Anwar Ibrahim adalah seorang manusia yang penakut dan bacul.Sebagai seorang politikus, nilai ini merupakan intipati
kepada wataknya sebagai seorang individu yang membayangi karektor yang lain
seperti mementingkan diri sendiri, suka berbohong dan berasa dirinya suci dan
tidak berdosa.
Apabila berdepan dengan dua tuduhan meliwat dalam tempoh
jangkamasa 10 tahun, beliau merasakan dirinya maksum daripada jenayah tersebut
lantas menyalahkan musuh-musuh politik berkonspirasi untuk menjatuhkannya.
Apabila disiar video seks ‘chinadoll’, Ketua Pembangkang itu
dengan muka seposen menafikan bahawa ini adalah satu lagi usaha jahat musuh
politiknya khususnya UMNO.
Tatkala Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan yang secara tidak
langsung menyerang Islam berhubung kebebasan beragama bagi orang Melayu, beliau
mempertahankan pendirian anaknya itu.
Sekali lagi yang menjadi sasaran serangannya ialah UMNO dan
yang menerima tempias saman Nurul Izzah ialah akhbar milik parti itu, Utusan
Malaysia.
Begitu juga ketika dipetik oleh akhbar asing berkaitan
kenyataannya yang menyokong keselamatan negara haram Yahudi bernama Israel,
Anwar dengan cepat menyalahkan akhbar arus perdana kononnya merancang
memutarbelitkan apa yang dikatakan.
Tidak cukup dengan itu, apabila media sekali lagi menyiarkan
petikan kenyataan Anwar yang menyokong
budaya dan amalan LBGT serta menyifatkan undang-undang berkenaan jenayah liwat
sudah ketinggalan zaman atau ‘archaic’, beliau cuba memberi penjelasan yang
berbelit-belit seperti juga lidahnya.
Di dalam ucapannya di London, Anwar secara terang menyokong
konsep pluralisme agama iaitu dengan meletakkan kedudukan Islam setaraf dengan
agama-agama lain.
Ini pun beliau nafikan dengan mengatakan apa ang dimaksudkan
bukanlah seperti mana laporan pihak media.
Sekali lagi dakwanya, semua ini adalah komplot UMNO untuk
menghalang beliau mara dalam politik untuk menjadi Perdana Menteri.
Kini, topeng pluralisme yang dipakai oleh Anwar tidak boleh
diselindungkan lagi.
Anwar telah menelanjangkan dirinya sebagai bapa fahaman
pluralisme di Malaysia apabila menjemput sahabat karibnya, BJ Habibie
berkunjung ke Malaysia beberapa hari lalu kerana kedua-duanya berkongsi
pandangan yang sama.
Lawatan bekas Presiden Indonesia yang pertama era pasca
Suharto ini bukan kunjungan biasa antara dua sahabat tetapi diselit misi dan
agenda yang lebih daripada itu.
Pada ceramahnya di Universiti Selangor (Unisel) Khamis lalu,
Habibie telah mendedahkan agenda lawatannya ke negara ini apabila meminta
masyarakat Islam khususnya menyokong fahaman pluralisme.
Dalam program pidato anjuran universiti milik kerajaan
negeri Selangor itu yanbg berjudul “Habibie Dan Transisi Indonesia Ke
Demokrasi”, mantan presiden itu mempertahankan budaya pluralisme yang
didakwanya menjadi sebahagian daripada kekuatan sesebuah negara.
Beliau memberi hujah bahawa Indonesia dan Malaysia mempunyai
corak budaya sama dan menggesa kepelbagaian ini wajar dipertahankan.
Sememangnya kedua-dua negara adalah dalam rumpun kemelayuan
yang sama tetapi mempunyai pendekatan politik yang berbeza.
Jika Indonesia menerima pakai prinsip-prinsip Pancasila
sebagai panduan kenegaraannya, Malaysia pula berpegang kepada prinsip-prinsip
Rukunegara.
Indonesia tidak meletakkan Islam sebagai agama yang
tertinggi di negara itu walaupun ia berbangga sebagai negara yang mempunyai
umat Islam teramai di dunia.
Hal ini berbeza di negara ini di mana Islam adalah agama
persekutuan dan takrif kemelayuan seseorang dilingakari dengan keintimannya
dengan Islam.
Di Malaysia tanpa keimanan kepada Islam, seseorang itu tidak
boleh menyatakan dirinya Melayu malah gugur keabsahannya menjadi anggota
keluarga besar bangsa itu.
Setelah dikritik keras oleh golongan ulama dan cendikiawan
Islam di negara ini, Anwar tidak lagi berani menyuarakan pendapatnya mengenai
pluralisme.
Namun keghairahannya untuk terus menyebarluas fahaman
songsang ini terus membara di jiwa sehingga terpaksa menyeret kawan baiknya
untuk bercakap bagi pihaknya.
Sebab itu Anwar dilabel sebagai sesumpah politik oleh
Perdana Menteri datuk Seri Najib Tun Razak kerana sikapnya yang hipokrit dan
suka bermuka-muka.
Di depan umat Islam di negara ini, Anwar menunjukkan wajah
Islam yang sebenarnya adalah palsu tetapi jejak sahaja kakinya di Washington
atau London, barulah topeng yang mendedahkan pendirian yang menyokong Israel,
LBGT, liberalisme termasuk pluralisme terdedah.
Mengapa Anwar memilih Habibie untuk bercakap mengenai
pluralisme di Malaysia?
Perlu diingatkan pemerintahan Suharto selama lbih tiga dekad
tumbang seiring dengan gerakan reformasi jalanan yang diterajui oleh Anwar.
Suharto berjaya dijatuhkan dalam gerakan reformasi yang sama
di Indonesia dan diganti oleh Habibie namun reformasi Anwar gagal untuk
menurunkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketika era Habibie, Indonesia kehilangan wilayah Timur Timur
yang dipisahkan menjadi sebuah negara merdeka dipanggil Timor Leste.
Meletakkan Habibie adalah agenda yang terancang oleh pihak
Zionis-Yahudi yang ingin memecahbelahkan negara Islam terbesar itu.
Anwar juga ingin diangkat sebagai pemimpin di Malaysia oleh
golongan anti-Islam yang sama tetapi berkat kekuatan UMNO dan kepimpinan Dr
Mahathir, negara berjaya diselamatkan daripada terjerumus ke dalam kancah
kemusnahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan