Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain
berkata, projek sekolah berkenaan yang merupakan sebahagian daripada Rancangan
Malaysia Kesembilan (RMK-9) itu akan turut dilengkapi dengan kemudahan lif, laluan
orang buta, asrama dan lapan bilik darjah serta empat tandas.
Beliau berkata, projek tersebut dimulakan sejak tahun 2009
dan kini pembinaan telah siap sepenuhnya serta boleh diduduki dalam tempoh terdekat."Proses pemindahan murid orang kurang upaya (OKU) sedang dijalankan dan dijadual selesai dalam masa dua bulan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan kunci secara simbolik daripada kontraktor kepada Bahagian Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah di sini semalam.
Tajul Urus yang juga Ketua UMNO Bahagian Merbok berkata,
buat masa ini, senarai pelajar OKU telah
dilengkapkan dengan sebahagian daripada mereka telah menumpang di sekolah harian biasa di sekitar Sungai Petani sejak
tahun lalu.
"Apabila semua telah siap dan dilengkapi dengan kemudahan sepenuhnya, bukan sahaja murid
terbabit akan dapat belajar dalam suasana
lebih kondusif, malah kualiti pendidikan khas juga diharap dapat
ditingkatkan",
"Sekarang di Merbok sudah pun ada Universiti Teknologi Mara
(UiTM), Universiti Institut Perubatan, Sains danTeknologi Asia (AIMST) dan
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan projek ini merupakan pelengkap kepada usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadikan Merbok sebagai hab pendidikan di negeri ini," ujarnya.
Tambahnya, kemudahan pendidikan yang disediakan ini bakal memberikan
manfaat besar bukan sahaja kepada penduduk Merbok tetapi juga di seluruh Negeri Kedah amnya.