Pasti ramai yang telah mendengar mengenai keputusan Anwar Ibrahim yang terkenal dengan jolokan pemimpin ‘ANUgerah Tuhan’ untuk tidak mempertahankan kerusi Permatang Pauh dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Anwar melalui kenyataannya baru-baru ini berkata, ‘ada
cadangan’ yang meminta agar dia bertanding di Selangor dan Perak. Namun antara
kedua negeri tersebut, dia mengatakan lebih cenderung memilih untuk bertanding
di salah satu kerusi Parlimen di Perak berbanding Selangor.
Namun melalui analisa yang dijalankan, keputusan Anwar itu
disebabkan penolakkan yang kuat di kalangan pengundi Melayu kerana mula sangsi
dengan kredibiliti dan intergriti Ketua Pembangkang itu. Maka ia bukan soal
‘ada cadangan’ yang meminta dia bertukar tempat, tetapi sebenarnya dia
‘TERPAKSA’ untuk berpindah.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta
mengulas mengenai keputusan Anwar itu berkata Malaysia negara bebas dan “Anwar
boleh pergi ke mana saja yang dia mahu, tetapi untuk menang, satu cerita lain.”
“Maksud saya jika beliau mahu LARI daripada Permatang Pauh,
tak mengapa. Ini jelas menunjukkan keyakinan beliau terhadap (mengekalkan)
kerusi Parlimen Permatang Pauh semakin hari semakin berkurangan”.
Malah menurut salah seorang pengundi Pas di kawasan
Permatang Pauh, tindak-tanduk yang jelas kemaruk untuk menjadi perdana menteri
itu, dilihat amat membimbangkan. Pendekatan ‘matlamat menghalalkan cara’ yang
digunakan sebagai strategi meraih simpati juga dilihat amat bertentangan dengan
ajaran Islam.
Beliau turut menjelaskan yang ditolak ialah Anwar Ibrahim
dan bukannya pakatan rakyat, kerana sekiranya ketua umum PKR itu berjaya
dikalahkan peluang Pas untuk menobatkan Hadi Awang sebagai perdana menteri
terbentang luas.
Tambahan pula ia selari dengan keputusan Dewan Pemuda di
dalam muktamar baru-baru ini yang membawa usul untuk memilih Presiden Pas
sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya merampas
Putrajaya.
“Isu kalimah Allah, adalah merupakan ‘turning point’ yang
menyebabkan ramai penyokong pakatan khususnya Pas mula meninggalkannya,
ditambah pula dengan pendedahan yang mendakwa penglibatan Anwar dalam tragedi
berdarah di Lahad Datu” katanya yang enggan dikenali.
Apa dah jadi Pak Sheikh??? Anwar takut lettew!!! Patutlah
dia mengelabah sakan apabila melihat penolakkan undi Melayu terhadapnya semakin
jelas. Atas faktor itu, maka Anwar terpaksa lari ke kawasan yang mempunyai
pecahan pengundi Cina yang tinggi.
Malah penyebaran rakaman wawancara bersama radio BFM serta
paparan video gelap yang dikaitkan dengannya juga, telah menyebabkan Anwar
semakin hilang punca. Buat makhluk bernama Anwar Ibrahim, “If you want to claim
the moral high ground, you better be standing on it #VideoTerlampau”.
Kesimpulannya, rakyat perlu sedar, memilih seorang pemimpin
yang ingin diangkat sebagai Perdana Menteri bukan semudah memilih baju. Banyak
faktor dan kriteria yang perlu diambil kira dan dipertimbangkan. Pemimpin yang
penuh dengan onar, sering terpalit dengan isu moral, tidak tetap pendirian dan
yang paling utama sanggup melacurkan agama demi kuasa TIDAK LAYAK diberikan
kuasa untuk memimpin negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan