangannya menyuarakan pendirian serta kesungguhannya memperjuangkan dunia yang lebih aman, terdapatnya segelintir rakyat Malaysia sendiri yang tidak dapat menghayati dan menghargai pencapaian ini amatlah pelik dan tidak masuk akal sekali.
Lebih-lebih lagi jika ada yang sanggup mengambil risiko dengan membuat eksperimen untuk menukar kerajaan yang telah terbukti punya kredibiliti yang tinggi dalam mentadbirurus negara sekali gus menjaga kebajikan rakyatnya serta membawa peranan yang positif dalam isu-isu global dengan sebuah kerajaan baru Pakatan Rakyat yang tidak segan silu mengakui bahawa mereka belum pun pasti ke mana arah Malaysia hendak dibawa mereka.
Tidak salah jika dikatakan bahawa begitu besarnya impak dari sebuah kepimpinan BN yang cemerlang sehinggakan tiada satu pun yang mampu dilakukan oleh pihak pembangkang tanpa mereka terhutang budi kepada kerajaan.   Malah, bendera PAS yang berkibar di Gaza yang begitu dimegahkan oleh orang-orang PAS juga tidak mungkin mampu dikibarkan jika Malaysia tidak stabil, tidak cukup kuat dan tidak cukup kemampuan untuk membolehkan ahli-ahli PAS ke sana.   Logiknya, jika ahli-ahli PAS, PKR atau DAP benar-benar menderita, kebuluran, susah dan miskin kerana ditindas oleh kerajaan BN seperti yang sering dilaung-laungkan mereka, tidak mungkin mereka akan mampu membantu sesiapa – sama ada rakyat Palestine, Rohingya mahupun saudara mara mereka sendiri sehingga menjadi kaya raya.
Inilah jasa BN pada rakyat Malaysia dan jasa ini telah terakam kemas dalam rekod ekonomi dunia dan sejarah negara.  Menafikan segala jasa ini samalah dengan menipu diri sendiri.  Menukar kerajaan ini kepada yang belum pasti samalah seperti membunuh diri.

Selasa, 11 Disember 2012

Anwar bawa Habibie untuk hancurkan Malaysia.


Anwar Ibrahim adalah seorang manusia yang penakut dan bacul.Sebagai seorang politikus, nilai ini merupakan intipati kepada wataknya sebagai seorang individu yang membayangi karektor yang lain seperti mementingkan diri sendiri, suka berbohong dan berasa dirinya suci dan tidak berdosa.
Apabila berdepan dengan dua tuduhan meliwat dalam tempoh jangkamasa 10 tahun, beliau merasakan dirinya maksum daripada jenayah tersebut lantas menyalahkan musuh-musuh politik berkonspirasi untuk menjatuhkannya.
Apabila disiar video seks ‘chinadoll’, Ketua Pembangkang itu dengan muka seposen menafikan bahawa ini adalah satu lagi usaha jahat musuh politiknya khususnya UMNO.
Tatkala Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan yang secara tidak langsung menyerang Islam berhubung kebebasan beragama bagi orang Melayu, beliau mempertahankan pendirian anaknya itu.
Sekali lagi yang menjadi sasaran serangannya ialah UMNO dan yang menerima tempias saman Nurul Izzah ialah akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia.
Begitu juga ketika dipetik oleh akhbar asing berkaitan kenyataannya yang menyokong keselamatan negara haram Yahudi bernama Israel, Anwar dengan cepat menyalahkan akhbar arus perdana kononnya merancang memutarbelitkan apa yang dikatakan.
Tidak cukup dengan itu, apabila media sekali lagi menyiarkan petikan kenyataan Anwar yang  menyokong budaya dan amalan LBGT serta menyifatkan undang-undang berkenaan jenayah liwat sudah ketinggalan zaman atau ‘archaic’, beliau cuba memberi penjelasan yang berbelit-belit seperti juga lidahnya.
Di dalam ucapannya di London, Anwar secara terang menyokong konsep pluralisme agama iaitu dengan meletakkan kedudukan Islam setaraf dengan agama-agama lain.
Ini pun beliau nafikan dengan mengatakan apa ang dimaksudkan bukanlah seperti mana laporan pihak media.
Sekali lagi dakwanya, semua ini adalah komplot UMNO untuk menghalang beliau mara dalam politik untuk menjadi Perdana Menteri.
Kini, topeng pluralisme yang dipakai oleh Anwar tidak boleh diselindungkan lagi.
Anwar telah menelanjangkan dirinya sebagai bapa fahaman pluralisme di Malaysia apabila menjemput sahabat karibnya, BJ Habibie berkunjung ke Malaysia beberapa hari lalu kerana kedua-duanya berkongsi pandangan yang sama.
Lawatan bekas Presiden Indonesia yang pertama era pasca Suharto ini bukan kunjungan biasa antara dua sahabat tetapi diselit misi dan agenda yang lebih daripada itu.
Pada ceramahnya di Universiti Selangor (Unisel) Khamis lalu, Habibie telah mendedahkan agenda lawatannya ke negara ini apabila meminta masyarakat Islam khususnya menyokong fahaman pluralisme.
Dalam program pidato anjuran universiti milik kerajaan negeri Selangor itu yanbg berjudul “Habibie Dan Transisi Indonesia Ke Demokrasi”, mantan presiden itu mempertahankan budaya pluralisme yang didakwanya menjadi sebahagian daripada kekuatan sesebuah negara.
Beliau memberi hujah bahawa Indonesia dan Malaysia mempunyai corak budaya sama dan menggesa kepelbagaian ini wajar dipertahankan.
Sememangnya kedua-dua negara adalah dalam rumpun kemelayuan yang sama tetapi mempunyai pendekatan politik yang berbeza.
Jika Indonesia menerima pakai prinsip-prinsip Pancasila sebagai panduan kenegaraannya, Malaysia pula berpegang kepada prinsip-prinsip Rukunegara.
Indonesia tidak meletakkan Islam sebagai agama yang tertinggi di negara itu walaupun ia berbangga sebagai negara yang mempunyai umat Islam teramai di dunia.
Hal ini berbeza di negara ini di mana Islam adalah agama persekutuan dan takrif kemelayuan seseorang dilingakari dengan keintimannya dengan Islam.
Di Malaysia tanpa keimanan kepada Islam, seseorang itu tidak boleh menyatakan dirinya Melayu malah gugur keabsahannya menjadi anggota keluarga besar bangsa itu.
Setelah dikritik keras oleh golongan ulama dan cendikiawan Islam di negara ini, Anwar tidak lagi berani menyuarakan pendapatnya mengenai pluralisme.
Namun keghairahannya untuk terus menyebarluas fahaman songsang ini terus membara di jiwa sehingga terpaksa menyeret kawan baiknya untuk bercakap bagi pihaknya.
Sebab itu Anwar dilabel sebagai sesumpah politik oleh Perdana Menteri datuk Seri Najib Tun Razak kerana sikapnya yang hipokrit dan suka bermuka-muka.
Di depan umat Islam di negara ini, Anwar menunjukkan wajah Islam yang sebenarnya adalah palsu tetapi jejak sahaja kakinya di Washington atau London, barulah topeng yang mendedahkan pendirian yang menyokong Israel, LBGT, liberalisme termasuk pluralisme terdedah.
Mengapa Anwar memilih Habibie untuk bercakap mengenai pluralisme di Malaysia?
Perlu diingatkan pemerintahan Suharto selama lbih tiga dekad tumbang seiring dengan gerakan reformasi jalanan yang diterajui oleh Anwar.
Suharto berjaya dijatuhkan dalam gerakan reformasi yang sama di Indonesia dan diganti oleh Habibie namun reformasi Anwar gagal untuk menurunkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketika era Habibie, Indonesia kehilangan wilayah Timur Timur yang dipisahkan menjadi sebuah negara merdeka dipanggil Timor Leste.
Meletakkan Habibie adalah agenda yang terancang oleh pihak Zionis-Yahudi yang ingin memecahbelahkan negara Islam terbesar itu.
Anwar juga ingin diangkat sebagai pemimpin di Malaysia oleh golongan anti-Islam yang sama tetapi berkat kekuatan UMNO dan kepimpinan Dr Mahathir, negara berjaya diselamatkan daripada terjerumus ke dalam kancah kemusnahan.

Isnin, 10 Disember 2012

BN Kedah bela kebajikan rakyat.


ALOR SETAR 9 Dis. - Peranan Barisan Nasional (BN) Kedah dalam menjaga kebajikan rakyat cukup menyerlah dalam pelbagai program yang dijalankan termasuk secara rasmi dengan kerjasama beberapa agensi Kerajaan Pusat atau atas kapasiti UMNO bahagian, wakil rakyat dan pemimpin parti.
Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, antara agensi yang terlibat adalah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) menerusi Program Jasa Prihatin, Kemas, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Unit Penyelarasan dan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
"Antara bantuan kebajikan yang disalurkan adalah membantu mangsa kebakaran, mangsa ribut, banjir, sakit, tanaman yang mengalami kerosakan, keluarga susah, bantuan rawatan di hospital serta bantuan persekolahan.
"Begitu juga apabila tiba musim perayaan seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali, pelbagai jenis bantuan dihulurkan bagi memastikan golongan kurang berkemampuan turut sama menyambut perayaan berkenaan dengan meriah," katanya di sini hari ini.
Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, pada Ramadan lalu, kira-kira 45,000 penduduk miskin mendapat bantuan barangan keperluan dan wang tunai.
Katanya, dalam sambutan Deepavali dan Tahun Baru Cina pula pemimpin BN sentiasa sibuk turun padang bertemu rakyat dan menyampaikan bantuan kerana parti itu amat merasai denyut nadi rakyat yang kurang berkemampuan.
Menurutnya, antara bantuan terbaharu adalah sumbangan RM3,000 seorang kepada 12 peniaga di Pekan Jeniang yang premis peniagaan mereka terbakar pada Oktober lalu.
"Semasa banjir besar melanda Kedah pada 2010, pemimpin BN Kedah adalah yang paling ke hadapan membantu mangsa banjir.
"Mereka bertungkus lumus membantu di pusat pemindahan banjir, membantu menghulurkan makanan kepada mangsa yang tidak mahu berpindah serta melawat rumah mangsa banjir bagi memastikan keselamatan dan keperluan mereka," katanya.
Ahmad Bashah berkata, selepas banjir 2010, pelbagai jenis bantuan dihulurkan seperti wang RM500 kepada keluarga yang terlibat, bantuan barangan seperti tilam dan dapur serta bantuan terhadap kerosakan tanaman.
Bagi BN Kedah, katanya, memang menjadi iltizam parti itu untuk membantu seluruh rakyat Kedah terutama di saat mereka paling memerlukan iaitu semasa bencana dan kesusahan.
"Kita adalah parti yang peduli dengan kesusahan rakyat dan akan berusaha membantu mereka sedaya upaya.
"Janji kita juga, rakyat akan sentiasa dibantu. Kita mahu setiap rakyat turut sama merasai nikmat kejayaan negara. Yang susah adalah keutamaan BN Kedah," tegasnya.
Sehubungan itu, beliau berkata, BN Kedah akan terus memperbanyakkan bantuan kepada seluruh rakyat negeri ini sekiranya diberi peluang memerintah Kedah kembali.
Menurutnya, BN amat menyedari rakyat mengharapkan bantuan kerajaan dan BN adalah parti yang sentiasa mempedulikan rakyat menerusi slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.
"Memperjuangkan kepentingan rakyat adalah azimat dan matlamat kami dan kami akan berusaha demi rakyat Kedah, itu janji kami," katanya. - Utusan

Jumaat, 7 Disember 2012

Apa kata Anwar?



Ketua Pemuda Pas Bahagian Keluar Parti Bersama 320 Pengikut (Video).



Hj. Wan Muhammad Bin Wan Ahmad bersama ahli yang lain seramai 320 orang telah mengambil keputusan untuk keluar dari parti itu kerana merasakan ianya telah jauh tersasar daripada perjuangan asal.

Beliau mendakwa PAS hanya menabur janji kosong serta membuat fatwa yang jauh bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

Segelintir bekas ahli PAS dalam Kursus Kepimpinan Prihatin Terengganu (APT) yang ditemui di Kuala Lumpur International Hotel baru-baru ini merasa lega apabila berjaya keluar daripada kepompong PAS yang penuh dengan fitnah serta dakyah yang tidak betul.

Beliau telah lama menjadi ahli PAS dan begitu taksub dengan PAS sehinggakan anak-anaknya tidak dihantar belajar di sekolah kerajaan dan hanya belajar di sekolah kelolaan parti PAS. Lebih buruk lagi, akibat terlalu taksub, daging sembelihan ahli UMNO juga didakwa haram dimakan.

Dalam majlis yang sama, Hj. Wan Muhammad Bin Wan Ahmad iaitu bekas Ketua Pemuda PAS Besut, yang ditemui menyifatkan pembohongan PAS ketika mentadbir negeri Terengganu pada tahun 1999 yang berjanji akan melaksanakan hukum Hudud tidak dilaksanakan sebaliknya pemerintahan kuku besi yang dilakukan.

Beliau turut menambah kerjasama antara PAS dan DAP menunjukkan bahawa PAS tidak berjuang atas dasar prinsip Islam yang selama ini dicanang dalam perjuangan mereka.

Beliau meninggalkan PAS setelah hampir 20 tahun kerana tidak lagi percaya kepimpinan PAS yang hanya tahu berjanji tetapi tidak menunaikannya. Sikap bermuka-muka PAS jelas terbongkar ketika memenangi pilihanraya pada tahun 1999. Kecewa dengan sikap PAS yang lebih suka menabur fitnah daripada berbudi.

Menurutnya lagi, dia akan sedaya upaya membantu UMNO bagi menyedarkan rakan-rakannya yang masih dalam PAS untuk menyokong perjuangan UMNO.

Sumber : MALAYSIA-INSTINCT

Najib pacu ekonomi negara, Anwar masih berangan.


Melenting sungguh puak-puak pembangkang apabila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di belasah di pentas Perhimpunan Agung UMNO ke 66 yang baru sahaja selesai baru-baru ini.
Mungkin tidak senang dengan jolokan nama sesumpah politik atau ‘political charmeleon’ yang diberikan oleh Perdana Menteri, maka Anwar pun panas bontot dan tidak duduk senang.
Pertama beliau sanggup mengadakan sidang media untuk menafikan pembabitannya dengan Deepak Jaikishan, seorang peniaga karpet.
Pada saat Deepak menimbulkan dakwaan membabitkan seorang pemimpin Wanita dalam kes tanah menjelang Perhimpunan Agung UMNO, rakyat sudah bijak menghidu ia adalah hasil kerja tangan yang didalangi oleh Anwar.
Bak kata pepatah sudah terang bersuluh pula, kura-kura dalam perahu, berlakon pura-pura tidak tahu.
Begitulah sikap Anwar dan amat sesuai dan bertepatan sekali Datuk Seri Najib Tun Razak menganugerahkannya label sesumpah politik.
Kedua, apabila prestasinya dipertikaikan semasa menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun, cepat-cepat Anwar mengarah supaya dikitar semula kenyataan mempertahankan rekod beliau.
Dahulu bekas Menteri Kesihatan, Chua Jui Ming, yang kini menjadi Pengerusi PKR Johor pernah mengipas Anwar dengan mengatakan beliaulah Menteri Kewangan yang terbaik pernah berkhidmat dalam kerajaan dan kini balaci kesayangannya, Azmin Ali turut berkokok dalam nada yang sama.
Hikayat yang didendang sama sahaja di mana-mana ia diceritakan iaitu ekonomi negara menikmati belanjawan lebihan atau ‘budget surplus’ sepanjang Anwar menerajui Kementerian Kewangan.
Statistik rasmi yang dihidang oleh Azmin sebagai bukti memang tidak siapa boleh pertikaikan, persoalannya adakah Anwar sebenarnya individu yang bertanggungjawab terhadap pencapaian ekonomi negara dalam tempoh 1992 – 1997 atau wujud faktor lain yang lebih penting daripada itu?
Dari siapa Anwar mewarisi jawatan Menteri Kewangan jika tidak Tun Daim Zainuddin yang telah meletakkan Malaysia di atas landasan ekonomi yang kukuh sepanjang beliau menjawat posisi itu bermula tahun 1984 sehingga 1991.
Ketika Daim meletak jawatan, pelbagai pihak menyanjung tinggi sumbangan yang telah beliau berikan kepada negara.
Daim disebut antara arkitek terbaik yang telah berjaya mengemudi ekonomi negara dengan cemerlang sekali dalam empat tahun kemerosotan ekonomi.
Beliau telah memacu empat perubahan struktur ekonomi yang strategik dalam tempoh 1986-1991 iaitu mobilisasi sektor swasta, dasar perdagangan luar yang aktif, memperkukuhkan peranan sokongan sektor swasta serta pemulihan sektor perusahaan awam.
Sehingga ke hari ini, prinsip-prinsip pengukuhan ekonomi yang dilaksanakan oleh Daim terus disanjungi dan masih diguna pakai, termasuk oleh Anwar sendiri semasa menjadi Menteri Kewangan.
Justeru, kejayaan ekonomi negara yang dipuji-puji serata dunia hingga Malaysia di golong sebagai salah satu Harimau Ekonomi di sisi Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, dan Singapura bukanlah hasil kerja kuat Anwar tetapi disebabkan asas ekonomi yang sungguh jitu dan kukuh yang telah ditinggalkan oleh Daim.
Seperti seorang anak yang mewarisi harta yang menimbun dari ayahnya dan tidak perlu lagi kerja kuat seumur hidup, begitu juga Anwar tidak perlu buat apa-apa lagi bagi menguatkan landasan ekonomi negara.
Anwar setakat menumpang kejayaan yang ditempa oleh Daim selama lima tahun beliau menjadi Menteri Kewangan dan hanya menuai hasil daripada usaha tekun orang lain.
Tempoh selepas 1997 adalah tempoh perit bagi ekonomi negara disebabkan oleh serangan penyagak matawang, George Soros.
Setelah memecat Anwar, Dr Mahathir telah memperkenalkan sistem kawalan pertukaran pada 1 September 1998 yang akhirnya menyelamatkan ekonomi negara.
Langkah drastik lain yang dilaksanakan termasuk menamatkan dagangan saham-saham Malaysia di CLOB (Central Limit Order Book) di Singapura yang menjadi punca utama pasaran saham negara merudum akibat aktiviti jualan singkat.
Semasa Krisis Ekonomi 1997, siapa tidak tahu bagaimana Amwar cuba mengkhianati negara dengan usaha meletak Malaysia di bawah kawalan Tabung Kewangan Antarabangsa melalui kawan rapatnya, Michel Camdessus ang menjadi Pengarah Urusan IMF ketika itu.
Ketika Datuk Seri Najib mengambil alih teraju pentadbiran negara, Malaysia berdepan dengan krisis ekonomi global yang berpunca dengan kemelut kewangan yang teruk di Amerika Syarikat dan seterusnya berjangkit menjadi krisis buruk di kalangan negara-negara Kesatuan Eropah.
Berpandukan visi dan perancangan yang jelas, Perdana Menteri tangkas memperkenalkan dua pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM67 bilion.
Dalam masa 10 bulan sejak pakej rangsangan pertama diumumkan, hasil yang memuaskan telah dilihat di mana 90 peratus daripada projek yang dikenal pasti telah diberikan kontrak atau sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.
Tindakan pro-aktif ini telah memberi suntikan yang amat diperlukan bagi memastikan ekonomi negara terus berada pada landasan yang kukuh bagi faedah dan kesejahteraan.
Perdana Menteri kemudiannya telah melaksanakan program transformsi ekonomi dan pentadbiran kerajaan secara besar-besar bagi mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2015.
Usaha gigih beliau bukan sahaja telah mentranformsi setiap sektor ekonomi dan sektor awam ke arah pencapaian yang luar biasa tetapi juga telah mendapat pengiktirafan serta pujian antarabangsa termasuk IMF.
Sementara Anwar masih diulit fantasi teringat-ingat ketika menjadi Menteri Kewangan, ekonomi negara sudah jauh maju di bawah kendali Datuk Seri Najib serta jauh meninggalkan Anwar dengan kenangan masa lampau dan mimpi siang harinya.

Rabu, 5 Disember 2012

Cukuplah 12 Kali Pilihanraya Penyokong Pas Ditipu Tegakkan Negara Islam

 
Rakyat terutama penyokong Pas sepatutnya sedar dan tidak lagi membiarkan diri mereka terus ditipu parti itu yang kononnya berjuang untuk menegakkan Negara Islam.

Hakikatnya perjuangan Pas menegakkan Negara Islam bukan saja ditolak rakan pakatan mereka PKR dan DAP malah jika Pas bersendirian sekalipun mereka tidak mampu untuk melakukannya. Sepanjang 12 kali pilihanraya umum, bilangan kerusi yang Pas tandingi kebanyakannya kurang separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi di Parlimen.

Ini dibuktikan seperti dalam pilihanraya tahun 1969, Pas bertanding di hanya 62 daripada 144 kerusi Parlimen, tahun 1990 bertanding di 29 daripada 180 kerusi parlimen, tahun 1995 bertanding di 59 daripada 192 kerusi parlimen, tahun 1999 bertanding di 59 daripada 193 kerusi parlimen, tahun 2004 bertanding di 85 daripada 219 kerusi parlimen, dan tahun 2008 bertanding di hanya 66 daripada 222 kerusi parlimen.

Memang jelas jika Pas menang di semua kerusi yang ditandingi sekalipun, Pas tidak boleh membentuk kerajaan untuk menegakkan negara Islam seperti yang dicanangkan. Apatah lagi, pencapaian terbaik Pas ialah memenangi 26 kerusi dalam pilihanraya umum 1999.

Lebih malang lagi sekarang bila Pas mengadakan pakatan dengan DAP dan PKR pun, kedua-dua rakan pakatan itu siang-siang sudah tolak hasrat Pas malah untuk lantik Presiden Pas jadi Perdana Menteri pun DAP dan PKR tak mahu. Inilah perkara atau fakta yang mesti disedari rakyat terutama penyokong Pas. Jika penyokong Pas berlapang dada sudah pasti mereka tidak menolak hakikat tersebut.

Cukuplah selama 12 kali pilihanraya mereka diperdaya. Lebih dahsyat lagi kali ini Pas cuba berpakat dengan DAP dan PKR yang jelas menolak sebarang perjuangan untuk Negara Islam.


Video Eksklusif!! Bukti Anwar Ibrahim Mahu Membunuh Ekonomi Melayu!!



Dalam banyak-banyak jutawan di dalam Malaysia ini, mengapa Tan Sri Syed Mokhtar yang berbangsa Melayu juga yang menjadi mangsa untuk di jatuhkan Pakatan Haram sedangkan hakikat Tan Sri Syed Mokhtar tidak pernah terlibat di dalam politik Malaysia.
Apa yang dapat di lihat, niat Anwar Ibrahim adalah untuk menaikan semanggat bangsa lain supaya membenci bangsa Melayu yang di perjuangkan UMNO di sebalik tidak mengetepikan hak bangsa lain di Malaysia.
Jika di fikirkan secara logik, Syed Mokhtar, salah seorang jutawan Melayu yang berjaya bukanlah seorang ahli politik yang mampu menggugat politik Pakatan Haram, Syed Mokhtar hanyalah seorang ahli perniagaan yang berjaya membentuk empayar perniagaannya sendiri.
Dari hasil perniagaannya, Syed Mokhtar banyak membantu golongan orang miskin, banyak membuat kerja-kerja amal banyak menderma kepada yang memerlukan melalui Yayasan Al-Bukhari yang di tubuhkannya sendiri pada tahun 1996.
Tujuan utama Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban. Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam.
Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan, Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin.
Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia., rumah anak yatim, madrasah dan juga masjid banyak yang beliau bina. Mungkin banyak lagi perkara yang beliau lakukan, tidak kita tahu.
Sebenarnya serangan terhadap Jutawan yang berbangsa Melayu, Syed Mokhtar ini telah di cetuskan oleh Tony Pua, ahli Palimen DAP yang mengetuai satu kumpulan rahsia DAP yang di beri nama kumpulan G17.
Tujuan utama kumpulan terbabit adalah menjatuhkan orang Melayu melalui dunia politik Malaysia supaya hak keistimewaan ketuanan Melayu dapat di hapuskan
Anwar Ibrahim menggunakan kesempatan dari kumpulan ini di dalam meraih sokongan dari kalangan bukan bangsa Melayu supaya cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan tercapai.
Untuk undi dari bangsa Melayu, Anwar Ibrahim tidak merasa bimbang kerana PAS yang berada dalam Pakatan Haram di gunakan untuk menarik undi dari kalangan bangsa Melayu yang cukup sinonim dengan Agama Islam.
Ternyatalah apa yang di lakukan Anwar Ibrahim dan PAS hanyalah untuk kepentingan politik masing-masing tanpa menyedari apa yang mereka lakukan merupakan jalan termudah bagi DAP yang terbukti anti pada bangsa Melayu merealisasikan impian mereka untuk melihat bangsa Melayu yang beragama Islam merempat di tanah air sendiri sepertimana yang telah parti PAP lakukan di Singapura terhadap bangsa Melayu Singapura.
Sumber: kedah ke KL

Jasa PAS Memecah Belahkan Ummah.


“Dalam ucapan pemimpin UMNO(semasa penggulungan) juga mengajak rakyat mengenang jasa-jasa UMNO selama ini. Apakah UMNO sahaja yang berjasa? semacam UMNO sahaja yang berjasa.”
“Pas di Kelantan pun banyak jasa,” itu kata Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan yang paling banyak menabur jasa air liur untuk rakyat Kelantan.
Nik Aziz yang baru sahaja sedikit sihat selepas terkena serangan jantung nampaknya tidak dapat menahan diri dari membuka mulut apabila Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak bercakap perihal jasa dan khidmat bakti UMNO dan BN kepada rakyat.
Marah benar Nik Aziz bila jasa dan bakti UMNO menjadi sebutan ramai, tambah membara kemarahannya bila sekelumit zarah pun orang ramai tak berminat memperkatakan jasa PAS untuk agama, bangsa dan negara.
Nak buat macam mana? Dulu hingga sekarang rakyat Malaysia terutama sekali orang Melayu Islam sudah lama tercari-cari apa bagusnya PAS berbanding UMNO, namun tak ketemui kecuali yang banyak kelihatan ialah ceramah politik sambil meminta derma dari rakyat, itu sahaja.
Hakikatnya bila dihitung jasa UMNO & BN jika dibanding dengan jasa PAS, memang jauh langit dengan bumi. Bermula dari hal-hal memperjuangkan kemerdekaan sehinggalah memartabatkan Islam, semuanya datang dari usaha UMNO.
Hatta dalam bab mengangkat imej dan maruah sukan bolasepak Kelantan pun terhasil dari daya usaha UMNO dan pemimpinnya, nak harapkan Nik Aziz dan PAS jenuhlah siang malam dihidangkan dengan ceramah politik saja, mana mahunya ada kemajuan.
Namun tak dinafikan, PAS di Kelantan pun ada juga jasanya misalnya dalam hal-hal menyemarakkan perpecahan orang Melayu Islam sama ada di kampung-kampung mahupun di bandar-bandar.
Jasa sebegini memang sudah terbukti tak dapat ditandingi UMNO, bukan sahaja kerana UMNO tidak berminat mempraktikkannya malah juga kerana hal-hal perpecahan ini sudah mutlak milik PAS.
Lahirnya PAS itu sendiri hasil dari memecah belahkan perpaduan ummah dengan keluar dari jamaah tatkala UMNO dan orang Melayu Islam sedang di saat genting memperjuangkan kemerdekaan.
Dek kerana sikap pemimpin PAS yang kemaruk mengejar kuasa dan tidak dapat menerima kekalahan di tangan Tunku Abdul Rahman sewaktu pemilihan Yang Dipertua UMNO (Presiden), akhirnya pemimpin PAS mengambil keputusan keluar dari parti dan menubuhkan PAS pada 1951.
Alasan yang berselindung disebalik perjuangan Islam digunapakai untuk melemahkan kekuatan UMNO, maka gembiralah penjajah British dengan kewujudan PAS kerana percaya dengan adanya PAS bakal melambatkan proses kemerdekaan yang dituntut oleh orang Melayu Islam.
Pemimpin PAS ketika itu tanpa mengambil kira masa depan orang Melayu Islam telah menyebarkan fahaman “apa guna negara merdeka jika sebatang jarum pun orang Melayu tidak reti buat,” dalam usaha mereka untuk memperlekehkan perjuangan kemerdekaan yang dituntut oleh UMNO.
Alhamdulillah, niat jahat British yang mengambil kesempatan dari kewujudan PAS tidak menjadi kenyataan, jika tidak sekarang ini kita mungkin masih lagi menjadi sebahagian dari jajahan British ataupun sudah termasuk dalam jajahan Melayu Raya Indonesia yang berpegang pada fahaman sekular pancasila.
Selepas negara kita merdeka PAS sepertinya tidak berpuas hati lagi, berikutan itu disebarkan pula fatwa karut politik konon sesiapa saja yang menyokong Perikatan (UMNO, MCA & MIC) hukumnya kafir, impaknya menyebabkan banyak ikatan persaudaraan antara orang Islam tergugat.
Hari ini PAS yang merupakan sebahagian dari pakatan pembangkang sibuk pula mahu menjatuhkan Kerajaan Pusat yang diterajui UMNO konon atas nama membanteras kezaliman. Walhal selama PAS bersama Pakatan Rakyat, segala kesucian Islam dan hak orang Melayu hampir ranap dikerjakan dek kerana terikut kehendak DAP.
Kalimah suci Allah s.w.t diperdagangkan untuk undi orang Kristian, akidah Islam digadai konon atas nama kebebasan agama manakala beribu ekar tanah di Kelantan pula kini diserah milik untuk kepentingan kroni terutama dari DAP dan Singapura.
Dan kini PAS melalui adik Nik Aziz yang bernama Nik Razi pula mempropagandakan doa politik meminta Allah s.w.t menghancurkan saudara seagama dalam UMNO dihancurkan sama seperti Namrud dan Firaun.
Sahihlah nawaitu kewujudan PAS atas muka bumi ini lebih membawa kepada perpecahan sesama saudara seagama bernading menyeru kepada secara hikmah ke arah kesedaran dan perpaduan sesama Islam.
Langsung tak membawa manfaat untuk kepentingan Islam mahupun umatnya.
Justeru itu, diharapkan Nik Aziz usahlah terlalu marah atau berang tak ketepian bila jasa bakti PAS untuk kebaikan orang Melayu Islam amat jarang diperkatakan ramai.
Sekurang-kurangnya jasa dan trademark PAS sebagai pemecah belah ummah ramai juga orang ingat, tak begitu?