Saya terpanggil untuk menjawab tuduhan bodoh yang dilemparkan oleh puak pembangkang yang mengatakan saya menasihati Sultan Palsu yang menyerang negara kita hari ini.
Tohmahan ini ternyata langkah terdesak Anwar Ibrahim yang
gelabah kerana pertemuan beliau dengan Nur Misuari dan pertemuan Jeffry
Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu
terbongkar.
Izinkan saya menceritakan serba ringkas tentang hubungan
Malaysia dengan Kesultanan Sulu yang sebenar, sebelum kita terus dikelirukan
oleh pembangkang.
Sabah atau dulunya dikenali sebagai North Borneo merupakan
sekeping tanah yang dimiliki oleh Sultan Brunei. Ianya telah dihadiahkan kepada
Sultan Sulu yang telah membantu Brunei dalam perperangan. Peringkat awal, North
Borneo telah di panjakkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overback. Overback
kemudiannya telah berkerjasama dengan Alferd Dent untuk menubuhkan North Borneo
Company.
Malangnya, bila mereka mengenakan cukai kepala, penduduk
North Borneo telah bangkit menentang.
Ketika inilah tentera British telah diundang untuk melindungi mereka.
Sekitar tahun 1959, Tun Datu Mustapa telah ke Sulu untuk
menyelamatkan Sultan Julaspi Kiram yang ketika itu diancam bunuh oleh
kerabatnya sendiri kerana perebutan tahta. Peringkat awal, Sultan Julaspi telah
menetap di Sabah, sebelum kerajaan Malaysia memberikan beliau sebuah rumah di
Lorong Maaruf Bangsar. Pada tahun 1963, Sultan Julaspilah orang yang
bertanggungjawab membuat kenyataan menyokong Sabah menyertai Malaysia dan ianya
terbit di muka depan akhbar Malaysia dengan tajuk "Sultan Sulu Restu Sabah
Sertai Malaysia".
Ini bererti Sabah secara automatik menjadi sebahagian dari
Malaysia, sebuah negara yang berdaulat dan tidak lagi boleh dituntut oleh
mana-mana pihak. Malangnya, setika Sultan Julaspi berada di Malaysia, muncul
beberapa orang "imposter" Kiram yang menabalkan diri mereka sebagai
Sultan Sulu yang baru. Mereka inilah yang dihasut oleh pihak pembangkang untuk
menceroboh Sabah.
Saya akui, saya pernah dilantik oleh Sultan Sulu yang
sebenar, iaitu Sultan Roodinood, Anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai
Penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan Kerajaan Malaysia
berhubung kebajikan mereka. Saya juga akui pernah mencetak kad nama jawatan
tersebut bagi urusan rasmi dengan Kerajaan Malaysia. Untuk pengesahan pekara ini, anda boleh
merujuk kepada Menteri Luar ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar.
Ketika pertemuan saya dengan Tan Sri Syed Hamid Albar
sekitar tahun 2006 menceritakan tentang kesusahan kerabat Sultan Sulu ketika
itu, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menasihatkan saya untuk menyertai UMNO
semula. Inilah antara punca saya menyertai UMNO pada tahun 2007. Sejak 2006 saya memang tak pernah jumpa
Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak pernah dibayar elaun untuk tugas sukarela
yang saya buat untuk beliau. Sepanjang
tempoh saya mengenali beliau, beliau tinggal di Manila dan bukan di Sulu tempat
Sultan Palsu yang menyerang negara kita.
Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik Sultan
Sebenar atau Sultan Palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar beratus orang
penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket dan beli bot laju dan
sebagainya. Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihanraya dan selepas
pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jefrry Kitingan
dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak Kesultanan Sulu Palsu ini mampu membentuk
sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniformpun tidak mampu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan