Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoal tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berterusan mengisytiharkan 'niat' untuk melawan legasi yang digelarnya sebagai' Mahathirisme'.
Jelas Dr.Mahathir, beliau sendiri tidak memahami erti
'Mahathirisme' tetapi ia jelas merupakan sesuatu yang menakutkan dalam
pemikiran Kit Siang.
''Sebenarnya 'Mahathirisme' mati selepas Tun Abdullah Ahmad
Badawi mengambil alih pentadbiran daripada saya pada 2003. Beliau mengubah
UMNO, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan begitu banyak sehingga tidak lagi
menyerupai institusi yang saya tahu. Saya juga terpaksa 'meletakkan jawatan'
daripada UMNO,'' katanya.

Dr. Mahathir juga berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak bukanlah individu yang rapat dengan beliau dan memiliki pasukan penasihat
serta polisi-polisi tersendiri.