Selasa, 18 Disember 2012

Pas makin tersasar kini mahu pisahkan politik dengan agama - mufti jangan masuk campur, pulak dah!!..

 
 
 
 
ALOR SETAR 17 Dis. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta supaya mentafsir semula amanat yang dikeluarkannya pada 1981 kerana amanat itu boleh terus memecahbelahkan orang Melayu.
Aktivis Pas, Datuk Muslim Othman berkata, amanat itu dibuat oleh Abdul Hadi dengan mengikut keadaan yang berlaku pada 1981 dan hingga hari ini ia tidak dilihat semula oleh pemimpin itu
Perkara ini sepatutnya dijawab oleh Abdul Hadi sendiri sebab dia yang beri amanat ini, kalau dia rasa ada kesilapan dia kena perbetul.
Dia pandang waktu itu (1981) kira sampai la (sekarang) dia tak tafsir semula, dia kena tengok balik amanat dia," katanya yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan oleh bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail mengenai puluhan ribu ahli dan pengikut Pas dikesan masih berpegang teguh kepada amanat Abdul Hadi yang sehingga kini menganggap orang UMNO adalah kafir.
Ekoran itu, Zainon mendesak Abdul Hadi yang kini memegang tampuk kepimpinan Pas menarik balik amanat berkenaan demi kepentingan umat Islam di negara ini.
Berhubung solat dua imam yang dikatakan terjadi kesan daripada amanat Abdul Hadi itu  Zainon berpendapat perkara tersebut tidak sewajarnya berlaku.
Sementara itu bekas ahli Pas kawasan Padang Terap, Ismail Abdullah atau lebih dikenali sebagai Mail Yamaha berkata, sejak dahulu lagi Abdul Hadi patut menarik amanat itu kerana berlaku perpecahan dikalangan umat Islam disebabkan amanat itu.
“Selepas amanat tersebut dikeluarkan memang berlaku orang Pas tek pergi kenduri orang UMNO dan hanya kini keadaan mula pulih sedikit.
“Saya rasa lebih baik Abdul Hadi tarik balik amanat tersebut sebelum lebih banyak perpecahan berlaku dikalangan umat Islam,” ujarnya. - Utusan

Tiada ulasan: