Galaxy Note 2 dilaporkan bakal memiliki skrin yang lebih besar iaitu 5.5 inci dengan skrin resolusi super tinggi, 1680x1050.
Sebelum ini Galaxy Note menjadi kegilaan ramai dan model baru itu juga dijangka akan mengenepikan produk keluaran telefon pintar akan datang Apple iaitu iPhone 5 yang dilaporkan turut akan menggunakan skrin besar.
Model terbaru itu dilengkapi dengan kamera 12 mega pixel dan menggunakan sistem quad core processor, spesifikasi yang mengekalkannya mendahului teknologi yang akan digunakan oleh iPhone 5.
Telefon pintar Galaxy Samsung kini menjadi produk utama
kepada syarikat Korea Selatan itu dan menyumbang kepada hasil pendapatan yang
tinggi.
Galaxy telah mengenepikan pesaing hebatnya, sekali gus
menyebabkan Samsung mencatat rekod jualan tertinggi. - AGENSI
Ciri-ciri Galaxy Note 2
•5.5 inches,Super AMOLED capacitive touchscreen, 16M
•8 MP, 3264×2448 pixels, autofocus, LED flash
•Android OS, v4.1 (Jelly Bean)
•Dual-core ARM 15 ( CPU )
•2 GB RAM
•Exynos 5250 ( GPU )
Galaxy
Note 2 akan menggunakan versi terbaru Android Jelly Beans.