Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
berkata, setiap parti menginginkan kerusi tambahan untuk kepentingan
masing-masing dan meningkatkan kuasa termasuk juga BN.
"Kita tak boleh kata kalau ada yang nak tambah kerusi,
contohnya DAP itu adalah tamak.
"Semua parti
mahukan kerusi lebih termasuk BN yang terdiri daripada Umno, MCA dan MIC, jadi
adakah mereka juga tamak?
"Soal penambahan kerusi ini kita masih belum
berbincang," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.
Tuan Ibrahim yang
juga Pesuruhjaya Pas Pahang juga berkata, langkah meletakkan calon Melayu pada
PRU13 menunjukkan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu tidak rasis berbanding
BN.
Tuan Ibrahim berkata, jaminan untuk meletakkan calon Melayu
oleh DAP telah biasa dilakukan, namun ia penting bagi PR menunjukkan sikap
keterbukaan ahlinya memberi ruang kepada kaum lain menjadi calon.
Menurutnya, berbanding BN setiap parti kompenannya hanya
menempatkan calon mengikut aliran parti ternyata menunjukkan rasis antara
parti.
Beliau berkata, jaminan yang diberi oleh DAP juga adalah
kebaikan kepada PR bagi mendahului BN pada PRU13 dalam meraih sokongan orang
Melayu.
"Kalau kita tengok letakan calon orang Melayu oleh DAP
itu adalah perkara biasa, namun ini memberi gambaran jelas PR tidak rasis
berbanding BN.
"Dalam Pas sendiri kita ada kaum lain sebagai calon
walaupun umum tahu yang kita adalah parti yang berlandas dan memperjuangkan
Islam.
"Politik negara juga harus mempunyai sifat keterbukaan
pada masa sekarang," katanya.
Semalam Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya
akan menampilkan calon-calon mengikut kelayakan dan mempunyai peluang cerah
untuk menang PRU13.
Beliau berkata, calon keturunan Cina yang dipilih oleh parti
juga mestilah yang boleh berkhidmat untuk kepentingan masyarakat lain, tidak
terhad kepada kaum Cina sahaja.
"Yang penting ialah kita mahu semua pemimpin mendekati
semua rakyat Malaysia. Kenapa hanya Melayu mendekati orang Melayu, Cina
mendekati kaum Cina, India mendekati kaum India sahaja? Ini bukan konsep
Malaysian Malaysia yang kita tentukan (perjuangkan)," katanya.
Guan Eng yang juga
Ketua Menteri Pulau Pinang memberi jaminan bahawa DAP, yang menjadi tunjang
parti pakatan DAP-PKR-Pas, akan menampilkan calon Melayu bagi meraih sokongan
khususnya orang Melayu.
Sementara itu, Tuan Ibrahim juga berkata, isu penambahan
kerusi yang dinyatakan oleh DAP tidak boleh dianggap sebagai tamak.
Beliau berkata,
setiap parti menginginkan kerusi tambahan untuk kepentingan masing-masing dan
meningkatkan kuasa termasuk juga BN.
"Kita tak boleh
kata kalau ada yang nak tambah kerusi contohnya DAP itu adalah tamak.
"Semua parti
mahukan kerusi lebih termasuk BN yang terdiri daripada Umno, MCA dan MIC, jadi
adakah mereka juga tamak?
"Soal penambahan
kerusi ini kita masih belum berbincang," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan