Melenting sungguh puak-puak pembangkang apabila Ketua
Pembangkang, Anwar Ibrahim di belasah di pentas Perhimpunan Agung UMNO ke 66
yang baru sahaja selesai baru-baru ini.
Mungkin tidak senang dengan jolokan nama sesumpah politik
atau ‘political charmeleon’ yang diberikan oleh Perdana Menteri, maka Anwar pun
panas bontot dan tidak duduk senang.
Pertama beliau sanggup mengadakan sidang media untuk
menafikan pembabitannya dengan Deepak Jaikishan, seorang peniaga karpet.
Pada saat Deepak menimbulkan dakwaan membabitkan seorang
pemimpin Wanita dalam kes tanah menjelang Perhimpunan Agung UMNO, rakyat sudah
bijak menghidu ia adalah hasil kerja tangan yang didalangi oleh Anwar.
Bak kata pepatah sudah terang bersuluh pula, kura-kura dalam
perahu, berlakon pura-pura tidak tahu.
Begitulah sikap Anwar dan amat sesuai dan bertepatan sekali
Datuk Seri Najib Tun Razak menganugerahkannya label sesumpah politik.
Kedua, apabila prestasinya dipertikaikan semasa menjadi
Menteri Kewangan selama lapan tahun, cepat-cepat Anwar mengarah supaya dikitar
semula kenyataan mempertahankan rekod beliau.
Dahulu bekas Menteri Kesihatan, Chua Jui Ming, yang kini
menjadi Pengerusi PKR Johor pernah mengipas Anwar dengan mengatakan beliaulah
Menteri Kewangan yang terbaik pernah berkhidmat dalam kerajaan dan kini balaci
kesayangannya, Azmin Ali turut berkokok dalam nada yang sama.
Hikayat yang didendang sama sahaja di mana-mana ia
diceritakan iaitu ekonomi negara menikmati belanjawan lebihan atau ‘budget
surplus’ sepanjang Anwar menerajui Kementerian Kewangan.
Statistik rasmi yang dihidang oleh Azmin sebagai bukti
memang tidak siapa boleh pertikaikan, persoalannya adakah Anwar sebenarnya
individu yang bertanggungjawab terhadap pencapaian ekonomi negara dalam tempoh
1992 – 1997 atau wujud faktor lain yang lebih penting daripada itu?
Dari siapa Anwar mewarisi jawatan Menteri Kewangan jika
tidak Tun Daim Zainuddin yang telah meletakkan Malaysia di atas landasan
ekonomi yang kukuh sepanjang beliau menjawat posisi itu bermula tahun 1984
sehingga 1991.
Ketika Daim meletak jawatan, pelbagai pihak menyanjung
tinggi sumbangan yang telah beliau berikan kepada negara.
Daim disebut antara arkitek terbaik yang telah berjaya
mengemudi ekonomi negara dengan cemerlang sekali dalam empat tahun kemerosotan
ekonomi.
Beliau telah memacu empat perubahan struktur ekonomi yang
strategik dalam tempoh 1986-1991 iaitu mobilisasi sektor swasta, dasar
perdagangan luar yang aktif, memperkukuhkan peranan sokongan sektor swasta
serta pemulihan sektor perusahaan awam.
Sehingga ke hari ini, prinsip-prinsip pengukuhan ekonomi
yang dilaksanakan oleh Daim terus disanjungi dan masih diguna pakai, termasuk
oleh Anwar sendiri semasa menjadi Menteri Kewangan.
Justeru, kejayaan ekonomi negara yang dipuji-puji serata
dunia hingga Malaysia di golong sebagai salah satu Harimau Ekonomi di sisi
Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, dan Singapura bukanlah hasil kerja kuat Anwar
tetapi disebabkan asas ekonomi yang sungguh jitu dan kukuh yang telah
ditinggalkan oleh Daim.
Seperti seorang anak yang mewarisi harta yang menimbun dari
ayahnya dan tidak perlu lagi kerja kuat seumur hidup, begitu juga Anwar tidak
perlu buat apa-apa lagi bagi menguatkan landasan ekonomi negara.
Anwar setakat menumpang kejayaan yang ditempa oleh Daim
selama lima tahun beliau menjadi Menteri Kewangan dan hanya menuai hasil
daripada usaha tekun orang lain.
Tempoh selepas 1997 adalah tempoh perit bagi ekonomi negara
disebabkan oleh serangan penyagak matawang, George Soros.
Setelah memecat Anwar, Dr Mahathir telah memperkenalkan
sistem kawalan pertukaran pada 1 September 1998 yang akhirnya menyelamatkan
ekonomi negara.
Langkah drastik lain yang dilaksanakan termasuk menamatkan
dagangan saham-saham Malaysia di CLOB (Central Limit Order Book) di Singapura
yang menjadi punca utama pasaran saham negara merudum akibat aktiviti jualan
singkat.
Semasa Krisis Ekonomi 1997, siapa tidak tahu bagaimana Amwar
cuba mengkhianati negara dengan usaha meletak Malaysia di bawah kawalan Tabung
Kewangan Antarabangsa melalui kawan rapatnya, Michel Camdessus ang menjadi
Pengarah Urusan IMF ketika itu.
Ketika Datuk Seri Najib mengambil alih teraju pentadbiran
negara, Malaysia berdepan dengan krisis ekonomi global yang berpunca dengan
kemelut kewangan yang teruk di Amerika Syarikat dan seterusnya berjangkit
menjadi krisis buruk di kalangan negara-negara Kesatuan Eropah.
Berpandukan visi dan perancangan yang jelas, Perdana Menteri
tangkas memperkenalkan dua pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM67 bilion.
Dalam masa 10 bulan sejak pakej rangsangan pertama
diumumkan, hasil yang memuaskan telah dilihat di mana 90 peratus daripada
projek yang dikenal pasti telah diberikan kontrak atau sedang dalam pelbagai
peringkat pelaksanaan.
Tindakan pro-aktif ini telah memberi suntikan yang amat
diperlukan bagi memastikan ekonomi negara terus berada pada landasan yang kukuh
bagi faedah dan kesejahteraan.
Perdana Menteri kemudiannya telah melaksanakan program
transformsi ekonomi dan pentadbiran kerajaan secara besar-besar bagi mencapai
matlamat negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2015.
Usaha gigih beliau bukan sahaja telah mentranformsi setiap
sektor ekonomi dan sektor awam ke arah pencapaian yang luar biasa tetapi juga
telah mendapat pengiktirafan serta pujian antarabangsa termasuk IMF.
Sementara Anwar masih diulit fantasi teringat-ingat ketika
menjadi Menteri Kewangan, ekonomi negara sudah jauh maju di bawah kendali Datuk
Seri Najib serta jauh meninggalkan Anwar dengan kenangan masa lampau dan mimpi
siang harinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan