Dalam banyak-banyak jutawan di dalam Malaysia ini, mengapa
Tan Sri Syed Mokhtar yang berbangsa Melayu juga yang menjadi mangsa untuk di
jatuhkan Pakatan Haram sedangkan hakikat Tan Sri Syed Mokhtar tidak pernah
terlibat di dalam politik Malaysia.
Apa yang dapat di lihat, niat Anwar Ibrahim adalah untuk
menaikan semanggat bangsa lain supaya membenci bangsa Melayu yang di
perjuangkan UMNO di sebalik tidak mengetepikan hak bangsa lain di Malaysia.
Jika di fikirkan secara logik, Syed Mokhtar, salah seorang
jutawan Melayu yang berjaya bukanlah seorang ahli politik yang mampu menggugat
politik Pakatan Haram, Syed Mokhtar hanyalah seorang ahli perniagaan yang
berjaya membentuk empayar perniagaannya sendiri.
Dari hasil perniagaannya, Syed Mokhtar banyak membantu golongan
orang miskin, banyak membuat kerja-kerja amal banyak menderma kepada yang
memerlukan melalui Yayasan Al-Bukhari yang di tubuhkannya sendiri pada tahun
1996.
Tujuan utama Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996
sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong
perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara
peradaban. Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan
persaudaraan sesama Islam.
Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300
juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan, Selain itu juga,
Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin.
Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar
Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia., rumah anak yatim,
madrasah dan juga masjid banyak yang beliau bina. Mungkin banyak lagi perkara
yang beliau lakukan, tidak kita tahu.
Sebenarnya serangan terhadap Jutawan yang berbangsa Melayu,
Syed Mokhtar ini telah di cetuskan oleh Tony Pua, ahli Palimen DAP yang
mengetuai satu kumpulan rahsia DAP yang di beri nama kumpulan G17.
Tujuan utama kumpulan terbabit adalah menjatuhkan orang
Melayu melalui dunia politik Malaysia supaya hak keistimewaan ketuanan Melayu
dapat di hapuskan
Anwar Ibrahim menggunakan kesempatan dari kumpulan ini di
dalam meraih sokongan dari kalangan bukan bangsa Melayu supaya cita-citanya
untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan tercapai.
Untuk undi dari bangsa Melayu, Anwar Ibrahim tidak merasa
bimbang kerana PAS yang berada dalam Pakatan Haram di gunakan untuk menarik
undi dari kalangan bangsa Melayu yang cukup sinonim dengan Agama Islam.
Ternyatalah apa yang di lakukan Anwar Ibrahim dan PAS
hanyalah untuk kepentingan politik masing-masing tanpa menyedari apa yang
mereka lakukan merupakan jalan termudah bagi DAP yang terbukti anti pada bangsa
Melayu merealisasikan impian mereka untuk melihat bangsa Melayu yang beragama
Islam merempat di tanah air sendiri sepertimana yang telah parti PAP lakukan di
Singapura terhadap bangsa Melayu Singapura.
Sumber: kedah ke KL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan