Setakat ini seramai 108 orang telah di tahan berdasarkan Akta kesalahan Keselamatan Langkah-langkah Khas 2012 (SOSMA 2012) kerana dipercayai mempunyai hubung kait dengan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah.
Laporan berita yang memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis
Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyebut sebahagian daripada tahan terbabit
akan mula di dakwa bermula 20 Mac 2013.
Baru-baru ini Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail telah
mengumumkan satu kerjasama khusus di antara Persatuan Undang-undang Sabah
dengan Majlis Peguam Malaysia akan dibentuk bertujuan untuk memberi bantuan
guaman kepada mereka yang terbabit.
Secara umumnya, usaha sedemikian boleh dikira baik sesuai
dengan kehendak undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia yang mengiktiraf
setiap individu yang ditahan memiliki hak untuk membela diri.
Peluang yang terbentang di depan mata ini rupanya tak
terbiar lama apabila sepantas kilat disambar oleh Majlis Peguam bila mana
Presidennya yang baru dilantik, Christopher Leong segera menyatakan kesanggupan
untuk membela kesemua individu tersebut.
Tak pasal-pasal satu negara terpaksa menanggung malu bila
dunia luar mendengar ada juga badan rasmi seperti Majlis Peguam yang sanggup
menyumbang usaha membantu menyelamatkan tahanan yang mempunyai hubungan dengan
para pengganas.
Bagaikan sudah tabii semula jadi Majlis Peguam, pantang ada
sahaja yang di tahan atas pelbagai kesalahan maka di situlah mereka segera
muncul menawarkan bantuan kepakaran guaman mereka. Semuanya atas alasan hak asasi
manusia.
Waima bila ada segelintir individu mahu murtad dari agama
Islam pun mereka bersedia membelanya konon demi hak kebebasan individu, jadi
apa sangatlah bila Majlis Peguam tergamak membuat kerja gila untuk turut sama
membantu golongan pengganas, tak gitu?
Tapi persoalan besar yang perlu dijawab, layakkah golongan
pengkhianat dan tali barut pengganas Sulu yang telah membunuh 10 perajurit dan
perwira tanahair di beri pembelaan? Beberapa orang wira kita yang terkorban
tidak hanya di tetak malah isi perut juga terburai diperlakukan.
Sedemikian punya kejam pun masih ada yang sanggup
mengeluarkan kenyataan untuk membela rakan-rakan si pengganas Sulu, dah kemaruk
sangat nak mentekedarah duit upah guaman ke? Memang betul-betul kerja gila.
Sebetulnya, amat tidak perlu dan tidak kena masanya untuk
Presiden baru Majlis Peguam itu membuat kenyataan rasmi mahu membela tahanan
terbabit, kot ya pun terburu-buru mahu mencari publisiti murahan, tengok-tengok
jugalah keadaan sekeliling.
Tolonglah jaga sikit sensitiviti rakyat dan ahli keluarga
kepada perajurit kita yang terkorban.
Alasan kemanusiaan mungkin betul dari satu sudut tertentu,
tapi kekejaman yang dilakukan oleh pengganas Sulu terhadap beberapa orang
perwira kita jelas sekali tiada sedikit pun sifat kemanusiaan.
Jika alasan hak asasi manusia masih juga mahu dijadikan
sandaran, Majlis Peguam sepatutnya tak perlu terlibat secara rasmi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan